airmien

sesuatu tentang kehidupan

Agar Diri Dicintai Oktober 24, 2008

Filed under: Relationship — airmien @ 8:23 pm
Tags:

*Orang yang dicintai adalah peribadi yang disenangi, dirindui dan membuatkan orang lain bahagia saat berada di sisinya.

FITRAH kehidupan, manusia memiliki sifat-sifat yang dikagumi sehingga membuatkan diri mudah didampingi dan disanjung tinggi oleh insan lain.

Setiap perkara yang ditempuhi dalam rutin kehidupan mematangkan fikiran.

Dengan tutur kata yang sopan, bijak berkomunikasi dan mempunyai pemikiran yang matang, sememangnya menjadi pakej diri kamu disenangi ramai. Kongsi tip agar diri mudah dicintai.

* Positif

Menerusi buku The Secret, terbitan Rhonda Byrne, setiap perkara baik seharusnya bermula dengan sikap positif. Mula berprasangka baik terhadap insan lain sehinggalah membuatkan diri kamu sentiasa berfikiran positif walau apa jua perkara yang dilakukan.

Sikap positif itu akan terpancar umpama daya tarikan magnet, yang akan menarik orang di sekeliling untuk mendekati diri kamu.

* Ceria

Berada berhampiran dengan orang yang memiliki sifat periang sememangnya membuatkan diri kamu lupa sejenak bebanan masalah yang bersarang di kotak fikiran. Kehadiran si penceria senantiasa dinanti-nantikan. Di saat kamu tersenyum, tubuh akan merangsang hormon yang dapat menghilang stres.

Jadi, sentiasalah tersenyum untuk menikmati perasaan ceria.

* Ramah

Saat bertemu dengan insan yang baru dikenali, mereka yang memiliki sikap ramah tidak akan berasa ragu untuk melemparkan senyuman mahupun menyapa.

Sikap ramah biasanya mendatangkan kesan positif kerana ia akan membuatkan orang yang bersemuka dengan kamu berasa dirinya diterima dan dihargai.

Jangan ragu untuk mengawal interaksi dengan orang lain. Mula berlatih berbicara secara langsung menerusi talian telefon dengan orang lain, jika impikan keramahan itu.

* Ringan tangan

Kualiti seorang rakan akan dinilai menerusi bantuan yang dihulurkan. Jangan menunggu permintaan seseorang dalam mengharapkan bantuan.

Jika berada dalam posisi tersebut, kamu tentunya mudah menawarkan bantuan saat mereka memerlukan.

* Rendah hati

Berbeza dengan sikap rendah diri yang merupakan suatu kelemahan, rendah hati mengungkapkan satu kekuatan yang ada pada diri. Hanya orang yang kuat jiwanya sahaja yang bersikap rendah hati. Ia seperti padi yang semakin berisi, makin menunduk.

* Percaya diri

Orang yang mempercayai diri sendiri kebiasaannya sering merasakan dirinya nyaman dan tidak pernah berasa dirinya terancam dengan situasi atau orang-orang di sekeliling. Itu bermakna, aura tenang akan terpancar dari dalam dirinya sehingga mampu menarik perhatian orang di sekeliling. Dalam dunia ini, tiada seorang pun yang memiliki sifat serupa dengan yang lain. Jadi, jangan ragu untuk menampilkan keunikan diri kamu itu.

* Pemaaf

Dendam dan iri hati adalah salah satu ciri penyakit hati yang begitu kronik dan sering datang menyerang.

Selain dapat mencemar hubungan, penyakit ini juga akan membuat perasaan kamu menjadi tidak nyaman.

Seseorang yang lapang hati akan sentiasa merasa bahagia. Jangan hanya mengangguk ketika menerima ungkapan maaf dari orang lain. Lebih penting, kamu seharusnya menghapus segala kesalahan tersebut dari benak fikiran dan hati kamu.

* Jujur

Kata orang, harga kejujuran lebih mahal daripada emas. Cuba bayangkan bagaimana sekiranya teman kamu hobinya adalah bohong. Selain akan menimbulkan salah faham, ia juga akan merugikan orang lain. Maknanya, jangan hairan apabila orang jujur dicintai semua orang.

Sumber:

Kosmo!

Jumaat 24 Oktober 2008

 

Kata Hati Oktober 23, 2008

Filed under: Relationship — airmien @ 11:03 am
Tags:

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai seorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

 

Tanda-Tanda Anda Jatuh Cinta Oktober 15, 2008

Filed under: Relationship,Uncategorized — airmien @ 3:48 am

1. Sukar melelapkan mata

Biasanya anda jarang mengalami masalah untuk tidur. Kali ini, sejak bertemu dan berkenalan dengannya ingatan anda kepada si dia kian menebal hingga mengganggu tidur anda.

2. Perasaan sentiasa berdebar

Perasaan anda sentiasa berdebar-debar jika bertembung dengan si dia. Malah anda jadi kelam kabut dan menggelabah apabila dia menghampiri anda.

3. Suka ambil tahu

Anda semakin berminat untuk ambil tahu tentang latar belakang dan perkembangan si dia. Anda tekun mendengar cerita mengenai si dia dan sering bertanya tentang si dia daripada kawan-kawannya.

4. Resah gelisah

Hati anda merasa resah dan gelisah pabila si dia tidak kelihatan. Anda tercari-cari kalau-kalau terlihat kelibat bayangnya.

5. Dihinggapi cemburu

Anda mula merasa cemburu bila si dia berbual dan melayan kehadiran orang lain sekalipun kawan-kawanya. Ikutkan hati anda, biarlah dia berbual dan melayan anda seorang. Sikap anda itu ketara kelihatan sehingga disedari kawan-kawan anda sendiri.

6. Hobi baru, termenung

Bila tidak melakukan sesuatu, anda segera termenung. Fikiran anda jauh melayang dan pancaindera anda tertutup untuk menyedari hal-hal yang berlaku di sekeliling anda. Di mata anda terbayang-bayang wajah si dia dan anda berada di sampingnya.

7. Dating

Ada sahaja alasan anda ajukan kepadanya untuk berjumpa. Kemudian secara terang, anda tawarkan keluar bersama. Kesempatan yang terluang atau di hari cuti pasti anda habiskan untuk dating. Kadang-kadang anda buat temujanji lagi di waktu malam sekalipun baru petang tadi anda berdua sudah berjalan-jalan.

8. Rindu.

Anda tidak dapat mengawal perasaan. Setiap saat mengingati si dia, bagaikan terdengar suaranya sayup-sayup di telinga. Apapun yang dipandang akan mengingatkan anda kepada si dia. Anda ingin berjumpa dan melihat wajahnya.

9. Bergayut di telefon

Sekalipun bayaran telefon mahal, anda sanggup menghabiskan masa berjam-jam sehingga terjejas masa tidur anda hanya untuk berbual kosong dengan si dia. Anda tidak peduli kalau bil meningkat atau perlu beli kad telefon banyak-banyak. Yang penting dapat dengar suaranya untuk melepaskan rindu. Lagipun baru dapat lena tidur setelah mendengar suara si dia.

10. Berubah citarasa

Kehadiran si dia berjaya mengubah citarasa anda tentang pelbagai perkara. Sejak kebelakangan ini, anda lebih berminat untuk menghayati senikata lagu-lagu berirama sentimental yang bertemakan percintaan. Sebelum ini anda lebih gemar mendengar irama rock, heavy metal dan hip hop.

11. Memberi hadiah

Anda memberi si dia hadiah padahal hari lahirnya masih jauh. Anda peka dengan perkembangan semasanya supaya dapat dijadikan alasan untuk memberikan hadiah. Malah, tiap bulan anda memberikannya hadiah sekalipun harus berbelanja besar. Yang pasti, anda akan memberikan hadiah yang paling istimewa di hari lahirnya nanti.

12. Awal ke tempat kerja

Sejak menaruh minat kepadanya, anda lebih bersemangat rajin

13. Lebih rajin

Prestasi kerja anda semakin meningkat jika dibandingkan sebelum ini. Anda jadi lebih semangat, kreatif dan berfikiran positif. Perkembangan anda yang membanggakan itu disenangi kawan-kawan dan majikan.

14. Menjaga penampilan

Penampilan anda tidak lagi ringkas dan sederhana. Meskipun anda lelaki, anda akan mengunjungi salon kecantikan untuk potongan rambut yang bergaya dan rawatan muka. Pakaian anda berubah corak menjadi lebih menjurus kepada fesyen terkini. Wajah berhias dengan mekap hingga nampak mempesona. Dari hujung rambut ke hujung kaki anda cantik menawan dan segak bergaya.

15. Defensif

Maknanya anda melakukan pembelaan. Pantang orang lain salah cakap atau sekadar mengusik, anda akan mempertahankan si dia meskipun sampai anda marah dan timbul permusuhan. Ada masanya percakapan mereka itu ada kebenarannya, tetapi anda tetap bersikap defensif.

16. Merajuk

Sedikit salah, sedikit silap anda lekas merajuk. Anda sanggup tidak makan tengahari atau tidak menegur sapa selagi si dia tidak menegur dan meminta maaf. Anda juga terus merajuk sehingga dia berkali-kali memujuk.

17. Mudah bersalah sangka

Anda mudah merasa hampa lalu kecewa jika kemahuan atau permintaan anda tidak dipenuhi. Misalnya si dia tidak hadir temujanji, anda sangka dia mungkir janji. Anda anggap dia tidak memberi perhatian dan tidak mempunyai perasaan.

18. Sentiasa kata ‘Ya’

Apa pun katanya, pendapatnya dan permintaannya, anda jawab dengan ‘Ya’. Anda sentiasa akur dan menurut sekalipun ada di antara permintaannya yang keterlaluan dan pendapatnya kurang anda senangi.

19. Sanggup berkorban

Untuk si dia sanggup bersusah payah melakukan semuanya. Dengan rela hati anda jadi pemandu peribadinya, jadi orang suruhan, meluangkan diri anda untuknya di hari cuti dan memenuhi setiap permintaannya.

20. Jadi orang lain

Tiba-tiba anda jadi pelakon yang terbaik kerana mahu memenuhi ciri-ciri peribadi yang menjadi idaman si dia. Di depannya anda seorang romantik dan berlemah lembut sekaipun kenyataannya anda seorang yang kasar dan mudah marah. Demi si dia, anda sanggup berubah menjadi orang lain.

21. Prihatin

Anda bukan hanya ambil tahu malah sentiasa menghulurkan tangan membantu. Anda akan pastikan si dia tidak mengalami sebarang masalah dalam kehidupan sehariannya dan menjamin kebajikan dan keselamatannya.

22. Berkhayal

Potret wajah si dia jadi teman setia di waktu keseorangan. Ada masanya anda habiskan masa hanya merenung wajahnya di potret sambil berangan-angan jauh. Berkhayal seperti itu anda rasa bahagia.

23. Inginkan persamaan

Sejak mengenali si dia anda berusaha mengikuti kegemaran dan citarasa untuk mempamerkan anda meminatnya. Anda akan mengemari filem dan lagu Hindustan, masakan barat dan meniru setiap tingkah lakunya. Anda mahukan wujud persamaan dengan si dia.

24. Sumber ilham

Kata-katanya menjadi pendorong semangat. Anda sedari bahawa anda mempunyai kemampuan untuk melangkah jauh dan mengejar cita-cita anda. Rupanya anda ada kelebihan tersendiri yang baru anda sedari. Si dialah yang membuka minda anda. Dialah sumber ilham anda.

25. Pasang impian

Anda sering termenung membayangkan impian masa depan anda bersama dia. Selalu berdua ke mana sahaja, lalu mendirikan rumahtangga, mempunyai sejumlah anak yang comel dan tinggal dalam sebuah rumah idaman bersama. Anda dan dia sama-sama susah dan senang dalam menjayakan cita-cita sekeluarga.

26. Suka memuji

Dari pendiam anda jadi seorang yang ramah mesra dan suka memuji. Anda peka dengan penampilan si dia dan lekas memberikan pujian dan sanjungan. Hati anda rasa berbunga-bunga dapat memuji dan apalagi kalau dia merasa bangga dan senang hati oleh puji-pujian anda.

27. Mulut manis

Anda hanya berkata hal-hal yang baik sahaja ketika bersamanya. Anda akan bersetuju dan mendokong percakapannya sekalipun tidak anda sukai. Tujuannya kerana anda tidak mahu menyinggung perasaannya. Tambahan pula anda tidak mahu menjejaskan perhubungan yang baru berputik.

28. Tanda ingatan

Anda memberikan sesuatu yang istimewa sebagai tanda ingatan. Jika buku diberikan, anda akan tulis sedikit kata-kata di dalamnya sebagai renungan atau kenangan. Di hari raya anda hulurkan kad raya atau kad ucap selamat di hari lahirnya. Sekalipun tidak berterus-terang, dari kata-kata yang tercoret di dalam buku dan kad dapat mencerminkan luahan isi hati anda terhadapnya.

29. Inginkan perhatian

Anda selalu mengharapkan si dia memberikan perhatian dan mahu meluangkan masa bersama anda. Walaupun anda tidak mahu menyusahkan si dia, namun sedikit perhatian yang diberikannya sudah cukup menggembirakan hati.

30. Bertekad memilikinya

Secara drastik, anda berhasrat untuk memilikinya. Apapun keadaan dirinya, anda pasrah dan menerima. Anda ingin selalu di sampingnya, menjadi teman hidupnya sehidup semati.

 

Panduan Bina Rumahtangga Bahagia

Filed under: Relationship — airmien @ 3:35 am
Tags:

Jika mendambakan cinta lelaki, ada beberapa petua yang harus menjadi perisai dalam mencari cinta sejati supaya mahligai yang dibina bahagia.Petua berikut mungkin boleh dijadikan perisai untuk mencapai kebahagiaan diharapkan.

* Jika mencari lelaki sebagai calon suami, wanita jangan sampai lupa diri. Jika lelaki itu seorang yang beragama, jangan jadikan agama semata-mata sebagai prasyarat sebaliknya ia harus saling melengkapi dengan hal lain supaya fungsi sebenar sebagai suami mencapai matlamatnya.

* Kaji latar belakang bakal suami dengan cara mengenal pasti tempat kerja dan pendapatan untuk mendapatkan fakta tepat.

* Jangan terlalu ‘mabuk’ hingga lupa mengkaji latar belakangnya sehingga terbongkar perkara yang tidak elok di kemudian hari.

* Jika ada jiwa agama, lelaki itu tidak akan mengabaikan kedudukan isterinya atau isteri pertama, kedua atau ketiganya.

* Kalau lelaki itu berstatus suami orang, jika benar dirinya jujur mungkin dia akan memperkenalkan anda kepada isteri pertamanya atau sebaliknya.

* Jika ada banyak kelemahan dan keburukan pada isteri pertama sebagaimana yang diceritakan oleh lelaki berkenaan, wanita harus mengambil sikap berhati-hati.

* Jangan sesekali diajak kahwin lari sama ada ke Thailand, Indonesia atau negara jiran lain. Jika lelaki itu jujur, dia akan perkenalkan anda pada keluarga masing-masing.

* Jika anda wanita yang berharta, sebaik saja berkahwin jangan ‘diserah’ segala harta semata-mata mahu menunjukkan yang anda terlalu sayang padanya.

* Pastikan lelaki itu tidak menggunakan ‘ubat guna-guna’ kerana cinta yang tidak ikhlas akan menemui kehancuran.

 

Tanda-tanda Cinta Oktober 12, 2008

Filed under: Relationship — airmien @ 8:59 pm
Tags:


Bila kita dilamun cinta, kita sering mengawasi perlakuan dan tindak-tanduk orang kita cintai. Kita sentiasa menghitung dan mencatat beberapa lama dia tidak menelefon, bila kali terakhir dia dating, apa yang dia kata, apa yang dia buat dan pelbagai lagi.

Kita menjadi lebih peka. Lebih tajam mengesan tanda-tanda sama ada dia mencintai atau semakin menjauhkan diri dari kita. Semuamya kita perhati dan fikirkan.

1. Menyerahkan Hati Sepenuhnya

Walaupun begitu, pandangan kita hanya peka dan tajam kalau kita belum benar-benar menyerahkan hati kepadanya. Dalam keadaan yang belum lagi rapat, jika kita nampak ada tanda-tanda dia mahu memutuskan hubungan itu supaya tidak terlalu kecewa.

Kita boleh memujuk hati untuk menyatakan bukan dia yang meninggalkan kita. Tetapi bila cinta kita begitu mendalam dan nampak ada tanda-tanda dia akan mengundurkan diri, kita tidak akan cuba memutuskan hubungan itu. Malah kita akan menyayanginya dengan lebih gila-gila lagi.

Dalam keadaan emosi yang begini, kita cuba sedaya upaya menguasai tindak-tandukorang yang kita cintai. Kita mahu menjadikan diri kita orang yang paling menarik, unggul dan anggun di matanya.

Kita melakukan bermacam-macam cara supaya kita kelihatan elok pada pandangannya. Fesyen pakaian, rambut, kaca mata, kasut dan apa saja diubah mengikut kesukaannya, yang penting kita kelihatan amat sempurna dan menarik di matanya.

2. Memberi Perhatian Yang Mendalam

Bukan setakat itu saja, malah kita akan memberi perhatian yang lebih mendalam pada apa yang dia suka dan kita akan menunjukkan padanya bahawa kita juga menyukai apa yang dia suka. Kita berminat dengan kerjanya, hobinya dan apa saja kesukaannya.

Pada masa ini, semua warna diri akan kita tukar sesuai dengan warna kesukaannya. Kita berharap agar dia dapat melihat kita sebagai orang yang paling sesuai dan memenuhi keperluannya.

Pada masa ini juga kita akan cuba menggoda dan menambat hati orang yang kita cintai itu dengan cara menutup atau membuang perangai buruk yang ada pada diri kita.

Kalau dulu kita malas berkemas, tiba-tiba kita jadi rajin berkemas. Kita pandai bergurau senda. Kita boleh bertolak ansur. Kita mudah bersetuju dengan pandangan dan pendapatnya. Kita tidak banyak meminta darinya. Kita akan menjadi manusia yang tidak cerewet pada masa itu.

Kalau sebelumnya kita sangat berhati-hati ketika berbelanja tetapi apabila sudah jatuh cinta, otak kita menjadi kelam-kabut. Urusan-urusan yand tidak mustahak dahulunya, kini menjadi urusan besar. Yang dahulunya tidak penting kini menjadi amat penting. Dan yang paling penting, kita perlu menarik minat orang yang kita cintai itu.

3. Kerap Memberi Hadiah

Jadi, bukan sesuatu yang aneh jika pada masa ini kita suka memberikan pelbagai pemberian berupa hadiah dan cenderamata sebagai buah daripada cinta yang telah berputik. Pemberian itu biasanya berharga, romantic dan sentimental.

Kita mengharapkan dengan pemberian itu dia akan membalas dengan memberikan cintanya kepada kita. Kita menjadi amat pemurah. Tidak kedekut. Malah menjadi orang yang budiman dan dermawan.

Kita lakukan semua ini agar cinta kita terjamin. Tidak dikecewakan. Orang yang kita cintai tidak lari begitu saja dan tidak meninggalkan kita. Kita sedaya upaya cuba membuat dia terpukau oleh sifat-sifat palsu kita.

Pada kita, usaha dan tipu daya adalah sesuatu yang normal dan perlu dilakukan. Kepalsuandan kepura-puraan itu adalah usaha untuk menakluki hati dan perasaan orang yang kita cintai. Setelah kita yakin cintanya berjaya kita tawan dan kuasai, kita akan kembali siuman dan normal seperti biasa.

-Nor Azizah Abd Majed, Wanita Yang Disukai Suami-

 

Kawan Jadi Kekasih Oktober 11, 2008

Filed under: Relationship — airmien @ 5:20 pm
Tags:

Kawan yang selama ini kamu kenali sudah bertahun-tahun lamanya, tiba-tiba membuatkan hati anda berdebar-debar dan jatuh cinta. Adakah hubungan ini akan berjalan dengan lancar?

JIKA dahulu, kamu menganggap dirinya seorang sahabat sejati, sanggup berkongsi suka dan duka serta menjadi teman yang paling setia mendengar masalah anda, kini lain pula situasinya.

Apa yang berlaku kini ialah situasi yang dilalui kamu berdua tiba-tiba menjadi suatu kejutan besar bak dentuman gunung berapi yang memuntahkan laharnya. Kawan yang selama ini dimahkotakan sebagai teman biasa kini bertukar menjadi kekasih istimewa kamu.

Persoalannya, adakah hubungan kamu akan berjalan dengan lancar sekiranya bercinta dengan sahabat sendiri? Adakah dia juga merasakan hal yang sama seperti kamu? Dan adakah kamu harus menyatakan perasaan itu terhadapnya?

Begitulah yang akan berlaku sekiranya hati seorang sahabat seperti kamu mengalami perubahan cinta yang drastik setelah sekian lama berkawan biasa dengannya.

Apabila kamu dilamun cinta dengan teman biasa, perlu diteliti semua aspek peribadinya, sebelum sesuatu hubungan itu menjadi bertambah intim. Takut nanti, ‘yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran’.

Kata orang, bercinta dengan sahabat sendiri akan mencetuskan kekangan dalam sesebuah perhubungan. Sekiranya kamu khuatir persahabatan itu akan berakhir dengan saling benci-membenci, kamu harus mempertimbangkan aspek pro dan kontranya.

Pro

*Kamu harus menyukai seluruh peribadinya. Kamu juga perlu tahu bagaimana perubahan hatinya, apakah yang membuatkan dia bahagia sekiranya menjalin hubungan cinta dengan kamu dan apakah perkara yang perlu dihindari.

*Kamu sanggup melewati suka dan duka bersama, tidak kira apa juga rintangan yang dihadapi berbanding sewaktu menjalinkan hubungan persahabatan dahulu.

*Kamu mengenali ibu bapanya dan diterima baik oleh mereka. Yang pasti, kamu seharusnya mempunyai nilai-nilai positif yang membawa ke arah kebahagiaan kedua-dua belah pihak.

Kontra

*Memandangkan kamu berdua sudah mengenali perilaku masing-masing, maka tiada lagi hal-hal yang boleh membuatkan kamu perlu bertanya atau mencipta keterujaan. Ia mungkin menimbulkan rasa bosan jika anda masih mahu melakukannya.

*Anda meminati karakternya ketika bergelar sahabat. Tetapi tidak mustahil karakter itu boleh berubah setelah hubungan yang dibina bertukar menjadi kekasih.

*Malah sikap seperti cemburu dan syak wasangka yang melampau mungkin antara sikap yang tidak pernah anda sangka muncul pada si dia yang dahulunya hanya seorang teman biasa.

*Sebagai sahabat, hubungan kamu berdua dilihat bertambah baik, tetapi ia berubah setelah menjadi teman istimewa. Kamu akan kehilangan orang yang selalu menjadi pendengar yang baik. Dan siapa yang akan menjadi pendengar setia apabila dia yang menjadi topik pembicaraan kamu?

Risiko bercinta dengan sahabat?

Daripada segi pro dan kontra yang telah disenaraikan, aspek kontra lebih berkemungkinan membawa kamu ke arah kehancuran sebuah persahabatan yang begitu indah.

Kamu merasakan telah mengenali hatinya dengan baik sebagai sahabat, tetapi sebagai kekasih segalanya akan berubah.

Sementara aspek lain pula, terdapat risiko yang harus kamu hadapi apabila berterus-terang mengenai perasaan. Jangan meluahkan perasaan ini kerana ia akan muncul sekiranya kamu cuba menahan dan menyembunyikannya.

Duduk dengan tenang, pertimbangkan aspek pro dan kontranya. Jangan lupa, risiko yang mungkin terjadi. Ingat, kamu tidak akan mengetahui sejauh manakah perasaannya terhadap kamu sekiranya kamu takut untuk cuba bertanya sendiri.

Apabila kamu berdua berjaya mengungkap perasaan cinta itu, mungkin pada awalnya ia akan menimbulkan sedikit kejanggalan, tetapi kesudahannya, ia akan berakhir dengan kegembiraan. Selamat mencuba.

 

 
%d bloggers like this: