airmien

sesuatu tentang kehidupan

Aku Mencintaimu Februari 25, 2009

Filed under: Relationship — airmien @ 8:44 pm
Tags:

Ucap ‘Aku Mencintaimu’ Secara Serius

Banyak perkara yang perlu diketahui apabila menjalin hubungan dengan lelaki atau wanita yang baru dikenali.

Sisi sesebuah perhubungan, lama atau baru bukan persoalan. Namun, menyatukan dua insan yang berlainan pandangan, sikap mahupun latar belakang tidak semudah disangka. Bahkan, ia melalui banyak fasa dalam meneguhkan jalinan yang penuh keindahan pada akhirnya.

Jika anda sudah lama mengenali, tetapi belum begitu memahami dirinya, petua berikut mungkin boleh menjadi panduan di saat hubungan sedang goyah. Ia juga mungkin bermanfaat jika mahu memulakan satu fasa baru bersama pasangan.


· Berikan lebih daripada yang dia harapkan dan lakukan dengan senang hati. Ingat, jangan harap mendapat balasan daripada apa yang anda berikan, selagi dia belum milik anda ataupun jika sudah termaktub dia hak anda sekalipun, biarlah balasan itu datangnya daripada Yang Maha Pencipta.

· Bernikah dengan lelaki atau wanita yang anda cintai. Ketika usia beranjak tua, kebijaksanaan dan keelokan percakapan serta perlakuannya akan membuat anda bahagia sepanjang hayat biarpun tanpa dilimpahi kemewahan.

· Jangan percaya dengan apa yang anda dengar, jangan habiskan apa yang anda miliki atau tidur semahunya. Percayalah pada kata hati ketika mendengar segala fitnah dan tohmahan bagi menguji kesetiaan.

· Ketika mengucapkan, “Aku mencintaimu”, lakukan dengan serius. Semua keputusan yang anda pilih, ada akibatnya oleh itu, bertanggungjawab atas pilihan atau keputusan yang dibuat.

· Ketika berkata, “Maafkan saya”, pandang matanya. Kata maaf tidak cukup hanya dengan ucapan tetapi perubahan sikap juga penting. Maaf yang tulus adalah daripada hati.

· Bertunang dulu sekurang-kurangnya untuk tempoh enam bulan sebelum membuat keputusan bernikah kerana ia mampu memberi ruang untuk mengenali hati budinya. Perhubungan harus dilaksanakan tahap demi tahap dalam usaha mencapai keserasian dan keindahannya.

· Percayalah pada cinta pandang pertama.

· Jangan mentertawakan atau meremehkan impian orang.

· Cintailah orang lain dengan mendalam setelah anda melalui kekecewaan dalam cinta pertama. Anda mungkin akan sakit dan terluka tetapi sesungguhnya itulah cara untuk menjalani hidup yang sebenar dalam fasa seterusnya.

· Saat pertengkaran atau perdebatan yang hebat, jangan menyebut nama seseorang yang sememangnya dibenci pasangan atau kekasih anda.

· Jangan menilai orang dengan siapa mereka berteman.

· Bicara biarlah perlahan tetapi berfikir biarlah cepat. Ingat, lidah ibarat sebilah pedang tajam dan setiap saat dapat melukai sesiapa termasuk orang yang anda sayangi.

· Ketika seseorang mengajukan pertanyaan yang anda tidak ingin menjawabnya, anda hanya perlu tersenyum dan tanya sebaiknya dalam nada yang tidak menyakitkan.

· Cinta dan kejayaan besar memerlukan pengorbanan bukan sedikit.

· Ketika kalah, jangan lupa pelajaran yang diperolehi. Kekalahan bukan bererti anda sudah gagal tetapi daripada kegagalan itulah anda sedar dan mulai belajar sesuatu.

· Hargai diri sendiri dan orang lain serta bertanggung jawab pada semua yang anda lakukan.

· Jangan biarkan pertengkaran kecil memusnahkan persahabatan.

· Ketika anda sedar sudah melakukan kesalahan, ambil langkah segera untuk memperbaikinya.

· Tersenyumlah saat menerima telefon daripada si dia atau yang teristimewa. Orang yang menghubungi anda akan mendengarnya daripada reaksi atau nada suara anda.

· Habiskan waktu sendirian adalah saat tepat untuk anda mengkaji atau bermuhasabah diri.

Sumber: Harian Metro, Khamis, 12 Februari 2009

heart-in-hands

Advertisements
 

Perkataan Lazim Yang Sering Kaum Hawa Suka Lakukan Februari 11, 2009

Filed under: Relationship — airmien @ 1:17 pm
Tags:

FINE
Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai – hanya akan membawa anda berdua bergaduh.

LIMA MINIT
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.

TAKDE APA-APA
Ini bermakna “something” dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama ‘LIMA MINIT’ dan diakhiri dengan ‘FINE’.

PERGILAH! (dengan kening terangkat)
Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan ‘TAKDE APA-APA’ dan diakhiri dengan ‘FINE’. PERGILAH (dengan kening biasa) Ini bermakna ‘mengalah’ atau ‘buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah’. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan ‘TAKDE APA-APA’, ‘FINE’ dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa ‘LIMA MINIT’ apabila dia dah sejuk.

MENGELUH YANG KUAT
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. ‘MENGELUH YANG KUAT’ bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai ‘TAKDE APA-APA’.

MENGELUH YANG PERLAHAN
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. ‘MENGELUH YANG PERLAHAN’ membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan… dan dia akan kekal puas.

OKAY LAH
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki. ‘OKAY LAH’ bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. ‘OKAY LAH’ selalunya digunakan dengan ‘FINE’ bersama ‘Kening Yang Terangkat’.

BUAT LAH
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.

TOLONGLAH
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat ‘OKAY LAH’.

TERIMA KASIH
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK
Ini banyak berbeza dari ‘TERIMA KASIH’. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan ‘MENGELUH YANG KUAT’. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas ‘MENGELUH YANG KUAT’ kerana ini hanya akan membuat dia berkata ‘TAKDE APA-APA’.

orkid1


 

 
%d bloggers like this: