airmien

sesuatu tentang kehidupan

Rahsia Lelaki Gagah Disember 7, 2009

Filed under: Relationship — airmien @ 9:27 pm
Tags:

Simpan Jambang

Biarkan jambang nada tumbuh dengan natural. Jangan segera membuangnya. Tumbuhnya yang sedikit-sedikit itulah menampakkan sifat kelelakian anda. Jika nampak terlalu berserabut,segeralah kemaskan jambang anda itu.

Belah Kayu Api?

Dalam zaman moden ini agak sukar hendak mempraktikkan teknik membelah kayu api. Apatah lagi, sekarang ini dapur masak kebanyakkannya menggunakan gas bukan lagi kayu. Tetapi anda boleh tukar aktiviti dengan membina peralatan dalaman rumah daripada kayu misalnya kerusi. Proses memotong dan memaku itu bukankah secara tidak langsung menguatkan otot-otot lengan anda.

Periksa Enjin Kereta

Jangan hanya tahu memandu sahaja, lelaki juga perlu tahu setiap inci perkakasan enjin kereta. Belajarlah cara untuk mengendalikan kenderaan anda, walaupun kereta nampak elok, belum tentu enjinnya dapat berjalan lancar.

Saksikan Kejuaraan Motorcross

Bosan dengan politik semasa? Apa kata bawa diri anda menyaksikan motorcross. Rasai dan hayati deruman enjin motosikal yang memberi lambang tersendiri kepada penggemarnya. Aksi pelumba bukan sahaja membuatkan anda terleka malah teruja untuk mencubanya walaupun sekadar sebentar cuma.

Makan Seenaknya

Anda tahu apakah makanan yang membuatkan diri anda kelihatan gagah? Hal ini tidak bermakna anda perlu mengambil pemakanan yang tinggi lemak, cukup mengunyah makanan yang berdiet seimbang dan tidak menggemukkan.

Pakai Pakaian Yang Ada Nilai Sentimental

Tahun ini, anda pasti pernah menang ketika mengikuti mana-mana pertandingan misalnya memancing atau boling. Kembalikan nostalgia kemenangan anda dengan mengenakan kembali t-shirt yang digunakan pada hari tersebut. Pemakaian itu, tidaklah bermakna anda tidak tahu berfesyen tetapi gaya itu adalah lambang kejayaan dan kegigihan seorang lelaki.

Sewa Kereta Mahal

Kenderaan yang berprestij dan bergaya mampu menampilkan personaliti maskulin lelaki. Tidak mampu membelinya, anda boleh menyewanya daripada mana-mana syarikat kereta yang menawarkannya. Pastikan wajah anda dapat dilihat dengan jelas tatkala memandu.

Singgah Ke Masjid

Bagi lelaki yang beragama Islam, anda tidak semestinya perlu menunjukkan kegagahan menerusi aktiviti lasak semata-mata. Sifat kerohanian dalam diri juga perlu untuk menambah kekuatan dalaman yang anda tidak ketahui. Caranya kerap kalilah mengunjungi rumah Allah dengan melakukan ibadah solat yang dituntut oleh-Nya.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s