Airmien

sesuatu tentang kehidupan

Tanggungjawab Seorang Isteri Mengikut Islam April 7, 2009

Filed under: Relationship — airmien @ 11:15 am
Tags:

TAAT

Tanggungjawab utama seorang isteri ialah isteri perlulah taat dan patuh kepada suaminya. Kesetiaan isteri kepada suaminya perlu diutamakan terlebih dahulu lebih daripada keluarga terdekatnya sendiri.

Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah SAW:

Sekiranya aku ini orang yang menyuruh mana-mana orang supaya sujud kepada orang lain tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya.

(Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)

Isteri hendaklah mematuhi perintah si suami asalkan ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Andainya suami menyuruh melakukan dosa maka isteri dibenarkan membantah.

Sabda Rasulullah SAW:

Tidak boleh memtaati mahluk dalam perkara menderhaka kepada Allah SWT.

(Riwayat Ahmad)

Setelah berkahwin, suami mempunyai hak ke atas isteri. Oleh sebab itu, jika isteri ingin keluar rumah atau berpuasa sunat, ia hendaklah meminta izin daripada suami.

Sabda Rasulullah SAW:

Tidak halal bagi sesorang isteri yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk berpuasa, sedangkan suaminya ada di sampingnya kecuali dengan keizinan suaminya itu.

(Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan Ahmad Ibn Hanbal)

Larangan berpuasa tanpa keizinan suami ini diwujudkan kerana dikhuatiri si isteri tidak dapat melayan kemahuan si suami dengan baik. Oleh sebab itu, meminta izin adalah sangat penting.

MELAYAN SUAMI

Si isteri juga hendaklah melayan kehendak suami dengan baik pada bila-bila masa sahaja. Hubungan yang perlu dijaga ialah hubungan kelamin antara kedua-duanya. Oleh sebab itu, si isteri hendaklah memastikan bahawa ia melayan kehendak suaminya.

Sabda Rasulullah SAW:

Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, tetapi ia enggan melayan ajakan suaminya, maka suami tidur dengan marah pada waktu malam itu, nescaya malaikat mengutuknya sampai waktu subuh.

(Riwayat sebahagian Ahli Sunnah)

Untuk mengelakkan daripada digolongkan dalam golongan yang ingkar, maka isteri perlulah memenuhi kemahuan si suami jika tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk menolaknya.

MENGURUS RUMAHTANGGA

Tugas seorang isteri ialah untuk menjadikan tempat tinggalnya sebagai satu tempat untuk berehat serta menghasilkan persekitaran yang menyenangkan. Isteri hendaklah menghias rumah itu supaya ia kelihatan damai dan rasa senang hati untuk tinggal di situ. Untuk menghias rumah itu, si isteri perlulah menghias mengikut kemampuan keperluan keluarga itu. Citarasa hiasan dalaman itu bergantung kepada suami isteri asalkan ia tidak melanggar hukum Islam.

Apabila si suami memberi wang perbelanjaan kepada si isteri, maka si isteri mestilah berbelanja dengan bijak serta tidak membazir-bazirkan wang pemberian suaminya. Si isteri hendaklah berbelanja mengikut keperluan dan bukannya hawa nafsu. Si isteri mestilah memahami keadaan ekonomi suami yang sibuk mencari nafkah yang mencukupi untuk keluarganya. Oleh sebab itu, si isteri hendaklah membuat perbelanjaan keluarganya dengan bijak supaya tidak ada perbelanjaan melebihi pendapatan. Maka, si isteri hendaklah berjimat- cermat dalam membuat pembelian supaya suami isteri itu hidup dalam serba kesederhanaan sahaja.

-Tanggungjawab Bersama.

Pengurusan rumahtangga adalah tanggungjawab seorang isteri. Walaupun mempunyai pembantu rumah, isteri masih bertanggungjawab untuk menyelia segala pengurusan rumah itu. Suami pula diharapkan dapat membantu si isteri dalam melakukan kerja-kerja rumah. Dengan adanya kerjasama daripada kedua-dua belah pihak, maka akan wujudlah sebuah keluarga bahagia serta dapat merapatkan lagi hubungan sesama mereka.

MENJAGA MARUAH DIRI, SUAMI DAN KELUARGA

Sebagai seorang isteri, isteri hendaklah menjaga maruah dan akhlak terutamanya apabila keluar dari rumah. Apabila si isteri keluar rumah kerana sebab-sebab tertentu seperti bekerja, melawat sanak saudara atau keluar membeli-belah, pakaian yang dipakai hendaklah menutup aurat dan tidak menjolok mata, berjalan dengan cara yang tidak menarik perhatian ramai serta berkelakuan baik. Si isteri perlulah menundukkan pandangan serta menjauhkan dirinya daripada segala fitnah yang mungkin akan berlaku.

Firman Allah:

Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka menghulurkan Jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

(Al-Ahzab: 59)

Seperti juga tanggungjawab si suami terhadap si isteri, segala kecacatan yang ada pada si suami hendaklah dirahsiakan. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan aib timbul yang boleh menjurus kepada perbalahan. Sudah tentu perbalahan seperti ini perlulah dielakkan kerana ia boleh mengganggu pembentukan keluarga bahagia.

MENYENANGKAN HATI SUAMI

Apabila si suami memberikan pemberian dalam apa sahaja bentuk, adalah menjadi tanggungjawab si isteri untuk menghargai pemberian suami itu. Si isteri tidak boleh meminta-minta hadiah daripada si suami yang melebihi daripada kemampuannya. Jika mendapat hadiah walaupun yang kecil sahaja, isteri hendaklah menghargainya dan tidak mengkritik-kritik bentuk hadiah itu.

Dalam pepatah Arab ada menyebut:

Accept the little I may give you, my love for you will grow deeper, and raise not your voice in my presence, especially when I am in a moody crisis.

(Imam al-Ghazzali)

Untuk menyenangkan hati si suami melihat si isteri, maka si isteri haruslah menjaga dirinya supaya kelihatan ceria dan menarik. Ketika berada di dalam rumah, si isteri perlulah mengenakan solekan yang sewajarnya agar suami tertarik hati melihatnya. Si isteri juga hendaklah memakai wangi-wangian yang boleh menarik perhatian si suami.

Seorang perempuan tua Arab ada menasihatkan anaknya pada hari perkahwinannya:

O my daughter! You are leaving the home in which you were brought up for a house in which you brought up for a house unknown to you and to a companion unfamiliar to you. Be a floor to him, he will be a roof to you; be a soft seat to him, he will be a pillar for you; and be like a slave girl to him and he will be a slave boy to you. Avoid inopportune behaviour, least he should be bored with you; and be not aloof lest he should become indifferent to you. If he approaches you, come running to him; and if he turns away, do not impose yourself upon him. Take care of his nose, his eye and his ear. Let him not smell except a good odour from you; let not his eye see you except in an agreeable appearance; and let him hear nothing from you except nice, fine words.

(Imam al-Ghazzali)

PENDORONG DAN MEMBERI MOTIVASI

Isteri yang solehah seharusnya menjadi teman berunding bagi suami, menjadi sahabt dalam menyelesaikan masalah. Itulah sebabnya hubungan suami isteri itu diertikan orang sebagi “teman hidup”. Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan keluarganya, maka berilah motivasi kepada suami disamping menghiburkan hatinya.

Dalam sesebuah institusi keluarga, ahli-ahlinya perlulah bersama-sama memikul tanggungjawab supaya pembentukan keluarga bahagia akan tercapai. Dalam hal yang sedemikian, terdapat beberapa tanggungjawab yang dipikul bersama oleh suami isteri. Kedua-duanya perlulah mendalami ilmu fardu ain. Ini adalah perlu kerana ilmu ini merupakan panduan untuk mereka dalam menjalani kehidupan seharian. Kita juga wajib menuntut ilmu sampai ke liang lahad. Dengan mempelajari lebih banyak ilmu fardu ain, suami isteri dapat menghayati kehidupan Islam lebih bermakna lagi.

Untuk menyelesaikan apa juga masalah keluarga, suami isteri perlulah sentiasa berbincang demi kebaikan bersama. Perbincangan adalah lebih baik daripada bersikap autokratik kerana kata sepakat dapat dicapai untuk kebaikan bersama dan tidak untuk kepentingan satu pihak sahaja. Malah, dengan perbincangan juga suami isteri boleh mendapat ilham baru untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi bersama. Dalam menunaikan tanggungjawab masing-masing, kadang-kadang kita memerlukan pertolongan dalam hal-hal kebajikan.

Isteri kadang-kadang memerlukan pertolongan si suami untuk membuat kerja-kerja rumah. Dalam hal sebegini, adalah perlu bagi pasangannya untuk meringankan beban yang dihadapi oleh pasangannya supaya kerja-kerja dapat dilaksanakan dengan cepat dan betul. Apabila seorang daripada mereka melakukan perkara yang ditegah, adalah menjadi tanggungjawab pasangannya untuk menegur kesilapan yang telah dilakukan. Suami isteri hendaklah saling tegur menegur dan menghalang pasangan masing-masing daripada melakukan kemungkaran, sebaliknya melakukan lebih banyak hal-hal kebajikan.

Kedua-duanya perlulah bersikap jujur dan selalu menepati janji antara satu sama lain kerana perkahwinan dianggap sebagai satu institusi yang mana ahli-ahlinya perlulah saling percaya mempercayai antara satu lama lain tanpa perlu berbohong atau menyimpan rahsia. Oleh sebab itulah maka suami isteri hendaklah bersikap terbuka dan berterus terang dalam banyak hal tanpa menyembunyikan kebenaran.

Suami isteri perlulah saling memaafkan dan menasihati kerana sebagai manusia, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Ini adalah penting kerana tanpa sikap pemaaf dan saling tegur menegur ini, maka suami isteri itu akan hidup dalam kekacauan kerana sering melakukan kesilapan tanpa ada orang yang ingin menegurnya ataupun sering berbalah kerana tidak ada sikap pemaaf itu.

Salah satu hikmah berkahwin ini ialah suami isteri dapat melakukan solat berjemaah. Seperti yang diketahui, jika kita solat berjemaah, maka pahala yang diperolehi adalah berganda-ganda daripada solat secara sendiri. Dengan melakukan solat berjemaah ini maka perhubungan ukhwah antara suami isteri dapat dipereratkan. Yang paling penting dalam kehidupan sebagai suami isteri ini ialah bertawakal kepada Allah setelah berusaha sedaya upaya untuk mencapai kebahagiaan dalam hidup berumahtangga.

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, dapatlah kita lihat bahawa perkahwinan ini adalah penting dalam sesebuah masyarakat kerana keluarga merupakan batu asas dalam pembinaan sesebuah masyarakat. Untuk melahirkan sesebuah masyarakat yang bahagia, kita perlulah memastikan bahawa ahli-ahli masyarakat itu menjalankan tanggungjawab masing-masing. Untuk melahirkan masyarakat yang yang kuat, mulia, dan saling bertangungjawab, pembentukan keluarga yang bahagia adalah sangat penting. Oleh sebab itu, adalah penting untuk membentuk sesebuah keluarga bahagia.

cincin

 

37 Responses to “Tanggungjawab Seorang Isteri Mengikut Islam”

  1. kak jun Says:

    boleh share ke email saya?

    Like

  2. Terima kasih atas perkongsian ilmu. Amat berguna untuk kaum Hawa.

    Like

  3. Noor Nabila Says:

    Terima kasih sangat kepada penulis. Sangat berguna dan pengisian yang senang tuk difahami. Doakan perkahwinan yang bakal saya bina bersama pasangan saya dipermudahkan dan berjalan lancar insyaAllah.
    Assalamualaikum 🙂

    Like

    • airmien Says:

      Waalaikumussalam. Admin di sini doakan agar kebahagian sentiasa bersama kalian. Jika ada perselisihan faham, harap masing-masing dapat selesaikan dengan baik dan elakkan pertikaian yang berpanjangan.

