Airmien

sesuatu tentang kehidupan

Teknik Memikat Lelaki Mei 17, 2009

Filed under: Relationship — airmien @ 8:27 pm
Tags:

1. Memahami Perasaan

Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan perkara itu selain dari ‘memahami perasaan lelaki sebagai sediakala dan menerima seadanya.’ Menerima dirinya sebagai lelaki. Apa yang penting untuk anda ketahui ialah mengenai lelaki itu sendiri, bukan cara untuk mengubah lelaki.

Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda dan mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin anda tidak suka dan tidak menyukai anda.

2.Memahami Perangai

Cuba memahami perangai seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda adalah lebih baik dari dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan anda.

3.Memujuk

Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Ini kerana hanya insan itu sendiri yang akan mengubah perangainya, itupun jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah dan memperbaiki dirinya.

4.Lebih Banyak Memberi

Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak dari apa yang anda terima dari seorang lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari apa yang sanggup anda beri.

5.Mempercayai

Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan lelaki itu mempercayai anda. Hidup ini ‘meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang’. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda buaknlah perkara mudah tetapi untuk membuatkan orang lain tidak percaya kepada anda bukanlah payah. Apabila dia sudah tidak percayakan anda, maka adalah lebih sukar untuk dia menubah pendiriannya.

6.Mengenal dan Menghalusi

Mengenal lelaki bukanlah unutk mengalahkannya kerana dalam kehidupan suami isteri, kedua-duanya perlu sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan.

Dalam satu perkahwinan terdapat dua kuasa, pertama kuasa suami dan kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan menyuarakan. Kuasa isteri adalah memberi persetujuan atau menidakkan.

Sekiranya kedua-dua menyalahgunakan kuasa, maka rumah tangga akan menjadi porak-peranda. Dari itu rujuklah kepada agama utuk menghalusi apakah yang dibolehkan atau dibenarkan dan apakah yang dilarang.

7.Tidak Celupar dan Bermasam Muka

Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya. Ramai juga yang bersifat mendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan suami, membandingkan suami dengan lelaki lain dan memaki-hamun suaminya.

Sekiranya anda bersifat sedemikian, walaubagaimana kenal pun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi penyebabsuami anda berasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan diri anda. Andalah sebenarnya yang patut berubah terlebih dsahulu.

8.Bertanggungjawab

Sebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini menjadi semakin maju. Begitu juga tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan oleh agama, anda tidak perlu risau. Allah SWT akan menempatkan anda di pihak yang benar dan anda tidak akan rugi apa-apa.

9. Elakkan Mengkritik

Kritikan amat merbahaya kerana ia menjadikan seorang lelaki itu defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirinya. Ini kerana ia melukakan nilai diri lelaki, menjejaskan rasa kepentingan dirinya dan menyebabkan dia rasa kecewa terhadap anda dan mungkin akan mengkritik anda pula.

10.Memahami Kemahuan

Dia akan melakukan apa sahaja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Terdapat dua perkara besar yang diingini oleh manusia iaitu kemahuan seks dan kemahuan unutk menjadi penting.

Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan. Oleh itu anda mestimemahami apa kemahuan lelaki yang menjadi suami anda.

11.Tunjukkan Minat

Dia akan menunjukkan minat terhadapa anda. Dengar apa yang dia ingin dikatakan, walaupun ianya tentang dirinya sendiri atau mengenai kerjanya atau kesukaannya. Lebih anda berminat padanya, maka lebih berminat lagilah dia kepada anda.

12.Murahkan Senyuman

Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan kepada anda itu, begitu jugalah nikmat yng dirasakannya apabila anda senyum kepadanya. Senyuman boleh menyebabkan lelaki suka kepada anda.

13.Memanggil Dengan Panggilan Manja

Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada yang lembut, begitulah juga dengan lelaki. Dia mahu anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai seorang wanita.

14.Menghormati

Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya dan betolak-ansur dengannnya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda.

Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya dan memberi penghormatan tidak akan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadikan diri lebih terhormat.

15.Berbincang dan Mendengar

Antara masalah besar dalam rumah tangga ialah apabila masing-masing suami isteri tidak mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan baik apa yang diperkatakan oleh lelaki, nescaya dia juga akan mendengar apa yang ingin anda katakan.

16.Elakkan Berceloteh

Lelaki tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal remeh-temeh yang biasanya diceritakan oleh wanita kepada wanita. Lebih baik bercakap perkara yang menjadi kesukaannya atau yang berkaitan dengan minat anda dalam membina kerjayanya atau membantu mempertingkatkan ekonomi rumah tangga.

17. Jangan Merendahkan

Dia akan menganggap anda penting dalam hidupnya. Antara kesilapan wanita ialah suka merendah-rendahkan suaminya atau menganggap bahawa sekiranya perceraian berlaku, ramai lelaki yang lebih baik sikap dan sifatnya yang sanggup jadi pengganti. Jika begitu, suami anda juga akan berfikir begitu mengenai anda.

18. Tunjukkan Rasa Gembira

Apabila anda menyatakan penyesalan mengahwini suami, suami anda juga akan menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakannya. Menyatakan penyesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda dan lemahnya anda dalam menghadapi dugaan hidup. Sepatutnya anda berusaha untuk mencipta perasaan gembira dalam diri anda kerana dapat berkahwin dengannya.

19. Elakkan Pergaduhan

Ada wanita yang menunggu-nunggu sat suami menegur dan menasihatinya kerana dia sudah bersedia dengan peluru-peluru tohmahan dan kejian serta air mata. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berkaitan rumah tangga, elakkan pergaduhan dan janganlah sesekali anda memulakannya.

20. Kerap Minta Maaf

Sekiranya anda sukar minta maaf di atas kesalahan anda dan sebaliknya amat suka mencari kesalahan lelaki, dia akan menganggap bahawa anda adalah seorang yang keras kepala dan keras hati, sukar dibentuk. Lebih buruk lagi dia mungkin merasakan bahawa dia telah gagal membentuk diri anda sebagai isterinya. Kemungkinan besar disebabkan hal itu, dia cuba mencari jalan keluar dengan melepaskan anda.

21. Selalu Berbuat Baik

Kebanyakan masalah timbul disebabkan manusia sering bertindak dengan akal yang sempit dan tindakannya berbentuk keduniaan. Kejayaan anda di akhirat adalah bergantung kepada betapa baiknya nada kepada suami anda dan betapa sempurnanya anda menyelesaikan tanggungjawab anda terhadapnya. Oleh itu, selalulah berbuat baik kepada suami kerana kebaikan itu tetap akan menjadi kenangan indah di hati suami.

colour

 

8 Responses to “Teknik Memikat Lelaki”

  1. norsyamima Says:

    hye…ima cuma nk tnya pendapat…ima br je pts dgn ex bf,,..then ima dpt tau dia da ada yg lain…tp ima msh syg kn dia dan ima x blh lepas dia mcm tu je….apa pendapat awk?ada x cara untuk memikat dia blk?ima terlalu syg kn dia..kami pts sbab ima terlalu mendengar ckp org len psl dia…tlng ima..

    Like

    • airmien Says:

      Salam..ada dua kemungkinan sekiranya saudari kembali menjalinkan hubungan. Pertama, adakah si dia sedia menerima saudari kembali dan kedua, adakah saudari bersedia berubah demi menjalinkan kembali hubungan yang telah terbina sebelum ini. Pengajaran dari kisah saudari, jangan mudah dengar cakap orang kerana apa yang didengari mungkin tidak benar dan kebanyakannya adalah bohong semata-mata.

      Like

  2. miss nysa Says:

    mcm mane nk pujuk lelaki..??
    mmg kita x mmpu nk ubah dye..
    sbb nsib manusia e2 tidak akn berubah slgi dye xmengubahnye sendiri..
    sy buknnye eti nk pujuk2..ade cdgn x??..
    lgpon dye terlalu merendah sngt..
    selalu ckp dye x kn berubah..
    sy taw dlm hati dye..dye nk berubah..
    cume dye menafikan..
    cm mne sy nk tlg dye??

    Like

    • airmien Says:

      Salam.. Lelaki tidak akan berubah melainkan dengan keinginan dia sendiri.. Jikalau saudari ingin mengubah seorang lelaki,
      saudari hanya dapat bayangan dia sahaja dan bukan diri dia yang sebenar.. Mungkin ada sesuatu yang mungkin akan mengubah
      seseorang lelaki.. Faktor dalaman yang akan mengubah si dia.. Tetapi janganlah mudah berputus asa, berusahalah di samping
      doa yang tidak putus..

      Like

  3. Nur Says:

    assalamualaikum.. sy nk tnya,sy ade bf,then 1 day ade sorg gurl mengaku gf die jugak,bile sy tnye bf,die at last mengaku,actually kami brcinta jarak jauh,die di kdah,sy di johor,then that gurl plak dkat dgn die,that gurl selalu ganggu sy,die mengadu yg bf sy slalu berkepit dgn die,die bsuh bju bf sy,bf sy slalu kua dgn die n bf sy ajak die brtunang,sdgkn bf sy pun pernah mengajak sy bertunang.. that gurl selalu sms n ganggu sy dgn ayat2 yg menyakitkn ati sy.. perlu ke sy teruskn hubungan ni?? memikat hati die mungkin agak susah sbb kami sgt jauh,sy pula msh belajar dan tidak boleh ke kedah..

    Like

    • airmien Says:

      Waalaikumussalam..cinta jarak jauh memerlukan kesabaran dan banyak juga rintangan dan halangan terutama jarak di antara satu sama lain. Berkenaan cerita yang saudari ceritakan di sini, saya nasihatkan agar selalu berdoa kepada Yang Maha Esa agar diberi petunjuk menerusi Solat Istikharah dan memohon agar jodoh berpanjangan. Berkenaan jarak, ianya juga elok buat saudari kerana ianya dapat menjaga adat dan adab sebagai seorang perempuan dengan tidak berkepik dengan bf saudari.

      Admin ingin menyatakan, adalah lebih elok sekiranya tidak terlalu memikirkan sms dari perempuan yang ingin menghancurkan hubungan diantara kalian. Usahlah gusar dan bimbang sekiranya putus di tengah jalan, masih boleh beharap kepada kejayaan di dalam bidang pelajaran. Dukacitanya sekiranya putus, ianya akan memberi kesan kepada pelajaran saudari di Johor. Usah terlalu memikirkan masalah yang tidak diketahui pokok pangkalnya. Berkenaan BF saudari yang mengaku ada GF lain, ianya menunjukkan bahawa BF saudari tidak ikhlas sepanjang perhubungan selama ini. Admin ingin nasihatkan di sini, jika ada jodoh di antara kalian dan si dia ikhlas dengan saudari, sudah semestinya dia tidak mencari perempuan yang lain. Berdoa dan terus berdoa agar diberi kekuatan untuk berjaya di dalam bidang pelajaran pula. Jangan kerana BF saudari, pelajaran pun turut terjejas.

      Like

      • Nur Says:

        alhamduliLLAH.. sy da rasa sgt lega.. cinta pd ALLAH lbih mndamaikn.. sy da hbs stdy & mula bkerja,sy cuba lupakan die,tp die slalu dtg mganggu sy bila die ke johor.. GF die pun selalu ganggu sy.. sy da sgt pnat,letih dan xlarat dgn mereka berdua.. ALLAH je yg tau ape yg sy rasa skrg..

        Like

      • airmien Says:

        Doa adalah senjata paling ampuh bagi seorang muslim. Jika ditinggalkan kekasih, jangan terus kecewa kerana masih ada Allah tempat untuk kita mengadu

        Like


Tinggalkan komen