airmien

sesuatu tentang kehidupan

Rahsia Personaliti Dari Bulan Islam Kelahiran Ogos 15, 2008

Filed under: Relationship — airmien @ 10:09 pm
Tags:

Muharram


Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar


Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

Rabiul Awal


Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

Rabiul Akhir


Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

Jamadil Awal


Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir


Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab


Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

Sya’aban


Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.

Ramadhan


Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

Syawal


Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah


Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

Zulhijjah


Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.


 

5 Responses to “Rahsia Personaliti Dari Bulan Islam Kelahiran”

  1. wati Says:

    akum..sy lahir bulan 4 dan saya tak setuju dgn personaliti rabiulakhir..napa jahat sgt …discribe nya…sedih sgt…mmg tak nk percaya tapi sedikit sebanyak tersentuh juga la…tak semua org yg lahir bulan 4 rabiulakhir..punya perwatakan jahat seperti itu…

  2. airmien Says:

    Waalaikumussalam warahmatullah..

    personaliti yg ditunjukkan di sini,tidak seharusnya
    100% boleh dipercayai kerana terlalu percaya kepada
    ramalan, boleh mendatangkan khurafat..

    cuba saudari berfikir dari sudut yang positif,
    maksud saya secara terbuka.. tidak semuanya benar kan?

    bukan semua sifat buruk itu mendatangkan keburukan
    kepada saudari seperti contohnya, kalau ada sifat degil
    ada terbahagi dua; membawa manfaat dan tidak membawa
    manfaat..

    1-membawa manfaat
    -keinginan untuk berubah kepada sesuatu yg boleh membawa kebaikan tapi dengan sifat degil, tidak mahu mengalah akan membawa kebaikan kepada saudari..

    2-tidak membawa manfaat
    -kedegilan yg melampau sehingga perbuatan yang buruk,
    saudari terus lakukan sehingga membawa masalah kepada
    saudari..

    Wallahua’alam..

  3. zikri Says:

    tak logik….calendar Islam goes by rotation every year…..syawal pun pernah jatuh pada hujung bulan 4. if its any consolation, for the fun of it, check birthdate through the years…not the month…

    • airmien Says:

      Salam. Berdasarkan sifat menonjol pelaku berdasarkan bulan kelahiran. Ianya bukan ramalan tetapi berdasarkan apa yang dinyatakan sebelum ini, sifat yang menonjol. Terima kasih atas komen.

  4. itulah namanya ramalan dan tk perlulah diyakini krn boleh membawa syirik kpd Allah, tidak adil dan zalim bagi Allah menentukan org yg lahir bulan ini buruk , bulan ini baik , sdgkan Allah Maha adil sifat nya, so tk perlu risau , berusahalah untuk menjadi hamba Allah yg terbaik.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s