airmien

sesuatu tentang kehidupan

Cara Si Dia Menguji Cinta Januari 2, 2009

Filed under: Relationship — airmien @ 4:04 pm
Tags:

Demi menguji sejauh mana kesetiaan yang diberikan, si dia sanggup melakukan apa saja demi mempertahankan ketulusan cinta yang dibina.

Alahai lelaki, walaupun sudah berkali-kali si dia mengucapkan perkataan cinta, namun masih tidak cukup untuk membuktikan kesetiaan terhadap mereka.

Seandainya si dia memiliki kriteria yang diimpikan, tetapi bagi sesetengah jejaka itu bukanlah faktor yang membuatkan dia memilih kamu. Pelbagai cara dilakukan demi menguji kesetiaan yang dibina.

Tidak dinafikan, mereka mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri dalam mengenalpasti kesetiaan yang diberikan, sepanjang menjalinkan hubungan bersama teman wanitanya.

Yang pasti, dia akan cuba melakukan pelbagai cara dalam menentukan sama ada anda layak ataupun tidak bertakhta di hatinya.

Adakah Si Dia Materialistik?

Sering menjadi persoalan kebanyakan kaum lelaki. Untuk mengetahui sejauh mana tahap materialistik anda, mereka akan menguji dengan cara ini:

Memberi Hadiah Murah

Reaksi kamu: Sering bertanyakan soal harga, jenama, di mana membelinya dan tidak mahu sesekali menyimpan barang tersebut. Kamu gagal.

Reaksi kamu: Gembira dengan pemberian yang amat bermakna dan terus memakainya. Kamu lulus.

Mengajak Menikmati Hidangan Yang Murah

Reaksi kamu: Menolak ajakannya, tidak mahu menikmati hidangan yang disediakan dan menunjukkan rasa marah. Anda gagal.

Reaksi kamu: Tidak keberatan menunaikan permintaannya dan menikmati hidangan dengan penuh selera. Anda lulus.

Tahap Cemburu.

Sesetengah golongan lelaki sentiasa ingin mengetahui sejauh mana perasaan cemburu kekasihnya. Sama ada berat mahupun tidak, dia akan menguji dengan cara ini:

Mengenalkan Kepada Kamu Bekas Teman Wanitanya.

Reaksi kamu: Mula mempamerkan wajah yang muram dan sering menanyakan tentang hal berkaitan keperibadian perempuan itu sebaik sahaja diperkenalkan. Anda gagal.

Reaksi kamu: Sentiasa menghulurkan senyuman bahkan memuji perempuan itu di hadapannya. Anda lulus.

Menelefon Wanita Lain Di Hadapan Kamu

Reaksi kamu: Marah dan mengatakan bahawa kamu tidak suka dia menelefon perempuan lain. Anda gagal.

Reaksi kamu: Bersikap tenang seolah-olah hal itu bukan suatu masalah yang besar. Anda lulus.

Hubungan Bekas Teman Lelaki

Rasa ingin tahu sejauh mana hubungan kamu dengan bekas teman lelaki adalah cara dia mengetahui sejauh mana cinta kamu terhadapnya. Ia akan menguji dengan cara ini:

Bertanyakan Khabar Bekas Teman Lelaki

Reaksi kamu: “Oh, dia semakin sihat, kami baru saja berjumpa pada minggu lepas”. Anda gagal.

Reaksi kamu: “Kenapa saya perlu mengetahui tentang khabar si dia, sedangkan hati saya telah dimiliki”. Anda lulus.

Adakah Kamu Masih Menjalinkan Hubungan Dengannya?

Reaksi kamu: Marah sambil mengutuk keburukan bekas kekasih. Anda gagal.

Reaksi kamu: “Kami masih berkawan, tetapi tidak serapat seperti dahulu”. Anda lulus.

Mengukur Tahap Kesetiaan

Demi menginginkan kejujuran dan kesetiaan daripada insan yang paling disayangi, si dia akan menguji kesetiaan kamu dengan cara berikut:

Pergi Melancong

Reaksi kamu: Tidak pernah menghubungi si dia atau tidak pernah bertanyakan tentang dirinya dan lebih memberi keutamaan kepada teman-teman lain. Anda gagal.

Reaksi kamu: Menghubungi si dia setiap masa dan saling mengotakan janji. Anda lulus.

Meminta Bantuan Temannya Untuk Menggoda Kamu

Reaksi kamu: Menerima pujukan temannya dan keluar makan bersama. Anda gagal.

Reaksi kamu: Menolak godaan temannya dan mengatakan kamu tidak tertarik dengan pujuk rayu itu. Anda lulus.

Sumber: http://www.kompas.com

copy-of-kumbang-berduaok

 

5 Responses to “Cara Si Dia Menguji Cinta”

  1. gadis duka Says:

    huhuhu..
    tak sangka camtu ae dorg nak uji..

  2. salam..saya m’punyai teman lelaki yg agk curang sememangnya,,ttapi setelah kami m’bincangkn masalah itu bersama akhirnya dia berjanji tdk akn m’gulangi p’buatanya itu lagi….dia amat menepati janjinya itu tetepi setelah kami b’jauhan bbrpa miggu dia jarang m’hubungi saya….kadang2 kami akan bertengkar sekiranya saya merajuk atau mula m’marahinya krn p’buatannya itu….jadi apakah yg patut saya lakukan untuk mnyelamatkan hubungan kami yg mulai renggang ini..???

    • airmien Says:

      Salam

      Sebelum itu, ingin disoal berkenaan sikap si dia yang curang,adakah ianya betul si dia curang? Sekiranya si dia menepati janji, apa salahnya sekiranya perhubungan ini diteruskan. Adakah tanda-tanda yang menunjukkan si dia seorang yang curang yang ketara seperti saudari pernah terserempak si dia dengan perempuan yang lain selain adik-beradik dia? Jika si dia tetap tidak berubah, alangkah baiknya saudari melupakan si dia dan mulakan hidup baru. Selain itu, berdoalah kepada Yang Maha Esa agar ditemukan jodoh yang lebih baik dari sekarang.

  3. sue Says:

    saya ada seorang kekasih… tapi setiap kali saya hatar mesej selalu dia akan reply lewat….dan beri alasan letih dan mengatuk…seolah saya yang ambil berat.. tapi dia macam wat tak peduli sahaja…bile perlu baru dia mesej atau call susah nak dengar perkataan dia rindu pada saya… ada dia mula berubah dan curang pada saya????


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s