airmien

sesuatu tentang kehidupan

Ubat Putus Cinta Lelaki September 26, 2010

Filed under: Relationship — airmien @ 3:43 pm
Tags:

1.Bercuti

– Semasa berpasangan, percutian biasanya adalah rumit. Untuk bercuti bersama, terdapat pelbagai perkara yang perlu diambil kira seperti cuti tahunan, pakaian pasangan kamu, perbelanjaan dan destinasi yang ingin ditujui. Semuanya mestilah mengikut dan menepati cita rasa kamu dan dia. Selalunya, hanya beberapa hari saja dalam setahun yang sesuai kamu berdua bercuti. Jadi, bila kamu keseorangan, bila-bila masa kamu boleh kemaskan pakaian dan pergi bercuti ke mana sahaja yang kamu suka.

2. Jumpa Kawan

– Kebanyakan lelaki apabila bercinta akan meninggalakan kawan-kawan rapatnya hanya kerana sayangkan kekasihnya. Bukan lupa tetapi tidak cukup masa. Saat inilah peluang yang ada untuk kamu mengembalikan saat bebas bersama kawan-kawan.

3. Bersenam

– Semasa sedang hangat bercinta, tengok wayang, jalan-jalan, minum, dinner, itulah sebahagian besar daripada kebahagiaan hidup kamu. Biarkanlah ia berlalu, inilah masa untuk kamu membuang toksik, lemak-lemak yang telah lama terkumpul. Lakukan senaman kamu di gim atau kleab-kelab senaman yang khusus di mana kamu mungkin terjumpa pangganti yang lebih cantik dan agresif.

4. Kembali Nakal

– Zaman kanak-kanak adalah saat yang paling indah dan juga amat menyeronokkan. Orang dewasa yang melupakan zaman kanak-kanak biasanya tidak akan ceria dan mempunyai nilai-nilai humor dalam dirinya. Ada sesetengah wanita tidak menyukai lelaki nakal kerana merasakan dirinya tercabar. Sebab itulah ramai lelaki apabila bersama teman wanita biasanya akan kawal perasaan dan bersifat pasif serta kaku. Apabila kembali solo, peluang kamu untuk melakukan aktiviti sewaktu bujang dulu boleh dilakukan seperti main snuker, video game dan sebagainya.

5. Bermesra Bersama Keluarga

– Hubungan dengan keluarga biasanya tidak lagi seerat dulu apabila sudah kahwin atau mempunyai kekasih. Keluarga akan jatuh ke ranking kedua manakala pasangan akan diberi lebih tumpuan. Dengan ini, masa inin sebaiknya gunakan sepenuhnya untuk berikan lebih banyak masa dan tumpuan kepada keluarga.

6. Ambil Peluang

– Hakikatnya, kamu mesti membersihkan minda daripada memori yang lalu berkaitan bekas pasangan kamu. Biasanya ketika bercinta, peluang untuk ke tempat menarik dan berkenalan dengan wanita lain terlalu tipis. Oleh itu, gunakan masa ini untuk melakukan aktiviti yang terhalang apabila bersama pasangan lalu.

7. Perbaiki Diri

– Jangan sesekali kamu berubah kerana ingin memenuhi tuntutan bekas kekasih lama. Perbaikilah diri kamu dari segi kerjaya, kewangan dan keyakinan agar masa depan lebih kukuh dan stabil. Diingatkan disini, apabila kamu sudah dapat semua ini, kamu akan mudah di kelilingi oleh wanita.

8. Terokai Dunia Baru

– Aktiviti-aktiviti seperti menonton wayang, pergi medan selera, pantai dan sebagainya tidak banyak membantu untuk meluaskan pengetahuan kamu. Jadi, jika itu adalah kegemaran kamu, lupakanlah seketika. Cuba terokai dunia baru yang lebih bermakna. Misalnya kamu boleh mencuba aktivit lasak, panjat gunung, menyelam scuba dan sebagainya. Dengan demikian, kenangan bersama kekasih dahulu dapat dikurangkan.

9. Sukarela

– Bagi mengurangkan masa bosan, kamu pergilah ke rumah anak-anak yatim, orang-orang tua atau pusat pemulihan dadah. Kamu boleh menjadi seorang sukarelawan di mana tempat-tempat ini akan membuka minda akan kepada dimensi baru. Kamu akan nampak masalah kamu jauh lebih kecil berbanding masalah mereka.

10. Pandang Ke Hadapan

– Buang memori tentang bekas kekasih kamu. Berikan perhatian kepada apa yang akan berlaku pada masa akan datang termasuklah bakal kekasih atau isteri kamu. Sertakan juga angan-angan yang kamu ada itu dengan usaha yang gigih dan juga keyakinan diri yang tinggi. Kamu pasti Berjaya.

Advertisements
 

3 Responses to “Ubat Putus Cinta Lelaki”

  1. mohd suhaimi Says:

    saya d tinggal kn kekasih kerana dia kata kalu hidup dengn saya masa depan mungkin gelap……. selama 3tahun baru sekarng bersuara selepas saya berhijrah ke kl untuk mencari duit untuk berkhwin dengnnya tiba2 lain plk jadi, dia pergi ke rakan sekolej saya kerana dia menpunyai company sendiri, dan alasan dia, dia x tahan hidup dengn saya sebelum ni, sedngkan saya selalu mengalah dan cuba turut apa yg dia inginkn…….

    • airmien Says:

      Berkenaan bekas kekasih yang telah tinggalkan saudara dan pergi ke rakan sekolej, admin turut bersimpati. Namun, tidak perlu gusar kerana ianya satu petanda bahawa perempuan itu tidak sesuai untuk saudara kerana berdasarkan apa yang saudara tulis, perempuan itu pergi ke rakan sekolej kerana ada syarikat sendiri. Tidak perlu dikejar perempuan yang sebegitu. Saudara bernasib baik kerana putus sebelum melangsungkan perkahwinan. Nampak gaya perempuan itu tidak baik untuk saudara. Bersabarlah dan bersemangatlah. Ada pengganti yang lebih baik dari perempuan tersebut.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s