airmien

sesuatu tentang kehidupan

Menghangatkan Perasaan Cinta Julai 31, 2010

Filed under: Relationship — airmien @ 11:25 pm
Tags:

Bagaimanakah caranya anda mengambil hati kekasih anda untuk menghangatkan lagi hubungan cinta yang telah terjalin? Jadi dengan itu, apa salahnya jika anda mengamalkan perkara-perkara berikut demi kebaikan hubungan anda dengan kekasih anda.

  1. Kasih sayang memerlukan kesabaran, kemurahan hati dan tidak sombong atau ego terhadap faktor cara hidup dan gaya yang mungkin akan mengakibatkan kecacatan dalam perhubungan anda.
  2. Berikan perhatian yang secukupnya dan tidak keterlaluan terhadap kekasih anda agar si dia beranggapan dirinya telah berjaya memenangi hati anda dan akan merasai diri sentiasa disayangi.
  3. Sedia memaafkan dan saling bertolak-ansur ketika berbincang. Elakkan daripada bercanggah pendapat dengan pasangan anda kerana ini mungkin akan menjurus hubungan anda tergugat sama sekali. Tidak salah jika berlainan pendapat tetapi cuba teliti dan berbincang dengan cara rasional.
  4. Sentiasalah memuji-mujinya. Misalnya kecantikan atau ketampanan dan juga penampilannya. Biasanya pasangan akan lebih suka jika dirinya sering dipuji oleh kekasihnya sendiri.
  5. Bijak menyesuaikan keadaan terutama ketika menghadiri majlis hari jadinya kerana pada ketika itu, anda amat diperlukan sama sekali malah menyenangkan hatinya dengan kehadiran anda.
  6. Punyai persefahaman dalam perhubungan antara anda dengan kekasih agar tidak timbulnya rasa tidak puas hati atau kesesuaian dalam hubungan.
  7. Sesekali anda juga perlu bersikap romantis terhadap pasangan anda kerana keadaan akan menguatkan lagi perasaan cintanya terhadap diri anda. Misalnya anda menghadiahkan sejambak bunga kegemarannya dan berbicara romantis seperti lafaz bisikan kata ke telinganya dengan perkataan “I Love You” atau “Aku terlalu mencintaimu”, dengan cara ini akan menambahkan rasa kasih sayangnya terhadap anda.
  8. Sesekali anda perlu berjenaka untuk menghiburkan dan mengembirakan hati pasangan anda.

Advertisements
 

 
%d bloggers like this: