airmien

sesuatu tentang kehidupan

Alasan Lelaki Dingin Julai 23, 2009

Filed under: Relationship — airmien @ 8:28 pm
Tags:

Lelaki mempunyai keinginan cinta yang berbeza dengan wanita, apatah lagi pada saat wanita itu memerlukan cintanya.

JIKA kemesraan semakin jauh dalam sebuah hubungan percintaan atau perkahwinan, ia sebenarnya satu isyarat kepada anda. Sekiranya, si dia tidak lagi menghubungi anda seperti dahulu, menolak pelawaan makan malam bersama atau tidak mahu lagi berpegangan tangan, isyarat dingin itu perlu anda susuli dengan tindakan.

Jika sikapnya masih berterusan, anda harus mencari inisiatif dan berusaha mengembalikan semula kemesraan. Jika si dia masih bersikap tidak ambil peduli terhadap anda dan sentiasa ingin berjauhan saat anda memerlukannya, lakukanlah sesuatu.

Namun, jika si dia tidak menghubungi anda dalam masa sehari dua, jangan cepat berprasangka buruk terutama menuduhnya sedang menjalin hubungan dengan wanita lain.

Ingat, golongan Adam mempunyai keinginan cinta yang berbeza dengan wanita, apatah lagi pada saat wanita itu memerlukan cintanya. Walaupun mereka terus bersikap sedemikian, tidak bermakna mereka tidak menyintai dan enggan bermesra dengan pasangan.

Terdapat lima kemungkinan si dia bersikap sebegitu terhadap anda.

1. Tidak yakin dengan cinta

Si dia tidak yakin apakah perasaannya terhadap hubungan yang sedang dijalin. Namun, ia bukanlah faktor utama. Jadi, anda tidak perlu mendesak atau menuduh pasangan tidak serius dengan hubungan yang sedang dijalin.

2. Takut dengan cemuhan

Dia khuatir dengan apa yang difikirkan orang lain. Saat anda berpegang tangan dengannya, reaksi teman-teman anda dan orang di sekeliling adalah berbeza.

Rakan-rakan wanita biasanya akan memberi pandangan yang berbeza, sedangkan rakan-rakan lelaki umumnya akan mencemuh atau menganggap anda berdua sengaja menunjuk-nunjuk. Hal inilah yang mengganggu si dia sehingga menyebabkan dia memilih tidak mahu menunjukkan kemesraan di depan umum.

3. Pengaruh zaman kanak-kanak

Si dia datang dari keluarga yang tidak menunjukkan rasa sayang. Sewaktu kecil, ibu bapanya tidak banyak menyatakan rasa sayang dalam bentuk ucapan mahupun belaian pada kepala, pipi, atau menerusi pelukan.

Apabila anda ingin membuktikannya, cuba lihat bagaimana situasinya saat si dia bertemu saudara perempuan atau ibunya. Anda perlu mengubah kebiasaan ini, tetapi harus melakukan perubahan itu secara perlahan-lahan.

4. Akibat desakan

Adakah anda terlalu mendesaknya untuk menunjukkan reaksi sayang terhadap anda? Misalnya dengan pertanyaan seperti, ‘sayang saya tak’? atau tanpa segan, anda memegang tangannya saat memasuki pusat beli-belah atau ketika menghadiri resepsi perkahwinan rakan-rakan atau saudara-mara.

Mungkin kemesraan yang perlu ditunjukkan itu bergantung pada tempat dan situasi. Jadi, lebih baik anda bersemuka dan bincangkan bersama. Jangan mendesak sekiranya dia bertegas tidak suka kerana ini akan mengeruhkan hubungan atau dia melakukannya dengan terpaksa.

5. Tidak suka dikongkong

Kemungkinan dia tergolong dalam individu yang cepat rimas atau tidak suka dikongkong. Takut pada ruang yang sempit atau berdekatan atau merasa dirinya seperti perlu membuat pelbagai perkara demi anda. Dia rimas sekiranya orang lain berada terlalu dekat dengannya, termasuk kekasihnya. Lelaki sebegini sentiasa memerlukan ruang yang lebih luas untuk dia berkomunikasi lebih lancar dengan kekasihnya.

Sumber: Kosmo!

Jumaat 23 Julai 2009

Love Ice Cream

 

Kesalahan Kali Pertama Bertemu Julai 16, 2009

Filed under: Relationship — airmien @ 9:02 pm
Tags:

Apakah sembilan kesalahan yang perlu anda berikan perhatian saat pertama kali bertemu dengan si dia?

Hati-hati dengan pertemuan pertama anda dengan si dia. Kemungkinan kesilapan pertama yang anda lakukan itu sedikit sebanyak mendatangkan impak kepada diri sendiri.

Misalnya, anda mungkin salah memilih pakaian. Pastikan penampilan anda sesuai dengan situasi dan perjumpaan itu.

Elakkan menyarung sepatu tumit tinggi dengan baju yang seksi, apabila si dia mengajak anda ke taman bunga.

Jadikan pertemuan pertama anda itu sebagai sejarah awal percintaan anda berdua. Sekiranya si dia tidak menepati apa yang anda inginkan, jangan sesekali memberi harapan untuk pertemuan kali kedua.

Namun, jika si dia yang selama ini yang anda carikan, pastikan anda ingin segalanya berjalan lancar.

Bagi memastikan anda masih berpeluang berjumpa dengannya buat kali kedua dan seterusnya, hindarilah beberapa kesalahan yang sering berlaku pada pertemuan kali pertama ini. Antaranya ialah:

1. Datang lewat

Lewat lima minit tidak bererti si dia dapat menerima alasan yang diberikan. Kelewatan anda itu akan mempengaruhi imej dan kepercayaannya terhadap anda walaupun pada pertemuan pertama.

Bayangkan, untuk berjumpa dengan anda, pelbagai perkara bermain di fikirannya, inikan pula kelewatan yang anda sendiri lakukan. Si dia mungkin merasakan kemungkinan anda akan mengulangi kelewatan itu pada pertemuan-pertemuan akan datang.

2. Buat keputusan sebelum keluar bersama

Pastikan anda dan si dia merancang destinasi yang dituju. Ini untuk mengelakkan anda berdua saling bertanya destinasi tersebut pada hari pertemuan itu nanti.

Ingat, perbincangan pada saat akhir akan membuatkan anda berdua terpaksa pergi ke tempat yang membosankan.

Mengetahui lokasi pertemuan juga membolehkan anda merancang pakaian yang sesuai.

3. Jauhi perbicaraan berunsur keyakinan

Elakkan perbincangan yang melibatkan hal-hal keagamaan politik, muzik mahupun industri filem. Mengapa? Sewaktu anda dan si dia mengetahui bahawa masing-masing mempunyai pendapat yang berbeza, pertemuan pertama itu akan berakhir dengan debat yang serius.

Ada baiknya jika pertemuan itu dihabiskan dengan bertukar-tukar pendapat. Namun, bukankah lebih baik jika anda dan si dia mencapai tahap kesederhanaan sebelum berdebat?

4. Mata keranjang

Hari ini, bukan lelaki saja yang yang bersikap mata keranjang, segelintir wanita juga begitu.

Begitu juga dengan anda, ketika bersama si dia elakkan mencuri pandang ke arah lelaki lain. Ini seolah-olah memberi isyarat kepadanya agar mencari wanita lain.

5. Mengajak teman

Mungkin anda baru mengenali si dia dan menyimpan perasaan takut dan berhati-hati sebelum ditipu atau dianiaya si dia.

Tetapi ini tidak bermakna anda perlu mengajak rakan menemani anda bertemu si dia. Membawa teman sewaktu kali pertama bertemu dengan si dia memperlihatkan anda seorang yang tidak matang.

Jadi, pada saat anda membuat temu janji untuk berjumpa dengannya, anda harus bertanyakan kepada si dia adakah pertemuan yang akan berlangsung itu hanya anda berdua sahaja atau melibatkan kehadiran orang ketiga. Cara sebegini adalah untuk memastikan bahawa si dia tidak akan membawa teman-temannya yang lain.

6. Terlalu agresif

Kawal emosi anda walaupun ia adalah pertemuan yang pertama dan anda begitu teruja. Elakkan daripada terlalu menunjuk-nunjuk. Misalnya, dengan menyentuh si dia pada bahagian-bahagian tertentu di khalayak.

Cara ini menunjukkan anda seolah-olah seorang wanita yang mudah menyerah.

7. Kurang agresif

Jangan hanya berdiam diri dan mengharap si dia yang akan memulakan bicara.

Sekiranya anda terus berdiam dan tidak banyak memberi tindak balas, si dia pula akan memikirkan bahawa anda tidak dapat menerima dirinya.

8. Batal pada saat-saat terakhir

Elakkan membatalkan pertemuan pada saat-saat terakhir kecuali anda berdepan dengan situasi genting seperti kematian, keluarga sakit dan sebagainya.

Ini kerana, mungkin si dia sudah bersiap sedia untuk ke destinasi tersebut.

9. Menguasai perbicaraan

Ucapkan kata-kata anda dengan tenang. Berikan si dia peluang untuk berbicara dan mengutarakan pendapatnya.

Elak memesan makanan atau minuman untuknya, melainkan si dia menyuruhnya.

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

Kucing comel

 

Itulah Namanya Cinta

Filed under: Relationship — airmien @ 8:53 pm
Tags:

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

itulah namanya cinta

 

 
%d bloggers like this: