airmien

sesuatu tentang kehidupan

Pasangan Sempurna Disember 31, 2010

Filed under: Relationship — airmien @ 12:02 pm
Tags:

Dari kecil lagi kita telah disogokkan dengan cerita-cerita yang mempunyai ending “happily ever after” seperti Cinderella, Snow White dan lain-lain lagi. Andai bercerita tentang cinta dan perhubungan, rata-rata semua gadis dan wanita akan mempunyai objektif yang sama, iaitu mencari Mr Right atau si cinta sejati yang romantis dan membahagiakan. Realitinya, ranjau di sepanjang perhubungan menyukarkan, menyulitkan. Walau Romeo & Juliet yang dinobatkan dunia sebagai pasangan cinta sejati paling popular sekalipun tidak ditakdirkan bersama akhirnya, meragut nyawa sendiri atas nama cinta.

Atau umpama kisah cinta dalam filem Cinta arahan Kabir Bahtia yang memaparkan kisah Harris (Rashidi) yang yakin beliau telah berjumpa dengan cinta sejati, akhirnya remuk berkecai hati dikecewakan si isteri, Airin (Rita) yang mempunyai hubungan di luar. Mungkin sudah sampai masa untuk kita menilai tentang pencarian cinta sejati dan lebih memberi fokus kepada cinta yang lebih relevan di masa kini iaitu membentuk cinta yang sihat.

Istilah pasangan sempurna itu tidak wujud, tidak kiralah anda popular seperti The Beckham atau anda pasangan Serasi Bersama; kesempurnaan dalam perhubungan atau percintaan itu hanya seperti loga maya di tengah padang pasir. Akan lebih berjaya sesuatu perhubungan jika pasangan memberi tumpuan untuk memupuk cinta yang sihat. Bunyinya mungkin kurang romantik berbanding perkataan sejati tetapi jika dipraktikkan, bukan sahaja cinta anda akan sihat untuk mengekalkan perhubungan, namun cinta akan berkembang mekar umpama bunga yang sering dibaja dan dijaga rapi.

Formula perhubungan secara teorinya mudah sahaja! What we put in is what we get back. Jangan memberi batu inginkan permata. Untuk mewujudkan cinta yang sihat, anda harus bermula dengan memasukkan semua elemen sihat dalam perhubungan. Cakap-cakap tutur kata perlu sihat, tingkahlaku sopan santun kena sihat, perasaan dalaman dan raut wajah tampilkan yang sihat-sihat, pendek kata berikan kesihatan yang baik kepada cinta. Andai badan memerlukan kabohidrat, air, serat, protein dan segala vitamin, mulakan sesebuah perhubungan dengan 7 vitamin cinta yang mudah tetapi mujarab hasilnya!

· Pertama, hormatilah semua aspek pasangan kamu. Hormat itu mendengar jika diperlukan telinga, menolong jika pasangan memerlukan bantuan, menerima pasangan seadanya dan jangan sesekali menghina kelemahan. Jika ada yang tidak berkenan di hati, sampaikan dengan cara yang baik agar hati pasangan tidak diperlekeh. Sekiranya hormat tidak wujud, cinta yang bermula suci gebu akan suffer dan musnah akhirnya.

· Yang kedua, percaya itu perlu. Tidak perlu ada syak wasangka, tidak perlu ada curiga, dan percaya akan membina cinta. Bagaimana cinta akan terbentuk sihat jika sering ingin disahkan kesahihan cerita? Cinta anda bukan cerita penyiasatan atau CSI yang perlu disiasat teliti ke mana dia pergi, dengan siapa dia pergi, dan betul atau tidak apa yang diceritakan. Cinta itu sendiri bukankah lahir berteraskan kepercayaan bahawa si pasangan menyintai dirimu? Percayalah..

· Vitamin ketiga ialah keikhlasan dan kejujuran dalam perhubungan. Perbuatan yang diselindung tentu sekali bukan yang digemari pasangan. Ketidakjujuran membuat si pasangan berahsia di dalam hati. Rahsia yang banyak umpama kanser yang bersarang di hati dan sukar dirawati.

· Di dalam bercinta tidak ada istilah berdikari kerana cinta memerlukan dua jiwa untuk terbentuk. Cinta yang sihat memerlukan vitamin sokongan yang begitu padu dari si pasangan. Sokongan si jantung hati bernilai tinggi dan ianya perlu untuk memberi perangsang, meredakan perasaan, dan menjadikan kita insan yang lebih baik dari hari ini pada esok harinya.

· Vitamin cinta kelima yang jangan diabaikan ialah keadilan. Bukan bercakap tentang persamaan hak antara lelaki dan perempuan, tetapi tentang apa yang patut diletakkan di tempat yang sesuai. Tidak adil jika asyik disogok dengan kata tohmahan sedangkan hati si pasangan setia dengan kamu sahaja! Tidak adil jika kamu tidak dibenarkan bersosial dengan rakan-rakan dan masa kamu hanya untuk dia seorang.

· Dan cinta yang sihat bukan untuk menjadikan dua insan individu yang serupa. Kamu punya identiti tersendiri; bina dan bentuk personalitimu agar kamu menjadi diri kamu sendiri dan bukan orang lain seperti yang dia mahu. Aku cintakanmu kerana kamu adalah kamu dan kerana kamu bukan diriku!

· Akhir sekali, vitamin cinta yang penting ialah komunikasi yang baik. Komunikasi bukan sekadar bercakap; kadang-kadang tidak bercakap bila perlu juga ialah komunikasi yang baik. Maknanya, anda perlu memahami apa yang dikehendaki oleh pasangan anda untuk menghasilkan cinta yang sihat. Sebagai contoh, jangan dibelikan cintamu bunga jika dia tidak menggemarinya hanya kerana semua jejaka memberi bunga kepada cinta mereka.

Cinta atau perhubungan yang dibekalkan dengan vitamin cinta akan menghasilkan cinta yang sihat, segar dan bertenaga. Tidak perlu penat mencari dan menunggu cinta sejati yang tidak kunjung pasti, sebaliknya amalkan cinta dan perhubungan yang sihat untuk mencari kebahagiaan yang hakiki.

 

Disesuaikan dari blog : http://ymsagasama.blogspot.com/2010/01/cinta-sihat-relevan-di-zaman-ini.html

 

 

 

Apakah Itu Cinta? Disember 29, 2010

Filed under: Relationship — airmien @ 1:04 am
Tags:
  • “Cinta sejati sesungguhnya tidak mengharapkan imbalan apapun, kecuali cinta itu sendiri.”
  • “Cinta adalah untuk surga dan surga adalah untuk kita.”
  • “Cinta wanita yang sejati memberi sayap pada laki-laki, tetapi cinta yang palsu memberi belenggu.”
  • “Cinta adalah sebagai kemudi dalam bahtera kehidupan.”
  • “Cinta itu bermacam-macam, tetapi yang paling aman dan kekal adalah cinta yang melampaui pintu kekasih.”
  • “Cinta adalah kunci dari tiap-tiap keadaan yang baik dalam kehidupan manusia.”
  • “Cinta datangnya tak diketahui, tetapi perginya meninggalkan bekas.”
  • “Cinta kasih adalah penuh pengorbanan, penuh pengampunan, penuh penghargaan dan penuh pengabdian pada sesamanya.”
  • “Cinta pertama adalah lebih indah, lebih mesra dan kemungkinan memberi kebahagiaan dari pada cinta berikutnya, maka itu periharalah cinta pertama agar tumbuh subur sehingga anda dapat mengecap buahnya.”
  • “Cinta yang pertama adalah cinta yang murni dan hanya sekali saja timbul dari hati manusia.”
  • “Cinta itu bukan benda, tetapi semacam cita-cita hidup, sebab hidup tanpa cita-cita tak mempunyai arti, sedangkan cita-cita tanpa diiringi cinta akan mati.”
  • “Kita semua dilahirkan untuk cinta, itulah permulaan dan akhir kehidupan.”
  • “Cinta adalah jalan terpendek dari hati ke hati.”
  • “Cinta akan lebih indah bila dihiasi dengan air mata.”
  • “Cinta meliputi sepenuhnya kehidupan wanita, ia adalah penjara dan sorganya.”
  • “Cinta yang sejati tiba-tiba putus, tak ubahnya seperti orang tua yang kehilangan tongkatnya.”
  • “Cinta tak dapat diuji dengan ciuman, tapi perasaan halus adalah pengujinya.”
  • “Cinta diciptakan oleh Tuhan untuk mengunggulkan kelebihan orang lain dan menutupi kekurangannya, sehingga terciptalah equilibrium.”

 

 

 

Tips Untuk Menawan Hati Wanita Disember 24, 2010

Filed under: Relationship — airmien @ 4:35 am
Tags:

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

 

 

Bagaimana Menjadi Isteri Yang Lebih Baik Disember 20, 2010

Filed under: Relationship — airmien @ 5:59 pm
Tags:

1.Jagalah Dirimu

Ternyata bahawa hal terbaik yang boleh anda lakukan untuk suami anda juga baik untuk anda. Makan makanan sihat, memelihara rawatan yang baik, dan bersenam secara teratur. Anda akan terlihat dan merasa lebih baik, dan anda akan terus menjadi wanita yang dinamik dan menarik ia jatuh cinta dengan, tidak peduli usia anda.

2.Sering Mengucapkan Terima Kasih

Ketika penyelidik bertanya lelaki apa yang mereka inginkan daripada isteri mereka, apresiasi dan selalu membuat senarai. Semua orang suka dihargai, jadi jangan lupa untuk memperhatikan hal-hal suami anda tidak-untuk anda, untuk anak-anak, untuk rumah-dan berterima kasih padanya. Anda akan menaruh senyuman di wajahnya dan sedikit kegembiraan dalam hatinya.

3.Menjaga Romantisma Hidup

Bila kali terakhir anda mengucapkan kata-kata romantic kepada pasangan anda? Ungkapan kata-kata berikut sedikit sebanyak meningkatkan suasana romantic di antara anda dan pasangan anda.

4.Biarkan Dia Memiliki Ruang Waktu

Setiap orang memerlukan masa untuk diri mereka sendirian untuk berehat, menikmati hobi, atau bersosial dengan rakan-rakan-rakan. Jika suami anda mencintai bola sepak dan anda tidak,  jangan katakan kepadanya tentang hal itu. Tolak dia untuk memupuk persahabatan dengan lelaki lain. Dia akan menikmati persahabatan ini. Kajian menunjukkan bahawa orang dengan teman-teman cenderung hidup lebih lama, sihat hidup.

5.Membuat Suami Anda Sebagai Keutamaan

Dengan menekankan sehari-hari kerja, rumah, dan anak-anak, mudah untuk mengambil suami anda untuk diberikan. Luangkan masa untuk dia daripada anda untuk menyambung kembali secara teratur. Mengambil suatu kepentingan dalam karyanya dan hobi. Biarkan dia tahu dia penting bagi anda.

6.Jangan Cuba Untuk Mengubah Dia

Adakah anda keluar, tapi suami anda malu? Adakah anda seperti rumah yang bersih, tapi dia meninggalkan tuala di tingkat? Perilaku ahli mengatakan anda tidak boleh mengubah orang lain, anda hanya boleh mengubah diri sendiri dan bagaimana anda bertindak balas-sehingga mencari cara lain selain mengomel untuk menangani situasi ini. Letakkan bakul pakaian di bilik mandi. Dan ketika dia menghadiri majlis atau meletakkan tuala kotor di tempat yang tepat, berterima kasih padanya. penguatan positif mengalahkan mengomel bila-bila masa.

7.Jangan Membuatnya Neneka Apa Yang Anda Ingin Lakukan

Sangat mudah untuk mengandaikan bahawa orang yang tinggal bersama anda setiap hari juga tahu anda cukup baik untuk mengetahui apa yang anda inginkan. Tidak benar. Sebahagian besar daripada kita melihat dunia melalui keperluan dan keinginan kita sendiri, jadi jangan hairan jika suami anda berfikir bahawa apa yang anda inginkan adalah apa yang dia inginkan. Jika anda menginginkan sesuatu yang khusus-nasihat, pelukan, atau sweater merah untuk ulang tahun-biarkan dia tahu.

8. Biarkan Ruang Waktu

 

Sama seperti anda perlu masa untuk berehat dan berehat, begitu pula suami anda. Dia tidak dapat menentukan dengan cara yang anda lakukan, walaupun, sedangkan idea anda berehat selepas bekerja boleh bercakap atas segelas anggur, ia dapat menikmati tenang untuk sementara waktu, membaca akhbar, atau menonton TV. Cari kompromi sehingga baik keperluan anda terpenuhi.

 

9. Percaya Pada Suami Anda, dan Biarkan Dia Tahu Itu

Lelaki boleh memaparkan banyak keberanian, tetapi seperti kita mereka kadang-kadang berjuang dengan kepercayaan diri yang rendah dan perasaan kegagalan. Dan kerana laki-laki pendekatan dunia sebagai pesaing, kadang-kadang mereka akhirnya merasa seperti seorang yang gagal. Ketika dia pulang, suami anda perlu tahu bahawa ada orang di dunia ini yang percaya akan kata-katanya dan orangnya adalah anda terutama bila dia tidak percaya pada dirinya sendiri.

 

Doa Seorang Suami Disember 6, 2010

Filed under: Relationship — airmien @ 12:00 pm
Tags:

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cubaan-Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

 

Ya Allah
Sekiranya isteri ku ini adalah pilihan-Mu di Arasy
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya isteri ku ini adalah isteri yang akan membimbing tanganku d ititian-Mu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya isteri ku ini adalah bidadari untukku di Jannah-Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya

Sekiranya isteri ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia-Mu

Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya isteri ku ini jodoh yang dirahmati oleh-Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

 

Tetapi Ya Allah
Sekiranya isteri ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang

Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaan-Mu
Sekiranya isteri ku tergoda dengan keindahan dunia-Mu

Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya

Sekiranya isteriku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan

Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaannya

Sekiranya isteri ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

 

Ya Allah
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku

Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan

Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai

Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai suami

Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat-Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat-Mu

 

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjuk-Mu
Aku buta tanpa bimbingan-Mu
Aku cacat tanpa hidayah-Mu
Aku hina tanpa Rahmat-Mu

 

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan-Mu
Jadikanlah aku suami yang disenangi isteri
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama-Mu
Bimbinglah aku menjadi suami yang Solehah
Hanya pada-Mu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan-Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan dunia-Mu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran-Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian-Mu

 

Ya Allah Ya Tuhanku
Aku hanya ingin menjadi suami yang dirahmati
Suami yang dikasihi
Suami yang soleh
Suami yang sentiasa di hati isteri

Amin, amin Ya Rabbal Allamin

 

 

Doa Seorang Isteri

Filed under: Relationship — airmien @ 11:55 am
Tags:

Ya Allah

Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran-Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

 

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arsy (Al Marfu’atun ‘Ilmi)
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititian-Mu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di dunia-Mu
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh-Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

 

Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harugi segala dugaan-Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia-Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan-Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

 

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat-Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berilah aku petunjukkan kearah rahmat-Mu

 

Ya Allah

Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk-Mu

Aku buta tanpa bimbingan-Mu
Aku cacat tanpa hidayah-Mu
Aku hina tanpa Rahmat-Mu

 

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan-Mu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama-Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada-Mu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan-Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan dunia-Mu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran-Mu
Kerana pendek akal ku mengharugi ujian-Mu

 

Ya Allah Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin Ya Rabbi Allamin..

 

10 Nasihat Untuk Suami Dalam Memahami Hubungannya Dengan Isteri Disember 5, 2010

Filed under: Relationship — airmien @ 3:59 pm
Tags:

1. Bersikap Tegas dan Lemah-lembut Terhadap Isteri

Betapapun seorang wanita itu mempunyai kemampuan dan kemahuan yang tinggi,memiliki kemahiran serta percaya terhadap diri sendiri namun pada hakikatnya, ia masih ingin mencari perlindungan dengan seorang lelaki. Jika keinginan mencari perlindungan itu datangnya dari wanita, namun selalulanya ia merahsiakannya. Seandainya hajatnya tercapai, ia mengharapkan layanan yang lemah lembut dan amat mengharapkan perlindungan dari lelaki yang bertanggungjawab.

Sifat lemah lembut dan tegas ini harus dimiliki oleh lelaki kerana setiap isteri mengharapkan suaminya mampu menjadi pemimpin dalam rumahtangga yang dibina. Menjadi pemimpin bukan bermaksud menjadi “boss”. Sifat tegas dan lemah lembut ini biarlah kena pada tempatnya.

2. Memberi Pujian Terhadap Isteri

Peranan wanita sebagai ibu menyebabkan ia perlukan perlindungan daripada keyakinan. Hanya suami yang bijaksana dapat memberikan keyakinan kepada isterinya. Dengan cara memberikan penghargaan seperti pujian, hadiah ataupun ungkapan yang boleh menambahkan keyakinan dalam diri isteri.

Jangan merasa hairan jika seorang wanita selalu bertanya kepadapasangannya, “Adakah engkau cinta padaku? ” Pertanyaan ini bukan bermakna ia tidak percaya kepada pasangannya tetapi ia menginginkan keyakinan untuk dirinya. Oleh itu, suami usah jemu dengan ungkapan itu, malah berusahalah untuk mengerti hakikat seorang wanita.

3. Menentukan Batas Tanggungjawab

Islam telah mengatur tanggungjawab terhadap suami dan isteri. Suamiberkewajipan mencari nafkah yang halal untuk kelurganya dan isteri pula berkewajipan melayan suami serta mengasuh anak-anak. Ini bukan bermakna tanggungjawab lain patut diabaikan, malah semua tanggungjawab lain seharusnya dipikul bersama mengikut keadaan masa dan tempat.

4. Menghindari Kritikan Terhadap Isteri

Kritikan bukan satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah. Ia boleh dilakukan, namun biarlah dengan lembut dan bertempat. Jangan sesudah bernikah, suami merasa berhak berkasar, mengkritik dan menghina isteri sewenang-wenangnya kerana banyak kesannya pada  isteri.

Suami yang terlalu banyak mengkritik isteri akan meninggalkan kesan negatif terhadap isterinya iaitu:

a. Perasaan isteri menjadi tertekan akibat menahan marah
b. Menimbulkan pelbagai jenis penyakit fizikal akibat daripada perasaan kecewa dan tekanan batin.
c. Isteri menjadi pemarah, pendiam, kadangkala hilang keinginan untuk bersama.
d. Akibat selalu dikritik serta tidak dihargai, isteri akan kehilangan identiti dirinya sendiri
e. Untuk menyenangkan hati, isteri akan menyalahkan anak-anak.
f. Jika perasaannya terlalu tertekan, mungkin ia inginkan perceraian.

5. Memperhatikan Sesuatu Yang Romantik

Suami seringkali kurang memperhatikan keperluan yang tidak begitu penting seperti ulangtahun isteri, perkahwinan dan sebagainya. Namun bagi wanita,hal sebegitu penting. Cinta bukan hanya berkaitan dengan perasaan tetapi juga berkaitan dengan aktiviti romantik yangmempunyai nilai yang bererti dalam diri wanita. Mungkin sesuatu yang tidak bererti pada lelaki namun ianya amat bernilai pada wanita. Oleh itu suami harus banyak mempelajari keperluan isteri dan tidak menganggap remeh terhadap kepentingan isteri.

6. Memahami Isteri Yang Ingin Selalu Di Samping Suami

Setiap isteri selalu menginginkan serta merindukan untuk selalu bersama suaminya. Isteri selalu mengharapkan perhatian yang cukup dari suaminya. Kerana itu, suami yang baik akan berusaha meluangkan masa untuk bersama isterinya. Selalu bersama boleh meningkatkan kasih sayang.

7. Menjaga Perasaan Aman Dalam Kehidupan Isteri

Suami yang bertanggungjawab akan selalu memberikan rasa aman dan tenteram terhadap perasaan isterinya, selalu berusaha menyelesaikan setiap masalah rumahtangga dengan secepat mungkin. Berusaha membantu menyelesaikan masalah isteri.

8. Memahami Gelora Jiwa Isteri

Wanita lebih mudah mengalami perubahan emosi jika dibandingkan dengan lelaki. Jika suami dapat menerima hakikat perubahan emosi isterinya,maka isterinya pasti dapat menerima suaminya sebagai org yang dapat membimbing hidupnya.

9. Membina Kerjasama Yang Baik

Suami yang boleh diajak berbincang dan selalu bekerjasama dengan isterinya akan mampu mengujudkan keluarga bahagia.

10. Memenuhi Keperluan Peribadi

Tidak ada dua wanita di dunia ini yang sama, kerana masing-masing memiliki peribadi yang khusus. Wanita mempunyai sifat yang unik baik dari segi emosi maupun keinginan. Suami yang bijaksana akan mudah memahami akan keperluan peribadi isterinya dan mampu melaksanakan tanggungjawabnya sesuai dengan kemampuan dirinya.

 

 

 
%d bloggers like this: