airmien

sesuatu tentang kehidupan

Tanggungjawab Suami Terhadap Keluarga Disember 30, 2008

Filed under: Relationship — airmien @ 10:16 am
Tags:

Suami sebagai ketua keluarga bertanggungjawab penuh dari sudut material, rohani dan akhlak. Antara tanggungjawab utama suami ialah:

1. Menyara dan memberi nafkah terhadap ahli keluarga mereka. Khasnya memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak, terutama anak-anak yang belum mampu untuk bekerja. Sesiapa yang tidak menunaikan tanggungjawab tersebut merupakan dosa. Sebagaimana hadis riwayat Muslim, Ahmad dan Abu Daud.

“Cukuplah seseorang itu dikira berdosa, apabila ia membiarkan orang di bawah jagaannya (tiada nafkah).”

2. Tanggungjawab suami juga dapat dikaitkan secara langsung dengan kepimpinannya terhadap isteri dan anak-anak. Seorang suami tidak sepatutnya bertindak kasar atau zalim biarpun kadangkala anak dan isteri ada melakukan kesilapan. Sesuai dengan firman ALLAH:

“Dan jika kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka ALLAH akan berbuat demikian terhadap kamu), kerana sesungguhnya ALLAH amat pengampun lagi amat mengasihani.”

(Surah al-Taghabun ayat 14)

Kepimpinan Suami Terhadap Keluarga

Kepimpinan ialah berbentuk keluarga dengan cara terbaik dan menurut landasan syarak. Begitu juga anak dan isteri hendaklah menghormati dan mengiktiraf kepimpinan suami itu sendiri, walaupun isteri berpangkat besar melebihi suaminya. Isteri mesti menghormati dan menerima hakikat hak kepimpinan tersebut kerana:

1. Sudah menjadi fitrah dan kurniaan ALLAH kepada kaum lelaki yang tidak dikurniakan kepada kaum wanita. Fitrahnya, ALLAH menciptakan lelaki itu melebihi kaum wanita khasnya dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Lelaki sememangnya mempunyai daya tahan fizikal dan kekuatan yang lebih daripada wanita. Daya tahan menghadapi masalah serta memikul amanah yang besar. Sedangkan wanita itu fizikalnya lemah dan mudah terdedah kepada fitnah.

2. Suami telah dipertanggungjawabkan menyara nafkah isteri dan anak-anak mereka. Lantaran itulah, sudah menjadi tugas suami mencari nafkah untuk ahli keluarga menurut sekadar kemampuannya.

Namun begitu, kepimpinan dan perbezaan tanggungjawab tersebut itu adalah dari sudut untuk memenuhi tuntutan hidup di dunia dan kemasyarakatan sahaja. Berkaitan dengan ibadat dan ketakwaan, lelaki dan wanita mendapat taraf, tugas dan ganjaran yang sama menurut keadaan dan amalan serta kadar mereka. Sebagaimana yang dijelaskan dalam firman ALLAH:

“Sesungguhnya AKU tidak akan mensia-siakan amal orang-orang yang beramal dari antara kamu, sama ada lelaki atau perempuan”

(Surah Ali Imran ayat 195)

3. Suami wajib mengajar ahli keluarganya dengan pelajaran agama. Hendaklah menasihatkan anak-anak dan isterinya supaya sentiasa menunaikan sembahyang lima waktu tepat pada waktunya. Sebagaimana firman ALLA:

“Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya.”

(Surah Taha ayat 132)

4. Suami tidak boleh membiarkan ahli keluarganya melakukan segala perkara yang berkaitan dengan maksiat dan melanggar perintah ALLAH. Jika ia berlaku, suami akan dipertanggungjawabkan di hadapan ALLAH pada Hari Kiamat nanti. Sebagaimana yang dijelaskan melalui hadis daripada Umar riwayat Muslim:

“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan ditanya atas pimpinannya. Dan pemimpin manusia itu juga pemimpin yang akan ditanya atas pimpinannya. Dan setiap lelaki itu pemimpin atas ahlinya dan akan ditanya atas pimpinannya.

