airmien

sesuatu tentang kehidupan

Lihat Mata Perempuan Februari 1, 2010

Filed under: Relationship — airmien @ 11:50 pm
Tags:

lihat mata perempuan …..
jangan dilihat cantiknya,
lihatlah hatinya

tahukah…..
melahirkan perempuan itu mudah,
membesarkan perempuan itu mudah,
hanya……..
untuk menjadikan perempuan itu
sebagai perempuan……
bukanlah……..
satu hal yang mudah.

jangan dicari perempuan pada sebutannya,
jangan dicari perempuan pada pakaiannya,
jangan dicari perempuan pada tubuhnya,
ingatlah……..
dicarikan perempuan itu pada kelembutannya.

yang menyusahkan diri lelaki itu
ada pada diri perempuan……….
yang menyenangkan diri lelaki itu
ada pada diri perempuan…………
awasilah perempuan itu
jangan menjadi sombong,
kerana sombong itu membinasakan
seperti api…………
membakar dedaun kering.

insaflah…….
diketika ini……………perempuan itu
ada antaranya, yang matanya kabur
ada antaranya, yang warna bajunya luntur
ada antaranya, yang tangannya berlumpur
ada antaranya, yang hatinya telah hancur………
kasihanilah……..mereka……..
hormatilah ……..mereka…….
lindungilah……… mereka……
kerana ……..
perempuan itu……..
pada dirinya memiliki
wajah-wajah keagungan lelaki.

sedarlah…
tidak akan sempurna lelaki
dengan kelelakiannya…….
kiranya yang dikhianati itu
adalah perempuan

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s