airmien

sesuatu tentang kehidupan

Tanggungjawab Seorang Suami Mengikut Islam April 7, 2009

Filed under: Relationship — airmien @ 11:37 am
Tags:

ADIL

Salah satu tanggungjawab utama seorang suami terhadap isterinya (isteri-isteri) ialah mengawal isterinya serta berlaku adil kepadanya kerana isteri itu adalah amanah Allah yang diserahkan kepada si suami.

Sabda Rasulullah SAW:

(Fear) God, (fear) God in the matter of women. They are weak partners, a trust from God with you; and they are made by the divine word permissible for you.

Ini menunjukkan bahawa suami hendaklah menjaga amanah yang telah diberikan oleh Allah kepadanya. Ini merupakan tunggak utama dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami. Jika si suami dapat menghayati maksud sabda Rasulullah SAW ini, sudah tentu masalah rumahtangga yang banyak berlaku pada zaman ini dapat dielakkan. Suami hendaklah menjaga si isteri dan bukannya memperhambakannya walaupun disebutkan di atas sebagai mengawal isteri. Di sini, mengawal isteri bukanlah bermaksud mengawalnya sebagai hamba tetapi mengawal isteri itu daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Islam. Jika sesorang lelaki itu mengahwini lebih daripada seorang isteri, bermakna suami itu perlulah bersikap adil terhadap semua isterinya. Suami hendaklah memenuhi keperluan isteri-isterinya tanpa melebih-lebihkan salah seorang daripada mereka. Suami perlulah mengaturkan jadual bermalam yang adil supaya tidak berlaku perbalahan sesama isteri dan juga dengan si suami yang akan menghalang pembentukan keluarga bahagia.

PEMIMPIN
Suami juga bertindak sebagai ketua rumah dalam sesebuah keluarga. Suami bertindak sebagai pemerintah yang bertanggungjawab terhadap pemerintahannya iaitu keluarganya. Suamilah yang akan membuat keputusan yang membabitkan keluarganya.

Suami juga hendaklah bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kebajikan orang-orang dibawahan jagaannya, iaitu isteri serta anak-anaknya. Tanggungjawab yang dipikul ini adalah besar, oleh itu si suami hendaklah bersedia untuk memimpin sebuah kerajaan yang dibinanya.

Firman Allah

Lelaki itu pemimpin bagi perempuan dengan apa-apa yang Allah telah lebihkan sebahagian mereka ke atas sebahagian yang lain, dan lantaran lelaki itu telah memberikan nafkah dengan harta mereka. Perempuan-perempuan yang baik ialah perempuan yang setia dan menjaga diri di belakang suami akan apa-apa yang disuruh Allah menjaganya.

(An-Nisak:34)

NAFKAH

Si suami juga hendaklah memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya mengikut kemampuannya. Menyediakan keperluan asas kepada si isteri iaitu: makanan yang mencukupi, pakaian mengikut keperluan dan tempat tinggal.

Firman Allah

“Dan kewajipan suami memberi makan dan pakaian kepada isteri dengan cara yang baik.”

(Al-Baqarah:233)

Suami juga hendaklah memberikan wang yang secukupnya kepada si isteri supaya ia boleh membeli keperluan rumahtangga. Untuk pakaian pula, si isteri berhak untuk pakaian yang sesuai mengikut keadaan dan kemampuan si suami. Si isteri juga berhak untuk mendapatkan tempat tinggal yang selesa, selamat dan sekurang-kurangnya mempunyai keperluan yang minimum. Nafkah anak-anak juga adalah tanggungjawab suami. Menurut Rasulullah, memberi nafkah kepada anak dan isteri sama hukumnya dengan orang yang berjihad ke jalan Allah. Suami haruslah ikhlas, walaupun kepenatan kerana apa yang dilakukan adalah ibadah.

Untuk keperluan batin pula, si suami hendaklah memenuhi keperluan isteri tanpa mementingkan diri sendiri.

PENDIDIKAN

Pendidikan agama sangat penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Kita perlulah sentiasa memperbaiki diri kita yang serba kekurangan ini. Dalam sesebuah institusi keluarga, suamilah yang bertanggungjawab memberikan nasihat dan pengetahuan serta pengajaran hukum Islam dalam hal-hal fardu ain kepada isteri dan anak-anak. Oleh sebab itu, suami perlulah melengkapkan dirinya dengan pendidikan agama supaya ia dapat mengajar isterinya.

Dengan memberi panduan kepada isteri tentang pendidikan agama ini, tentulah ia akan mengelakkan keruntuhan sesebuah institusi keluarga yang disebabkan oleh kejahilan tentang hukum-hukum agama. Suami hendaklah memastikan bahawa isteri mempunyai pendidikan agama yang mencukupi dan menggalakkannya menjalankan ibadat-ibadat sunat dan sebagainya.

PELINDUNG

Si suami juga bertanggungjawab memberi perlindungan, penjagaan dan kegembiraan kepada si isteri. Isteri adalah amanah Allah, maka sudah tentu si suami hendaklah menjaganya serta menggembirakan hatinya. Hendaklah si suami memastikan bahawa si isteri sentiasa berasa senang tanpa rasa susah hati dan sengsara:

Tempatkanlah mereka (perempuan-perempuan yang idah) di tempat kediaman yang sesuai dengan kemampuan kamu, dan janganlah menyengsarakan mereka untuk menimpakan kesusahan kepada mereka.

(at-Talaq :6)

Menurut ayat di atas juga, suami bertanggungjawab menyediakan kediaman (yakni perlindungan) kepada si isteri. Suami hendaklah memastikan bahawa keselamatan si isteri adalah terjamin. Perempuan adalah kaum yang lemah, oleh sebab itu, sebagai kaum yang berdaya, suami hendaklah menjaga si isteri daripada sebarang bahaya. Untuk mencapai kebahagiaan dalam rumahtangga, rasa cinta dan kasih sayang perlulah wujud antara suami isteri. Suami hendaklah memberikan kasih sayang kepada si isteri dengan menjaga hatinya dan melayannya dengan baik.

Suami hendaklah memastikan bahawa hati si isteri tidak terluka dengan sikap si suami. Jika si isteri melakukan sesuatu perkara yang kurang disenangi oleh suami, maka si suami hendaklah bersabar dan beralah dengannya asalkan ia tidak merosakkan peribadi si isteri dan si isteri tidak melakukan perkara-perkara yang ditegah dalam Islam.

Sabda Rasulullah SAW:

Whoever of you whose wife behaves in a disagreeable manner and he responds by kindness and patience, God will give him rewards as much as job will be given for his forbearance.

Untuk memastikan bahwa si suami dapat bersabar dengan karenah si isteri, si suami hendaklah mempunyai sikap memahami dan memaafkan. Ini adalah perlu supaya tidak terjadi perbalahan sesama sendiri walaupun punca masalah yang timbul adalah kecil sahaja. Si suami hendaklah bersabar dengan keletah si isteri, bertimbang rasa, dan memahami penderitaan yang ditanggung oleh si isteri ketika hamil, melahirkan anak dan mengasuhnya. Pada ketika inilah si isteri kadang-kadang bertindak mengikut perasaan. Oleh sebab itulah pada ketika ini, si suami hendaklah melayan si isteri dengan baik dan lemah lembut. Janganlah kerana perkara yang kecil sahaja maka si suami menengking si isteri itu. Akibatnya, rumahtangga akan menjadi goyah.

Jika terdapat kecacatan secara fizikal atau sebagainya, si suami hendaklah merahsiakannya daripada pengetahuan orang ramai. Apa-apa tanda yang terdapat pada tubuh si isteri, adalah menjadi amanah kepada si suami merahsiakan segalanya kerana ia boleh mengaibkan si isteri jika dihebohkan. Kita perlulah mengasihi semua anggota keluarga kita. Setelah berkahwin, semua ahli keluarga pihak si isteri akan menjadi keluarga pihak si suami. Oleh sebab itu, si suami hendaklah menyayangi keluarga pihak si isteri seperti keluarganya sendiri.

MELAYAN & MENGGAULI ISTERI DENGAN BAIK
Gurauan adalah perlu dalam perhubungan suami isteri kerana ia boleh merapatkan lagi perhubungan mereka. Ia juga merupakan salah satu cara untuk merehatkan badan dan pemikiran. Suami hendaklah menggembirakan hati si isteri apabila berehat dengannya dengan berjenaka secara sederhana. Apabila menggauli si isteri, suami hendaklah melakukannya dengan lemah lembut, sopan santun dan tidak zalim.

the_wed

 

37 Responses to “Tanggungjawab Seorang Suami Mengikut Islam”

  1. ani Berkata:

    kadang2 aku bosan dengan falsafah tanggungjawab suami kepada isteri. tak habis2 bercakap “ikut kemampuan suami, bagi suami yang tidak bekerja boleh izinkan isteri berkerja dan makanlah apa yang ada”..falasafah mana yang diikutnya. lepas nikah kan ada baca taklik, dalam taklik tersebut jelas dimaksudkan tentang perlindungan isteri, keperluan isteri. ini tidak, suami sekarang dengan egonya, dahlah kurang pendapatan, tak boleh bagi apa yang isteri kehendaki. apa yang isteri nak, kena usaha sendiri. lepas tu si suami plak nak belagak macam orang senang sangat, dan si suami tak sedar yang keperluan yang digunakan semua pencarian isteri. pelik betul sikap suami sekarang. tambahan pulak, sikap mak si suami, beranggapan yang anak lelakinya kaya sangat, dapat sediakan rumah kereta, tapi dia tak tahu yang anak lelakinya umpama menumpang menantu perempuannya..sedarlah suami dan mertua sekelian..dan tolonglah lampirkan hadis-hadis yang membela kaum isteri, dan tolong keluarkan hadis dari mana yang mengatakan “sujud kepada suami dan syurga dibawah tapak kaki suami”.jangan disamakan suami seperti tuhan dan ibu yang melahirkan kita dan janganlah terikut seperti agama india, suami adalah tuhan yang patut disembah sedangkan suami pun tidak taat dengan perintah Allah. Fikirlah para2 pengeluar hadis sekelian..

    • airmien Berkata:

      Komen yang menarik untuk dikongsi..nanti saya akan carikan Hadis yang sesuai pengunjung blog ini.. Amat menghairnkan juga sekarang ini kerana seperti yang saudari komen, ianya hanya sekadar tertulis tetapi tidak diamalkan oleh sesetengah suami.. Campur tangan mertua secara keterlaluan kadang-kala cukup merimaskan..terima kasih di atas komen ini..

      • faiezah Berkata:

        setuju sangat komen dari ain..sedih kadang2 bile perempuan sebenarnya yang menjadi hamba kepada si suami. .dan bile si isteri yang menanggung makan minum si suami…

      • airmien Berkata:

        Seorang pasangan suami isteri seharusnya tahu setiap hukum dan undang-undang dalam keluarga.. Sekiranya tidak tahu, maka penyelewengan dan tindas menindas akan berlaku.. Ini amat menyedihkan kerana bahagia hanya pada permulaan dan tidak seperti diharapkan sampai ke akhir hayat.. Setiap perubahan bermula dari diri.. Semoga kita dapat memperelokkan diri dan pasangan masing-masing.. Amin

  2. Mummy Berkata:

    Assalamualaikum,

    Bergenang air mata saya membaca coretan saudara mengenai tanggungjawab seorang suami. Amat bahagia and nyaman hidup seorang isteri jika apa yg tertulis di atas memang dipraktikkan oleh suaminya. Sesungguhnya saya terasa cemburu dan juga sedih kerana saya tidak dapat merasakan apa yg tertulis walaupun separuh. Saya sedar, saya juga tak lari dari salah silapnya, tapi saya berpendapat, jika suami betul2 mencontohi dan memahami apa yang saudara katakan, saya dan keluarga akan lebih bahagia, dunia dan akhirat. Doakan supaya saya juga akan merasai nikmat yang sama. Amin.

    • airmien Berkata:

      Waalaikumussalam warahmatullah..

      Tujuan blog ini ditulis adalah untuk mengembalikan perasaan cinta dan kasih sayang dalam perhubungan terutama suami dan isteri.. Saya juga berpendapat, alangkah bagus semua yang tertulis seperti di dalam bl;og dapat diambil pengajaran dan panduan dalam hidup.. Kesilapan tidak harusnya menghantui diri kerana setiap kesalahan dapat dijadikan sempadan pada masa hadapan.. Semoga saudari memperolehi kebahagiaan di dunia dan akhirat.. Amin..

  3. Army Berkata:

    Assalamualaikum semua saya disisni ingin berkongsi masalah yang telah 3 tahun saya bersabar boleh dikatakan sentiasa dengan linagan air mata. Saya mengenali suami saya hanya 6 bulan dan terus berkahwin. sepanjang perkenalan kami tak pernah keluar bersama walaupun kami 1 tempat kerja tapi lain2 kompeni. hari 1 kahwin dah ada awek tel tapi sy tak marah mungkin belum sempat nak bagi tahu tentang perkahwinan kami, selepas 3 bulan kawen kantoi ada seorang kaum telefon saya dan bagitahu yang saya ni perampas dan suami saya dah berjanji nak berkahwin dengan hawa td tu dan sebelum berkahwin dgn sy si hawa tadi cakap yg suami sy ckp yang dia tak pernah mencintai saya dan terpaksa kawen bukan kerana rela hati tapi atas dasar pilihan ibu dia padahal dia yang berkenalan dengan saya semasa bekerja…dan suami saya ada hutang dengan si hawa td sebanyak 1 ribu tak ngapa, saya sabar sy tolong bayar kan janji dia tak ganggu rumah tangga kami lagi. 1 tahun kemudian kantoi lagi katanya kakak angkat namanya amy tapi kalau kakak angkat setahu saya tak kan nak telefon setiap hari kot…saya sabr sy tel kakak amy tu dan bersembang baik , dah sy sembang baik dia pulak naik lemak lagi ketap dia telefon suami saya sampai tengah mlm pun tel… mula la saya nak marah tapi sy sabr sy bagi nasihat sj pd suami sy, 1 tahun 3 bulan selepas tu ada pulak awek baling namanya ida pulak telefon hantar sms, sy sabar lagi bila sy tanya siapa tu suami sy ckp adik angkat, tapi yang sy tengok kalau adik angkat takkan nak said “love u gd 9″ tak pa sy masih leh sbar 1 tahun 6 bln kantoi lagi budak kelantan pulak namanya mek da panggil abang syg, bila sy tanya suami sy ckp adik angkat, ok tak pa,, masuk 2 tahun berkahwin kantoi lagi awek penang pulak sebenarnya sy dan suami dah lain2 tempat kerja dah sy kt kulim dia kt penang 1 minggu 1x ja jumpa.. pada 2 tahun 2 bulan ketika suami sy kat penang kat bilik dia sy tel katanya nak “abg ngantuk ni nak tidor” ok la tapi yg sy pelik tu masa dia kata nak tidor tu sy terdengar bunyi bola snoker! aik… pelik tu sy ckp jgn tipu tak baik… lepas tu dah kira kantoi la tak kisah la nak main snoker tu tapi yang tak syoknya dah la tipu isteri bulat2 lepas tu main snoker letak duit.. apa kes… tak pa sy nasihat dia stop kejap 2 tahun 4 bulan sy pelik kenapa bila sy tel dia ckp dok kt kedai kopi tengok bola logik ka dok kat kedai kopi dari kul 10 mlm smpai 3-4 pagi…sorg pulak tu kalau dgn member tu boleh terima gak.. tak pa… suatu hari sy tanya ngan member dia si (pain) keadaan suami sy kat sana cam na dia cakap dia tak tahu sebab katanya suami sy dah jarang tidor kat bilik aik…!! hairan kat rumah balik pun jumaat- hingga ahad ja.. hari lain dia p tidor kat mana? suatu hari awal dlm kul 8 lebih dia ckp batery tel habis dan terus tutup sy call tak dpt terus sy tel rakan sebilik dia katanya suami sy tak ada kat bilik dan dia suruh sy tel suami sy kat no tel lagi 1 eh!.. bila masa pulak suami sy pkai 2 tel dan nombornya pun sy x tahu. tak tidor sy tunggu smpai kul 1 pg dan sy tel lg katanya suami sy lum balik lg tepat kul 1.30 pg sy naik motor p penang untuk cari dia sorg diri last2 sy jumpa dia kat game jackport (judi).. aduh pening la sy letih la dengan suami sy ni… ada juga kdg2 pd hari jumaat sy tel dan tanya “abg x p sembahyang Jumaat ka” suami sy kata ni nak p la.. padahal dia tak p dia tidoq..kisah pasal tel yg 1 lagi sy , emak,dan abg dia pun tahu apa no tel tu yang tahu hanya rakan sebilik dia dan sorg awek baling ida tu shj.. sy selalu menangis pernah 3x sy ditampar kerana cemburu dan menyibuk , setiap kali dia dok kantoi2 suami sy mesti berjanji bersumpah akan berubah perangai dan bertaubat.. taubat dan insaf dia tu hanya 1 minggu shj lepas 1minggu dia akan kembali sediakala.. sembahyang kat rumah pun sekali ketuk sekali jalan tak ketuk tak jalan. beza umur sy dan suami 9 tahun saya 27 dan dia 35 malu la sy dengan org sy ingat suami sy dapat mendidik sy tapi sebaliknya.. yang sy pelik 1 lagi sepanjang semasa sy dok kt umh metua sy ,sy x pernah dengar mak dia tanya bab sembahyang kepada anak-anak dia.semalam sekali lgi suami sy kantoi lg sy p tangkap dia kat gamejackport.. dan sy mengadu ngan mak dia dan mak dia menitiskan air mata dengan sikap anak2 dia.. wahai rakan2 semua tolonglah bagi pendapat kepada sy apakah yg sepatutnya sekarang ni yg sy perlu buat sy dah letih la agaknya sebab tu dah nak masuk 3 tahun kawen kami lum dikurniakan zuriat mungkin ada hikmah di sebaliknya. sy dah cuba untuk bentuk dia tapi sy rs mcm dah putus asa la… dia merayu kpd sy supaya bagi 1x peluang lagi…tolong la sy dah sakit dah otak ni

    • airmien Berkata:

      Waalaikumussalam..

      puan boleh merujuk kepada pihak yang berwajib seperti pihak jabatan agam,a di tempat puan kerana ianya melibatkan hal berkaitan agama..

      selain itu,doa yang berterusan dan tidak putus-putus bolehlah diamalkan selain merujuk kepada pakar motivasi..mengikut keadaan dan usia puan ketika ini, seeloknya puan mendapatkan pakar motivasi yang sama jantina dengan puan iaitu pakar motivasi perempuan kerana perempuan lebih mengetahui hal perempuan berbanding lelaki..saya doakan agar puamn tabah melayan kerenah suami puan itu..

    • erin Berkata:

      Army mmg baik dan sabar…saya pun tak pakar dan kurang ilmua agama kalo nak bg pandangan dari sudut itu..Cuma saya ade experience dgn suami main kayu 3. Sya yakin awak mesti pernah dgr tepuk dada tanya selera….pilihan yg awak ade, no 1: terus bersabar ,makan hati dan melayan kerenah suami yg sama atau no2: beri diri anda peluang utk merasa bahagia. dan once keputusan awak buat jgn toleh kebelakang utk menyesal terus melangkah sambil memohon petunjuk Allah dan bimbingan Allah….
      Alhamdulillah saya punya pengalaman yg sama. Berpisah dgn suami dikala mengandung anak kedua dan merantau di negeri orang tiada saudara mara di samping…dlam ms yg sama tak boleh nak mengadu nasib dgn keluarga coz ayah sy sendri pun tgh sibuk nak kawin dua, so mak sy tgh susah ati..sy telan sendri, melangkah sndri, menjaga sendiri kedua2 anak sy. bila bekas suami dah kawin ngan kekasih ati baru dia cr nak bersama sy semula, sy tepuk dada tanya selera..tak kesian ke pd anak2 aku tak de ayah kalo aku tak rujuk semula, tapi ati kecil sy berkata, aku tak berhak ke utk bahagia? Sy tau dan yakin sy akan makan ati dan anak2 pun x pasti gembira yg hakiki kalo tgk sy duk bertekak ngan ayah dia nanti coz rebutkan laki…..itu bukan fenomena yg sy nak pd anak2. so sy nekad utk bg diri sy pluang utk gembira dan bergembira dengan ikhlas dgn anak2. Alhamdulillah Allah bantu saya dan akhirnya sy jumpa dgn suami baru. tp bukanlah x de maslah. tggal lg masalah mkn ati teruk gila mcm laki asyik mabuk pompuan sy tidak alami setakat ini. Masalah lain yg masih boleh diperbaiki yg saya hadapi buat ms ni. Sy berasa yg idea suami sy yg baru iaitu bini ikut ckp laki tu yg sy tgh protes skrg ni coz bg sy ideologi ity salah…Sy percaya saya isteri bukan boneka utk diperkotak katikkan…once problem ni solve saya rs insyaAllah rumah tgga kami aman. Satu lagi anak sy tggal ngan saya, so sy nak dia pun terima anak sy sbgai keluarga bkan org tumpang. that one sy pertahankan. Dia pun ade anak tinggal ngan exwife. so saya mesti anggap anak dia sebagai keluarga saya juga…baru adil… InsyaAllah……sy doakan awak buat keputusan yg bijak utk DIRI AWAK. Bila kita gembira baru org sekeliling pun gembira…..apa pun saya juga mahu gembira…Semoga Allah buka jalan keluar utk kita selesaikan masalah kita…amin….

  4. kaY Berkata:

    kita sering mendengar ungkapan yang berbunyi “syurga di telapak kaki ibu”
    tetapi benarkah syurga isteri pula di telapak kaki suami..??? adakah ia d sokong mana2x hadis.
    bagi saya, mentaati ibubapa balasannya syurga, dalam hadis Rasulullah S.A.W.. menjanjikan syurga bagi meraka yang mentaati kedua ibu bapanya..
    adapun janji syurga di bawah telapak kaki suami belum saya temui namun ckuplah menjadi seorang isteri itu ahli syurga dengan mentaati suaminya..
    yang demikian banyak ayat Al-Quran & hadis baginda…

    • airmien Berkata:

      Tidak ada hadis sahih berhubung ‘Syurga isteri di bawah tapak kaki suami’ tetapi apabila akad dilafazkan oleh suami apabila diijab kabulkan, maka sudah menjadi tanggungjawab suami untuk memimpin isteri sebagai teman hidup. Tanggungjawab suami amatlah berat kerana tersilap mendidik isteri akan menjurus kepada neraka.

      Seperti yang tertulis, cukuplah dengan mentaati perintah suami mengikut seadanya dan tidak harus untuk mentaati suami sekiranya ianya mendatangkan kemurkaan Allah seperti syirik kepada-Nya.

      • ena Berkata:

        assalamualaikum,
        bila baca artikel ni saya rasa seronok anadai saya dapat semua ni….tapi…saya cuma nak luah kan apa yang terpendam dlam hati saya yg x dapat diluahkan selama ini….
        saya hanya nak tanya dimanakah tanggungjawab seorang suami jika dia tidak keluar bekerja ( ada syer business partner ) hanya saya yang bekerja? setiap bulan semua perbelanjaan rumah saya yang kena tanggung, sedangkan saya tahu dia ada duit. Duit tu dia hanya simpan katanya untuk kegunaan saya jgak dimasa akan dtg…memandangkan dia tiada pekerjaan tetap…kekadang duit gaji saya sampai negatif terpaksa bayar mcm2 bil termasuk hutang pinjaman masa dia belajar dulu…saya sedih bila memikirkan semua ni…terkadang saya nak juga rasa seorg suami bagi duit nafkah atau perbelanjaan kat saya walaupun RM 10.00 sbln. skrg dh 6 tahun kahwin tak pernah sekalipun dia bagi kat saya…saya nak tanya adakah suami saya itu menanggung dosa akibat apa yang dia buat tu ?
        satu lagi saya nak tanya berdosa kah saya jika saya menolak ajakan suami untuk bersama dengan alsan mengantuk memandangkan waktu yang diajak tak sesuai cthnya jam 3-4 pagi. di awal malam setiap hari dia keluar bersama kwn pergi berriadah cam futsal or bdminton 1-2 pagi baru balik. saya rasa penat coz saya esoknya kena bangun pagi utk pegi keje, antar anak sekolah dan mcm2 kerja lagi saya kena urus. Tghari kena balik masak untuk suami n anak. saya memang penat setiap hari….kekadang saya terpaksa menangis sendiri dalam bilik air memikirkan nape aku jadi cam ni….aku cuba bawak berbincang tapi dia baran tak blh berbincang ….so u comment la cam ner…tq

      • airmien Berkata:

        Waalaikumussalam..

        Berkenaan suami yang lepas tangan kita memang selalu dengar dan ianya seakan satu barah di dalam masyarakat dan ianya juga boleh dikatakan gejala yang tidak sepatutnya berlaku kepada masyarakat kita khususnya.

        Mungkin puan boleh merujuk perkara ini kepada pihak jabatan agama kerana di sana ada pihak yang bertanggungjawab boleh membantu.

        Apapun yang boleh dikatakan di sini, sebagai seorang suami tidak boleh melepaskan tangan menguruskan rumahtangga. Puan boleh ceritakan apa yang terjadi kepada pihak berwajib. Insya Allah mereka akan tolong memberikan nasihat kepada suami puan. Allah sentiasa berada di samping orang-orang yang benar.

  5. erin Berkata:

    Assalamualaikum….
    Saya ni ilmu tak banyak di dada. So bila baca dari awal penerangan tadi masih ade yang saya tak pasti dan hendak kan kepastian.
    Bila bercakap tentang suami..saya dah kawin kali yang kedua. yg pertama dah divorce coz org ketiga. Yg kedua baik tapi worker holic + suka guna kuasa kot…that make me think apekah yg dimaksudkan dengan tugas suami..bila selisih faham dia akan kondem saya plus suka tunjuk kuasa suami…bini kena ikut ckp suami..plus cakap saya tak cium bau syurga dan bla bla bla…..iaitu balasan tak baik pada bini yg tak baik pd suami…dia akan sampai this point bila saya melenting…coz saya dah cukup sabar..dan sy tak nak sabar lg dah….kadang 2 sy rasa kebanyakkan suami bila dapat title suami dia pk dia ada lesen besar nak bini tunduk @ jd hamba dia….which is hati kecik saya selalu memberontak dan disitulah mula tercetusnya lentingan saya utk memberitahu dia yg saya pun ade perasaan jugak bukan lembu cucuk idung….up to the level dia surh sy dtg bercakap dgn dia time gaduh dengan ugutan tak bau syurga…masa tu i dalam bilik dia kat living room. saya yg dah malas dan memberontak ni boleh let go and tak takut lansung dengan gertakan dia…may be setan dah hasut plus mmg purposely nak dia tau i dah tak nak dgr ckp dia coz i dah x sabar dan nak dia plak mengalah. dia marah i menengking ckp ngan dia time i marah..tapi sebelum i mula marah i dah mintak elok2 but no respond…so mmg sakit ati…dah nak wat camne…kalo org lain call trus laju pakai seluar baju nak g wat keje…tapi kita kat umah minta tolong bg anak mkn sbb sakit n lapar sgt dia bo layan…lengah2 kan…mana tak sakit ati….dah la tgh mengandung..anak kecik umur 10 bulan kita minta tolong bagi mkn…kadang2 terasa yg lelaki hari ini lebih kepada gile kuasa memperhambakan bini dari mengawal dan menjaga bini…..itu yg buat i marah…time suami nk kita disuruh buat tanpa bantah….tapi part kita minta dia buat endah tak endah…apa kes…saya mmg tak rasa itu adil atau itu yg sebenarnya islam ajar…..Saya bukan jenis yg simpan and boleh telan kalo benda tu saya rasa salah. sy mmg outspoken. laki tak betul pun saya cakap u tak betul this and that…sy tak pandai nak bermuka2 so bila ade yg tak puas i cakap mmg tak tapis tapi tak kasar bahasa cuma kasar suara coz nada mmg gerenti tinggi…tu yg laki i paling tak berkenan…as if i marah budak kecik tak hormat dia sebgai suami…tp mmg ms tu sy ketepikan kesuamian dia bila nk ketgh kan isu sy bukan hamba abdi and jadi ilang respek ms tu coz mmg tak berkenan dgn perangai dia…. saya akui sy salah tinggikan suara tp sy ckp elok dia tak pakai….dah kita marah at least dia bg attention skek..plus dapat mcm2 dosa…if x wat mcm tu sy akan mkn ati……pun dia yg berdosa…dah nak wat mcmana…selagi perangai memperhambakan bini ni tak di betulkan…selagi tu la pompuan trus wat dosa agaknya ye…. komen le kalo ade yg saya salah…

    • airmien Berkata:

      Waalaikumussalam..

      Berkenaan tanggungjawab seorang suami ini, seelok-eloknya diamalkan oleh para suami dan bakal suami. Apabila sudah mendirikan rumahtangga, hubungan yang dibina bersama suami tidak goyah dan berakhir dengan perceraian. Yang menjadi mangsa,anak-anak yang tidak bersalah. Admin nasihatkan agar puan banyakkan buat solat sunat istikharah dan selalu berdoa agar dipermudahkan segala urusan.

      Agak malang sekiranya suami mengunakan statusnya sebagai suami sehingga menakutkan isteri dia dengan mengatakan berdosa besar jika melanggar atau tidak ikut perintah suami. Yang menjadikan keadaan bertambah teruk, sikap suami yang tidak begini peka dengan suruhan agama dan mempermainkan agama sewenang-wenangnya.

      Admin nasihatkan agar puan dapat bersabar kerana puan telah tahu sikap suami puan macam mana yang kuat bekerja. Jadi,biarkan saja dia dengan kerja dia. Jika marah, puan boleh cuba kaedah-kaedah untuk menghindari marah seperti menarik nafas dalam-dalam, tahan beberapa detik dan hembus perlahn-lahan. Atau juga boleh mengambil wudhu. Sifat air yang sejuk boleh membuatkan keadaan panas menjadi reda seketika. Selain itu, cuba dapatkan nasihat dari pihak yang boleh boleh dipercayai dan boleh berkongsi masalah puan terutama kaum wanita yang sudah berkeluarga. Membaca kisah-kisah motivasi dan nasihat mungkin sedikit sebanyak boleh membantu puan.

  6. ayamserama Berkata:

    A’kum..membaca setiap keluhan hati semua Si Isteri tergerak sy nk berkongsi disini. Dlm Islam memang mengatakan kita isteri tdk buleh mencerikan keburukan dan keaibpan suami kpd sesiapa pun.hukumnya..katanya Dosa. O.k.
    Tetapi sesiapa yg dpt mendengar keluhan dan rintihan si isteri-2 ni jika sikap suami itu sendiri mengaibkan dirinya sendiri.

    Sedih sy dgr semua isteri yg menghadapi masalah masing-2 dan sy yang baru berkawin pun menghadapi masalah rumah tangga dik keegoaan sisuami dan sikap tidak percaya pd isteri. Entah lah bkn kami tk tahu hukum agama . tp inilah manusia bila menghadapi perangai mudah lupa diri.

    baru mendirikan rumah tangga 6 bulan.. kewangan memang tidak o.k. k.o jer.. bila ada duit lebih sikit bg kawan pinjam, loby sana lobu sini asyik kena tipu jer dgn kengkawan. Suami ku memang baik dan terlalu percy pd kwn tp pd isteri lain pulak dan berkira dgn isteri. Sy memang tk kerja nak kerja kejap dia suruh kerja kejap dia kata jgn kdg-2 dia kata kerja tk sesuai.. tp kalau business dia sy tk pantau memang asyik kena tipu n hbs ler ..jaw.. mungkin sebab ni ler Tuhan tk kurniakan sy anak lg.. Sy merintih dan menangis sendiri bila sikap suami yg suka berkira dan tk syukor dan tk sedar diri.. pernah 2x dlm tempah 6 bulan duit dah tk der satu sen pun nk mkn beras dah tk der.. sy korek tabung, cr duit siling dan duit yg sy sorok2 hasil beli brg daour lebihan. sy sanggup keluarkan semua wang simpanan utk bg suami mkn..suami sy tk mkn sarapan tk buleh kena masak hr-2.
    Bila suami dpt duit hasil kerja dia.bila sy kata sy tk der duit nk topup tel dan dia kata dia ada bg kat sy RM50.sy kata dia tk bagi ,dia kata bagi sy kata tak..sy tegas kan..dia masih tk percaya ckp saya..dok argui mcm tu ler ada tak ada ..sampai sy buka beg duit sy dan tunjuk beg sy semua isi serapah dlm duit emang tk ada.. sampai sy tersedu dgn sikapnya yg berkira dan utama dia tk percaya kata-2 dan sy tk pernah berkira walau sersen walau sepenat sy melayan dia.. entahlah..apa kah perkahwinan jika anda tidak percaya pasangan anda yg jujur. yg tipu pun satu hal ler..tp yg si isteri jujur sanggup korek tabung , tk der duit buat bedak sejuk pg jual kat kengkawan, jual buku agama..semata-2 nk bg suami duit utk bergerak bubuh minyak kereta ,tol dan duit mkn takut suami sakit..itu pun dia tk nampak.. apalah dosa ku sampai mcm ni sekali dpt suami baik tp..Tuhan aja yg tahu..bkn ku bercerita disini nk mengaibkan suami ku sekadar meluahkan perasaan. kerna ku tiada tempat mengadu..kuharapkan suami k..tp….sedih..sesgt ..aku hanya mampu menangis dan menangis menyesali setiap apa yang berlaku..Ya ALLAH ampunilah aku…Jika masih ada dosa-2 ku . Sy baru balik dr Umrah ku dah pohon keampunan kupohon dr tuhan demi kebaikan rumah tangga ku..tp dugaan ini menggoyah kasih sayang ku pada suami yang amat ku cintai..

    • airmien Berkata:

      Waalaikumussalam. Admin di sini turut tumpang sedih di atas apa yang berlaku. Kita doakan agar sesuatu akan berlaku yang akan mengubah segalanya menjadi lebih baik.

  7. cekgu Berkata:

    assalammualaikum.. saya dan suami dua2 bekerja. saya seorang guru dan suami merupakan pegawai di jabatan kerajaan. Situasi disini, saya membantu suami membayar kereta+bil2 dimana suami telah menetapkan 60% dia bayar, 40% saya bayar. suami tidak pernah membelikan pakaian kepada saya. suami tidak perlu membayar rumah kerana kami tinggal di flat sekolah. kami akan membeli rumah, dan suami telah menetapkan bayaran 40% adalah tanggungjawab saya. Barang keperluan harian kadang2 dia beli, kadang2 saya yg beli. Jadi persoalannya disini, apa yg dimaksudkan, suami perlu menyediakan tempat tinggal, makanan, pakaian n etc?? saya rasa, sama sahaja saya dan dia yg sediakan semua. Suami TIDAK PERNAH bagi wang belanja kepada saya. MUNGKIN dia rasa saya mampu belanja diri sendiri sebab saya bekerja. dan saya pun TIDAKLAH meminta2 diberi wang saku. Dia selalu OUTSTATION, tapi TAK PERNAH BAGI WANG BELANJA. Jadi, MACAMMANA? bolehkah macam ni??? senanglah PARA SUAMI SEKARANG. ISTERI BEKERJA. JADI TANGGUNGJAWAB BAHAGI SAMA RATA. SAMA JUGAK SITUASI MACAM TINGGAL SORANG2. Lagi baik sebab tak sakit hati sebab tak buat keja umah sorang2. Suami JARANG BANTU buat kerja rumah. TAKPAHAMLAH. TOLONG BANTU. TAKUT RASA SYAK MUSYKIL NI MENAMBAH DOSA SAYA. TERIMA KASIH.

    • airmien Berkata:

      Waalaikumussalam

      Berkenaan tanggungjawab seorang lelaki adalah wajib menyara keluarga dan isteri tidak diwajibkan mengeluarkan wang melainkan jika ingin membantu keluarga terutama meringankan beban yang ditanggung oleh suami. Kebanyakan suami memandang mudah perkara ini iaitu apabila isteri turut bekerja, maka tidak perlulah mengeluarkan wang bagi isteri mereka kerana sudah ada pendapatan sendiri. Selalu sahaja perkara ini terlepas pandang dan apabila diajukan kepada bahagian kaunseling, mungkin hanya sekadar dua atau tiga bulan yang berubah dan selepas itu, kembali kepada biasa iaitu tidak memikul tanggungjawab sebagai suami dengan berlandaskan syarak.

      Apa yang ingin admin nasihatkan disini, puan tidak usahlah terlalu musykil kerana ianya akan menyebabkan puan semakin tertekan dengan sikap suami puan tersebut. Puan ada pendapatan sendiri dan boleh membeli keperluan yang diingini berbanding isteri yang tidak bekerja dan hanya mengharapak suami yang menghulurkan wang untuk membeli barang keperluan. Puan boleh cuba nasihati suami puan secara berhemah dan tidak terlalu mengikut emosi. Tegur secara berkias dan berlembut mungkin membantu. Di samping itu, berdoalah agar terbuka pintu hati suami puan agar berubah menjadi lebih baik dan mengikut atau menjadi suami yang lebih bertanggungjawab.

      Admin berdoa agar segalanya akan dapat diselesaikan dan dihadapi dengan lebih baik dan lebih berhemah.

      • sayang suami Berkata:

        saya baru berkahwin 4 bulan lebih… seperti kebanyakan wanita saya juga menghadapi masalah dalam urusan nafkah keluarga. saya pernah dicaci dan dimaki suami kerana gagal menyediakan makanan untuknya sedangkan suami saya tidak tahu saya tidak mempunyai wang untuk membeli keperluan dapur. sayu juga hati saya bila dimarahi begitu walaupun saya tidak diberi wang saku untuk membeli keprluan dapur. makanan yang dibeli dan dimasak oleh saya pun hanya menggunakan duit mas kahwin. kami sama-sama bekerja tapi saya baru sahaja mendapat pekerjaan dan gaji juga belum masuk. saya
        tertekan dengan cacian suami saya dan dia mula mengungkit bahwa bkn tugasnya memberi saya makan. sejak itu hanya saya yang berusaha menyediakan makan minum suami menggunakan duit sendiri. saya baru beberapa minggu hamil dan tubuh saya merasa cepat lesu, pening dan loya namun suami tidak pula meringankan beban saya menguruskan rumah tangga. hanya saya yang kena bersihkan rumah di dalam dan luar dan ini kadangkala membatasi kemampuan saya. suami saya pernah memarahi saya kerana menuduh saya tidak pernah membersihkan halaman rumah padahal saya selalu membersihkannya cuma suami saya yang tidak pernah lihat. halaman rumah kotor juga disebabkan tayar kereta suami saya sendiri.kadangkala saya rasa sangat letih dan penat tapi saya rasa takut untuk berehat bimbang dilihat suami sebagai isteri yang pemalas..pernah juga suami saya membersihkan halaman rumah tapi dia mengungkit dan berkata itu bukan tugasnya dan terus memarahi saya. 100% urusan rumahtangga diserahkan kepada saya semata-mata. kadangkala saya tidak ingin hidup lebih lama kerana bimbang saya tidak mampu menjadi isteri yang baik sekaligus mencampakkan saya ke neraka.. saya rela andai suami saya ingin mencari pengganti jika ada wanita yang lebih pandai menjaganya kerana saya sangat sayangkan suami saya..

      • airmien Berkata:

        Sebagai seorang suami walaupun isteri mereka bekerja, mereka tidak boleh melepaskan tanggungjawab sebagai seorang suami. Sikap yang ditunjukkan oleh suami puan amat dikesali. Rasulullah sebagai contohnya, turut membantu isteri baginda dalam urusan rumahtangga. Admin harapkan agar puan bersabar dan selalu berdoa kepada Allah agar suami puan berubah suatu hari nanti. Insya Allah.

  8. zu Berkata:

    saya amat bersetuju dengan san semua luahan para isteri di ruangan ini. semoga Allah memberkati kita kaum hawa sekalian…aminnn

  9. yatt Berkata:

    mcm saya…hmmm setelah dpt bkerja dgn kerajaan..gred pun biasa jer..husbnd seakan melepas tangan dlm hal2 bekaitan nafkah..semua perkara berkaitan kewangan saya yg uruskan..berapalah sgt gaji seorg kerani biasa..anak dah dua..nk tolak loan lagi..x der keta saya blikan..bt loan keta 10k jer..tp loan bt lebih coz tahu prangai dia .jenis x amik tau masalah kewangAN saya..sekolah ank saya..yuran saya baju raya.saya..smua saya..byq ngasuh saya..susu pampers saya..mkn saya..semua tu meletihkan saya..bila saya carikan kerja utk dia..x nk pulak dia..tmpt tgl hnya hrp nk dok gan mak dia..nk berniaga saya bg modal..hnya sekerat jln jer..modal stuck kt situ jer..skrg saya dah pindah dr umah mertua..tu pun atas usaha saya..nk byr umah..??/sah2 saya jgk..bil2 lagi.mmg letih mengenangkan nasib..smpai bila..nie dah nk masuk 2 thn..saya cuba memujuk hati memberi masa sthun lagi utk dia berubah…byk lgi yg hendak di luahkan sebenarnya…

    • airmien Berkata:

      Suami melepaskan tangan dalam urusan rumahtangga memang banyak yang dilaporkan. Seeloknya cuba dapatkan pandangan dari Jabatan Hal Ehwal Agama dari segi kaunseling. Ada yang sampai 20 tahun pun pernah berlaku dan memang berlaku isteri yang menanggung suami yang malas dan apabila isteri menuntut nafkah dari segi kewangan, suami kata tidak ada wang dan buku bank, slip gaji disembunyikan. Ini memang pernah diceritakan kepada admin sendiri.

  10. chintadhia Berkata:

    saya juga megalami nasib yang sama,baru sahaja berkhawin selama 10bulan,tetapi berbagai dugaan yg saya alami..suami saya seorg yg sgt tidak memahami hati dan perasaan saya,malahan di tempat tidur jugak dia tidak pernah peduli sama ada saya puas atau tidak,,yg puas cuma dia,nafkah zahir juga sama,kalau rm100 yg diberi itu ja lah sampai akhir bulan,nasib baik saya berkerja,pergi mkn di luar pun saya yg kena bayar,saya mengalami tekanan emosi yg meruncing,bila bergado saya akan mejerit,menangis tanpa henti tetapi dia tidaka akan memujuk saya malahan terus-terusan meyakiti hati saya dengan berkata macam2 keburukan saya,saya telah banyak berkorban untuk dia,tetapi dia tidak pernah mghargai saya,malahan di hari lahir saya pun dia tidak mgucap selamat hari lahir sedangkan dia tahu bahawa hr itu hari lahir saya,ego yg menguasai dia,apabila saya membaca artikel ini sya sedar bahawa suami saya tidak seperti yg diceritakan dalam artikel itu,dan saya wanita yg malang kerana bersuamikan org seperti ini.

    • airmien Berkata:

      Admin bersimpati dengan nasib yang telah menimpa. Tanggungjawab seorang suami sangat besar dan haruslah berlaku adil dan saksama. Nafkah sering kali diabaikan oleh pihak suami termasuk zahir dan batin. Dalam nafkah zahir seperti urusan perbelanjaan rumah tangga, suami harus beri sekadar yang mampu dan tidak boleh lepas tangan seandainya isteri dia turut bekerja.

      Artikel ini bertujuan untuk memberi kesedaran tentang tangungjawab seorang suami dan isteri pun boleh baca sebagai pengetahuan tentang tanggungjwab seorang suami mengikut Islam. Alangkah beruntungnya sekiranya para suami dapat mengikuti seperti apa yang telah ditulis dan berpegang teguh kepadanya.

      Diharapkan agar dari pihak puan dapat mengikuti sesi kaunseling berhubung masalah yang melanda ini. Sesi kaunseling mungkin boleh didapati di jabatan Agama Islam atau pakar di dalam bidang rumahtangga. Sebelum itu, adalah dinasihatkan agar dapatkan kaunseling dari pihak yang boleh dipercayai dan arif dalam menghadapai masalah yang melanda. Bimbang apa yang diingini tidak kesampaian dan lari dari tujuan asal.

  11. asnita Berkata:

    sy ingtkn..pkhwinan sy yg plng truk skali,tetapi rmai lg yg truk dr sy.Syukur Alhmdulillah…wlaupun sbnarnya,nasib sy dgn kwn2 yg lain same saje.sy br brkahwin 3bln..sejak mula2 bkahwin,suami bg nafkah.dah 2 n 3 bln…suami dah xbg nafkah.bile kte mnta,dia ckp xde duit.sy xmnta utk bshopping.tp untuk mkn.sy sorg yg bkerja.duit gaji abis byr hutang2 suami tiap2 bln..byr rumah..keta…maintnance smua suami dah tetapkn kna byr half2..sy xfhm.adakah dlm islam mnyatakan yg si istri wajib bantu suami byr smua hutang??sdangkan suami ada duit bli rokok tiap2 hari.sy sgt xfhm.klu pegi psr,die suruh sy byr.klu sy ckp xde duit,die mulalah tarik muka n marah.smpi ke rumah xtgur n tdur pun kat bilik kosong.derhaka ka sy coz telah buat suami sy marah??sy xpnah tggl tnggungjwb sy sbg istri.ape sj yg dia mnta,smua sy tunaikn.Derhaka ka sorg istri skiranya dia xbantu suaminye byr hutang2 spt rumah,kereta n pbelanjaan rumah???sy sgt rs tertekan dgn pkahwinan ini..sy rs sgt seksa hdup bkeluarga.n lebih baik hidup sndiri…tolong jwb soalan sy…

    • airmien Berkata:

      Masih ramai lagi yang lebih teruk dari yang dialami oleh puan. Masalah utama, suami abaikan tanggungjawab. Apa yang ingin admin tekankan di sini, isteri wajib mentaati perintah suami selagi ianya tidak menjurus kepada syirik kepada Allah. Cuba dapatkan pandangan dari Majlis Agama berkenaan perkara ini untuk sesi kaunseling. Elakkan dari berfikiran negatif kerana ianya akan membuatkan diri dan fikiran puan jadi berserabut. Dapatkan buku-buku motivasi yang berkaitan dengan kekeluargaan untuk bacaan puan. Insya Allah ianya akan membuatkan puan rasa reda sedikit. Masalah ini bukanlah baru tetapi ianya telah ada sejak lama dahulu. Ianya memerlukan perhatian dari pihak jabatan agama dan sesi kaunseling mungkin perlu bagi pasangan yang menghadapi masalah ini.

  12. siti noor hidayah Berkata:

    assalamualaikum..
    saya dah kawin hampir 3thun,mmpunyai seorang anak.saya surirumah sepenuh masa..saya geram dgn sikap suami yg slalu utamakan ibunya dri saya. dari segi nafkah, dia akan bri duit lebih banyak kpada ibunya berbanding saya. gajinya tiap-tiap bulan habis dgan melangsai hutang. nafkah utk saya ni sedikit sahaja dia beri. pernah juga tak bagi langsung duit nakah,saya diam sja sbb kasihankan suami xckup duit.pernah juga pinjam duit saya jika dia tidak cukup wang. bkn itu saja, tiap bulan suami slalu pjm duit dari abang/adik/kakaknya. saya hendak bkerja ttpi suami xizinkan..tlonglah saya selesaikan masalah ni..

    • airmien Berkata:

      Waalaikumussalam..

      Berkenaan perkara ini, banyak yang diutarakan..mungkin puan boleh dapatkan nasihat dari pihak jabatan agama yang berhampiran..

  13. Ros Berkata:

    Suami2 skrg mmg pelik2…sedih sgt2…:”(

    • airmien Berkata:

      Sebagai seorang suami, kena tahu apa tangguangjawab mereka dan seorang isteri, bantulah mereka jika ada sesuatu yang tidak kena dalam hubungan keluarga.

  14. Hells Novokane Berkata:

    assalamualaikum, demi fajar yang terbit dari timur dengan kekuasaannya.
    saya telah mendirikan rumahtangga bersama isteri tercinta pada tahun 2006. alhamdulillah kami dikurniakan cahaya mata yang diamanahkan Allah selepas setahun berkahwin. pada tahun tahun awal perkahwinan kami semuanya berjalan lancar dan kami bahagia hidup bersama seadanya dengan izin Allah. Namun panas tidak sampai kepetang. pada 2 tahun lepas isteri saya telah menyambung pelajarannya di salah sebuah IPTA di Kuala Lumpur. demi cita citanya saya rela melepaskan dia dengan sepenuh kepercayaan yang ada. alhamdulillah semuanya lancar, isteri saya berjaya mendapat apa yg diinginkan dalam mengejar ilmu dan saya tumpang gembira walaupun kami kadangkala dilambung badai dalam tempah terserbut. Tapi, dengan kejayaannya itu telah membuatkan dia memperkecil kecilkan saya, dia telah berubah hinggakan sanggup menipu saya, keluar rumah sesuka hati, keluar pagi pulang pun lewat pagi. makan dan minum saya juga sudah diabaikan hinggakan berat badan saya turun mendadak 12 kilo dalam masa sebulan. dengan kekeuasaan Allah, apa yang dilakukan dibelakang saya telah terbongkar sedikit demi sedikit. Naluri suami kepada isterinya tidak boleh dipersoalkan. namun begitu saya tetap sayangkan isteri saya, setiap hari saya berdoa agar Allah mengampunkan nya, semoga Allah melindunginya dimana saja dia berada. saya anggap segala penghinaan, kebiadapan, penderhakaan, penipuan serta dosanya pada saya dan Tuhan adalah diatas kekhilafan dan kelemahan dari dirinya. walaupun hati saya remuk, luluh, terhiris dengan segala perbuatan isteri saya, saya akan tetap memaafkannya kerana cinta saya pada dia melebihi apa yang ada di bumi, jauh melangkaui apa yg ada di langit. semoga kami tabah melayari bahtera rumahtangga ini. Amin.

  15. rose Berkata:

    Betul cakap aien tu


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 55 other followers