airmien

sesuatu tentang kehidupan

Wanita Idaman Seorang Suami April 21, 2013

Filed under: Uncategorized — airmien @ 11:12 pm
Tags:

Wanita yang hebat adalah wanita yang mempunyai semua ciri-ciri yang diidamkan oleh setiap lelaki untuk dijadikan isteri. Mereka bukan hanya diharapkan utk menjadi seorang isteri tetapi juga sebagai kawan dan kekasih serta ibu yang solehah untuk anak-anak.

Sesungguhnya bagi kejayaan seorang lelaki, berdiri di belakangnya adalah seorang isteri yang hebat dan berjayanya seorang anak, berdiri di belakangnya adalah seorang ibu yang hebat.

 

Antara ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki ialah seperti berikut:

  1. Mentaati Allah S.W.T dan mengerjakan segala perintah suami selagi tidak melanggar perintah Allah.
  2. Bersikap malu terhadap suami. Dengan adanya sikap begini, seorang isteri itu akan sentiasa berusaha untuk kelihatan sempurna bukan hanya di hadapan, bahkan juga ketika dibelakang suami.
  3. Berdiam diri ketika suami sedang bercakap, baru bersuara setelah suami selesai berbicara. Bukannya sepatah suami bercakap, 10 patah dijawabnya. kalau pun tak mampu menyelesaikan kekusutan yang dihadapi suami, cukuplah sekadar menjadi pendengar yang setia.
  4. Sentiasa bersikap hormat pada suami. Menghantar suami ke muka pintu ketika suami hendak ke tempat kerja dan menyambutnya di muka pintu ketika suami pulang kerja.
  5. Sentiasa bersedia apabila suami memerlukan. Jangan sesekali menunjukkan rasa terpaksa, penat dan sebagainya kerana itu, bagi wanita yang memilih untuk bekerja, mereka perlu ikhlas dan bijak membahagikan masa. Ingatlah, apabila ada rasa ikhlas, segalanya akan menjadi ringan dan apabila bijak membahagikan masa segalanya menjadi mudah.
  6. Memahami perubahan sikap suami. Contohnya, ketika suami sedang marah, berduka, kecewa, gembira, cemas dan ketika dia ingin bersendirian. Sikap semulajadi lelaki, sukar untuk meluahkan apa yang dirasakan jadi sebagai seorang isteri, jangan mudah terasa akan perubahan tersebut.
  7. Satu lagi sikap semulajadi lelaki ialah hanya mampu memberikan tumpuan pada satu perkara dalam satu masa. Jadi, jangan sesekali mengajak suami berbual atau bercerita tentang masalah di tempat kerja ketika dia sedang menonton perlawanan bola sepak dan sebagainya. Sesungguhnya perbuatan itu bukan sahaja akan membuatkan anda kecewa kerana tak mendapat perhatiannya, tetapi juga boleh menimbulkan kemarahan suami.
  8. Memakai wangi-wangian dan pakaian sentiasa kemas ketika bersama suami. Ingat, ketika di luar rumah, suami sentiasa berhadapan dgn wanita-wanita cantik, harum dan menggoda. Jadi pastikan apabila pulang ke rumah, dia tidak pula berhadapan dengan isteri yang hanya berkain batik dan t-shirt lusuh, muka berminyak dan bau yang kurang menyenangkan.
  9. Jaga mulut daripada bau-bau yang kurang menyenangkan. Contohnya, ketika makan petai, jering dan durian. Jika makan bersama suami, buatlah sesuatu selepas itu agar dapat mengatasi bau mulut. Apa lagi bagi mereka yg menghadapi masalah mulut berbau kerana kerosakan gigi. Segera bertindak walaupun baru sekali suami menegur.
  10. Sentiasa menjaga kehormatan diri terutama ketika ketiadaan suami. Wanita bekerja contohnya, jagalah tingkah laku.
  11. Bersyukur di atas apa yang disediakan dan diberikan suami. Jangan suka meminta-minta, apa lagi jika ia di luar kemampuan suami dan jangan sesekali membanding-bandingkan kelebihan yg dimiliki oleh orang lain dengan apa yang anda miliki.
  12. Dalam apa jua situasi, sentiasa berdiri di belakang suami. Menjadi tongkat ketika suami jatuh dan menjadi pemangkin ketika suami berjaya.
  13. Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami. Begitu juga bagi wanita yang bekerja. Bekerja bukan alasan untuk mereka bebas ke sana dan ke mari.
  14. Sentiasa tersenyum. Sesungguhnya, senyuman adalah sebesar-besar penawar walau dalam apa juga situasi. Contohnya, ketika hati suami sedang bercelaru, segera menjadi tenang apabila melihat senyuman isteri dan ketika dia sedang marah, segera api kemarahan itu padam hanya dengan senyuman isteri.
  15. Sentiasa menghormati keluarga suami. Menyayangi dan melayan keluarga suami sama seperti keluarganya sendiri. Jangan sesekali membeza-bezakan antara kluarga suami dengan keluarga sendiri. Bahkan sikap mengutamakan keluarga mentua akan membuatkan kasih sayang suami semakin bertambah.

 

Image

About these ads
 

4 Responses to “Wanita Idaman Seorang Suami”

  1. ayu laelasari Berkata:

    ouchhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh,,,,,,,,,,,,,,
    Ghithoooooo yachhhhhh ……………

    smoga aqq calon wanita sperti ithu ……….
    AMIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIeeeNNNN


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 105 other followers