airmien

sesuatu tentang kehidupan

Mengenali Pasangan Yang Suka Berbohong Disember 2, 2009

Filed under: Relationship — airmien @ 1:13 am
Tags:

Tiada siapa yang suka diri dibohongi apatah lagi dengan orang yang paling disayangi baik suami mahupun isteri. Namun begitu lumrah dunia, lain orang lain pula sikapnya. Ada yang cukup senang untuk berbohong termasuklah pada orang yang terdekat. Pembohongan tentang perkara kecil mungkin boleh dimaafkan tapi bagaimana pula sekiranya si dia berbohong atau menipu anda kerana curang? Bagi mengelakkan anda terpedaya dengan pembohongan ini maka kenali tanda-tanda yang boleh dibaca dengan jelas oleh mereka yang mahu menutup kebenaran dari anda.

Perhatikan Nada Suaranya

Biasanya dari intonasi vokal si dia, anda akan tahu adakah apa yang diperkatakannya itu benar atau sebaliknya. Sebagai pasangan anda mungkin sudah mengenali karekter pasangan melalui suaranya saja.

Sekiranya anda mendengar nada suara yang agak berlainan dari biasa ketika sedang meyakinkan dirinya tidak berbohong maka boleh jadi ketika itulah dia sedang cuba menyembunyikan sesuatu.

Jika nada suaranya lebih keras daripada biasa maka semakin keras dia mengatakan tidak, semakin besarlah kemungkinan dia berbohong. Biasanya suara keras itu sebenarnya adalah salah satu usaha untuk menyembunyikan kerisauan hatinya kerana khuatir pembohongannya diketahui oleh anda.

Tergagap-gagap

Sekiranya pasangan yang pandai berkata-kata adalah lebih mudah untuk mengesan pembohongan mereka. Orang yang sebegini biasanya akan kehabisan kaa bila berhadapan dengan orang yang dibohonginya. Kata-kata yang keluar dari mulutnya juga mungkin tergagap-gagap kerana dia sedang berusaha mengarang cerita bohong. Perhatikan juga kalau si dia selalu menyebut ‘maksud saya’. Itu adalah perkataan untuk menyelamatkan dirinya.

Baca Dari Bahasa Badan

Biasanya orang yang sedang berbohong tidak mampu bertentang atau menatap mata dengan anda. Si dia juga semakin sering mengerdipkan mata. Biasanya seseorang akan berkedip sebanyak 15 hingga 20 kali seminit tetapi dalam keadaan malu, tegang dan berbohong, kadar stres yang meningkat akan menyebabkan si dia lebih banyak mengerdipkan mata.

Enggan Duduk Berdekatan

Keengganan si dia duduk berdekatan dengan anda juga boleh menjadi tanda dirinya sedang berbohong. Akibat rasa bersalah, pembohong sejati tidak suka berdekatan dengan orang dibohongi. Uji dirinya, bertanyalah jika anda berasa curiga. Jika dia menjauhkan diri atau sibuk memainkan tanganny,besar kemungkinan si dia sedang berbohong.

Cerita Panjang Lebar

Orang yang selalu berbohong biasanya cukup pandai mengarang cerita sehingga kadang-kala langsung tidak masuk akal. Mereka juga kerap memanjangkan cerita yang ringkas. Mereka yakin bahawa anda akan percaya dengan cerita panjang yang disampaikannya. Oleh itu waspadalah pada mereka yang suka melebarkan cerita yang pada dasarnya mudah sekali untuk disampaikan.

Menggelabah Jawab Pertanyaan Spontan

Seseorang yang senang berbohong, kerap kali sudah menyediakan pelbagai versi cerita dalam fikirannya sebelum bertemu dengan orang yang akan dibohongi agar semuanya berjalan sempurna. Untuk mengetahuinya, cuba anda melontarkan pertanyaan spontan yang tidak dapat dibayangkan. Orang yang berbohong selalunya akan menggelabah untuk menjawab pertanyaan seperti ini.

About these ads
 

2 Responses to “Mengenali Pasangan Yang Suka Berbohong”

  1. maya Says:

    menarik…artikel ni sedikit sebanyak membantu sy utk mengenali lbh tntg pasangan (jujur/x)…
    tp mcm ne pulak kalau kite tanye pasangan & jawapan akhir yg dia berikan ialah “terserah lah nk percaya atau x..”
    tu bole dikira dia sdg berbohong atau jujur…
    harap bole bagi komen/pandangan/nasihat….peace (^^)v

    • airmien Says:

      artikel ini adalah contoh-contoh yang dapat diberikan dan bukan 100% menepati apa yang berlaku di depan mata..


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 105 other followers