airmien

sesuatu tentang kehidupan

Bila Wanita Sudah Tergoda Disember 2, 2009

Filed under: Relationship — airmien @ 1:07 am
Tags:

Wanita sememangnya dikenali sbagai insan yang pemalu. Hal-hal yang berkaitan dengan hati dan perasaan selalunya lebih banyak dipendam dari diluahkan terutama jika ia berkaitan dengan kaum yang berlawanan jenis iaitu lelaki.

Sikap pemalu inilah yang selalunya menyebabkan lelaki sukar untuk menjangka reaksi wanita. Terutama sekali bagi lelaki bujang yang sedang cuba menawan hati seorang wanita.

Walaupun sukar untuk mengambil hati dan juga menarik perhatian sudah banyak dilakukan namun si gadis hanya diam membisu tanpa sebarang respons. Tertarikkah dia? Atau tak sudikah dia? Inilah dia persoalan yang sering dihadapi oleh si lelaki yang cuba menghampiri.

Namun sebenarnya untuk pengetahuan kaum Adam, biarpun tanpa kata-kata tapi reaksi dari tubuh dan gerak-geri boleh memberikan petanda sama ada wanita sudah tergoda dan tertarik anda. Apa perlu anda lakukan hanyalah memerhati reaksi wanita sedang cuba anda dekati dengan lebih mendalam lagi.

Dia Mundar-mandir

Sesetengah wanita biasanya akan menunjukkkan petanda awal yang tidak begitu jelas dan kemudian mengharapkan lelaki untuk mengambil alih peranan seterusnya. Jika anda berjaya mengesan petanda ini, hanya sedikit usaha mampu membuahkan hasil kerana ‘pintu’ nya telah terbuka untuk anda.

Biasanya tanda-tanda awal ini ditunjukkan dengan berjalan mundar-mandir di belakang anda atau mencari ruang untuk bertemu secara sengaja atau tidak sengaja. Kira saja dalam sehari berapa kalikah anda bertembung dengannya. Kalau sehari hampir empat atau lima kali anda terserempak dan bertentang mata itu mungkin petanda buat anda.

Cara paling biasa dilakukan adalah langgar bahu sambil menjeling manja. Walaupun dia sekadar mengatakan ‘Maaf!’, itu adalah petanda yang perlu diberi tindakan segera.

Menunjukkan Minat

Sewaktu berbicara dengannya, walaupun anda memperkatakan hal yang tidak munasabah, dia masih memberi komen membina. Sebagai contoh biarpun anda membuka topik tentang kereta dan sukan yang bukan bidang wanita namun dia tetap mencelah dan mengiakan kata-kata anda.

Selain itu, setiap isu yang anda timbulkan memberi sokongan daripadanya, biarpun isu yang diperkatakan itu cukup remeh-temeh. Sama ada anda memang pandai berbicara atau dia menaruh minat mendalam terhadap anda. Lebih jelas lagi jika dia memainkan rambut sambil tersenyum manja setiap kali berbicara. Jika anda kurang yakin dengan maksud tersirat yang cuba disampaikan, dapatkan pandangan rakan yang ada bersama anda.

Memperkenalkan Pada Rakan

Walaupun anda baru saja berkenalan dengannya tapi jika dirinya sudah membawa anda untuk diperkenalkan kepada rakan-rakan itu memang petanda besar bahawa dia juga mempunyai perasaan terhadap diri anda.

Ini juga bermakna anda telah diterima masuk dalam kehidupannya. Salah satu sebab anda diperkenalkan adalah untuk memberitahu rakan-rakannya ‘Ini aku punya’ dan satu lagi sebab ialah untuk mereka menilai diri anda. Jadi pastikan anda turut mengambil hati rakan-rakannya, tapi jangan pula lebih-lebih hingga menimbulkan perasaan cemburu.

Tiada Rahsia

Biasanya wanita tidak akan mendedahkan terlalu banyak maklumat tentang peribadinya apatah lagi pada lelaki yang tidak diminatinya. Hanya jika dia betul-betul berminat dan percayakan anda barulah segalanya akan diceritakan.

Dalam hal ini, segala perkara dalam kehidupan dan juga rutin harian yang dijalani akan diceritakan. Dia akan melaporkan pada anda semua perkara yang berlaku dalam hidupnya setiap hari. Jadi anggaplah ia sebagai petunjuk utama tentang keinginanya, terutama jika perihal yang rahsia seperti jenama pakaian dalamnya turut diceritakan.

Mempromosikan Diri

Jika percakapan atau gerak lakunya menunjukkan seperti dia sedang mempromosikan aset dan kelebihannya, bermakna anda sedang diberi petunjuk jelas olehnya. Secara tidak langsung dia ingin membuatkan anda terasa yang dirinya berbaloi untuk dimiliki.

Sebagai contoh, dia memperkatakan tentang kebolehan atau kemahirannya memasak. Lebih bagus lagi dia sendiri telah mempelawa anda untuk merasai masakan. Bukan memasak saja tapi banyak lagi kemahiran lain yang akan dipamerkan. Antaranya menjahit, berhias dan sebagainya. Simboliknya dia ingin memberitahu bahawa dia seorang wanita yang penuh dengan ciri kewanitaan dan keibuan.

Membayangi Anda

Bukan membayangi seperti mengatasi diri anda tetapi menjadi seperti bayang-bayang anda. Ke mana sahaja anda pergi, pasti dia akan mengikuti anda. Dia juga menunjukkan minat mendalam terhadap percakapan anda walaupun tiada kena mengena dengan dirinya.

Sekiranya wanita ini terlalu obses dengan diri anda, dia sanggup mengikut apa saja yang anda lakukan, baik dari hobi dan juga kelakuan. Dia sebenarnya sedang lemas dengan keinginannya untuk mendampingi anda. Berikan dia ruang untuk menunjukkan kemahuannya agar tidak ‘lemas’ lagi.

Ingin Berdua Sahaja

Dia ingin meluangkan masa yang lebih intim bersama anda. Mungkin untuk berkenalan dengan lebih lanjut atau untuk meluahkan perasaanya terhadap anda. Selain itu waktu berdua inilah mereka boleh melihat keserasian bersama.

Kata-kata manis dan bicara anda bukan lagi soal utama baginya. Anda menjadi pilihan utama sebagai teman lelaki baginya. Sebab itulah kita selalu lihat pasangan bercinta asyik dengan pasangannya saja. Mereka mahu berdampingan dengan lelaki yang dicintai.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s