airmien

sesuatu tentang kehidupan

Lupakan Bekas Kekasih Januari 8, 2009

Filed under: Relationship — airmien @ 8:00 pm
Tags:

Mengapa hati ini begitu sukar untuk melupakan insan yang pernah bertakhta di hati, sedangkan sudah bertahun-tahun lamanya memutuskan hubungan cinta.Manisnya saat pertama kali mengenali hati si dia, apatah lagi mengenangkan kembali bibit-bibit cinta yang pernah diharungi bersama. Ketika itu, hidup ibarat tinggal di atas kayangan bersama si pari-pari dan sang putera raja. Indahnya sinaran mentari sehingga tidak dapat menjelaskan apa yang terungkai di hati.

Namun, semuanya sementara. Harapkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. “Mengapa kenangan lalu masih menghantui fikiran” dan “Adakah si dia juga merasai apa yang aku rasakan ketika ini”. Adakah perkara ini seringkali menjadi persoalan difikiran anda?

Namanya seringkali menjadi ingatan walaupun sudah kita ada pengganti. Lebih parah, apabila kamu tidak dapat menerima cinta baru itu daripada insan lain, sedangkan kamu sudah berpisah bertahun-tahun lamanya.

Mungkinkah kamu belum bersedia menerima penggantinya, sehinggakan teman-teman lain dapat melihat dan merasakan perubahan sikap kamu itu?

Intim minggu ini berkongsi tip untuk melupakan bekas kekasih yang satu ketika dahulu dialah insan yang paling disanjungi. Berikut adalah beberapa tuntunan yang perlu dilakukan apabila hati kamu masih tidak aman.

Anda bersedia melupakannya bila…

Menghapus kenangan bersama si dia

Setiap perkara yang dilakukan akan membuatkan kamu mengingatinya kembali. Singkirkan dia daripada lamunan dirimu dan simpan foto-foto kamu berdua mahupun hadiah-hadiah pemberiannya di satu tempat yang lebih jauh dari jangkauan dan pandangan mata.

Jangan lupa padamkan nombor telefon bimbitnya daripada genggam kamu. Termasuklah juga khidmat pesanan ringkas (SMS) dan pesanan suara darinya.

Jangan menyeksa diri

Bila ada benda-benda atau sesuatu yang tidak dapat disingkirkan dari ingatan, mahu tidak mahu akan membuat kamu teringat kembali kepadanya. Misalnya lagu kenangan anda berdua disiarkan kembali dicorong radio, jangan sampai membuat kamu tergilakannya kembali dan berasa sedih meratapi nasib yang menimpa. Ia kerana, hal itu tidak kena pada tempatnya.

Si dia punya pengganti

Apabila mengetahui si dia sudah mempunyai pengganti, sememangnya wajar untuk kamu melahirkan perasaan cemburu. Perlu disedari, kamu terpaksa merasakan bahagia yang dicari telah lepas dari genggaman si dia dan sudah tiba masanya untuk kamu melakukan perkara yang sama.

Berhenti membandingkan

Sikap kamu yang suka membanding dengan teman lain sepatutnya disingkirkan. Jangan sesekali membandingkan sikap, perangai atau tingkah laku teman baru dengan bekas kekasih.

Hal ini terjadi apabila kamu belum bersedia untuk menjalinkan hubungan bersama, kamu akan menggunakan pelbagai macam alasan.

Kehidupan berbeza

Kebiasaannya, kamu akan menghabiskan cuti hujung minggu bersama, tetapi kini anda terpaksa keseorangan. Bagaimana saya dapat menjalani hari tersebut tanpa seseorang di sisi? Sebenarnya perasaan cemas tersebut akan hilang dengan sendirinya. Kamu harus menyedari bahawa sememangnya sudah ditakdirkan kamu hidup bersendirian dan harus menikmati hujung minggu dengan sebaik-baiknya.

Cara terbaik melupakan si dia:

* Ingat hal-hal yang buruk tentang dirinya

Pada umumnya, wanita cenderung mengingati setiap perkara yang dilakukan bekas kekasihnya. Untuk melupakannya, kamu harus mengingati setiap perkara buruk yang ada pada dirinya.

Misalnya, dia seringkali mengutuk diri kamu, membandingkan penampilan kamu dengan rakan-rakan, mengeluarkan suara yang tinggi atau tiada ketepatan masa.

* Rakan pendengar setia

Walaupun pelbagai langkah telah dilakukan untuk melupakan dirinya, namun ingatan terhadapnya sentiasa bermain difikiran. Luahkan masalah kamu itu kepada rakan-rakan yang boleh dipercayai dan jangan sesekali menyimpannya di dalam hati. Takut nanti anda pula yang merana. Dengan cara sebegitu, ia sedikit sebanyak dapat menghilangkan kehadiran si dia dari fikiran kamu.

* Cipta fantasi

Kita selalu memikirkan bahawa perpisahan itu tidak akan berlaku sekiranya pasangan memahami hati budi dan bertolak ansur. Masalahnya kini, kamu sudahpun memutuskan hubungan cinta dan tiada gunanya lagi untuk berbicara tentang diri si dia. Lebih baik kamu mencari pengganti dan ceritakan hal ini kepada teman-teman lain. Siapa tahu mereka mungkin mempunyai kenalan yang mirip seperti yang kamu gambarkan? – NOOR HASLIZA NUSI

Sumber: Kosmo! Jumaat 25 Januari 2008

broken_heart-1823

Advertisements
 

51 Responses to “Lupakan Bekas Kekasih”

  1. kalo saya gak akan pernah terima bila didzolimi seperti itu,.. Wahahakakakaka.a.a..a.a

    Like

  2. airmien Says:

    Lupakanlah dia jika ianya baik untuk
    diri dia.mungkin dia bukan milik kita tapi
    itulah yang terbaik yang dapat kita berikan
    kepada dia..jangan dikesali setiap perpisahan
    kerana ianya merupakan satu permulaan..
    mulakan hidup baru walaupun pahit..

    Like

    • arora_ateh Says:

      yer..mmg itu sebaiknye..nak lupakan die..kalau buleh setipa perkara yg berkait ngn die..cume bukan semudah berkata untuk kita laksanakan..hati bertambh sakit n siksa bile tahu psl die..tgh bahagia dgn org baru..hari sakit..rase nk membenci..tp sebaliknye makin meronta rindu dan syang tu..even die da lukekan kite..nape hati msh mgharap pd die..

      saye cube..bukan tak cube..harapnye biarla..sye menngis sepuasnye hari ini..dan bile smpi 1 mse..sye akan bhgia dgn pe yg da ditakdirkan nnt..mgkin bhgia sye blum smpi lagi..
      mgkin…

      Like

  3. fika Says:

    chenta pertama mmg sukar tuk dilupakn… saya sndri walau kini tgh bbhgia bsama tmn bru dan hub dh msuk 5thn tp kekasih lm merangkap chenta pertama masih tidak dpt dilupakn… huhuhu… dh bpisah slma 7 thn tp still merindui dirinya…. ap0 nk dikat0 jang???

    Like

  4. airmien Says:

    teman pertama bagi perempuan memang sukar dilupakan..
    yang penting, ada yang baru walaupun tidak sama seperti
    yang lama tetap membahagianakn..betul tak? mudah-mudahan
    kekal sampai ke anak cucu..insya Allah..

    Like

  5. Ryehana Says:

    nice entry.

    i love all the suggestions..

    Like

  6. airmien Says:

    Ok..nice to meet you..

    [smile]

    Like

  7. Memang tul. aku pun dah try macam cara. dari mula dia sakitkan hati aku, sampai la dia pernah khianati cinta aku dengan bermain cinta dengan perempuan lain. tapi sebab sayang, aku terima dia balik selepas dia merayu dan berjanji tak akan ulangi lagi. skarang ni, kami putus sebab salah faham yang aku rasa masih dapat di atasi. tapi dia dah nekad nak akhiri hubungan kami hanya beralasankan aku ni dah berubah, dah mengabaikan dia.. aku dah mintak maaf kat dia,aku minta dia faham situasi aku, aku mintak dia beri peluang kat aku untuk tebus semua tu. tapi dia macam dah nekad sangat. lagipun time kitorang baru break hari tu, aku dengar khabar yang dia sedang berbaik-baik dengan ex dia. dalam pada kami clash, aku still pujuk dia, tapi dia salu naik angin, dia mcm bengang..salah sikit jerk, dia terus melenting. aku tak tau knapa dia berubah sampai mcm tu skali… aku sakit ati jugak kekadang. tapi rasa cinta aku kat dia,melebihi segala-galanya… kekadang perasaan benci dalam hati aku menggunung-gunung, mcm nekad nak lupakan kenangan kami. tapi bila aku mula packing barang2 kenangan kami, aku akan nangis dan peluk semua barang tu. aku akan simpan semula di tempat biasa…. tolong nasihatkan aku…

    Like

    • airmien Says:

      Nak melupakan orang yang pernah hadir dalam hidup kita, memang agak susah pada peringkat permulaan.. salah satu cara yang dapat dilakukan adalah, jangan sesekali teringat dekat si dia.. pada pengalaman saya sendiri, memang agak susah..mungkin ambil masa bertahun untuk melupakan kenangan yang telah dibuat bersama.. hidup tidak seharusnya turut mati apabila cinta mati.. hidup perlu diteruskan selagi hayat masih ada.. sekiranya masih ada perasaan benci dalam diri terhadap dia, itu tandanya diri masih menyayangi si dia.. melepaskan dia adalah yang terbaik sekiranya suatu perhubungan itu tidak dapat diselamakan lagi..

      [salam sayang buat semua..tiada ada benci]

      Like

  8. nadiah Says:

    salam…
    sya nak bgtau sya bru putus cinta 25/12/2009
    sya cinta jrak jauh…mmg x nafi kenangan kami skejap jer..sb dia mmg bz dgn kejer kan…tp kmi pn jrang contact….sb dia dah penah gtau kan…dia cma hrap sya phm cara kejer dia yng bz….tp sya lah..dah dia jauh…jrang contctt nie lah jdnya……kbtulan pda 25 bru nie…dia dtng jmpa sya….sya lak x jmpa sb slah sya…terlalu mnurut hati….sya minx ptus..tnpa jmpa dia dpn…sya mmg menysal.tp pa ley wat…dah jd kan……sya cma pinta skunx nie…dr dia…hrap dpat maafkan sya…tp tlng sya..apa yng sya perlu lakukan.??spya dia dpat maafkan sya………

    Like

    • airmien Says:

      Salam..

      Mengikut keadaan sekarang ini, pada pendapat saya lebih baik sekiranya saudari cuba berbaik semula dengan dia jika ingin teruskan lagi perhubungan yang sebelum ini pernah terjalin antara saudari berdua.. uba jadi sahabat dia semula.. Selepas ini, jika ingin teruskan kembali perhubungan seperti sebelum ini, itu terpulang kepda saudari dan dia.. Selamat mencuba..

      Like

  9. atie Says:

    salam,cm yg terjadi at nadiah,same cm sy..sjak dr 2 sy rasa menyesal sgt2..tp nk wt cm ne bnd dh trjadi x leh patah lik,just 1 je..janganla wt keputusan yg terburu2,pk btl2,bila hati kita dh trlalu sygkn dia,ssh utk kita trima cnta llki len,wlaupn llki 2 lbh bek dr dia..sy smpi skrg x leh lupakn dia,wlaupn jauh tp byk kenangan antara sy dn dia,kkdg sy trlalu menagih cnta drnya,tp dia wt biase je,kkdg sy pk gak knp la dia trlalu bodoh coz mengabaikn sy,dia xsedar ke pd mase yg same ad lelaki cuba utk memikat hati sy,dia xpk ke kmungkinan sy akn brubah hati..ssh btl nkmenilai keikhlasan llki ni..

    Like

    • airmien Says:

      Salam..

      Benda yang terjadi,memang agak susah nak dilupakan.. Namun jika ianya tidak mendatangkan kebaikan kepada kita,eloklah dilupakan saja.. Memang ada yang telah bercinta sekian lama,susah untuk melupakan bekas pasangan yang telah sekian lama bersama dengan kita.. Namun,jika ada yang lebih baik lagi, diharapakan agar kekal untuk selamanya..

      Like

  10. noya Says:

    aku pum senasib nga korang semua…
    aku smpai skunk memang xboleh nak lupekan bkas kkasih aku tu…kdg2 aku mnangs sorang diri bila aku rindu pada dia….skunk nie aku masih lagie bhubung dgn dia tapi sebagai kawan aku…………tapi smpai skunk aku xpnah anggap dye sbgai kwn aku dan aku masih mngharap kan die macm dulu aku dan dye bsama,,,,,,,,,,huh idup!!!!mmg mmeningkan…..

    Like

    • airmien Says:

      Melupakan seseorang yang telah lama hadir dalam diri memang agak susah..tapi ada ketikanya lebih baik melupakan si dia jika itu adalah yang terbaik bagi kedua-dua pasangan.. Jika masih ingin diteruskan lagi seperti sebelum ini,apa salahnya jila sudah ada keserasian kembali..

      Like

  11. an2_pocong Says:

    ermmm.. memang berat dan sukar nak melupakan org yang kita sayang tapi terpaksa kne lupakan gawk kalau org tu dah ader pngganti..

    Like

    • airmien Says:

      Melupakan itu adalah cara yang terbaik.. Sekiranya masih bersama dan tidak ada persefahaman, ianya tidak akan ke mana-mana..

      Like

  12. cyla Says:

    salam..
    eee nak luahkan something nie…
    ermmmm ader ke patut mber sndiri ambik my bf…
    so trpakse la i lupekan my bf and my best friend 2…
    eeee sakitnyer ati…

    Like

    • airmien Says:

      Salam..

      tidak perlu saudari sakit hati kerana ianya tidak akan mendatangkan apa-apa kepada dia..hanya saudari yang kan tersiksa nanti..

      Like

  13. roselin bernard Says:

    salam 1malaysia. ya, sa sndiripun pernah putus cinta dgn tunang sa, dialah my 1st love. sa sakit hati dan hampir gila kerana dia tiba-tiba berubah. tambah lagi dia kata kami tidak ada jodoh dan jika berkahwinpun pasti akan bercerai juga..adakah patut dia kata begitu? nasib baik kaum keluarga dan kawan2 baik sa memberi sokongan supaya sa terima kenyataan itu. sa hanya mampu menangis apabila teringatkan dia..akhirnya sa dapat juga terima hubungan sa yang putus dengan bekas tunang tu dengan perasaan yang positif bahawa walau apa sekalipun hati sa dilukai olehnya, sa maafkan dan hidup sa perlu diteruskan.
    Sa gantikan perasaan rindu, sayang dan cinta sa terhadap dia kepada rasa ‘tinggal kenangan yang tidak perlu di ulangi lagi’ dan berdoa supaya kami masing-masing menemui kebahagiaan yang sebenar. Hanya dengan itu sahajalah sa dapat benar-benar melupakan bekas tunang sa yang pernah bertakhta di hati sa sebelum ini. Sekarang ni sa okay ja dan happy dengan kawan2 lama dan baru…..

    Like

    • airmien Says:

      Salam 1Malaysia. Admin di sini mengucapkan takziah kepada saudari atas kejadian ini. Walauapapun yang terjadi,hidup saudari harus diteruskan. Saya doakan agar saudari dapat menemui teman hidup yang lain sebagai ganti. Hendak melupakan seseorang yang pernah hadir dalam hidup suatu ketika dahulu agak susah tetapi jika ada pengganti yang lain, itu adalah yang terbaik.

      Like

  14. wany Says:

    dah lama aku break dgn dia tp knp ssh sgt aku nak lpakn dia…..
    terlalu byk pgrbanan yang aku buat… aku terlalu sayang kan dia… skrang aku sdah pn mpnyai teman baru tp aku tak sbhagia dulu.. insyallah hjng thn ni aku akn bertunng tp hati aku bbelah bg dgn perasaan aku,pa yang harus aku lkukan skrg?? bantu lah aku………….. 😦 muhd fadzlan,kau insan y plg aku syg…..

    Like

    • airmien Says:

      Melupakan seseorang memang agak susah dan memakan masa..perasaan terlalu sayang akan menyebabkan saudari tersiksa..cuba jauhi perkara yang membolehkan saudari teringat balik kepada bekas lelaki saudari..sekarang saudari akan bertunang pada penghujung tahun ini,adalah tidak elok masih ada perasaan terhadap lelaki lain kerana ianya akan menyebabkan hubungan saudari dengan bakal tunang saudari menjadi renggang..minta petunjuk dari Allah..insya Allah,semoga dipermudahkan-Nya..amin amin amin

      Like

  15. wan ahmad Says:

    sy bru je break ngn GF sy..
    sy da brsme ngn si die sudah lima tahun..
    sy xthu ape yg harus sy lakukan…sy rasa mcm nak bunuh diri..sesiapa boleh tolong sy….plizzz..e-mail me..

    Like

    • airmien Says:

      sy ada kenalan, seorang perempuan..dia telah bertunang dengan bekas tunang dia selama tujuh tahun..namun,gagal di tengah jalan..dia tidak menggelabah tetapi meneruskan hidupnya tanpa berfikir, ‘perlu ke aku membunuh diri semata-mata dia bukan milikku?’..

      bayakkan bersabar ya..sekiranya asyik teringat kepada bekas GF saudara, saudara seakan-akan melupakan pelangi yang ada di atas kepala saudara..teruskan hidup saudara..mungkin dia bukan yang terbaik untuk saudara..

      Like

  16. ajib anyib Says:

    .saya msih brkawan lgi dgn exgurl saya..wlwpon da jarang brhubung tpi sy msih cinta dan rindu sgt2 kpda dia smpaikan sy xboleh terima khdiran org lain dlm hidup sy..tpi bila sy tahu dia ada peganti sy betul2 kcewa sgt..hasrat sy ingin mnikahi dia slpas sy tamat belajar brkecai bagai cermin jatuh ke lantai..sy msih buntu bagaimana mahu putus kawan dgn si dia dan brterus terang kpda dia..

    Like

    • airmien Says:

      Salam..saudara masih tidak dapat menerima kehadiran orang lain dalam hidup saudara kerana masih lagi menyayangi bekas teman perempuan saudara.
      Pada permulaan, memang agak sukar untuk melupakan seseorang yang pernah hadir dalam hidup saudara. Jika tidak ada lagi perhubungan dengan bekas
      teman dahulu, eloklah lupakan saja dia sudah ada pengganti. Saudara tidak perlu tutup terus pintu hati saudara kerana setiap setiap apa yang berlaku
      sudah ditentukan oleh Tuhan. Anggap sahaja dia bukan yang terbaik yang saudara dapat lagi. Usah menangisi awan hujan kerana masih ada pelangi menanti
      di kemudian hari. Salam ceria dari pihak admin..

      Like

  17. wanita misteri Says:

    ht sy jg pernah di takluki oleh seorg insan ni..dia ni lh segalanya..dia lh manis..dia lh pahit..dia lah racun..erti kata lain dia ni dh byk meluka kn hati sy..sy sgt syg syg kan dia.walhal dia bkn lh cinta pertama..wlu pon insan ini selalu pukul, sepak terajang, cemburu buta, sy masih setia bersama dia..1 hr dpt tau dia nk kwin dgn pompuan pilihan keluarga.ht hancor luluh..tglkn dia..hlg seketika dr pandagn..masing2 dh kwin..tp dia selalu msuk dlm mimpi sy..dh lama x dgr khabr tiba2 hati sebak mendgr berita kematian dia..di tambah pula bekas isterinya menceritakan arwah sering mnyebut2 nama sy tdk kira dimana jua.semenjak itu fikiran sering mencari kenangan terindah (wlu pon xde) bersama arwah..sampai kehari ini sy masih n masih memikirkan nya..sy rindukan nya..bl ingt kan blk saat bersama arwah ketika ini..perkara yg buruk dia laku kn pd sy pon jd kenangan yg paling manis..kenapa ni!!! sy sudah gila agak nya..sy sudah punya suami & ank2…mcmne sy nk lupa kan arwah ni….tolong lah..pergi lh jauh2 sy bahagia dgn suami n ank2..jgn ganggu fikiran sy lh!!!jgn masuk dlm mimpi sy lh!!! jgn rosak kn hbgn sy bersama suami sy!!! awk kn dh meninggal dunia!!! biarlh sy teruskn hidup dgn tenang!!!Astagfirullahalazim…

    Like

    • airmien Says:

      Banyakkanlah beristighfar memohon pertolongan dari Allah.. melupakan seseorang yang pernah hadir memang agak susah.. Cuba berkongsi cerita sesama kenalan rapat sekiranya ianya dapat menolong.. Elakkan dari pendam perasaan dan menyepikan diri.. Ianya tidak dapat menolong tetapi menyeksakan diri.. Jika sudah berkeluarga, luangkan masa bersama dengan keluarga dengan lebih kerap lagi.. Semoga ianya dapat membantu melupakan seseorang yang sudah pergi..

      Like

  18. nana Says:

    sya baru bpisah dgn bf sya dlm smggu yg lps…
    yg sya x bolh tima coz dia tipu sya..dia kata dia x de hbungan dgn staf dia 2( dia seorang mnger di mc d) tp akhirnya sya dpt tahu yg mmg dia ada hbungan dgn pempuan2…tiap2 mlm kuar tp tel dia saje tgglkn supya sya x dpt contact dia..apa yg menyedihkan sya dia smpai memfitnah sya yg mengatakan sya tlh bertunang dengan owg lain..hncur luluh jantung sya…selama 4 thn perhubungan sya mcm sia2 bla dia lbh pcaya & syg pempuan yg baru 3 bln dia knal& lebih kebudak2 kan dr sya..dia baru berumur 18 tahun..tiap2 ari sya mnangis..sya cuba melupakan dia ttp sya ttap wndukan nya..dia ckp kta cuba berkwn dulu kalo ada jdoh x ke mana..
    tp sya tahu mmg sya dh x de lg di hati dia..
    tp sya msih berharap yg dia kembali kpd sya.?.
    ada tk nasihat untuk sya memperbaiki hubungan ini…
    sya cuba menjadi yg terbaik utk dia..
    tolong lah saya

    Like

    • airmien Says:

      Saudari..adalah lebih baiknya sekiranya saudari melupakan si dia kerana nampaknya si dia memang tidak jujur dengan saudari.. melupakan seseorang yang pernah hadir dalam hidup, memang agak susah tetapi memandangkan apa yang telah dia lakukan terhadap saudari, adalah lebih baik sekiranya dia dilupakan sahaja.. Mungkin dia tidak sepadan dengan saudari.. Jika masih ingin diteruskan lagi, mungkin saudari akan makan hati lagi.. Banyakkan berdoa agar dapat ditemukan dengan jodoh yang lebih baik lagi.. Amin

      Like

  19. awek jb Says:

    hurm,.cnte prtama mmg sukr nk dlpekn..cmpi ckunk sy msih mnaruh hrpan pd ex sy wlupn skang ni dy da de gf len dan sy pula telh brtunang..tiap mlm sy tringatkn dy..kdg2 tu tmbul pwasaan ase bslah thdap tung sndry bub sy kurg bry prhatian pd dy..hbungn kteowg seolh2 hmbr..sy msih sygkn ex sy..ssah sy nk terime cnte suci yg dhlurkn oleh sowg insan yg berjiwa suci..tung sy ttap sbar dgn pe yg sy lakukn kt dy..bbgai cre cudaa sy lkukn nmun xjuga brhasil..sy xbley mncntai tung sy cdry..sy bhrp cgt ad yg dpt mmbntu slesaikn mslh yg sy hdpi..sy dlm dilema ckunk ni

    Like

    • airmien Says:

      Salam. Perasaan sayang dan cinta terhadap seseorang pada cinta pertama amat susah dilupakan namun sekiranya ianya tidak berkekalan, usahlah dikenangkan lagi. Sekarang saudari sudah bertunang dan tunang saudari tetap bersabar dengan apa yang telah saudari lakukan terhadap dia. Cadangan yang boleh dilakukan adalah seperti berikut;

      1. Elakkan dari bersendirian
      – apabila saudari bersendirian, kenangan lama bersama bekas kekasih saudari mungkin akan muncul semula. Dengan adanya teman disisi, saudari akan lebih menumpukan perhatian saudari terhadap teman di sebelah saudari dari teringatkan bekas kekasih saudari itu.

      2. Elakkan dari masa terbuang kosong
      – cuba wujudkan sesuatu yang boleh membuatkan saudari leka dan asyik dengan sesuatu yang berfaedah seperti kerja yang memerlukan penumpuan penuh seperti menjahit, menenun atau melukis. Sekiranya masa itu tidak terbuang,sedikit sebanyak saudari akan melupakan si dia.

      3. Melihat panorama alam
      – panorama alam seperti di tepian pantai, melihat ombak yang menghempas pantai serta aliran sungai dan air terjun boleh mendamaikan jiwa dan merehatkan minda yang berkecamuk.

      4. Kerja kebajikan atau sukarelawan
      – penglibatan saudari dalam kerja-kerja amal ini akan membuatkan saudari lebih mengerti akan kepentingan keikhlasan serta memupuk semangat sukarelawan di samping perasaan kasih dan sayang kepada orang lain. Selepas ini, mungkin saudari boleh aplikasikan dalam kehidupan saudari bersama bakal suami saudari tidak lama lagi.

      5. Berdoa
      – doa adalah senjata mukmin yang paling mapuh kerana ianya melibatkan kerohanian dan berserah jiwa kepada Yang Maha Esa. Pohonlah agar saudari dapat melupakan bekas kekasih yng pernah bertakhta di sanubari saudari itu dan mengalihkan perasaan tersebut kepada tunang saudari sekarang.

      Di atas antara contoh-contoh yang dapat diberikan untuk melupakan bekas kekasih saudari namun ianya juga memerlukan kekuatan dalaman yang datangnya dari diri saudari sendiri.

      Like

  20. asma Says:

    give u 99 score!!!

    Like

  21. missxora Says:

    salam….sy dlm kebuntuaan,kekecewaan dan segala2nya…sy bru shja ptus cinta..sy sendiri yg minta sbb sy rasa dia mcm dah endah tak endah pd sy..bila sy tnya adakah dia cintakan sy, then dia jwb” byk lg perkara berkaitan”..sedih sgt..lama2 sy jd tak sure smada sia msh syg sy atau tak..then sy minta break…sy myesal dan sedar atas kesilapan sy.sy sedar sy msih sygkan dia, slalu teringat dia..sy dah cuba untuk hubungi dia dan nyatakan perasaan sy,minta mf,hrp dia kembali bersama sy..tp dia hnya berdiam dan tak mahu sy cari dia lg…so, apa patut sy buat??

    Like

    • airmien Says:

      Assalamualaikum.. seharusnya saudari berfikir dahulu sebelum membuat sesuatu..fikir dengan semasak-masaknya setiap tindakan dan kemungkinan yang akan berlaku pada masa hadapan.. bagi pihak lelaki, perasaan kecewa mungkin lebih lagi dari apa yang saudari lakukan.. mungkin si dia teringat setiap apa yang telah saudari dan si dia lakukan sebelum sudari minta putuskan perhubungan itu..

      Melupakan, tidak semudah yang diungkapkan tetapi ianya akan mengambil masa yang lama.. Jika ada jodoh di antara kalian, admin doakan agar berkekalan sampai akhir hayat dan sehingga anak cucu.. Jika tidak dapat diselamatkan, redhailah perpisahan itu.. Mungkin ada hikmah untuk masing-masing membetulkan kesilapan agar tidak berlaku perkara yang sama pada masa akan datang..

      Salam Kasih Sayang dari Admin untuk saudari.. Wassalam

      Like

  22. sweety Says:

    sy mjalinkn cinta ngn ex dkt 2thn..pastu ptengahn thn lps sy dpt rasakn dia ada org len dr cara dia lyn sy…kurg sms…apatah lg cll..then bila sy snyap,baru dia terhegeh2 nk pujuk..tp entahla ati sy ms tu ssh nk terima…so sy ckp kt dia ‘ini yg terbaik buat kita’..so kitorg snyap jer lps tu smpai la bln dis dia call bgtau dh nk tunang 3 ari lg..dia sgguh2 mnta maaf…sy terkejut jgk..ingtkn dlm tmpoh snyap kitorg dpt muhasabah diri tgk apa yg silap hbgn kitorg ni…x sngka dia tunang ngn org len pla..hncurnya ati..tp baru2 ni pa yg sy tau sbnrnya dia knl ngn tunang dia ni dh lama…jd sy ni sbg apa jer dlm hdup dia slama ni..??yg sy pelik..slps bertunang,dia still nk chat ngn sy kt fb tnya kbr..nk x nk sy lyn jer tp kejap jer..tp itulah yg terakhir sbb sy x nk gnggu dia lg sbg tunang org..biarlh chat kt fb tmpohari adlh yg terakhir menandakn sy x berdendam ngn dia n sy relakn dia prgi dr hdup sy….apa yg sy nmpk..mmg dia tgh bhgia dgn tunangnya tu mlalui fb dia….

    Like

    • airmien Says:

      Assalamualaikum..

      Adalah baiknya sekiranya kita mendoakan kebahagiaan orang lain dan orang yang pernah hadir dalam hidup biarpun tidak lama. Ada hikmahnya terjadinya perpisahan di antara saudari dan bekas kekasih saudari itu. Mungkin Allah ada pengganti yang lebih baik pada masa akan datang. Bersangka baiklah.

      Dari apa yang diceritakan, bekas kekasih saudari itu tidak ikhlas sepanjang perkenalan dengan saudari kerana ada hubungan lain selain dari saudari. Usahlah dikenang lagi apa yang membuatkan hidup saudari rasa terbeban.

      Semoga pada masa akan datang, ianya lebih baik dari masa sekarang. Bertawakal dan berdoalah agar ditemukan jodoh yang lebih baik lagi. Admin mengucapkan selamat maju dan jaya. Salam kasih-sayang buat semua

      Like

  23. ayay.. Says:

    assalam…bgaimana pula jika kita yakin cinta lama itu akan kembali pada kita??dan kita tidak pernah ptus bdoa agar dia kembali pada kita??mmg kdg2 doa kita tidak dimakbulkan kerana mungkin allah telah menakdirkan sesuatu yang terbaik utk kita…tp kalau kita masih mharap pada dia lagi,xslah kalau kita meminta dan bdoa kn??itu pun slh satu cara yg boleh ilangkan rasa down kita..semua ada hikmah..allah takkan mzalimi hambaNya dengan memberi kesedihan dan derita yg bpanjangan..cuba dekatkan diri lagi pada allah…cuba la..dan kemudian rasakan sendiri keajaiban.. πŸ˜‰

    Like

  24. IDa KaMal Says:

    pedih perpisahan kali ini ,walaupun sebelum ni da selalu di tinggalkan die rasenye ini kali yg 5 dalam 6 tahun.peliknya kalau aku yg mintak clash die akan buat macam biase je dtg kpd aku spt biase dan aku pun x amik kesah.tetapi kalau die yg tinggalkan ku mmg serius sehinggalah paling lama 3 bulan dtg balik pd aku dan couple mcm biase.tetapi kali ini 2.7.2011 die dan ayah ibu 4 adik die dtg satu kerete memutuskan aku di rumah sewe ku.dan berlakunya ungkit mengungkit dari family mereka,terhadap aku, semuanya menyalahkan aku yg menyusahkan anak die.sedangkan aku brdiam diri terkejut.nasiblah rakan sekerja ku yg menemani saat itu,dielah yg mmpertahan kan aku.kesilapan aku adalah aku pilih die dari family aku sendiri, semenjak 6 tahun yg lalu family aku telah membuang aku kerana aku memilih dia, kini dia buang aku dan memilih keluarga die sbb family die da bosan aku asik brgaduh dgn anak die,dan kesilapan aku adalah aku baran dan ego walaupun aku perempuan yg setia.mmg padan muke aku kene hina dengan keluarge die, aku perempuan brumur 24 tahun menyara diri sendiri sedangkan die 26 tahun rapat dengan family.jadi siapalah aku untuk melawan mereka,biarkan aku dengan ego aku sendiri.cuma menunggu adakah ini kali terakhir untuk perpisahan ini atau kah tertanya-tanya die akan mencari aku semula dan adakah aku tidak serik lagi menerima die spt 6 tahun yg lalu.apa yg pasti aku tidak akan mencari die dan kali ini aku ingin pergi jauh supaya die x kan dapat jumpe aku selamanya.

    Like

    • airmien Says:

      Adalah lebih baik sekiranya menjauhkan diri dari si dia dan sibukkan diri dari terus teringatkan dia. Cari aktiviti yang lebih berfaedah dan elakkan dari sendirian kerana jika sendirian, akan kembali teringat kepada dia. Tumpukan kepada kerjaya dan ianya lebih bermakna serta boleh cari pengganti yang lain. Admin harap saudari tabah menghadapi ini semua.

      Like

  25. muniss Says:

    susah lar nak lupakan kekasih lama..even dia dah ada pganti dah berbhgia skg…knpa saya masih still tgu dia,saya try nak bg hati sya dekat orang lain tapi teteap xbole…

    Like

    • airmien Says:

      Admin sarankan agar memohon perunjuk dari Allah dan diberi jodoh yang bersesuaian dengan saudari. Amin

      Like

    • airmien Says:

      Cuba jangan fikrkan tentang dia. Elakkan memikirkan tentang dia dan maafkan apa yang telah dia lakukan. Mungkin di dalam hati masih ada sisa-sisa bekas kekasih terdahulu.

      Like

  26. nurul Says:

    salam…..sy br lpas putus ngan bf sy awl thn lepas….prpsahn kami adalah dsebbkn o pihak ke3….org k3 yg mnghubungi sy sndri & ckp status hbngan mereka dgn xbf sy…ati sy hncur bl dpt tahu….bl sy minta xbf sy membuat pilihan dia kt dia syg kedua2 nyer skali…..sy xdpt trima lalu xbf sy mengambil kptsn utk memtuskn nyer….sy msih sygkn dia lg….slps kami brpish dia ada mnytakan yg dia btl2 mnyesal ngan tndakan dia mlepaskn sy….tp sy xdpt mnrimanya kmbali wlpun hati sy msh syg & cntakn dia…..apa yg perlu sy lakukn tuk melupakan dia…..

    Like

    • airmien Says:

      Salam. Saudari boleh buat atau ambil contoh dari apa yang tertera. Mungkin pada peringkat awal memang agak susah untuk melupakan bekas kekasih yang dulu tetapi akan selalu berdoa semoga ditemukan dengan seseorang yang sesuai. Berdoa dan berserah kepada Allah kerana setiap apa yang berlaku Dia yang rancang.

      Like

  27. oren love u Says:

    aku cintakan kau farzhan!!!~~..entah la..suka ati korang la..nak kata aku gila ke hape..yang pasti sampai hari ni aku meHNYEHSALI GILER!!~~..perbuatan aku hikhik…;p..menghalau dia dari hidup aku…yang huru hara ni..hahaha..entah la..yang pasti..aku x leh terima cinta lelaki lain..sebab duk ingat kat ex mata air aku nih..kekeke..then lagi..aku nak sangat berbaik jadi kawan..aku taw aku salah..aku putus terburu2..salah aku..by phone plak..sms jek..sian dia..salah..aku..salah..aku..owowowowowo..haizzzzzzzzz..nasib2..hanya kau selamanya di hatiku..peace..love u farzhan..no one after u……~~

    Like

  28. Lan Keedal Says:

    Agaknya kalau kepala ni dah terhentak kuat ataupun dihentak dengan kuat sampai HILANG INGATAN baru boleh lupa dia terus…

    Like

  29. hamba allah Says:

    puas sudaah menangis tiap malam . tapi still tidak dapat mengembalikan sesuatu yang daah lepas . hatii anii inda dapat membancii pasal dia still lelaki yg ku sanjung πŸ˜₯ apa perlu aku buat ?

    Like


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s