airmien

sesuatu tentang kehidupan

Kisah Cinta Januari 4, 2010

Filed under: Relationship — airmien @ 9:51 pm
Tags:

Alkisah di sebuah pulau kecil, tinggallah benda abstrak. Ada CINTA, KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN dan sebagainya.

Pada awalnya mereka hidup bersama-sama dengan aman dan saling memerlukan. Namun pada suatu hari, iba-tiba badai datang dan menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba bergelombang, menimbulkan ombak yang sangat besar dan akan menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni di pualau itu segera berusaha menyelamatkan diri.

CINTA sangat bimbang kerana ia tidak pandai berenang dan tidak memiliki perahu. Ia berdiri di tepi pantai untuk meminta bantuan. Sementara itu, air semakin naik membasahi kaki CINTA. Tidak lama kemudian, kelihatan KEKAYAAN sedang mengayuh perahu.

“KEKAYAAN! KEKAYAAN! Tolonglah aku!” teriak CINTA. Dengan segera KEKAYAAN pun menjawab, “Oh, maafkan aku, CINTA!” kata KEKAYAAN.

“Perahuku telah penuh dengan semua hartaku. Aku tidak dapat membawamu bersama, nanti perahu ini akan tenggelam. Lagipun tidak ada ruang lagi untuk kau di dalam perahuku ini.”

CINTA amat sedih sekali, namun kemudiannya dia melihat KEGEMBIRAAN melintas di hadapannya dengna menaiki sebuah perahu.

“KEGEMBIRAAN! Tolonglah aku!” teriak CINTA. Oleh kerana KEGEMBIRAAN terlalu gembira berjumpa dengan sebuah perahu, dia tidak langsung menghiraukan teriakan CINTA. Air semakin naik sehingga menenggelamkan CINTA separas pinggang. CINTA semakin panik. Tidak lama selepas itu, KECANTIKAN datang melintasi di depannya.

“KECANTIKAN! Bawalah aku bersamamu!” teriak CINTA.

“Wah, Cinta. Kamu sudah basah dan kotor. Aku tak boleh membawamu bersamaku. Nanti kau akan mengotori perahuku yang indah ini.” Sahut KECANTIKAN. CINTA amat sedih dengan jawapan itu. CINTA mula menangis teresak-esak.

“Apa kesalahanku? Mengapa semua tidak mahu mempedulikanku?” kata CINTA dalam hati.

Ketika CINTA sedang menangis, lalulah pula KESEDIHAN dengan perahunya.

“Oh, KESEDIHAN. Bawalah aku bersamamu,” kata CINTA.

“Maaf, CINTA. Aku sedang bersedih dan aku kini ingin bersendirian…,” kata KESEDIHAN sambil terus mendyung perahunya perlahan-lahan.

CINTA sudah mula berputus asa. Air semakin naik dan akan menenggelamkannya. CINTA terus berharap agar dirinya akan diselamatkan. Dia berdoa kepada Tuhan. “Oh, Tuhan. Tolonglah aku, apa akan terjadi pada dunia tanpa aku, tanpa CINTA?

Pada saat yang sangat kritikal itu, tiba-tiba terdengar suara memanggilnya. “CINTA! Mari cepat naik ke perahuku!” CINTA menoleh ke arah suara itu dan melihat sang tua berjanggut panjang memutih sedang mendayung perahunya. CINTA pun menaiki perahu itu sebelum air menenggelamkannya.

Kemudian setibanya di pulau yang berhampiran, sang tua itu menurunkan CINTA dan segera meninggalkan pulau itu. Pada ketika itulah, baru CINTA sedar bahawa dia tidak mengetahui siapakah gerangan sang tua yang telah menolong dan menyelamatkannya. CINTA segera bertanya kepada sang tua yang yang menduduki pulau tersebut, siapakah gerangan sang tua pendayung sampan itu.

“Oh, sang tua itu? Dia ialah ‘WAKTU’,” kata sang tua di pulau.

CINTA pun bertanya lagi. “Tapi mengapakah dia menyelamatkan aku? Aku tidak kenal dia. Sedangkan kawan-kawan yang mengenaliku langsung tidak mahu menolongku,” tanya CINTA kehairanan.

“Sebab, hanya WAKTU lah yang tahu betapa berharganya CINTA itu..” kata sang tua itu. Setelah itu, fahamlah CINTA akan kepentingannya di dunia ini.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s