Airmien

sesuatu tentang kehidupan

Cinta Seorang Lelaki Terhadap Seorang Perempuan April 22, 2008

Filed under: Relationship — airmien @ 2:12 am
Tags:

Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta ialah:

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-meluap.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.

10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia tidak berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.

 

32 Responses to “Cinta Seorang Lelaki Terhadap Seorang Perempuan”

  1. syiqin Says:

    tq so much ya..
    for ur information,memg sume yg fakta kt ats tu..
    sumenye betul2 belaka..
    memg my bf sebijik ngan sume perkara yg awk ckp tu..
    susah nk tgk die menangs..
    tp dh dua kali die nangs krn sye..
    ckp la..nape laki akn nangs krn perempuan?

    Like

  2. airmien Says:

    seorang lelaki jarang atau
    tidak akan menitiskan air mata
    seperti seorang perempuan..

    sekiranya seseorang lelaki
    itu menangis, mungkin ada
    satu atau beberapa sebab
    yang tersendiri:

    1. Perasaan kasih seorang lelaki
    terhadap seorang perempuan.
    2. Layanan tulus ikhlas yang
    ditunjukkan oleh seorang perempuan.
    3. Sikap ambil berat oleh seorang
    perempuan terhadap seorang lelaki.

    Like

  3. imelda Says:

    klu setakat airmata palsu tue…………..tdk la ble dibanggakn sgt…sbab…llki nie pandai menipu wanita dgn air mata buaya mereka….

    Like

    • mohd Says:

      sebab tu lar kau kena kenal hati budi laki tu dlu. kalau lelaki tu jenis yg kau pasti baik perangai dia, pastu pandai jaga pergaulan, pastu pernah nampak dia semayang, pastu sanggup menangis kerana sukakan pompuan tu. kemungkinan dia mmg sayangkan pompuan tu.sebab pompuan tu dah ditempatkan sebagai satu ruang dalam hidup dia. laki2 akan menangis kerana perempuan juga disebabkan kerana kehadiran perempuan tersebut telah banyak mempengaruhi tingkahlaku lelaki tersebut or kehadiran perempuan tersebut telah banyak mempengaruhi kehidupan lelaki tersebut.di mana, apabila lelaki tersebut menyukai perubahan di dalam dirinya disebabkan perempuan itu, jadi dia akan takut kehilangan perempuan tersebut kerana perempuan tu dirasakan sangat penting dalam membentuk corak hidup dia. cinta dia terhadap perempuan tu sangat kuat di mana dia sanggup korbankan ego sebagai lelaki dengan air mata. di mana , bila kita lihat seorang lelaki yang ego,control macho pastu baik hati menangis depan perempuan yang dia cinta.ianya mungkin menggambarkan yang dia betul2 sayangkan perempuan tu yang bukannya berdasarkan paras rupa ,tetapi kerana kehadiran perempuan tu yang banyak mempengaruhi hidupnya.

      Like

  4. airmien Says:

    Terpulang kepada masing-masing..
    harap anda bertemu dengan jodoh
    anda..mungkin anda tidak bertemu
    dengan jodoh yang sepadan dengan
    anda lagi..em, macam kenal je nick
    nie..hehe..siapa ya?

    Like

  5. ayushita Says:

    lamo wes xbukop blog nim..;p

    Like

  6. lemon Says:

    dia memang ada ciri seperti yang disebut kat ats,,Memang benar cintakn saya..Tapi..saya konpius la..sebab kenangan pahit yang lalu..Buat takot nak terima cinta..Masih main tarik tali.macam mana ye??dia sangat baik..No one like him.

    Like

    • airmien Says:

      kenangan pahit memang tidak akan membuka peluang untuk melihat apa yang ada di depan mata..mungkin saudari terikat dengan kenangan lama..jika saudari rasakan dia adalah pengganti yang sebelum ini,mungkin dia adalah yang terbaik yang saudari dapat atau ada..

      Like

  7. solesole Says:

    sy masih x tahu d mana kebenarannya…
    sbb bf sy nampak mcm sygkan sy, x pn ada…
    dia bersama sy ada sbb lain….

    Like

    • airmien Says:

      Lelaki sukar untuk meluahkan perasaan sayang terhadap seorang perempuan..
      dia hanya boleh tunjukkan atau expresikan perasaan dia melalui perbuatan..

      Like

  8. Amar Says:

    Saya tau dia suka kat saya, but saya tak tau nk mulakan camna………. Saya ni dh 13 kali putus cinta…………… Boleh tolong?

    Like

    • airmien Says:

      Salam..sekiranya saudara mengetahui perasaan si dia dengan saudara, apa yang perlu saudara lakukan adalah berterus terang kepada si dia yang saudara mempunyai hati terhadap si dia. Tidak usah takut sekiranya cinta saudara ditolak sekali lagi. Bagi lelaki, mereka hanya akan menemui cinta melalui aktiviti bersama bakal teman atau kekasih mereka. Lelaki suka melakukan aktiviti bersama dan ingin si dia selslau berada di sisi. Walaupun luaran mereka kasar tetapi adakalanya jiwa mereka halus dan mudah tersentuh dengan perasaan lembut dan tulus ikhlas. Tidak usah takut untuk mencuba meluahkan perasaan saudara terhadap si dia.

      Beberapa langkah boleh dilakukan antaranya:

      1. Membuat aktiviti bersama.
      2. Ringan tulang.
      3. Buat kerja tanpa disuruh.
      4. Tidak merungut.
      5. Ikhlas menolong si dia jika ada masalah.

      Ada lagi beberapa aktiviti yang boleh dilakukan, terpulang kepada saudara tetapi ingatlah, saudara haruslah ikhlas untuk menyintai si dia.

      Like

  9. Amar Says:

    Saya tau dia suka pada saya. But, saya tak tau nk mulakan macam mana? Boleh tolong?

    Like

  10. ermm.,.,..
    inilah seorang lelaki yg mempunyai cinta sejati..,..
    (>_<)

    Like

  11. Miezan Says:

    Mcmna lak klu nk tau si awek ni minat ngn kita?..
    I’m still blur..

    Like

    • airmien Says:

      Biasanya seorang gadis akan meluahkan perasaan mengikut perbuatan dia.. Begitu juga lelaki.. Perhatikan macam mana layanan yang diberikan kepada suadara.. Jika si dia gembira dengan saudara,mungkin si dia sudah terpikat dengan saudara.. Selamat mencuba..

      Like

  12. amie Says:

    benar2 belaka nih ..

    Like

  13. amie Says:

    sama mcm aku 🙂

    Like

  14. Chika Says:

    sekiranya s0rang lelaki ni berubah perwatakan dan menjadi gelabah n x tentu arah apabila melihat bkas kkasihnya@ skg ne adik angkat, adakah dya msih punya prasaan cinta kat pmpuan tu?tlg la jwb ea . .

    Like

    • airmien Says:

      Salam. Mungkin sikap pelaku yang datang secara tiba-tiba, secara tidak terancang. Perasaan tidak boleh dipaksa.

      Like

  15. Erja Says:

    mmg lah mula2 semua sikap 2 ada pada dia.. tapi bila dh lama.. semua 2 hilang.. bila ditanya katanya biasalah lelaki sebelum dapat mmglah akan berlakon habis2an.. skrg dia tunjukkan perangainya yg sebenarnya.. wlu apapun kami tetap sayang menyayang..

    Like

  16. salam,memang lelaki susah nak menangis!

    Like

  17. Tyro Says:

    klu 2,2 ada sikap saling tolak ansur n yg paling penting give n take le.. InsyaALLAH sesuatu hubungan 2 akan kekal sampai ke akhir hayat

    Like

    • airmien Says:

      Insya Allah jika ada tolak ansur di antara satu sama lain, semua masalah dapat diharungi bersama. Masalah tidak boleh diatasi kerana jika diatasi ianya tidak mematangkan tetapi berusahalah untuk menghadapainya. Insya Allah, kita boleh.

      Like

  18. tyro Says:

    cinta memerlukan kesetiaan

    Like


Tinggalkan komen