Dan setiap wanita itu memelihara rumah tangga suaminya dan akan ditanya atas pimpinannya. Dan anak-anak itu pemimpin dalam memelihara harta orang tuanya dan akan ditanya atas pimpinannya. Dan setiap pelayan itu pemimpin dalam mengurus harta majikannya dan akan ditanya atas pimpinannya.

Maka setiap kamu itu adalah pemimpin dan setiap akan ditanya atas pimpinannya.”

5. Isteri juga hendaklah dididik, kerana jika silap mendidik dan hanya mengikut kemahuan isteri yang melanggar perintah ALLAH, akhirnyaakan menjadi fitnah terhadap dirinya. Sebagaimana firman ALLAH:

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu. Oleh itu, awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka.”

(Surah al-Taghabun ayat 14)

Tanggungjawab suami terhadap ahli keluarganya matlah berat. Oleh itu, sesiapa yang tidak berkuasa mendidik isteri, hendaklah berkahwin seorang sahaja.

6. Suami hendaklah mencari dan memberi nafkah yang halal untuk memenuhi tuntutan dan keperluan hidup, seperti: Nafkah dari sudut tempat tinggal, makanan, pakaian dan perubatan serta keselamatan daripada bahaya. Sebagaimana firman ALLAH:

“Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia ALLAH.”

(Surah al-Jumu’ah ayat 10)

Antara lain juga nafkah nafkah tersebut adalah dengan kadar kemampuan suami sahaja dan berdasar keperluan semasa. Sebagaimana firman ALLAH:

“Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka hendaklah memberi nafkah dari apa yang diberikan ALLAH kepadanya (sekadar yang mampu).”

(Surah al-Talaq ayat 7)

7. Selain itu juga tanggungjawab suami terhadap keluarga dan isteri itu ialah dengan mengajar ilmu fardu ain, seperti al-Quran, hadis, hukum halal haram, bersuci dan ibadat. Seandainya dia tidak berkesempatan untuk mengajar sendiri, dia wajib mencari guru yang dapat mengajar isteri dan anak-anaknya.

8. Suami hendaklah bergaul dan memberi teguran dan nasihat yang baik kepada isteri dan ahli keluarga. Selaras dengan firman ALLAH:

“Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.”

(Surah al-Nisa’ ayat 19)

Sumber: Diari Muslimin 2003)

helianthus_divaricatus_flowers

 

Cinta Perlu Berlandaskan Syarak Disember 12, 2008

Filed under: Relationship — airmien @ 4:54 pm
Tags:

Perasaan kasih dan sayang termasuk dalam prinsip dan nilai terbaik yang diterima Islam. Kehidupan di dunia menjadi aman dan bahagia apabila makhluk yang ada saling kasih mengasihi antara satu sama lain.Allah sendiri bersifat ar-Rahman (Pemurah) dan ar-Rahim (Pengasih). Islam membahagikan perasaan kasih sayang manusia kepada beberapa peringkat termasuk kepada keluarga, ibu bapa, anak, jiran, bangsa, negara dan seterusnya.

Termasuk dalam kategori cinta juga ialah cinta kepada Allah dan Rasul. Cinta pada Allah ialah cinta hamba kepada Penciptanya dan cinta pada Rasul ialah pembimbing manusia sejagat kepada Allah dan agama-Nya.

Mengenai hukum mempunyai perasaan sayang dan melafazkan kepada pasangan, Islam membenarkannya dengan batas tertentu.

Umumnya perasaan sedemikian timbul dari hati dan anugerah Allah supaya setiap pasangan mendapat ketenangan serta kebahagiaan apabila berumah tangga nanti.

Allah berfirman, maksudnya: “Di antara tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri perasaan kasih sayang dan belas kasihan…” (ar-Rum: 21)

Nabi Muhammad s.a.w apabila ditanya siapa yang Baginda sayang, Baginda menjawab Aishah, isterinya.

Bibit kasih dan cinta dalam kehidupan seharian diterima Islam sebagai normal.

Kisah Nabi Yusuf a.s dan Zulaikha boleh dijadikan panduan. Allah menyebut, maksudnya: “Dan sebenarnya perempuan itu berkeinginan sangat kepadanya dan Yusuf pula (mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itu kalaulah ia tidak menyedari kenyataan Tuhannya (mengenai kejinya perbuatan zina itu)…(Yusof: 24).

Nabi Yusuf berjaya mengawal diri daripada terjerumus dalam cinta yang membawa jenayah zina.

Islam menggariskan beberapa panduan dalam menjaga tata susila masyarakat terutama hubungan antara lelaki dan perempuan, antaranya

(1) tidak dibenarkan pergaulan bebas

(2) tidak duduk berdua-duaan tanpa mahram

(3) menjaga adab pertuturan dan berpakaian

(4) menjaga pandangan mata dan

(5) ikhlas untuk mengambil sebagai isteri. Dalam keadaan ini cinta dibenarkan.

vector_flowers

 

Rahsia Personaliti

Filed under: Relationship — airmien @ 4:07 pm
Tags:

Masih menanti Prince Charming?

Sukar untuk mencari mereka yang sesuai? Katakanlah si gadis ada
menyimpan perasaan pada seseorang. Tentu si gadis sedaya upaya
menyelidik latar belakang si dia. Apakah kesukaannya, di manakah si
dia tinggal, ataupun siapakah teman rapatnya….

1hb

– Si dia berjiwa seni dan gemar bersantai sambil memenangkan
fikiran. Ajaklah si dia bersantai di persisiran pantai. Di samping
itu minta si dia memainkan satu lagu dengan petikan gitar ataupun
tiupan seruling khasuntuk kamu. Tentu si dia terfikir kamu mempunyai
citarasa yang sama dengannya.Kira sesuailah tu!

2hb

– Kamu boleh mengharapkan pemberian sejambak bunga ataupun teddy
bear kerana si dia berjiwa romantik. Di peringkat permulaan, si dia
kelihatan malu-malu kerana takut dikecewakan. Apa kata kalau kamu
menganggap si dia sebagai teman rapat dahulu. Manalah tahu selepas
itu cinta akan berputik pula ..

3hb

– Sikap si dia sukar diramalkan. Maka kamu harus bersedia
menghadapi sebarang kemungkinan. Si dia gemar melancong atau
berkhemah dan ini membuatkan si dia kekurangan masa untuk bersamamu.
Apa kata kamuberkongsi minat dengan si dia. Barulah kamu dapat
memahami sikap si dia.

4hb

– Kurang berkeyakinan dan takut mencuba sesuatu yang baru. Hah!
Senang saja caranya. Apa kata setiap kali si dia bvercadang untuk
melakukan sesuatu perkar, kamu berilah sepenuh sokongan dan galakkan
padanya. Katakan yang si dia mampu untuk melakukan perkara tersebut.
Dengan semangat yang kamu berikan itu pasti si dia rasakan hanya
kamulah teman setianya.

5hb

– Selalunya si dia gemar memendam perasaan. Walaupun menyukai
seseorang,sukar baginya berterus terang. Cuba perhatikan tingkah
laku si diaterutamanya bila bersamanya. Kamu juga boleh menunjukkan
tanda-tandakamu menyenanginya untuk membuatkan si dia tidak ragu-
ragu untuk memiliuh kamu sebagai pasangan. Tak salah kalau kamu yang
mengorak langkah dulu!

6hb

– Si dia umpama magnetik. Semua orang sukakannya. Ringan tulang
dan bersedia membantu sesiapa yang bermasalah. Walaupun si dia
mengenalimu tetapi tidak mempunyai sebarang tanda-tanda dia menyukai
kamu. Apa kata kalau kamu cuba berkawan dengannya lebih rapat lagi
dan sentiasa bersama dalam keadaan susah ataus senang. Mungkin si
dia akan terus tertarik padamu. Siapa tahu!

7hb

– Cepat panas baran dan mudah mengeluarkan perkataan yang tak
sepatutnya dilafazkan sehingga menyinggung perasaan orang lain.
Adakalanya boleh menimbulkan persengketaan disebabkan sikapnya itu.
Jika si dia dalam mood yang baik, apa kata kalau kamu mengeluarkan
pendapat supaya si dia mengubah sikapnya itu. Rasanya si dia `makan’
nasihat

8hb

– Si dia agak pendiam dan menyukarkan kamu untuk mendekatinya.
Si dia hanya berbicara jika kena pada topiknya. Baginya buang masa
saja kalau berbicara soal yang tidak berfaedah. Dengan ini, kamu
perlu bijak untuk mmancingnya dengan topik-topik yang tip top agar
si dia tahu yang kamu seorang yang berotak!

9hb

– Seorang yang pandai mengambil hati dan penyayang. Tapi awas!
Ramai gadis yang mengejarnya. Maknanya kamu mempunyai ramai saingan.
Apa kata kalau kamu menceritakan masalah yang kamu hadapi pada si
dia. Si dia pasti menolong kamu punya. Cara ini boleh merapatkan
lagi hubungan antara kamu berdua. Ok le tu! Kalau tiada masalah,
ciptalah! Sesekali takpe…

10hb

– Seorang yang jujur, berterus terang dan akan beruasaha
mendapatkan apa yang diinginnya. Si dia mudah disenangi orang
sekelilingnya dan kamu pula harus pandai mengambil hati si dia.
Salah satu caranya ialah kamu sering bertanya khabar dan mengambil
berat ketika si dia sedang murung

11hb

– Mementingkan kerjaya adakalanya sampai lupakan kehidupan
sosial. Apa kata kalau sesekali kamu mengajak si dia menemani kamu
menhadiri majlis yang dianjurkan oleh teman-teman. Katakan pada si
dia, janganlah terlalu memikirkan sosial kerja dan dia juga perlukan
rehat yang cukup. Kerja .. sampai mati pun tak habis!

12hb

– Lebih bersikap sederhana. Tidak suka memikirkan hal remeh
temah, Bagi mereka yang penting adalah kerjaya dan soal masa depan.
Untuk menambat hati si dia senang je, seseorang itu harus belajar
bersikap sederhana dan tidak terlalu mengongkong. Sempoi dan jangan
tercaring-caring…

13hb

– Tegas dalam membuat keputusan. Mungkin kali pertama
mengenalinya seseorang ini cepat merasa bosan. Namun yang pasti jauh
di sudut hati, mereka ini memang jenis yang penyayang walaupun bukan
dibuktikan dengan kata-kata. Nak tackle? Jangan terlalu manja dan
belajar hidup berdikari tanpa mengharapkan pertolongan orang lain

14hb

– Berjiwa penyayang dan sukakan kanak-kanak. Ada ciri-ciri bapa
mithali la ni. Si dia juga mementingkan keluarganya. Apa kata kalau
kamu berpelung mengenali keluarganya, belilah jiwa ibu bapa dan adik-
beradiknya yang lain. Apa yang penting kamu mesti berjiwa penyayang
bukan pada dirinya saja tetapi seluruh keluarganya.

15hb

– Suka memendam rasa. Mungkin di wajahnya mengukirkan senyuman
namun di hati siapa tahu? Bagi kamu yang memang semulajadi manja dan
caring, amat sesuai untuk mereka jenis ini. Yang penting, sebelum
mengeluarkan kata-kata tapis dulu agar hati si dia tidak tersinggung.

16hb

– Garang! Walaupun garang adakalanya dia mempunyai sikap yang
romantik dan penyayang. Tapi awas! Jika kamu tersilap langkah
mungkin kamu akan dimarahinya. Tak hairanlah lelaki jenis ini amat
sukar untuk didekati. Untuk mendekatinya, seseorang itu haruslah
bersikap lemah lembut dan pendiam

17hb

– Lembut. Sekali pandang mungkin kamu menggambarkan si dia
jenis yang lembut. Namun sebenarnya mereka juga seorang yang tegas
dalam membentuk keharmonian sebuah perhubungan. Nak tahu
bagaimanakah cara untuk mendekatinya? Senang je … ambil berat dan
jangan ambil peluang di sebalik sikapnya yang lembut.

