airmien

sesuatu tentang kehidupan

Cinta, Harta atau Rupa Disember 17, 2009

Filed under: Relationship — airmien @ 11:35 pm
Tags:

Mendengar perkataan ‘cinta’, terbayang di benak fikiran, kita boleh mengungkapkan apa sahaja untuk menerangkan tentang cinta. Sesungguhnya cinta melambangkan hubungan, kasih sayang dan perasaan antara dua insan. Cinta menjadi landasan utama untuk membina sebuah ikatan atau hidup bersama. Jika dahulu cinta amat mulia sekali. Orang akan saling cinta-mencintai sepenuh jiwa raga. Sanggup berkorban apa sahaja demi sebuah cinta.

Bukannya nak kata zaman sekarang sudah tidak ada lagi cinta sejati atau mulia. Tetapi hakikat ini sukar untuk kita jelaskan. Sebabnya, sekarng orang sudah pandai memilih. Untuk bercinta pun semua perkara perlu diambil kira. Katanya untuk jaminan masa depan. Tidak hairanlah orang sekarang, apabila bercinta akan memandang paras rupa dan harta. Kononnya rupa dan harta adalah keperluan. Sebenarnya bukan apa, kerana takut dek ejekan rakan-rakan atau saudara mara, masing-masing ingin mendapatkan pasangan cinta yang memberi kepentingan.

Cinta No. 1

–         Di saat anda dalam kesusahan, dialah yang menemani dan banyak memberikan sokongan. Si dia tidak pernah sesekali cuba meninggalkan diri kamu. Baginya, kesusahan kamu adalah kesusahannya juga.

–         Biarpun sepatutnya anda tidak harus meminta bantuan kewangan daripadanya, tetapi demi kamu, si dia sanggup berkorban walau terpaksa berhabis. Si dia tidak pernah berkira dalam soal wang.

–         Si dia menunjukkan rasa sayangnya terhadap kamu. Kalau boleh dia mahu kamu sentiasa ada di depan matanya. Walaupun kadang-kala merimaskan, tetapi sebenarnya dia mahu melindungi dan mengawasi agar diri kamu tidak terlepas ke tangan orang lain.

–         Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kata bicara. Biarpun ada selisih faham atau setidaknya pertengkaran kecil di antara kamu berdua, namun layanannya yang tetap sama dan baik. Itulah menjadikan hubungan cinta yang terbina semakin erat.

–         Sudah tiba masanya dan kamu perlu bersedia. Pasti suatu hari dia akan meminta kamu membawanya pulang ke rumah supaya diperkenalkan kepada orang tua kamu. Tandanya si dia begitu serius untuk menjadikan kamu sebagai teman hidupnya.

–         Dalam apa jua keadaan sekalipun dia tetap menjaga perasaan kamu. Dia tidak pernah cuba untuk membuatkan kamu bersa kecewa atau derita dan ini ditambah pula sikapmu yang sentiasa mengambil berat tehadap dirinya.

–         Si dia sentiasa mengingati hari-hari istimewa dalam hidup kamu. Disusuli pula dengan kiriman atau pemberian hadiah dan kad ucapan, tanda keikhlasan hatinya terhadap diri kamu.

Harta No. 1

–         Sepanjang bercinta, dia tidak menunjukkan sikap mengambil berat terhadap diri kamu. Baginya apa yang penting adalah wang. Cuba anda lemparkan wang ringgit kepadanya, pasti dia datang meluru kepada kamu.

–         Tiada topik lain yang sering ditanya ketika bersama. Pasti soal wang. Kononnya si dia nak pastikan kamu berjimat-cermat dan tahu menabung. Sebenarnya dia ingin mengetahui berapa banyak simpanan yang kamu ada. Lebih-lebih lagi harta keluarga yang bakal menjadi milik kamu.

–         Di hari istimewanya, pasti si dia meminta kamu memberikan hadiah yang mahal kepadanya. Tetapi, dia tidak pernah membalas atau memberikan hadiah kepada kamu dengan alasan mudah, tiada wang.

–         Cintanya kepada kamu bukanlah 100 peratus. Dia berpura-pura sahaja. Sebaliknya, dia mempunyai niat dan sanggup lakukan apa sahaja demi menikmati harta yang kamu miliki.

–         Si dia berlagak seolah-olah kemewahan yang kamu miliki seperti kemewahannya. Walaupun hanya menumpang kereta mewah kamu, si dia begitu bangga dan menunjuk-nunjuk kepada teman-temannya.

–         Kalau ada masalah kewangan, pasti dia akan mencari dan mendapatkan pertolongan daripada kamu. Kononnya ingin meraih simpati. Kalau kamu leka, pasti termakan tipu dayanya.

–         Ketika di awal perkenalan, dia akan berhempas-pulas memikat dan membahagiakan diri kamu. Dia akan menjaga hati dan perasaan, dan tidak pernah membuat kamu marah. Sebenarnya ada ‘ada udang di sebali batu’.

Rupa Paras No. 1

–         Ke hulu ke hilir, dia mahu kamu sentiasa berkepit dengannya. Dia suka menunjuk-nunjuk pada teman-teman bahawa dia mempunyai teman lelaki yang kacak. Sebenarnya dia mahu mendapatkan pujian daripada teman-temannya.

–         Cemburu tidak bertempat. Kalau kawan sendiri dia marah kamu berkawan, susahlah macam ni. Ini bermaksud dia cemburu dan cemburunya itu tidak bertempat. Dia rela kamu meninggalkan kawan-kawan kamu. Baginya, kamu adalah miliknya seorang.

–         Cara penampilannya agak keterlaluan setiap kali bertemu janji, walaupun sekadar keluar makan. Dia akan pastikan dirinya sentiasa tampil hebat seiring dengan paras kamu. Kononnya nak jaga standard.

–         Dia tetap bersabar walaupun kamu tidak menyintai dan selalu menyakitkan hatinya. Baginya, biarpun hati terluka asalkan dia dapat memiliki teman lelaki yang mempunyai paras rupa seperti kamu. Janji impiannya terlaksana.

–         Cara sifat rendah diri kadang kala merimaskan diri kamu. Dia selalu mengungkapkan bahawa dia tidak sepatutnya berada di samping kamu kerana rupa yang kamu miliki. Sebenarnya dia mahu kamu memujuknya untuk tidak terlalu merendah diri.

–         Baginya wang tidak menjadi soal. Asalkan dia berjaya merebut dan memiliki cinta kamu, dia sanggup berhabis untuk membelikan hadiah buat kamu walaupun bukan di hari istimewa kamu.

–         Walaupun kamu belum bersedia, tetapi awal-awal lagi dia sudah mengajak kamu berjumpa dengan keluarganya. Dia bimbang kalau-kalau kamu terlepas ke tangan orang lain.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s