airmien

sesuatu tentang kehidupan

Selalu Ada Februari 12, 2015

Filed under: Relationship — airmien @ 7:03 pm

Di dalam kesunyian ini

Ku sebut namamu

Nama yang selalu di dalam ingatanku

Tidak kira masa sentiasa ada.

Di dalam hela nafasku

Engkau selalu ada

Setiap masa dan setiap ketika

Ingatanku sentiasa kepadamu.

Di dalam setiap langkahku

Engkau selalu ku ingati

Setiap gerak geriku

Seakan engkau selalu menemani.

Di dalam setiap lenaku

Engkau selalu berada di dalam mimpi

Mimpi mimpi indah mimpi yang damai

Seakan engkau selalu ada di samping.

Dalam lena dalam sedar

Selalu ada

Selalu hadir.

Beauty

 

Cara Menjadi Isteri Yang Disayangi Januari 23, 2015

Filed under: Uncategorized — airmien @ 4:41 pm
Tags: ,

1. Tidak Beremosional

Seorang isteri yang bijaksana ialah yang cool. Walaupun kena marah pun steady. Bagaikan isteri Firaun, Asiah, siapalah yang tak kenal Firaun kat dunia ini? Namanya sentiasa disebut sepanjang zaman kerana kesombongan dek kerana kekuasaan yang tiada taranya di atas dunia ketika itu. Sampai sekarang pun Piramid pun dikagumi orang. Jika Asiah boleh bersabar dengan manusia Firaun itu, kenapa isteri-isteri sekarang ini sanggup mengeluarkan kata-kata yang penuh beremosional, padahal suami tak sampai suku Firaun pun? Suami belum habis cakap, isteri sudah mengeluarkan peluru mesingun. Drama-drama Melayu yang steorotaip dengan cerita-cerita suami bagai kerbau dicucuk hidung lebih memarahkan lagi keadaan. Telah ada isteri-isteri menarik telinga suami, bercekak pinggang dan sebagainya kerana pengaruh-pengaruh liar itu. Masya Allah!

2. Jujur dalam Berkata-kata dan Bertindak

Jangan membohongi suami dalam apa-apa perkara apa sekalipun. Kerana wajah yang berbohong akan nampak jua akhirnya.

3. Bertanggungjawab

Bertanggungjawab terhadap suami, dan anak-anak. Isteri yang tidak bertanggungjawab ialah isteri yang lupa apakah peranannya sebagai isteri. Jika telah lupa, taip saja apa tanggungjawab isteri. Taip kat Google. Kursus perkahwinan selama dua hari yang dijalankan sekarang tidak mencukupi sebagai bekalan untuk berumah tangga. Sepatutnya kursus ini dilanjutkan sehingga tiga bulan sekurang-kurang macam PLKN. Kes perceraian sekarang mencatatkan setiap 15 minit berlaku satu kes perceraian. Bayangkan!

4. Berjimat dan Bijak dalam mengatur Kewangan

Berlaku suami bagi duit RM 100 sehari, suami pun tanya, beli apa? Nampak barang yang dibeli tak sampai RM 30, kata duit dah habis. Esok minta lagi, nak bayar itu, nak bayar ini. Lama-lama suami mula syak. Maklumlah suami sibuk, jadi pemandu lori. Pagi kat JB petang kat Penang. Balik rumah sekejap-sekejap kerana nak mencari duit. Anak ramai yang bersekolah. Apabila disiasat rupa-rupanya isteri beli barang-barang yang tidak diperlukan tanpa bertanya suami.

5. Tidak Berdendam

Elakkan berdendam dengan suami. Apatah lagi mengungkit kisah-kisah lama. Dendam yang bahaya ialah, suami ada kekasih, dia pun kerana berdendam angkut mana-mana jantan, saja tunjuk-tunjuk supaya suami mengamuk. Iblis memanglah sangat suka kalau dah peringkat begini. Nasib baik sebahagian suami masih waras, kalau tak mungkin dah kena cerai talak 30.

6.Berfikir Dahulu Sebelum Bertindak

Isteri yang bijak ialah isteri yang berfikir panjang, baik dan buruk yang akan menyusul apabila sesuatu tindakan yang akan dibuat itu. Misalnya, suami tak benarkan isteri pergi rombongan ke Langkawi ikut kawan-kawannya. Isteri kena fikir, apa akan berlaku kalau dia pergi juga? Takkan nak ikut hasutan syaitan…ah, aku pegi ajelah…suami aku bukan kasi aku duit, ni duit aku jual pinggan-mangkuk!