18hb

– Berkebolehan melukis dan kreatif. Banyak menghabiskan masanya
dengan hobi ini. Apa kata kalau kamu memintanya melukis potret kamu.
Tentunya kamu terpaksa berjam-jam lamanya untuk si dia menyiapkan
potretmu. Time nilah kamu kena maintain ayu!

19hb

– Mudah tersinggung dan agak manja. Si dia akan suka sekiranya
kamumelayannya seperti baby. Melalui lirikan dan senyuman manjamu
sudah cukup untuk menawan hatinya. Bukan itu saja, kamu juga kena
selalu memberinya kata-kata puitis padanya. Jiwang karat le pulak!

20hb

– Tenang dan bersahaja. Adakalanya jika menghadapi situasi yang
mencemaskan, riak wajahnya akan tetap tenang tapi tidak hatinya.
Kamu juga perlu bersikap tenang tapi bukan hipokrit yek! Ia takkan
membantu kamu untuk memikat si dia. Kamu perlu bijak menyelami hati
si dia untuk mengetahui rahsia yang disembunyikan itu

21hb

– Sering bersikap `moody’ tapi masih boleh dikawal. Tapi si dia
gemar bersantai di kafe-kafe sambil mendengar muzik rentak perlahan.
Kamu hanya perlu tahan dengan sikapnya sekiranya mood si dia
berubah. Bagi kamu yang jenis sempoi dan tak kisah amat sesuai
untukmereka yang bersikap moody

22hb

– Agak emosional dan sukar mengawal perasaan. Tetapi jiwanya
mudah cair dengan pujuk rayu seseorang agdis. Ini bukan bermakna
kamu kena pujuk rayu pada si dia. Jatuhlah maruah, beb! Tapi kamu
kenalah lemah lembut dan sopan santun bila berhadapan dengan si dia.
Kontrol ayu!

23hb

– Seorang yang agak ego, moody dan mementingkan diri sendiri. Si
dia juga mementingkan kawan-kawannya. Walaupun adakala sikapnya itu
membuatkan kamu makan hati, kenalah kamu ertahan kalau benar kamu
sayangkannya. Nak tahu bagaimana hendak menawan hati si dia? Senang
saja, apa kata kalau kamu masakkan makanan kegemarannya. Gerenti hit
punya!

24hb

– Seorang yang takut menghadapi kekecewaan mungkin disebabkan
kisah silamnya. Kamu tentunya tiak mahu si dia menganggap kamu
seperti kekasihnya yang sebelum ini pernah melukakan hatinya, jadi
kamu harus membuktikan yang kamu lain dari yang lain. Misalnya setia
dalam perhubungan jangan pandang lelaki lain ketika bersamanya.

25hb

– Happy go lucky dan gemar berbuat lawak. Kan beruntung kalau
kamu pun bersikap begitu. Bertambah ceria lagi perhubungan kamu
nanti. Tapi kalau kamu tak pandai buat lawak, baik diam saja. Kang
jadi lawak bodoh pula. Haru!

26hb

– Si dia adalah seorang yang mudah dipengaruhi. Jangan terkejut
jika si dia mempunyai koleksi kekasih. Si dia senang ditawan tetapi
banyak rintangan yang terpaksa dihadapi. Si dia meminati gadis yang
berkarektor dan tahan lasak. Apa kata kalau kamu mengajak si dia
melakukan aktiviti lasak seperti payung terjun. Pasti si dia
menyukainya.

27hb

– Walaupun nampak brutal tapi sebenarnya berjiwa sentimental.
Kamu pula jangan cuba mengambil kesempatan ke atas dirinya kerana ia
akan mengubah kepercayaannya terhadapmu. Kamu juga perlu
melaksanakan janjimu sekiranya berjanji dengan si dia

28hb

– Si dia suka memerintah. Teruslah macam ni. Kamu perlu tahu
mengawal perasaan kamu sekiranya si dia bersikap begitu terhadapmu.
Apa kata kalau kamu mengingkari arahannya dan katakan padanya
mengapa kamu berbuat demikian. Manalah tahu dengan cara ini, dapat
mengubah sikapnya itu

29hb

– Seorang yang gemar bertukar-tukar pasangan. Renungan manja
kamu dapat mencairkan si dia. Namun apa kata kalau kamu buat-buat
jual mahal dan tentunya si dia ingat kamu ni jenis yag susah nak di
tackle. Tentu dia rasa tercabar dan akan cuba mendekati dirimu. Apa
lagi …

30hb

– Seorang yang boros berbelanja terutamanya `memekapkan’ kereta
kesayangannya itu. Rapati dirinya dan kalau boleh beri nasihat
supaya dia mengawal perbelanjaan dan simpan duit untuk masa depan.
Tentu dia terfikir kamu seorang yang merancang untuk masa depan

31hb

– Gemar bergaya dan mementingkan penampilan. Si dia juga
sukakan gadis yang berpesonaliti. Kamu? Kenalah mengubah penampilan.
Kalau selama ini kamu gemar berpakaian sempoi, kenalah ubah stail.
Lebih up to date dan trendy

4personalities-main_full

 

Madah Romantis Disember 3, 2008

Filed under: Relationship — airmien @ 11:12 pm
Tags:

Cinta tidak boleh dipaksa dan cinta bukan datang dengan sekelip mata. Cinta bagaikan bintang di langit sana. Terlalu banyak yang bercahaya indah tetapi cuma satu yang akan jadi igauan pemujanya.

Peraturan cinta menyatakan yang kita boleh mencintai sesiapa saja. Kenapa? Kerana cinta itu adalah hak kita. Tak ada orang yang boleh membunuh cinta yang tumbuh walaupun oleh orang yang kita cintai itu! Itu peraturan pertama bercinta!

Cinta hanya satu perasaan. Jika diupam rasa, sarat emosi, maka bersemi, mekar dan rendanglah ia. Tetapi, jika diabaikan, dibiarkan, pasti akan layu dan kekeringan. Cinta tidak lebih hanya satu perasaan. Jika salah kendali, bisa jadi penyakit.

Tuhan tahu rasa hati kita. Tuhan dengar keluhan kita. Kalau kita tak lupa dia, dia tak lupa kita. Di tangan dia ada ‘kunci’. Dan, kita ada pilihan sama ada mahu dapatkan kunci itu atau tidak.

Kadang-kadang, kita terlepas pandang bahawa Allah mengatur segala-galanya. Mungkin Dia mahu kita bertemu orang lain, yang lebih baik untuk kita dan memberikan orang yang lebih baik kepada orang yang kita cintai.

Rasa terikat, terlalu sayang dan terlalu benci, akan buat jiwa merana.

Dalam hidup ini, tidak semua yang kita ingini akan kita dapat malah kadangkala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apalagi bila melibatkan perasaan orang lain.

Kadang-kadang Tuhan turunkan petir dan kilat, kita menangis mencari di mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Tuhan hendak beri kita pelangi.

Terkadang, kita tidak dapat apa yang kita impikan. Lalu, kita menyalahkan takdir kerana terlalu kecewa. Sedangkan, kita tidak sedar, apa yang kita perolehi adalah lebih baik dari apa yang kita harapkan.

Sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya. Tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum kita miliki sampai kita mendapatkannya.

Benarkah bahawa percintaan itu sesuatu yang indah? Benarkah setiap pencinta akan terus mengingati kekasihnya walaupun kekasih itu tidak ada buat menemaninya setiap waktu ?

Dan benarlah kata orang itu cinta itu buta. Cinta itu tidak memerlukan cahaya matahari untuk menyuluh jalan sang pencinta itu walaupun jalan itu amat sukar dan berliku. Cahaya hati dan perasaan sudah cukup untuk menerangi segalanya.

 

 
%d bloggers like this: