airmien

sesuatu tentang kehidupan

Sekuntum Bunga Plastik April 25, 2010

Filed under: Relationship,Uncategorized — airmien @ 7:52 pm
Tags:

Boy menyintai Girl dengan sepenuh hati. Mereka telah bercinta sejak menuntut di salah sebuah pusat pengajian tinggi. Hubungan mereka hampir mencecah 5 tahun.

Suatu hari, Girl bertanya kepada Boy tentang perasaan Boy terhadap Girl.

“Sedalam manakah awak menyintai saya?’ ujar Girl dengan penuh perasaan.

“Saya menyintai awak lebih daripada Jurang Mariana di Filipina,” balas Boy dengan lembut.

Hubungan mereka berterusan sehinggalah Boy menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Girl pula bekerja di salah sebuah syarikat terkemuka.

Suatu hari, muncul orang ke-3 dalam hidup Boy dan Girl. ‘Dia’ adalah rakan sekerja Girl dan sama-sama keluar jika ada masa lapang. ‘Dia’ mengetahui tentang perhubungan di antara Girl dan Boy tetapi kerana hasad dengki, ‘Dia’ berusaha untuk memutuskan hubungan di antara mereka berdua. Akhirnya, setelah lama memujuk dan termakan dengan pujukan ‘Dia’, Girl berjumpa dengan Boy dan menyatakan hasrat untuk memutuskan hubungan di antara mereka berdua.

Apabila Boy mendapat tahu tentang hasrat Girl, Boy mendapatkan penjelasan daripada Girl.

“Awak terlalu sibuk dengan pengajian awak sampai tidak ada masa untuk saya. Saya amat kecewa dengan perhubungan kita,” keras nada Girl menuturkan ungkapan itu.

“Nampaknya, awak memang sudah melupakan sedalam mana perasan saya terhadap awak. Namun, apakan daya saya jika itu kemahuan awak. Saya terpaksa melepaskan awak, balas Boy dengan lemah.

“Sebelum itu,saya ingin memaklumkan kepada awak, 3 bulan lagi saya akan ke luar negara untuk menyambung pengajian saya lagi, saya harap awak terimalah sejambak bunga ini sebagai kenangan cinta saya terhadap awak”, sambung Boy.

Jambangan bunga pemberian Boy telah diletakkan di atas meja. Kerana Girl terlalu sibuk dengan kerjanya dan kini telah dinaikkan pangkat sebagai eksekutif dan ‘Dia’ masih tetap memujuk Girl untuk menjadi teman wanita nya. Setalah sekian lama dan Boy sudah ke luar negara, jambangan bunga dibiarkan kering di atas meja tetapi ada sekuntum bunga yang tidak kering dan masih kekal dengan warna asalnya.

Girl hairan melihat bunga tersebut dan mencabutnya dari jambangan bunga lain yang telah kering.

“Oh, bunga plastik rupanya, patutlah tidak kering”, getus hatinya.

Di batang bunga tersebut terdapat secebis kertas dan Girl membukanya perlahan-lahan.

Kekasih yang ku cintai.

Bagaikan sejambak bunga pemberianku ini, cinta kita akan pudar tetapi hatiku masih menyimpan sekuntum bunga yang tidak akan mati, sebagaimana matinya bunga yang lain. Itu adalah cintaku terhadapmu biarpun ianya tidak wangi tetapi masih mekar seperti masa dahulu..

Biarpun tidak harum tetapi masih mekar dan cantik seperti dahulu. Hargailah cinta yang telah terjalin dan tidak usah dipersoalkan sedalam mana cinta seseorang terhadap kita kerana ianya tidak dapat diungkapkan melainkan dapat dirasai.

 

Tip Jadi Metroseksual Sejati April 15, 2010

Filed under: Relationship — airmien @ 11:03 pm
Tags:

Sejak perkataan ‘metroseksual’ menular dan digunakan dalam masyarakat dunia bagi mengambarkan lelaki tulen yang pentingkan penampilan fizikal, ramai golongan lelaki muda berkejar-kejar untuk tampil segak dan sihat sentiasa. Mereka masih lelaki tulen yang gemar aktiviti lasak, bermain bola sepak tetapi mementingkan penjagaan diri. Mejadi seorang lelaki metroseksual bukanlah suatu yang negatif sebalinya ia adalah gambaran peribadi seorang individu. Berikut adalah tip yang dapat dicontohi dan dikongsi.

1. Tepati Masa

Ingat! Selalulah tepati waktu ketika temu janji dengan rakan perniagaan. Kalau boleh, datanglah awal agar anda boleh kemaskan penampilan sebelum ada yang menegur anda selekeh.

2. Berjabat Tangan Dengan Yakin

Jangan bersalam dengan kasar sehingga orang yang menyambutnya merintih kesakitan atau mengerut dahi. Cukup sekadar berjabat tangan dengan kemas, senyum ramah sambil bertentang mata.

3. Bersikap Sopan Santun

Ungkapan ‘tumpang lalu’, ‘tolong’ dan ‘terima kasih’ adalah bahagian tutur kata seorang gentlemen. Bersikaplah ramah walaupun orang lain bersikap kasar dengan anda. Kesabaran akan mengubah peribadi seorang lelaki.

4. Jangan Bersikap Kasar

Lelaki yang ramah adalah mereka yang sukar mengawal nada suara dan mulutnya. Mungkin sudah terbiasa dengan gurauan atau melontarkan kata-kata kasar ketika bersama kawan-kawan. Tetapi, tahan mulut agar tidak bercakap kasar dengan rakan perniagaan.

5. Menjaga Emosi

Jagalah emosi ketika berada di tempat awam atau di depan orang ramai. Jangan pula nanti dilabel panas baran. Sekiranya ada yang cuba memancing emosi anda, biarkan sahaja orang itu mengamuk dahulu.

6. Jangan Menyampuk

Jangan sesekali memotong atau menyampuk cakap lawan bicara anda. Jika tidak, anda akan dianggap lelaki egois dan tidak sopan. Sekiranya anda tidak sengaja, segeralah meminta maaf.

7. Jangan Menunjuk-nunjuk

Walau semewah mana sekalipun anda, jangan terlalu menunjuk-nunjuk kekayaan peribadi sebagai topik perbualan. Contohnya, melambai lembaran wang ketika memanggil pelayan untuk membayar bil makan minum.

8. Berkelakuan Senonoh

Jangan buat orang lain jijik melihat anda. Kalau ingin membuang hingus, mencungkil gigi atau membetulkan seluar, lakukan di tempat yang tidak dilihat orang!

 

 
%d bloggers like this: