airmien

sesuatu tentang kehidupan

Kisahku November 19, 2009

Filed under: Uncategorized — airmien @ 8:22 pm
Tags:

Dengarlah kisahku..

 

Dengarkan, tetapi jangan menaruh belas

kasihan padaku: kerana belas kasihan

menyebabkan kelemahan, padahal alu masih

tegar dalam penderitaanku..

 

Jika kita mencintai, cinta kita bukan dari diri

kita, juga bukan untuk diri kita. Jika kita

bergembira, kegembiraan kita bukan berada

dalam diri kita, tapi dalam hidup kita sendiri.

jika kita menderita, kesakitan kita tidak

terletak pada luka kita, tapi dalam hati nurani

alam.

 

Jangan kau anggap bahawa cinta itu datang

kerana pergaulan yang lama atau rayuan

yang terus menerus. Cinta adalah tunas

pesona jiwa dan jika tunas itu tidak tercipta

dalam sesaat, ia takkan tercipta bertahun-

tahun atau bahkan dari generasi ke generasi.

 

Wanita yang menghiasi tingkah lakunya

dengan keindahan jiwa dan raga adalah

sebuah kebenaran, yang terbuka namun

rahsia; ia hanya dapat difahami melalui cinta,

hanya dapat disentuh dengan kebaikan dan

ketika kita mencuba untuk

menggambarkannya ia menghilang bagai

segumpal wap.

 

Khalil Gibran

 

Advertisements
 

Belajar Mengawal Perasaan Dari Lelaki

Filed under: Relationship — airmien @ 8:14 pm
Tags:

1. Lelaki tidak pernah rasa simpati pada diri mereka sendiri. Kalau mereka putus cinta, tidak pernah terbawa-bawa dan bila bertemu kawan, betanyakan teman wanitanya, dengan selamba mereka jawab “Oh, aku dengan dia dah putus.” Kemudian mereka berlalu minum teh tarik. Berlainan pula dengan gadis. Mereka lebih banyak  menjawab, “Tolong, jangan tanya pasal mamat tu lagi!”

 

2. Lelaki melihat masalah utama ialah kehidupan mereka. Bagaimana nak teruskan kehidupan, nak cari kerja dan sebagainya biarpun hubungan cinta sudah putus. Gadis lebih memikirkan ‘hubungan percintaan’ mereka yang terputus, kenapa mesti jadi begitu!

 

3. Pada lelaki ada teman wanita, satu bonus. Gadis pula merasakan mesti ada teman lelaki, kalau tidak hidup tak lengkap.

 

4. Tanpa teman wanita, lelaki memikirkan tentang kerjaya, sukan, keluar dengan teman dan mendengar muzik.

 

5. Bila putus cinta, lalaki anggap gadis itu tidak sesuai untuknya dan dia tinggalakn gadis itu untuk cari gadis yang lain.

 

6. Lelaki tidak suka membincangkan isu peribadi kerana tidak suka merosakkan emosi, hingga ada ungkapan. ‘lelaki tidak suka mendengar dan wanita tidak tahu baca peta’.

 

7. Lelaki berani bersumpah yang mereka tidak kecewa ditinggalkan teman wanita, walhal mereka sebenarnya sedih dan terluka.

 

8. Lelaki tidak menangis macam budak kecil kerana mereka tidak pernah bersimpati pada perasaan.

 

9. Lelaki tidak menganggap putus cinta satu trauma atau sejarah sebaliknya gadis merasakan ia trauma dalam hidup mereka.

 

 

PANTUN KASIH (VI) November 13, 2009

Filed under: Relationship — airmien @ 10:58 pm
Tags:

151(P) Orang pantai tanam selasih,

Duduk menanam di waktu fajar,

Saya tak pandai bermain kasih,

Bolehkah tuan menunjuk ajar.

 

152(L) Dari Sekudai ke Tanjung Penyengat,

Naik koleh sarat muatan,

Nak kata pandai tak pandai sangat,

Tapi boleh buat pedoman.

 

153(P) Sampan sarat hendak ke Acheh,

Bawa mari ikan gelama,

Besar hajat orang berkasih,

Hidup dan mati hendak bersama.