7. Jangan Selalu Meminta

Dah tau suami gaji tak sampai RM 1500, isteri mintak gelang emas, sofa mahal-mahal, Preve, itu, ini….

8. Merendah Diri

Jadilah isteri yang merendah diri, bukan membesarkan diri tak sudah-sudah. Bangga dengan keluarganya yang kaya-raya, bangga dengan kecantikan yang tak secantik mana….

9. Berwajah Ceria

Berwajah ceria macam Ustazah Nor Bahayah, happy aje…bukan mencuka, muncung sebatu boleh digantung hanger baju……….Nak berwajah ceria ni, redha bahawa jadi isteri ni memang kena taat kepada suami. Kerana perempuan ni nak masuk syurga senang aje…dua untuk Allah , dua untuk suami. Bagi wanita yang menjadi isteri, hanya empat syarat untuk mereka ke syurga.

Daripada Anas, Nabi bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad).

Beautiful-Scenery-8

 

Adab Anak Terhadap Ibubapa Ogos 29, 2014

Filed under: Relationship — airmien @ 8:34 pm
Tags:
  1. Sentiasa taat dan patuh terhadap suruhan /ajaran ibubapa. Sesuai dengan perintah Allah swt supaya pertama-tamanya beribadat kepada-Nya dan selepas itu taat kepada kedua ibubapa.
  2. Hendaklah bercakap dengan lemah lembut dan suara yang rendah ketika bertutur dengan ibubapa. Jangan sekali-kali membantah dan mengherdik mereka dengan apa jua perkataan kerana perbuatan itu ditegah Allah SWT .
  3. Sentiasa hormat dan kasih sayang kepada kedua ibubapa.
  4. Jangan sekali-kali menderhaka kepada mereka, kerana derhaka kepada kedua ibubapa adalah suatu dosa besar. Anak yang tidak mendapat keredhaan ibubapnya akan tidak mendapat keredhaan Allah dan ibadatnya tidak diterima Allah swt.
  5. Sentiasalah mendoakan dan meminta keampunan untuk mereka, sama ada mereka masih hidup atau setelah mereka meninggal dunia dengan berdoa’

Ya Allah ampunilah dosaku dan dosa kedua ibubapaku, rahmatilah kedua-duanya sebagaimana mereka memeliharaku pada waktu kecil”

  1. Hendaklah memanggil ibubapa dengan panggilan yang disenangi mereka.
  2. Gembirakanlah hati ibubapa dengan menolong kerja rumah di samping melayani dengan penuh kasih sayang (jika tinggal bersama) atau dengan memberikan apa juga bantuan mengikut keperluan yang dihadapi semasa menghadapi saki baki hidupnya.
  3. Ucapkan salam dan pohon kemaafan kepada ibu bapa ketika bertemu dan berpisah dengan mereka, kerana mungkin salah seorang darinya (anak atau ibu dan bapa) akan meninggalkan dunia yang fana ini tanpa dijangka.
  4. Muliakan sahabat-sahabat ibubapa, hubungkan tali silaturrahim dengan keluarga dan sahabt-sahabat mereka.
  5. Apabila mereka sudah lanjut umur (tua) dan uzur, hendaklah dipenuhi segala keperluan mereka. Selalu menziarahi mereka kerana dengan ini boleh menghibur dan mentetenteramkannya, sebagai melahirkan kesyukuran kepada Allah terhadap jasabakti yang telah dapat dinikmati.
  6. Apabila ibubapa meninggal dunia, anak hendaklah membanyakkan berdoa untuk keselamatan dan mendapat rahmat dari Allah, banyakkan bersedekah dan membacakan ayat-suci Al Quran untuk dihadiahkan pahalanya kepada mereka. Semua kebajikan yang dilakukan akan diterima berterusan pahalanya untuk mereka di sisi Allah swt. Inilah satu kaedah yang berterusaa yang menghubungkan antara anak dan ibubapa walaupun jasad mereka tidak ada lagi.

double-purple-african-daisy-teresa-mucha

 

Tips Menjadi Suami Kesayangan Isteri Julai 22, 2014

Filed under: Uncategorized — airmien @ 1:48 pm

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa.

3. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.
Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari ?

4. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

5. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

6. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

7. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

8. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

9. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

10. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuaratmenarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

11. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?
Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakkan cakap tak serupa bikin.

12. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumahtangga terancam.

13. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera
Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

14. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.
Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri.

15. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri.
Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

16. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

17. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami.Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

18. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

20. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumahtangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

21. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

22. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

23. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

24. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

25. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

26. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

27. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

28. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka, endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

30. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

31. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

32. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiapperbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

33. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

34. Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

35. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

36. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

37. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

38. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

39. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel untuk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

40. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melaui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

41. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

42. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

43. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.
Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

44. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

45. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

46. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.
Urus stres dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. lakukan riadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

Fall-Beautiful-Scenes_beautiful-scenes

 

Doa Buat Suami Tersayang Jun 12, 2014

Filed under: Uncategorized — airmien @ 8:18 pm
Tags:

Ya Allah 

Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat 
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas 
Kau berikanlah aku kekuatan mental 
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan 
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista 
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu 
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah 
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arsy 
(Al Marfu’atun ‘Ilmi) 
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya 
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu 
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya 
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya 
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu 
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya 
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu 
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Ya Allah 
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku 
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku 
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan 
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai 
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri 
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu 
Sekiranya aku engkar dan derhaka 
Berilah aku petunjukkan kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya 
Aku lemah tanpa petunjukMu 
Aku buta tanpa bimbinganMu 
Aku cacat tanpa hidayahMu 
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah 
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami 
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu 
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha 
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan 
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu 
Kerana aku sedar hinanya aku 
Kerana aku insn lemah yg kerap keliru 
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu 
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu 
Kerana pendek akal ku mengharugi ujianMu

Ya Allah Tuhanku… 
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati 
Isteri yang dikasihi 
Isteri yang solehah 
Isteri yang sentiasa dihati 
Amin Ya Rabbi Allamin.

 

 

 

Cara-Cara Memikat Suami Agar Selalu Dicintai Mei 14, 2014

Filed under: Relationship — airmien @ 9:24 pm
Tags:

Kebanyakan isteri beranggapan bahawa mereka berhak atas cinta suaminya. Anggapan ini tidak sepenuhnya salah, kerana memang salah satu asas tegaknya sebuah rumah tangga bahagia adalah adanya mawaddah (cinta) antara suami isteri. 

 

 



Tetapi patut direnungkan, bahwa cinta tidak datang dengan sendirinya, dan ketika ia hadir, tidak ada yang dapat menjamin ia akan menetap selamanya. Apa ertinya ini? Ya, ertinya adalah bahawa cinta memerlukan usaha! Jika ingin suami selalu cinta kepada Anda, Anda tidak boleh hanya diam dan berkata, “Alaa, dia kan suami saya, secara automatik dia mencintai saya ! Kalau tidak, mengapa dia memilih saya untuk jadi isterinya?”

 

 


Bahawa suami mencintai Anda kerana Anda adalah isterinya memang betul, tetapi apakah Anda yakin cintanya selalu ada dan terus ada selamanya?

 

 


Banyak perempuan yang tidak merasa yakin, setelah menjalani kehidupan rumah tangganya sekian tahun, apakah suami saya masih mencintai saya seperti dulu? Kerana itu, berhentilah bersikap pragmatis, berusahalah membuat suami Anda selalu cinta, malah dari hari ke hari semakin bertambah cinta kepada Anda!

 

 


Sebelum membicarakan cara membuat suami selalu cinta, ada satu hal yang menjadi inti persoalan dan tidak boleh dilupakan, yaitu bahwa cinta adalah anugerah yang diberikan Allah kepada hamba-hambaNya, dan inilah yang disebut cinta yang hakiki atau cinta sejati. Allah-lah pemilik cinta, Allah-lah yang menjadikan cinta antara suami-isteri. “Dan diantara ayat-ayatNya adalah diciptakanNya untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri agar kamu merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa cinta dan kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (QS Ar-Ruum:21).

 

 


Oleh itu, diatas segala-galanya, seorang isteri yang ingin selalu dicintai suaminya hendaknya menyedari bahwa jurus yang paling penting dan efektif untuk meraih itu adalah dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT. 

 

 


Bagaimana caranya? Iaitu dengan berusaha sedayaupaya untuk mentaati dan menjalankan perintahNya serta menjauhi laranganNya. Dengan kata lain, dengan cara berusaha menjadi seorang muslimah shalihah. Harm bin Hayyan, seorang ulama di masa Khalifah Umar bin Khattab ra berkata, “Tiada seorang hamba yang mendekatkan dirinya kepada Allah SWT, melainkan Allah akan mendekatkan hati orang-orang mukmin kepadanya, dan istri yang senantiasa mendekatkan dirinya kepada Allah, maka Allah akan mendekatkan hati suaminya kepadanya sampai ia mendapatkan cintanya.”

 

 



Lima Saranan Agar Suami Selalu Cinta

1) Berusaha dengan tulus dan ikhlas ‘menyerahkan hidupnya’ untuk berbakti kepada suami sambil berharap pahala Allah. Potensi yang dimilikinya, kedudukannya di masyarakat dan kesibukannya beraktivitas diluar rumah tidak membuat dirinya terlena dan lupa bahwa ia memiliki peluang meraih syurga Allah dengan berbakti kepada suaminya. “Apabila seorang perempuan menunaikan solat, puasa, memelihara kemaluannya dan berbakti, mentaati suaminya, dia akan masuk syurga.” (HR al-Bazzar).

 

 

Isteri seperti ini memiliki nilai yang tinggi di mata suaminya dan akan selalu dicintai suaminya. Berusaha untuk menjadi perempuan yang bersahaja dalam nafkah. Tidak banyak menuntut, menerima dengan rasa syukur betapapun sedikitnya pemberian suami, dan tidak berlebihan dalam membelanjakan nafkah yang diberikan suami. Bila Anda sanggup selalu bersikap seperti ini, cinta suami akan selalu tercurah untuk Anda.

 

 

 


2) Sederhana dalam penampilan. Sebuah penelitian menyebutkan bahawa umumnya laki-laki tidak menyukai perempuan yang berpenampilan wajah penuh riasan atau mekap tebal, sebaliknya kesederhanaan lebih menarik bagi mereka kerana menurut mereka lebih memancarkan kecantikan perempuan. Tetapi ini tentu saja relatif, kerana itu, kenali kecenderungan suami Anda, apakah ia menyukai penampilan yang anggun atau yang sederhana? Kemudian setiap bersamanya, sesuaikan penampilan Anda dengan kecenderungannya itu. “Sebaik-baik perempuan adalah yang menyenangkanmu bila engkau memandangnya, mentaatimu bila engkau perintahkan dan menjaga dirinya dan hartamu bila engkau tidak di rumah” (HR Thabrani).

 

 


3) Berusaha untuk selalu sabar dan tidak menyakiti hati suami. Adanya perselisihan atau perbezaan pendapat diantara suami isteri terkadang dapat memicu terjadinya pertengkaran kecil atau besar. Bila Anda menghadapi keadaan ini, ingatlah, Anda sedang berhadapan dengan seseorang yang Allah berikan kepadanya hak yang sangat besar atas diri Anda. “Seorang perempuan belum dianggap menunaikan hak Tuhannya sehingga ia menunaikan hak suaminya.” (HR Ibnu Majah).

 

 

Oleh itu apapun yang bergejolak dihati Anda, berusahalah untuk tetap sabar dan menahan diri untuk tidak menyakiti hati suami Anda. “Tidaklah seorang perempuan menyakiti hati suaminya di dunia, melainkan bidadari calon isterinya (di akhirat) berkata, “Janganlah engkau sakiti dia, Allah membencimu. Sesungguhnya dia disisimu hanya sementara waktu, dan akan berpisah darimu untuk berkumpul dengan kami.” (HR Ahmad).
 

 

Percayalah, isteri yang mampu bersikap seperti ini akan selalu dicintai suaminya. Dapat mendampingi suami dalam suka dan duka. Roda kehidupan selalu berputar, kadang manusia mengalami saat-saat yang menggembirakan dimana kehidupan berjalan sesuai dengan harapan. Adakalanya manusia mengalami hal yang sebaliknya. Nah, apapun keadaan yang dialami suami Anda, berusahalah menjadi pendampingnya yang setia. Disaat suka menjadi pengingat agar suami tidak terlena, disaat duka menjadi penglipur lara.

 

 

4) Berusaha untuk menjadi partner yang menyenangkan di kamar tidur. Banyak perempuan masih merasa malu untuk bersikap agresif meski kepada suaminya sendiri. Ini kerana adanya anggapan bahawa perempuan yang agresif dianggap murahan dan tidak terhormat. Tentu saja anggapan ini tidak berlaku untuk seorang isteri yang bersikap agresif kepada suaminya sendiri.

 

 

5) Belajarlah cara dan teknik menyenangkan suami di tempat tidur dan Anda akan mendapati suami selalu melimpahkan cintanya untuk anda!

 

 

 

 

 

beauty ocean

 

Kanak-kanak dan Fitrah Mac 31, 2014

Filed under: Uncategorized — airmien @ 8:27 pm
Tags:

Ramai ibu bapa amat ghairah menekankan pendidikan akademik kepada kanak-kanak sehingga terlupa bahawa kanak-kanak memerlukan kebebasan untuk bergaul dan bermain bersama rakan-rakan. Islam menggalakkan ibu bapa mendidik anak-anak supaya menyesuaikan diri dengan rakan-rakan yang berbeza taraf hidup dan kedudukan. Sikap mengurung anak-anak di rumah kerana ingin menghasilkan anak-anak yang cemerlang dalam akademik dalam umur yang begitu muda adalah bertentangan dengan fitrah ciptaan kanak-kanak.

 

 

 

 

Kebijaksanaan dan kecemerlangan seseorang adalah berdasarkan kepada pendedahan dan pengalaman hidup sejak dari alam kanak-kanak sehingga dewasa. Jika anak-anak dididik dan dibesarkan dengan ilmu akademik dan tidak didedahkan kepada alam persekitaran, keagamaan dan pergaulan dengan rakan-rakan maka beliau tidak mampu untuk menyesuaikan diri apabila terdedah kepada suasana yang begitu bebas dan tidak terbatas.

 

 

 

Psikologi kanak-kanak perlu difahami oleh kedua-dua ibu bapa jika mereka ingin melihat kejayaan anak-anak mereka. Cara Rasulullah SAW mendidik dan memelihara Aisyah, isterinya yang termuda perlu dijadikan panduan oleh umat Islam. Apabila baginda berkahwin dengan Aisyah, umurnya ketika itu baru menjangkau tujuh tahun dan masih bermain dengan anak patung.

 

 

 

Baginda memberi kebebasan kepada Aisyah bergaul dengan rakan-rakannya sehingga bunyi riuh-rendah dalam rumah baginda kerana Aisyah ghairah bernyanyi bersama rakan-rakannya. Apabila Abu Bakar melalui rumah Rasulullah beliau mendengar Aisyah dan rakan-rakannya menyanyi dan membuat bising lalu beliau masuk ke rumah baginda dan memarahi Aisyah. Rasulullah SAW memberitahu Abu Bakar bahawa Aisyah berhak menunaikan haknya sebagai kanak-kanak dan bergembira bersama rakan-rakannya.

 

 

 

Kecemerlangan kanak-kanak bukan hanya sekadar dalam akademik sahaja. Pemikiran kanak-kanak akan berkembang secara sihat dan cemerlang apabila mereka didedahkan kepada persekitaran.

 

 

 

Ketika ini ibu bapa perlu memainkan peranan penting mengasuh kanak-kanak memahami erti kehidupan dalam konteks alam kanak-kanak. Imam al-Ghazali menggalakkan umat Islam supaya mendidik anak-anak memahami perasaan rakan-rakan mereka.

 

 

 

Anak-anak orang kaya perlu bergaul dengan anak-anak orang miskin supaya mereka dapat memahami bahawa dalam dunia ini ada manusia yang memerlukan pertolongan.

 

 

 

Melalui pergaulan seperti ini kanak-kanak akan membesar secara sihat dan bijaksana. Apabila mereka menjadi pemimpin maka mereka akan menumpukan sepenuh perhatian kepada kebajikan masyarakat bukan untuk mengaut kekayaan kerana jiwa mereka telah sebati dengan jiwa masyarakat.

 

 

 

Ibu bapa yang tidak bergaul dengan masyarakat dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap didikan anak-anak di rumah sehingga anak-anak tidak bebas bergaul dengan rakan-rakan di luar rumah adalah bertentangan dengan konteks kehidupan umat Islam.

 

 

Image

 

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 105 other followers

%d bloggers like this: