airmien

sesuatu tentang kehidupan

PANTUN KASIH (III) November 13, 2009

Filed under: Relationship — airmien @ 10:18 pm
Tags:

93. Ada satu nama Encik Zainal,

Sambil mendayung perahu payang,

Kita ini baru berkenal,

Bolehkah kita berkasih sayang.

 

94. Orang Melayu berperahu layang,

Sarat muatan ikan gelama,

Bukan tak boleh berkasih sayang,

Saya takut tak kekal lama.

 

95. Layang – layang putus teraju,

Jatuh tersangkut di pokok delima,

Kasih sayang sudah setuju,

Tentu boleh berkekal lama.

 

96. Tarik perahu di air surut,

Hendak pergi ke tanah seberang,

Bukan hati tak mau turut,

Kutakut dikau dimaklumnya orang.

 

97. Bunga Cempaka dipukul ribut,

Hanyut sampai di laut seberang,

Di mulut naga lagikan kurebut,

Inikan pula di tangan orang.

 

98. Pagi hari membuat bangsal,

Nampak dari Kota Daik,

Jangan kau suka mencari pasal,

Berbincang dulu kan lebih baik.

 

99. Limau manis tiga serangkai,

Bawa belayar ke negeri Cina,

Mulut yang manis saya tak pakai,

Takut – takut saya terkena.

 

100. Orang mengail di Danau Toba,

Bawa umpan beras melukut,

Nampaknya angin dah pancaroba,

Kau tunjukkan haluan biar kuikut.

 

101. Ayam denak di tengah padang,

Mencari makan di kebun raja,

Walaupun jenak mata memandang,

Kau tak boleh nak ikut saja.

 

102. Sampai munajat di pokok jati,

Daunnya kering dah lama mati,

Kalau tak dapat hajat di hati,

Biar kubujang sampai ke mati.

 

103. Pagi hari pergi memburu,

Bawa panah Datuk Panglima,

Saya nak naik ke langit biru,

Sanggupkah abang ikut bersama.

 

104. Pagi hari pergi berburu,

Dapat rusa berkawan -kawan,

Naiklah cik puan ke langit biru,

Saya menunggu di kaki awan.

 

105. Tanjung Jati di Bangkahulu,

Tempat bertapa Datuk Panglima,

Andainya saya mati dahulu,

Sanggupkah tuan ikut bersama.

 

106. Tanjung Jati di Bangkahulu,

Tempat orang bersepak raga,

Andainya saya mati dahulu,

Ku tunggu puan di pintu syurga.

 

107. Penuh raga berisi ikan,

Baru datang dari Seberang,

Syurga terbuka saya tangiskan,

Hendak kumasuk ilmu kurang.

 

108. Kalau tidak ke ladang tuan,

Habislah padi dililit kangkung,

Jika tidak bertemu tuan,

Beramuklah hati dengan jantung.

 

109. Anak Cina pulang ke China,

Masuk berlabuh di pagi hari,

Saya tidak ke mana – mana,

Sebelah tuan saya berdiri.

 

110. Pisang hijau masak hijau,

Masak sebiji di pagi hari,

Puas kujenguk puas kutinjau,

Sengaja tuan sembunyikan diri.

 

111. Sampan sarat hendak ke Acheh,

Bawa mari ikan gelama,

Besar hajat orang berkasih,

Hidup dan mati hendak bersama.

 

112. Kerat bamboo diukir-ukir,

Ukir satu buat serunai,

Janji seribu mainan bibir,

Sedangkan satu payah ditunai.

 

113. Kerat rotan dibelah tiga,

Buat tali tambatan perahu,

Luas lautan boleh kau duga,

Kasih di hati mana kau tahu.

 

181470479_2eca4b0ebb

Advertisements
 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s