 

154(L) Kerat bemban diukir-ukir,

Ukir satu buat serunai,

Janji seribu mainan bibir,

Sedangkan satu payah ditunai.

 

155(P) Kerat rotan dibelah tiga,

Buat tali tambatan perahu,

Luas lautan boleh kau duga,

Kasih di hati mana kau tahu.

 

156(L) Terbang melayang burung tekukur,

Hinggap mari di dahan jambu,

Kasih sayang boleh kau ukur,

Asalkan hati pada yang satu.

 

157(P) Orang Jawa hendak ke seberang,

Naik rakit berdayung galah,

Jangan percaya kasih dan sayang,

Salah sedikit hati berubah.

 

158(L) Buah keledang buah kecapi,

Jolok dengan ampaian kain,

Kasih sayang jika sejati,

Pasti tidak pada yang lain.

 

159(P) Layang-layang putus talinya,

Jatuh tersangkut di pohon jati,

Kasih dan sayang hiasan dunia,

Jarang-jarang dibawa mati.

 

160(L) Budak-budak naik basikal,

Jaga jangan patah kaki,

Kalau hendak berkasih kekal,

Jangan mudah cari ganti.

 

161(P) Budak-budak mengayak pasir,

Pasir sudah bercampur arang,

Bagaimana nak buang kasih,

Kasih sudah bercampur sayang.

 

162(L) Sayang hanuman membelah bukit,

Mencari ubat Sang Seri Rama,

Kalau tak kenang barang sedikit,

Rasa nak mati bersama-sama.

 

163(P) Bulan terang tak terang sangat,

Cahaya sampai kat muka pintu,

Nak kata sayang tak sayang sangat,

Adat berkasih memang begitu.

 

164(L) Cincin perak cincin suasa,

Pakai di jari sebelah kanan,

Biar dia rosak biar dia binasa,

Kasihku dapat tak lepas tangan.

 

165(P) Limau manis tiga serangkai,

Baru ku beli di kedai Cina,

Mulut manis tak boleh dipakai,

Takut-takut saya terkena.

 

166(L) Layang-layang putus teraju,

Jatuh tersangkut di pohon delima,

Kasih sayang sudah setuju,

Memang boleh bertahan lama.

 

167(P) Rotan dilipat panjang lima,

Naik perahu belayar ke Jawa,

Kalau dapat mati bersama,

Biar sekubur kita berdua.

 

168(L) Tanjung Jati di Bangkahulu,

Tempat bertapa Datuk Panglima,

Kalau saya mati dahulu,

Sanggupkah puan ikut bersama.

 

169(P) Tanjung Jati di Bangkahulu,

Tempat orang bersepak raga,

Kalau tuan mati dahulu,

Kutemu tuan di pintu syurga.

 

170(L) Penuh raga berisi ikan,

Baru datang dari seberang,

Syurga terbuka saya tangiskan,

Nak kumasuk ilmu kukurang

 

171(P) Orang mengail di Danau Toba,

Bawa umpan beras melukut,

Nampaknya angin dah pancaroba,

Mana haluan saya nak ikut.

 

172(L) Masuk hutan mencari rotan,

Hendak dijual di dalam kota,

Tunggu sahaja musim selatan,

Turunkan sauh berlabuhlah kita.

 

173(P) Yatim piatu di Tanjung Tuan,

Hendak pergi ke kota lama,

Kalau begitu katanya tuan,

Marilah kita balik bersama.

 

bayi

 

PANTUN KASIH (V)

Filed under: Relationship — airmien @ 10:45 pm
Tags:

145. Anak raja pergi ke Acheh,

Pukul nobat di pagi hari,

Apa mula orang berkasih,

Apa sebab orang berbudi.

 

146. Jangan diindang biji selasih,

Jika sudah bercampur padi,

Dari sayang datangnya kasih,

Membuat jasa jadilah budi.

 

147. Terangnya api di Tanjung Andas,

Nampak di laut kapal belayar,

Sayang dan kasih boleh dibalas,

Budi dan jasa tidak ternilai.

 

148. Cantik berbunga si kain cindai,

Buat mari basahan mandi,

Bagaimana hendakku nilai,

Budi dan kasih tak dijual beli.

 

149. Orang gangsa hendak ke Nyalas,

Hendak mencari si beras padi,

Apakah patut hendakku balas,

Sebelum budi dibawa mati.

 

150. Pokok mengkudu pohonnya rendang,

Pohon berapit tepi perigi,

Siapa yang hidup tidak berhutang,

Kalau tak ringgit berhutang budi

 

483575886_6397f8f5e2_m

 

PANTUN KASIH (IV)

Filed under: Relationship — airmien @ 10:31 pm
Tags:

 

114. Buah mempelam ditimbang sukat,

Pohon rendang buahnya lebat,

Ucap salam jauh dan dekat,

Tumpang bermain wahai sahabat.

 

115. Nira disukat dibuat cuka,

Cuka bernama Seri Rama,

Sudah berpakat bersuka-suka,

Kita bermain bersama-sama.

 

116. Benih padi merata-rata,

Petak semai anak Cik Musa,

Minta maaf terlanggar kata,

Maklum baru tidak biasa.

 

117. Merah kuning si rama-rama,

Terbang mari berkawan-kawan,

Sudah bersahabat kenalan lama,

Biasa bermain sama halaman.

 

118. Sayang Cik Ali anak Cik Zainal,

Pandai menyanyi Dondang Sayang,

Lama sudah kita berkenal,

Belum mencuba berkasih sayang.

 

119. Anak lembu di Tanjung Jati,

Cari makan di tengah harungan,

Sehari bertemu sehari kumati,

Seribu syukur atas junjungan,

 

120. Sayang Cik Intan tanam selasih,

Selasih datang dari seberang,

Kenapa tuan tak mahu berkasih,

Adakah orang akan melarang.

 

121. Tarik perahu di air surut,

Orang belayar ke tanah seberang,

Bukan saya tak mahu menurut,

Takut cik puan maklumnya orang.

 

122. Buat gereja di atas bukit,

Pasang rabung kayu meranti,

Aduhai tuan cintaku sakit,

Tidak tertanggung rasa di hati.

 

123. Patah dahan kayu meranti,

Panjat mari si anak kera,

Kalau tak tahan rasa di hati,

Mari berjumpa dengan segera.

 

124. Orang Melayu bersampan payang,

Sarat bermuat ikan gelama,

Bukan tak mahu berkasih sayang,

Takut nanti kekal tak lama.

 

125. Layang-layang putus teraju,

Tersangkut mari di pokok delima,

Kalau dapat kasih setuju,

Tentu boleh kekalnya lama.

 

126. Suka menumpang di kayu buruk,

Ada seekor anaknya beruk,

Zahir ketara batin tersorok,

Kasih sayang di mana nak taruk.

 

127. Anak beruang si anak beruk,

Bawa mari ke Tanjung Jati,

Kasih sayang kalau ditaruk,

Dari hidup sampai ke mati.

 

128. Sudah rapuh dahan keranji,

Turun ke paya ambil meranti,

Kalau sungguh kata dan janji,

Tidaklah saya mencari ganti.

 

129. Ikan pelata si ikan parang,

Ikan gelama putih sisiknya,

Tak pandai saya kata sebarang,

Belah dada tengok isinya.

 

130. Batang buluh diikat-ikat,

Susun rapat dalam perahu,

Sudah sungguh kata sepakat,

Janji diikat kata dipadu.

 

131. Tumbuh menerung merata-rata,

Mari dibuat tali belanja,

Tak tahu apa yang hendak dikata,

Kusangka matahari waktu senja.

 

132. Burung balam bersangkar rotan,

Mari disangkut di hujung para,

Kukirim salam angin selatan,

Bayu berpuput dari utara.

 

133. Ada seekor burung balam,

Mari hinggap di pokok pulasan,

Resah gelisah siang malam,

Harapkan datang tidak berpesan.

 

134. Asam paya buah di hutan,

Banyak buahnya lebat di pangkal,

Betul kata dalam suratan,

Rindu tak boleh ditangkal-tangkal.

 

135. Jatuh bertabur buah mengkudu,

Malam-malam ditampar kelawar,

Bila dah kena penyakit rindu,

Pujuk rayu tak jadi penawar.