      Like

  4. Ct Says:

    salam Admin ..saya ingin bertanya sekiranya pasangan suami isteri telah bernikah hampir sebulan …dan sedang menunggu kenduri khawin…apa kah slah sekiranya si isteri tidak bersama suami nya…???ini adalah keluarag si isteri mahu mengikut adat ..tidak mahu x berseri di hari kenduri ??

    Like

    • airmien Says:

      Salam.. Kenduri kahwin adalah adat sahaja dan hubungan suami isteri sah apabila lafaz ijab dan qabul [nikah]. Ianya salah sebenarnya sekiranya isteri tidak menunaikan hak suami untuk bersama jika suami berkehendakkan bersama isterinya. Namun untuk bersama memerlukan persefahaman antara dua pihak; tidak boleh memaksa dan dipaksa supaya tidak berlaku konflik di dalam rumahtangga nanti. Adalah diingatkan disini, sekiranya adat seperti melampau sangat, dinasihatkan agar tidak mengikutinya.

      Like

  5. mohd noor@siti nur Says:

    Asslkum….trime ksh bnyk2 ats psnan dan ilmu y d kgsi…sbgai seorg y br mengenal erti rmh tgga,ianya amt brmkna pd sy..spya awk mndpt kberkatan dlm idup..salam……..

    Like

  6. nuyun Says:

    saya admin nk bertanya jikalau suami tidak meizinkan isteri menymbung belajar dan menyatakan akan menceraikan isterinya sekira ingkar katanya apakah yang harus si isteri buat ??

    Like

    • airmien Says:

      Assalamualaikum. Admin sarankan agar tidak menyambung pelajaran lagi sehingga keadaan kembali tenang atau memujuk suami tentang kelebihan berpelajaran dan berilmu.

      Like

  7. cik atul Says:

    salam..perkongsian yang sangat baik..terima kasih atas perkongsian..

    Like

  8. fendy Says:

    adakah dayus apabila si isteri memukul suami atau menolak suami dan si suami tidak berkata apa2 demi menjaga hubungan rumahtangga yang dulunya lahir dari percintaan dan kasih sayang. adakah dayus jika setiap kali selisih faham si isteri selalu meminta cerai pada suami.

    Like

  9. sasha Says:

    salam… panduan yang bagus untuk kaum hawa… sy share kt fb ye..

    Like

  10. sasha Says:

    salam..terlupa pulak..sy dfhmkn..sekarang rmai yg kawin campur,,.dan trmasuk sy…kekasih sy seorang non muslim.. insyallah thun ni dea akn cnvert 2 muslim..so,sy nak thu apa peranan seorang istri bila berkhwin dgn saudara baru..??

    Like

    • airmien Says:

      Salam. Tahniah dari admin. Peranan seorang isteri terutama apabila berkahwin dengan saudara baru, bimbing dan belajar bersama-sama suami di dalam agama. Jangan mudah jemu dan berterusan di dalam mendalami Islam.

      Like

    • airmien Says:

      Berkenaan perkara ini, saudari boleh merujuk kepada laman web Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia untuk maklumat lanjut jika ingin mendalamai agama bersama bakal suami. Link seperti di bawah ini:

      http://www.perkim.net.my/ques_ans.cfm?CurrentPage=13&cat=1

      Like

      • zuneire omar Says:

        bagaimana seorang isteri tidak mahu mengikut suami pulang ke rumah sewaktu cuti sekolah kerana ingin menjaga bapa yang uzur sedangkan ramai adik lelaki yang boleh menjaga? sedangkan tempat isteri adalah disisi suami…

        Like

  11. Sazatul Says:

    Tapi saya ada terbaca yg mengatakan tugas memasak kemas rumah jaga anak dan sebagainya tugas si suami di dalam islam ini adakah benar atau tersalah tafsir semata2 sila balas dgn jelas harap maklum

    Like

  12. nurqalbu Says:

    salam,saya mohon share article ni ye.moga Allah merahmati penulis.aminn.

    Like

  13. sang suami Says:

    Assalamualaikum admin bagaimana klu seseorang isteri lbh sayangkan ibubapanya berbanding drpd suami, dlm erti kata lain x mampu mempertahankan maruah suaminya ketika dicela oleh ibubapanya sendri sdgkan suaminya itu tidak melakukan sesuatu perkara yg bertentangan dlm agama & apakah langkah2 yg perlu diambil oleh suami utk menyelesaikan permasalahan ini??

    Like

  14. izzaty Says:

    maaf bertanya..sye ada terbace sebelum ni yang pengurusan rumahtangga adalah tanggungjawab suami..tanggungjawab isteri hanya menjaga kepentingan suami dan melahirkan anak..tapi kenapa dlm artikel ni pengurusan rumahtangga adalah tanggungjawab isteri ye? maaf..saya cuma bertanya, sebab saya pun msih dlm proses menambah ilmu rumahtangga..

    Like

  15. hendrawati Says:

    Assalamualaikum wbt salam perkenalan..sangat membantu..
    tq sis..semoga kita semua menjadi isteri dambaan suami ..dan isteri solehah

    Like

  16. imann Says:

    Sy seorang suami yg dahulunye byk membuat hati isteri sy terluka tp setelah beberap thn kemudian sy telah insaf Dan mula meghargai isteri sy dn jugs telah beberapa Kali meminta maaf kepadanye dia maafkn sy tp sy berasa agak kecewa walaupun dia maafkn sy tapi dia tetap tidak melayan sy Dan menunaikn tanggujawab nye sebagai isteri malah sering nemberi alasaan ketika sy ingin bermanja dgn nye.bukan sy mintak sex tp ingin bermanja2.Dan dia bnyak habiskn masa dgn Facebook.bila sy dirumah sy rasa mcm sy x ujud di situ.sering di abaikn.maka APA patut sy lakukn.

    Like

    • airmien Says:

      Cuba bantu isteri dengan membuat kerja rumah. Membantu membasuh pakaian, mengemas rumah, memasak dan menyapu sampah. Cuba buat perkara itu dahulu dan tengok apa perubahan yang berlaku.

      Like

  17. Sharzaliah Says:

    Assalammulaikum
    b0leh share ke email saya .. Nurulsharzaliahsarapil@gmail.com
    terimakasih

    Like

  18. emfa66 Says:

    Beruntung seorang suami yg beristerikan perempuan muslim yg memahami tanggungjawab……
    Ade juga isteri yg sengaja tidak mahu memahaminya….. Byk alasan dikemukakan….

    Like

  19. Hidayah Says:

    As salam sy ingin bertny ttg satu mslh yg sdg sy hadapi..begini,apakah hukumnya jika seorg suami dibenci,difitnah,diherdik,dikeji oleh mak mertuanya..bagaimanakh peranan yg perlu dilakukan oleh sang isteri krn tersepit di antara suami dan ibunya sendri..apakah dosa si isteri berkenaan krn menyebelahi suami yg tidak bersalah,shgga menyebabkn perhubungan dgn maknya sendri bermasalah..ibunya nmpk tidak berkenan sungguh dgn sang suami berkenan..tlg perjelaskn,sy sgt buntu.trima kasih.

    Like

    • airmien Says:

      Waalaikumussalam. Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh suami puan?

      Apabila berkahwin, yang perlu ditaati adalah suami selagimana ianya tidak berlawanan dengan syarak yang telah ditetapkan oleh Islam.

      Like

      • zarihan Says:

        Artikal yang baik.. tetapi memerlukan lebih isi yang padat untuk memudahkan pemahamam si pembaca. Kadang2 si isteri menjadikan bahan rujukkan… ayat2 sebagai senjata untuk membantah suami.. Cth ayat dri fb misalnya.. tugas2 suami.. disitu ditulis suami perlu masak jaga anak, basuh baju, jaga rumah.. cari nafkah,,abis si isteri buat ape? kalau suami buat… ini adalah sepotong ayat yang dia ambil dari bahagian2 suami.. memang
        benar dalam islam ada menyatakan itu sebahagian tugas2 suami..tetapi si isteri bahawa apa yang ditulis tu mengikut zaman nabi .. selepas tamatnya perang ..si suami x berkerja ..dan semasa si suami pergi berperang maka tugas2 tersebut si isteri ambil alih.. bila tamatnya perang si suami x berkerja maka si suami la yang mengambil alih tugas itu semula.. adakah itu masih releven utk digunapakai di zaman sekarang?Tetapi ayat seperti itulah aynag dijadikan sentaja si isteri untuk mengenakan si suami… Dalam islam tidak dinyatakan siapa yang harus buat kerja nie ..kerja tu didalam rumah.. apa yang nyata hanya mengatakan kerja sama.. siapa yang sempat @ berkesempatan untuk membuat .. maka buat lah .. tolong la tolong sama2 itu saja..Seperkara lagi. Isteri2 sekarang tdak macam dizaman dahulu2. doarang tau mana tempatnya dia . isteri2 sekarang banyak yang bijak pandai..tidak macam dahulu.. jadi saya mohon. setiap artikal mahupun bahan2 yang berkaitan hak2 isteri harus diberitahu @ diceritakan biarlah cukup2 jelas. Memang benar didalam islam suami di suruh memuji2 istri2nya .. membahagiakan isteri2 nya.. itu bahagian suami.. tetapi bagaimana bahagian si isteri terhadap suami? adakah mereka2 ini benar2 cukup faham? bila si isteri bergelar isteri maka putuslah hubungan dia dgn keluarganya kawan2nya.. sebab segala dosanya dirinya hak suaminya.. ibarat dia adalah hamba pada suami..Ibarat…itu apa yang saya fahami. Cth si isteri tidak boleh menerima teguran emak mertua .. mungkin disebabkan cara @ ayat… ketika suami isteri sedang makan.. maka si isteri meminta si suami menegur emaknya.. bila si suami berkata si isteri kata si suami ini membela ibunya.. sedang si suami tersepit diantara ibunya dan isterinya sebelah sini isterinya.. maka di sepaknya pinggan hidangan di hadapan suami itu … di sebelah sana ibunya.. maka si suami jadi apa? dosa isteri pada suami.dosa suami pada ibunya.. kalau saya lihat didalam fb mahupun laman2 sesawang.. banyak bahan2 isteri utk untuk suami.. tetapi bahan itu bolah dijadikan bahan untuk mengenakan si suami.. seperti ayat2 doa2 isteri pada suami..itu boleh dijadika juga sebab si isteri boleh menghantar tesk tersebut ..akan tetapi tesk2 tersebut yang bersepak dilaman2 web hanya untuk para isteri kepada suaminya .. sedangkan benda2 macam tu tidak terdapat utnuk para suami kepada isterinya maka si isteri pun menyalak la.. mengatakan si suami tidak pernah menghantar seperti ayat2 doa2 sepertinya kepada si isteri tersebut.. saya pun tidak tau kenapa kekurangan bahan2 seperti itu didalam laman web ,adakah disebabkan masa yang ada pada suami..@ pun sifat. ini hanya sebahagia apa yang saya tahu dan saya alami. manusia belajar dari apa yang dia lalui.. dan setiap manusia punya jln kehidupan yaang berbeza2 dengan org lain.. jgn samakan nasib kita dgn org lain.

        Like

  20. Muhamad Nasir Says:

    Assalammualaikum, artikel yang sangat menarik untuk dijadikan panduan kepada yang ingin mendirikan rumahtangga mahupun yang sudah berumahtangga. Terima kasih.

    Like

  21. Hamsah Says:

    Asalamualaikum…sya nak tau apa kah boleh isteri bergambar dengan lelaki remaja..lelaki remaja itu ada lah kluarga jau..tetapi si isteri bergambar bergepit tangan dengan lelaki remaja itu..tapi si suami tidak tau pasal foto mereka..apa ka dosa atau tidak.
    Gambar itu si isteri sembunyi kan dari pada suami nya..apa ka hukamanya..ada ka dosa besar atau mcm mna?
    Tolong bagi saya jawapan yang normal..sekian terima kasih….

    Like


Tinggalkan komen