1. Memahami Perasaan
Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan perkara itu selain dari ‘memahami perasaan lelaki sebagai sediakala dan menerima seadanya.’ Menerima dirinya sebagai lelaki. Apa yang penting untuk anda ketahui ialah mengenai lelaki itu sendiri, bukan cara untuk mengubah lelaki.
Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda dan mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin anda tidak suka dan tidak menyukai anda.
2.Memahami Perangai
Cuba memahami perangai seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda adalah lebih baik dari dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan anda.
3.Memujuk
Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Ini kerana hanya insan itu sendiri yang akan mengubah perangainya, itupun jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah dan memperbaiki dirinya.
4.Lebih Banyak Memberi
Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak dari apa yang anda terima dari seorang lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari apa yang sanggup anda beri.
5.Mempercayai
Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan lelaki itu mempercayai anda. Hidup ini ‘meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang’. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda buaknlah perkara mudah tetapi untuk membuatkan orang lain tidak percaya kepada anda bukanlah payah. Apabila dia sudah tidak percayakan anda, maka adalah lebih sukar untuk dia menubah pendiriannya.
6.Mengenal dan Menghalusi
Mengenal lelaki bukanlah unutk mengalahkannya kerana dalam kehidupan suami isteri, kedua-duanya perlu sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan.
Dalam satu perkahwinan terdapat dua kuasa, pertama kuasa suami dan kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan menyuarakan. Kuasa isteri adalah memberi persetujuan atau menidakkan.
Sekiranya kedua-dua menyalahgunakan kuasa, maka rumah tangga akan menjadi porak-peranda. Dari itu rujuklah kepada agama utuk menghalusi apakah yang dibolehkan atau dibenarkan dan apakah yang dilarang.
7.Tidak Celupar dan Bermasam Muka
Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya. Ramai juga yang bersifat mendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan suami, membandingkan suami dengan lelaki lain dan memaki-hamun suaminya.
Sekiranya anda bersifat sedemikian, walaubagaimana kenal pun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi penyebabsuami anda berasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan diri anda. Andalah sebenarnya yang patut berubah terlebih dsahulu.
8.Bertanggungjawab
Sebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini menjadi semakin maju. Begitu juga tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan oleh agama, anda tidak perlu risau. Allah SWT akan menempatkan anda di pihak yang benar dan anda tidak akan rugi apa-apa.
9. Elakkan Mengkritik
Kritikan amat merbahaya kerana ia menjadikan seorang lelaki itu defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirinya. Ini kerana ia melukakan nilai diri lelaki, menjejaskan rasa kepentingan dirinya dan menyebabkan dia rasa kecewa terhadap anda dan mungkin akan mengkritik anda pula.
10.Memahami Kemahuan
Dia akan melakukan apa sahaja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Terdapat dua perkara besar yang diingini oleh manusia iaitu kemahuan seks dan kemahuan unutk menjadi penting.
Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan. Oleh itu anda mestimemahami apa kemahuan lelaki yang menjadi suami anda.
11.Tunjukkan Minat
Dia akan menunjukkan minat terhadapa anda. Dengar apa yang dia ingin dikatakan, walaupun ianya tentang dirinya sendiri atau mengenai kerjanya atau kesukaannya. Lebih anda berminat padanya, maka lebih berminat lagilah dia kepada anda.
12.Murahkan Senyuman
Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan kepada anda itu, begitu jugalah nikmat yng dirasakannya apabila anda senyum kepadanya. Senyuman boleh menyebabkan lelaki suka kepada anda.
13.Memanggil Dengan Panggilan Manja
Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada yang lembut, begitulah juga dengan lelaki. Dia mahu anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai seorang wanita.
14.Menghormati
Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya dan betolak-ansur dengannnya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda.
Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya dan memberi penghormatan tidak akan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadikan diri lebih terhormat.
15.Berbincang dan Mendengar
Antara masalah besar dalam rumah tangga ialah apabila masing-masing suami isteri tidak mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan baik apa yang diperkatakan oleh lelaki, nescaya dia juga akan mendengar apa yang ingin anda katakan.
16.Elakkan Berceloteh
Lelaki tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal remeh-temeh yang biasanya diceritakan oleh wanita kepada wanita. Lebih baik bercakap perkara yang menjadi kesukaannya atau yang berkaitan dengan minat anda dalam membina kerjayanya atau membantu mempertingkatkan ekonomi rumah tangga.
17. Jangan Merendahkan
Dia akan menganggap anda penting dalam hidupnya. Antara kesilapan wanita ialah suka merendah-rendahkan suaminya atau menganggap bahawa sekiranya perceraian berlaku, ramai lelaki yang lebih baik sikap dan sifatnya yang sanggup jadi pengganti. Jika begitu, suami anda juga akan berfikir begitu mengenai anda.
18. Tunjukkan Rasa Gembira
Apabila anda menyatakan penyesalan mengahwini suami, suami anda juga akan menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakannya. Menyatakan penyesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda dan lemahnya anda dalam menghadapi dugaan hidup. Sepatutnya anda berusaha untuk mencipta perasaan gembira dalam diri anda kerana dapat berkahwin dengannya.
19. Elakkan Pergaduhan
Ada wanita yang menunggu-nunggu sat suami menegur dan menasihatinya kerana dia sudah bersedia dengan peluru-peluru tohmahan dan kejian serta air mata. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berkaitan rumah tangga, elakkan pergaduhan dan janganlah sesekali anda memulakannya.
20. Kerap Minta Maaf
Sekiranya anda sukar minta maaf di atas kesalahan anda dan sebaliknya amat suka mencari kesalahan lelaki, dia akan menganggap bahawa anda adalah seorang yang keras kepala dan keras hati, sukar dibentuk. Lebih buruk lagi dia mungkin merasakan bahawa dia telah gagal membentuk diri anda sebagai isterinya. Kemungkinan besar disebabkan hal itu, dia cuba mencari jalan keluar dengan melepaskan anda.
21. Selalu Berbuat Baik
Kebanyakan masalah timbul disebabkan manusia sering bertindak dengan akal yang sempit dan tindakannya berbentuk keduniaan. Kejayaan anda di akhirat adalah bergantung kepada betapa baiknya nada kepada suami anda dan betapa sempurnanya anda menyelesaikan tanggungjawab anda terhadapnya. Oleh itu, selalulah berbuat baik kepada suami kerana kebaikan itu tetap akan menjadi kenangan indah di hati suami.


Komen Terbaru