 

136. Kelapa hijau dimasak minyak,

Buat mengubat Bentara Dalam,

Makan tak kenyang tidur tak nyenyak,

Rindu meracau siang malam.

 

137. Ambil besar dibelah berembang,

Buah nangka di dalam raga,

Apa dirisau apa dibimbang,

Sampai masa bertemu juga.

 

138. Belayar sampan orang muda,

Pulau Undan tempat menuba,

Ribut taufan kalau melanda,

Manalah tahan pancaroba?

 

139. Pulau Lalang pasirnya putih,

Berbalam-balam Pulau Nangka,

Sudah adat orang berkasih,

Macam-macam buruk sangka.

 

140. Pokok sentul buah keranji,

Dibawa budak waktu pagi,

Adakah betul seperti berjanji,

Hati tidak berbelah bagi?

 

141. Kerana mengidam buah pedada,

Dicari sampai ke Tanjung Jati,

Kalau boleh kubelah dada,

Akan kutunjuk rupanya hati.

 

142. Dilipat-lipat tali belati,

Buat mengikat batang berduri,

Kalau tak dapat setuju di hati,

Di laut dalam terjunnya diri.

 

143. Dayang-dayang turun bermain,

Petik gambus sama kecapi,

Tidak terniat cari yang lain,

Sanggup kuredah lautan api.

 

144. Berpilih-pilih rotan diraut,

Mencucuk atap hujung halaman,

Bila kasih kiambang bertaut,

Barulah tetap niat iman.

 

2015351459_2da9ef2607

 

PANTUN KASIH (III)

Filed under: Relationship — airmien @ 10:18 pm
Tags:

93. Ada satu nama Encik Zainal,

Sambil mendayung perahu payang,

Kita ini baru berkenal,

Bolehkah kita berkasih sayang.

 

94. Orang Melayu berperahu layang,

Sarat muatan ikan gelama,

Bukan tak boleh berkasih sayang,

Saya takut tak kekal lama.

 

95. Layang – layang putus teraju,

Jatuh tersangkut di pokok delima,

Kasih sayang sudah setuju,

Tentu boleh berkekal lama.

 

96. Tarik perahu di air surut,

Hendak pergi ke tanah seberang,

Bukan hati tak mau turut,

Kutakut dikau dimaklumnya orang.

 

97. Bunga Cempaka dipukul ribut,

Hanyut sampai di laut seberang,

Di mulut naga lagikan kurebut,

Inikan pula di tangan orang.

 

98. Pagi hari membuat bangsal,

Nampak dari Kota Daik,

Jangan kau suka mencari pasal,

Berbincang dulu kan lebih baik.

 

99. Limau manis tiga serangkai,

Bawa belayar ke negeri Cina,

Mulut yang manis saya tak pakai,

Takut – takut saya terkena.

 

100. Orang mengail di Danau Toba,

Bawa umpan beras melukut,

Nampaknya angin dah pancaroba,

Kau tunjukkan haluan biar kuikut.

 

101. Ayam denak di tengah padang,

Mencari makan di kebun raja,

Walaupun jenak mata memandang,

Kau tak boleh nak ikut saja.

 

102. Sampai munajat di pokok jati,

Daunnya kering dah lama mati,

Kalau tak dapat hajat di hati,

Biar kubujang sampai ke mati.

 

103. Pagi hari pergi memburu,

Bawa panah Datuk Panglima,

Saya nak naik ke langit biru,

Sanggupkah abang ikut bersama.

 

104. Pagi hari pergi berburu,

Dapat rusa berkawan -kawan,

Naiklah cik puan ke langit biru,

Saya menunggu di kaki awan.

 

105. Tanjung Jati di Bangkahulu,

Tempat bertapa Datuk Panglima,

Andainya saya mati dahulu,

Sanggupkah tuan ikut bersama.

 

106. Tanjung Jati di Bangkahulu,

Tempat orang bersepak raga,

Andainya saya mati dahulu,

Ku tunggu puan di pintu syurga.

 

107. Penuh raga berisi ikan,

Baru datang dari Seberang,

Syurga terbuka saya tangiskan,

Hendak kumasuk ilmu kurang.

 

108. Kalau tidak ke ladang tuan,

Habislah padi dililit kangkung,

Jika tidak bertemu tuan,

Beramuklah hati dengan jantung.

 

109. Anak Cina pulang ke China,

Masuk berlabuh di pagi hari,

Saya tidak ke mana – mana,

Sebelah tuan saya berdiri.

 

110. Pisang hijau masak hijau,

Masak sebiji di pagi hari,

Puas kujenguk puas kutinjau,

Sengaja tuan sembunyikan diri.

 

111. Sampan sarat hendak ke Acheh,

Bawa mari ikan gelama,

Besar hajat orang berkasih,

Hidup dan mati hendak bersama.

 

112. Kerat bamboo diukir-ukir,

Ukir satu buat serunai,

Janji seribu mainan bibir,

Sedangkan satu payah ditunai.

 

113. Kerat rotan dibelah tiga,

Buat tali tambatan perahu,

Luas lautan boleh kau duga,

Kasih di hati mana kau tahu.

 

181470479_2eca4b0ebb

 

PANTUN KASIH (II)

Filed under: Relationship — airmien @ 10:07 pm
Tags:

75. Buluh perindu sampaian kain,

Buluh betong tidak berkain,

Di angin lalu pesan kukirim,

Rindu kutanggung seorang diri.

 

76. Limau purut jatuh ke batu,

Jatuh digegas di angin lalu,

Jangan diturut hati nan rindu,

Badan yang segar menjadi layu.

 

77. Cenderawasih burung di awan,

Sarang nuri dilindung daun,

Rindu kasih bukan buatan,

Jarak sehari rasa setahun.

 

78. Burung putih terbang ke hulu,

Sayapnya patah terlanggar batu,

Orang berkasih memang begitu,

Bila berpisah terasa rindu.

 

79. Layu sudah pohon selasih,

Akar terendam rindu bertakung,

Bukan mudah bercerai kasih,

Rindu dendam tidak tertanggung.

 

80. Sutera puji tepi berliku,

Kain dibuat pakaian ratu,

Kekasih pergi pulangnya tentu,

Akan terubat segala rindu.

 

81. Kuning mencelah si buah duku,

Berbuah lebat pokok di hulu,

Bila berpisah sama merindu,

Tandanya erat kasih dipadu.

 

82. Di pinggir desa kutanam jagung,

Duduk berehat di pohon pauh,

Resah gelisah tidak tertanggung,

Kasih terpisah di tempat jauh.

 

83. Tumbuh cendawan di petak selasih,

Berselang dengan si daun pandan,

Kalau tuan berubah kasih,

Terbuang jauh tercampak badan.

 

84. Tengah lautan kapal berlabuh,

Sarat muatan si kayu jati,

Walaupun badan berpisah jauh,

Kasih terikat di dalam hati.

 

85. Kembang merah si bunga selasih,

Daunnya layu ditimpa sena,

Bukannya mudah bercerai kasih,

Makan tak lalu tidur tak lena.

 

86. Patah selasih dahan tuanya,

Jatuh ke sungai dibawa arus,

Kalau berkasih tahu petuanya,

Hati tak risau badan tak kurus.

 

87. Buah selasih si putik pauh,

Buat santapan di pagi hari,

Orang kukasih semakin jauh,

Rasa tak mungkin bertemu lagi.

 

88. Batang selasih permainan budak,

Berdaun sehelai dimakan kuda,

Berserai kasih bertalak tidak,

Seribu tahun bertemu juga.

 

89. Rumah merpati bertingkat – tingkat,

Luarnya pintu ada paseban,

Bila hati sudah terikat,

Rasanya rindu tidak tertahan.

 

90. Buluh perindu berliku – liku,

Tanamkan mari di tengah ruang,

Bila rindu sebut namaku,

Air mata jangan dibuang.

 

91. Pulau Pinang laut keliling,

Tengah – tengah Pulau Jerjak,

Sirih pinang boleh dikirim,

Hati yang rindu mana nak bawak.

 

92. Beras sudah saya taburkan,

Padi selimbu dari Melaka,

Puas sudah saya hiburkan,

Hati rindu teringat juga.

 

1494062910_2071e58993

 

 
%d bloggers like this: