airmien

sesuatu tentang kehidupan

Tanggungjawab Suami Terhadap Keluarga Disember 30, 2008

Filed under: Relationship — airmien @ 10:16 am
Tags:

Suami sebagai ketua keluarga bertanggungjawab penuh dari sudut material, rohani dan akhlak. Antara tanggungjawab utama suami ialah:

1. Menyara dan memberi nafkah terhadap ahli keluarga mereka. Khasnya memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak, terutama anak-anak yang belum mampu untuk bekerja. Sesiapa yang tidak menunaikan tanggungjawab tersebut merupakan dosa. Sebagaimana hadis riwayat Muslim, Ahmad dan Abu Daud.

“Cukuplah seseorang itu dikira berdosa, apabila ia membiarkan orang di bawah jagaannya (tiada nafkah).”

2. Tanggungjawab suami juga dapat dikaitkan secara langsung dengan kepimpinannya terhadap isteri dan anak-anak. Seorang suami tidak sepatutnya bertindak kasar atau zalim biarpun kadangkala anak dan isteri ada melakukan kesilapan. Sesuai dengan firman ALLAH:

“Dan jika kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka ALLAH akan berbuat demikian terhadap kamu), kerana sesungguhnya ALLAH amat pengampun lagi amat mengasihani.”

(Surah al-Taghabun ayat 14)

Kepimpinan Suami Terhadap Keluarga

Kepimpinan ialah berbentuk keluarga dengan cara terbaik dan menurut landasan syarak. Begitu juga anak dan isteri hendaklah menghormati dan mengiktiraf kepimpinan suami itu sendiri, walaupun isteri berpangkat besar melebihi suaminya. Isteri mesti menghormati dan menerima hakikat hak kepimpinan tersebut kerana:

1. Sudah menjadi fitrah dan kurniaan ALLAH kepada kaum lelaki yang tidak dikurniakan kepada kaum wanita. Fitrahnya, ALLAH menciptakan lelaki itu melebihi kaum wanita khasnya dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Lelaki sememangnya mempunyai daya tahan fizikal dan kekuatan yang lebih daripada wanita. Daya tahan menghadapi masalah serta memikul amanah yang besar. Sedangkan wanita itu fizikalnya lemah dan mudah terdedah kepada fitnah.

2. Suami telah dipertanggungjawabkan menyara nafkah isteri dan anak-anak mereka. Lantaran itulah, sudah menjadi tugas suami mencari nafkah untuk ahli keluarga menurut sekadar kemampuannya.

Namun begitu, kepimpinan dan perbezaan tanggungjawab tersebut itu adalah dari sudut untuk memenuhi tuntutan hidup di dunia dan kemasyarakatan sahaja. Berkaitan dengan ibadat dan ketakwaan, lelaki dan wanita mendapat taraf, tugas dan ganjaran yang sama menurut keadaan dan amalan serta kadar mereka. Sebagaimana yang dijelaskan dalam firman ALLAH:

“Sesungguhnya AKU tidak akan mensia-siakan amal orang-orang yang beramal dari antara kamu, sama ada lelaki atau perempuan”

(Surah Ali Imran ayat 195)

3. Suami wajib mengajar ahli keluarganya dengan pelajaran agama. Hendaklah menasihatkan anak-anak dan isterinya supaya sentiasa menunaikan sembahyang lima waktu tepat pada waktunya. Sebagaimana firman ALLA:

“Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya.”

(Surah Taha ayat 132)

4. Suami tidak boleh membiarkan ahli keluarganya melakukan segala perkara yang berkaitan dengan maksiat dan melanggar perintah ALLAH. Jika ia berlaku, suami akan dipertanggungjawabkan di hadapan ALLAH pada Hari Kiamat nanti. Sebagaimana yang dijelaskan melalui hadis daripada Umar riwayat Muslim:

“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan ditanya atas pimpinannya. Dan pemimpin manusia itu juga pemimpin yang akan ditanya atas pimpinannya. Dan setiap lelaki itu pemimpin atas ahlinya dan akan ditanya atas pimpinannya.

Dan setiap wanita itu memelihara rumah tangga suaminya dan akan ditanya atas pimpinannya. Dan anak-anak itu pemimpin dalam memelihara harta orang tuanya dan akan ditanya atas pimpinannya. Dan setiap pelayan itu pemimpin dalam mengurus harta majikannya dan akan ditanya atas pimpinannya.

Maka setiap kamu itu adalah pemimpin dan setiap akan ditanya atas pimpinannya.”

5. Isteri juga hendaklah dididik, kerana jika silap mendidik dan hanya mengikut kemahuan isteri yang melanggar perintah ALLAH, akhirnyaakan menjadi fitnah terhadap dirinya. Sebagaimana firman ALLAH:

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu. Oleh itu, awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka.”

(Surah al-Taghabun ayat 14)

Tanggungjawab suami terhadap ahli keluarganya matlah berat. Oleh itu, sesiapa yang tidak berkuasa mendidik isteri, hendaklah berkahwin seorang sahaja.

6. Suami hendaklah mencari dan memberi nafkah yang halal untuk memenuhi tuntutan dan keperluan hidup, seperti: Nafkah dari sudut tempat tinggal, makanan, pakaian dan perubatan serta keselamatan daripada bahaya. Sebagaimana firman ALLAH:

“Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia ALLAH.”

(Surah al-Jumu’ah ayat 10)

Antara lain juga nafkah nafkah tersebut adalah dengan kadar kemampuan suami sahaja dan berdasar keperluan semasa. Sebagaimana firman ALLAH:

“Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka hendaklah memberi nafkah dari apa yang diberikan ALLAH kepadanya (sekadar yang mampu).”

(Surah al-Talaq ayat 7)

7. Selain itu juga tanggungjawab suami terhadap keluarga dan isteri itu ialah dengan mengajar ilmu fardu ain, seperti al-Quran, hadis, hukum halal haram, bersuci dan ibadat. Seandainya dia tidak berkesempatan untuk mengajar sendiri, dia wajib mencari guru yang dapat mengajar isteri dan anak-anaknya.

8. Suami hendaklah bergaul dan memberi teguran dan nasihat yang baik kepada isteri dan ahli keluarga. Selaras dengan firman ALLAH:

“Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.”

(Surah al-Nisa’ ayat 19)

Sumber: Diari Muslimin 2003)

helianthus_divaricatus_flowers

About these ads
 

One Response to “Tanggungjawab Suami Terhadap Keluarga”

  1. Syahera Says:

    Salam, soalan saya sebagai suami..adakah perlu dia menyara keluarga dia juga termasuk ibu dan adik-beradik nye yang lain? (keluarga mentua) terima kasih..


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 106 other followers