airmien

sesuatu tentang kehidupan

Erti Cinta Sebenar Disember 2, 2009

Filed under: Relationship — airmien @ 1:26 am
Tags:

Sudah banyak lagu digubah, puisi ditulis dan kanvas dilukis untuk menggambarkan cinta. Tapi apakah cinta itu sebenarnya? Tentunya seorang pelukis berbezadengan seorang pencipta lagu dalam menjelaskan cinta. Bahkan setiap orang akan mendefinisikan cinta dengan cara yang berbeza.

 

Psikologi adalah bidang ilmu yang mempelajari tingkah-laku manusia. Pakar psikologi sudah lama tertarik dengan konsep cint kerana manusia satu-satunya makhluk yang dapat merasakan cinta. Konsep cinta adalah abstrak dan sukar dipelajari secara ilmiah. Seorang doktor psikologi, Robert Sternberg, telah berusaha untuk menjelaskan cinta dalam konteks hubungan antara dua insan.

 

Menurut Sternberg, cinta adalah sebuah kisah yang dialami oleh setiap orang. Kisah tersebut mencerminkan keperibadian, minat dan perasaaan seseorang terhadap orang yang dicintainya dalam hubungan percintaan. Pengaruh kehidupan dan faktor alam sekeliling mempengaruhi sikap dan tindakan seseorang dalam sebuah hubungan percintaan.

 

Sternberg terkenal dengn teorinya tentang segi tiga cinta (bukan cinta tiga segi). Segi tiga cinta itu mengandungi komponen:

 

  1. Keintiman
  2. Keghairahan
  3. Komitmen

 

Keintiman adalah elemen emosi yang mengandungi kehangatan, kepercayaan dan keinginan untuk membina hubungan. Antara ciri-cirinya ialah seseorang akan merasa rapat dengan seseorang yang istimewa, senang bersembang dengannya untuk waktu yang lama, merasa rindu bila lama tidak bertemu dan ada keinginan untuk berpegangan tangan atau saling merangkul bahu. Keghairahan adalah elemen motivasi yang diasaskan oleh dorongan dalam diri yang bersifat seksual. Komitmen adalah elemen kognitif, di mana seseorang sudah bersedia menjalankan tanggungjawabnya untuk membina hidup baru bersama orang yang dicintainya.

 

Menurut Sternberg lagi, tahap setiap komponen itu adalah berbeza pada setiap orang. Ada orang yang hanya fokus pada keghairahan tetapi kurang pada komitmen.

 

Sedangkan cinta yang ideal adalah apabila ketiga-tiga komponen itu berada dalam kedudukan yang seimbang. Misalnya pada tahap awal perhubungan, yang paling besar adalah komponen keintiman. Setelah keintiman berlanjutan kepada keghairahan yang memuncak lalu disertai dengan komitmen yang lebih kukuh dan kuat. Misalnya, sepasang kekasih yang sudah bersedia untuk menempuh alam perkahwinan atas hubungan percintaan yang kukuh.

 

Kebanyakan para remaja mula mengenali cinta melalui perhubungan yang mengandungi komponen keintiman. Mula dari tahap perkenalan, kemudian menjadi teman akrab sehingga menjadi sahabat setia lalu menjadi kekasih. Pada tahap persahabatan, berkembang pula perasaan hangat dan emosi-emosi lain yang lebih mesra. Pada pandangan dewasa, apabila faktor-faktor emosi dan sosial telah dinilai dan dipertimbangkan, maka hubungan itu dapat dilanjutkan dengan membuat komitmen perkahwinan. Dalam perkahwinan, diharapkan ketiga komponen ini kekal bersama dan seimbang.

 

Advertisements
 

One Response to “Erti Cinta Sebenar”

  1. mohd shaqir bin zsa hanafee Says:

    cinta ini menyakitkan hati aku


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s