airmien

sesuatu tentang kehidupan

Jangan Tanya Lelaki Januari 24, 2011

Filed under: Relationship — airmien @ 10:13 pm
Tags:

1. Jika lelaki menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam keadaan tertekan. Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi oleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda yang menjadi menyebabnya.

 

2. Apabila lelaki menyendiri, kita boleh simpulkan dia sedang tertekan, berbeza dengan anda, dalam keadaan tertekanlah segala rahsia akan diceritakan. Anda melakukan begitu untuk meraih simpati.

 

3. Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja. Emosi pada orang lelaki umpama getah, sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih. Berbeza dengan anda bukan? Tatkala anda tertekan, emosi anda umpama ombak.
Ombak memang tidak pernah reda, kalau reda pun mengambil masa yang lama.

 

4. Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya yang tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu. Usah ‘gatal-gatal’ sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan ‘tempoh bertenang’ sebelum mengambil langkah seterusnya. Anda kelam-kabut, maka itu anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabila berdepan dalam situasi begini. Ohhh, itu silap.

 

5. Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran, berbeza wanita biasanya cukup risau dalam keadaan demikian. Dan usah risau sangat kalau lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalam keadaan-keadaan demikian sebab semula jadinya lelaki terasa selesa berjauhan dengan keluarga. Ini tentu berbeza sekali dengan anda, yang suka dan berasa tenang bersama keluarga?

 

7. Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang kedegilan untuk tidak mahu memahami.

 

8. Lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan, sedangkan anda para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci. Maka itu, usah hairan, terkadang suami selamba dengan masalah yang anda rasakan cukup berat. Anda telah kering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau sebutir pun air mata.

 

9. Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan anda pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Usah terasa teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan.

 

10. Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah, akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta maaf. Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap. Lelaki memang berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya. Ikut kajian, wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah.

 

11. Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa. Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas. Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh memburukkan keadaan.

 

12. Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter bukan wanita namanya. Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang menekan kepala. Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab kucing pun pening dengan leteran anda.

 

13. Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik dileteri. Lihatlah betapa berbezanya seorang wanita dengan seorang lelaki. Tidakkah anda setuju jika dikatakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih banyak tentang lelaki?

 

14. Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. DIA menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna menyempurnakan , lengkap melengkapi. Semua kekurangan isteri akan dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh isteri.

 

 

Advertisements
 

13 Tanda Anda Telah Jatuh Cinta Januari 21, 2011

Filed under: Relationship — airmien @ 8:04 pm
Tags:

Jika anda ingin tahu sama ada anda telah jatuh cinta dengan seseorang, anda boleh mengetahui melalui perkara berikut:

1. Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya.

2. Anda akan sentiasa merindui dia.

3. Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan.

4. Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.

5. Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas.

6. Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab.

7. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang.

8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada.

9. Dia sentiasa di fikiran anda.

10. Anda akan sentiasa terhidu baunya.

11. Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia.

12. Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya.

13. Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran anda.

 

Wanita Yang Harus Dikahwini dan Dicintai Januari 16, 2011

Filed under: Relationship — airmien @ 5:36 pm
Tags:

Syair Rabi`ah sangat indah

 

Gelasku, anggurku dan teman minumku ada tiga

Dan, aku yang dirundung rindu cinta adalah yang keempat

Gelas kegembiraan, kenikmatan mengelilinginya

tiba-tiba orang yang diajak minum di telaga mengikutinya

 

Bila aku memandang

Tiada ku lihat kecuali milik-Nya

Wahai orang yang mencelaku

Aku mencintai keindahan-Nya

Demi Allah, telingaku bukan untuk mendengar celaaanmu

Berapa kali terbakar  dan harapanku sia-sia

Yang mengalirkan air mataku

Kesedihanku tiada meningkat

Hubungan tiada tersisa

Dan mataku yang terluka tidak tidur.

 

Seorang pemuda bertanyakan pada penulis kolum Mustafa Amin :-

“Wanita bagaimanakah yang harus dikawini? Adakah  dia harus berkahwin  dengan perempuan berpelajaran, yang menguasai banyak bahasa asing, agar dia dapat menemani melancong ke Eropah atau Amerika? Atau wanita cantik dan menarik yang akan mendampinginya dalam pesta pertemuaan yang disinari berbagai lampu? atau wanita yang bekerja  sehingga memahami makna kerja dan mengambil berat kepayahan, kesukaran serta hanyut dalam kerjanya? Atau wanita yang dapat menjadikan rumahnya syurga, tempat berehat dari kesengsaraaa daripada bekerja terus menerus?”


Mustafa Amin menjawab :-

“Kamu perlu berkahwin dengan seorang wanita yang memiliki beberapa sifat. Wanita  yang kamu kahwini haruslah bagaikan tongkat yang dapat kamu gunakan ketika kamu mendaki gunung. Ataupun, bagai payung yang dapat kamu gunakan untuk melindungi kepalamu  dari hujan dalam bahtera kehidupan.”

“Kamu memerlukan lampu yang dapat menerangimu ketika berjalan dalam gelap, kompas yang dapat kamu jadikan pedoman arah kebingungan, Dia adalah umpama almari yang selalu bersedia menyimpan rahsiamu, enjin yang dapat mengendalikan perjalananmu sehingga bersemangat membara dan kuat keika menghadapi serangan lawan, ubat kepala ketika kamu pening, suara merdu yang dapat mendodoikanmu agar matamu dapat terpejam  ketika hendak tidur, sapu tangan untuk mengusap air matamu dan mengeringkan keringatmu ketika kamu penat, pembalut yang dapat merawat lukamu, penawar yang dapat  menghalang sampainya hiruk pikuk ke telingamu. Dia adalah teman berunding dalam merundingkan  masalah yang kamu hadapi. Jika kamu mencari orang bijak untuk menyelesaikan masalahmu, kamu dapati dia dalam pelukkanmu. Jika kamu memerlukan teman , dia adalah sahabat setiamu. Dan jika kamu kehilangan ibu, kamu dapati pada isterimu kasih sayang  yang melimpah ruah seperti kasih sayang ibumu. Serta, dia rela berkorban dan berjuang bersamamu.”

“Lelaki biasa hanya memerlukan wanita yang biasa. Tetapi lelaki yang bertuah, bermakna lelaki yang luar biasa sehingga memerlukan wanita yang luar biasa juga. Dia sanggup memikul beban melebihi wnaita biasa, yang lebih sabar daripada Nabi Ayub a.s, yang tegar bak gunung, yang menjadi tiang penyokong lelaki yang fakir hati dan akalnya.”

 

“Dia yang dapat mengembalikan harapanmu ketika kamu sedang berputus asa. Dia yang dapat membangkitkan semangat dan kemantapan hatimu ketika kamu sednag bergolak. Dia yang dapat membuatmu tersenyum ketika kamu tidak tersenyum. Dia yang penyantun ketika kamu terhimpit. Dia yang dapat bergaul sesama manusia dengan baik, sedangkan dia sedang berkuasa bagai ratu dn menahan diri dari membazirkan harta. Sewaktu reputasi tinggi, dia semakin tawaduk. Sewaktu kedudukan meningkat , dihulurkan tangannya untuk mencapai orang yan jatuh di atas tanah. Jika suaminya mempunyai kedudukan yang tinggi, ditariknya supaya merendahkan diri. Jika suaminya muflis, dia melayannya seperti orang yang paling kaya dimuka bumi.”

 

Pemuda itu berkata ” Mustahil aku mendapat isteri seperti itu!”

 

Mustafa Amin menjawab :-

“Setiap Wanita yang benar-benar mencintaimu dapat bersikap seperti isteri ideal seperti apa yang kamu inginkan, jika dia benar-benar mencintaimu!”

 

Demikian paparan Mustafa Amin. Sesungguhnya, beliau ingin meyakinkan pada pemuda itu bahawa dia boleh mendapatkan isteri yang ideal, apabila isteri itu mencintainya. Ini kerana orang yang cintanya sejati, pada hakikatnya , tidak akan derhaka pada kekasih yang dicintainya. Dia akan selalu melaksanakan apa yang diinginkan kekasihnya. Jika dia mengaku mencintainya tetapi sifat, dan perilakunya sering kali membuatkan hati orang yang dicintainya sedih, maka sesungguhnya dia tidak mencintainya. Dia mencintai kekasihnya hanya pada mulutnya sahaja , bukan mencintai secara tulus.

 

Muhammad Iqbal, pujangga sufi dan ahli falsafah Islam , bersyair :-

 

Apabila diri menjadi kuat dengan cinta

Kuasanya Menguasai seluruh dunia

Langit yang menghiasi angkasa dengan bintang

Mencantas putik ini dari dahan diri

Tanganya menjadi tangan Tuhan

Bulan terbelah dengan jari-jemarinya

Dialah penimbang tara  pada semua sengketa dunia

 

Itulah rahsia cinta. Cinta menjadikan yang jauh menjadi dekat, yang berat menjadi ringan dan yang  pahit menjadi manis. Sebaliknya, Kebencian menjadikan yang dekat menjadi jauh, yang ringan menjadi berat dan yang manis menjadi pahit.

 

Sumber: http://celotehkakcha.blogspot.com/2011/01/wanita-yang-harus-di-kahwini-dan.html

 

Di Hadapan Orang Januari 13, 2011

Filed under: Relationship — airmien @ 6:05 pm
Tags:

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang…

Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira…
Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga…
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja…

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku…
Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum…

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata…
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja…

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu…
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar…

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta…
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka…

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis…
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan turut membuat dia gembira…

Perasaan cinta bermula dari mata,
Perasaan suka bermula dari telinga…
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka…

Umpama kita membuang telinga kita
Tapi jika kita cuba menutup mata
Cinta berbuah menjadi airmata

Setiap orang yang akan mengalami ini dalamhidup mereka,
Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta….

Cinta ibarat umah..
Tak perlu cantik dan tak perlu mewah..
Yang penting biar bahagia di dalamnya..

Tetapi, hakikatnya..

Cinta kepada Allah SWT
Adalah lebih hakiki dan abadi

 


 

Isteriku, Apakah Itu Masih Cinta? Januari 10, 2011

Filed under: Relationship — airmien @ 2:24 am
Tags:

Kata orang yang arif, “jadilah orang yang baik, nanti kebaikan akan datang kepada kita.”  Segala kebaikan akan datang kepada kita seperti besi yang tertarik kepada magnet. Sebab itu sering diperkatakan orang, jika kita murah dengan senyuman, kita akan murah rezeki.

 

Lihat sahaja peniaga yang ramah mesra dan sentiasa tersenyum melayan pelanggan, kedainya akan sering dikunjungi, produknya akan laku, jualannya sentiasa laris.

 

Kita tidak perlu tahu mekanisme saintifik tentang aura atau gelombang elektromagnetik untuk memahami semua ini.  Atau arif dengan tafsir seribu firman atau al hadis untuk mengamalkannya. Hanya jadilah orang yang baik dan berilah kebaikan.  Insya-Allah, kita akan mendapat kebaikan. Allah itu Maha Baik, DIA tidak akan mengecewakan hamba-Nya yang baik. Setiap saat dan ketika tanya diri kita, apakah hari ini, ketika ini aku sedang menjadi atau sedang berusaha menjadi orang baik yang sentiasa ingin memberi kebaikan…

 

Tidak kira sejahat mana orang yang kita hadapi atau seburuk mana keadaan yang sedang kita alami, tetapi jangan sekali-kali korbankan ‘kebaikan’ diri kita. Biar kalah, tetapi jangan mengalah dengan kejahatan. Jangan ambil kejahatan menjadi ‘guru’ kita. Maksudnya, cubalah beri kebaikan walaupun sering dibalas dengan kejahatan. Tetapi sekiranya kita kecewa, dan mula membalas kejahatan itu dengan kejahatan yang sama atau yang melebihinya … takziah, kerana pada waktu itu kejahatan telah menjadi guru dalam kehidupan kita.

 

Dalam rumah tangga pun begitu juga. Jadilah pasangan yang baik. Insya-Allah kita akan menarik segala kebaikan untuk diri kita dan seluruh ahli keluarga. Baik tutur kata, manis senyuman dan mudah memberi kebaikan, itulah nanti akan menawan hati pasangan kita. Itulah hukum daya tarikan – law of attraction – yang kebelakangan ini kerap diperbincangkan dalam program latihan dan motivasi. Apakah yang dimaksudkan dengan law of attraction itu?

 

Pada diri manusia ada daya tarikan yang saling berhubung dengan daya tarikan manusia lain. Maksudnya, jika kita positif dan orang lain juga positif, maka kita akan mudah tertarik dan berhubung dengann harmoni. Pepatah lama mengatakan, burung yang sama bulu kepak dan warnanya akan terbang sekawan. Keceriaan kita akan menarik orang yang ceria untuk bersama kita. Keceriaan itu mudah ‘berjangkit’. Orang yang ceria sering dilingkungi oleh individu, situasi dan keadaan yang ceria juga.

 

Suasana yang semacam itulah yang akan membahagiakan cinta dalam rumah tangga. Bila kita ceria, fikiran, tindakan, perasaan dan kata-kata kita juga akan turut ceria. Percayakah anda kalau dikatakan untuk mudah belajar, bekerja dan melakukan apa jua aktiviti dengan lebih baik dan  berkualiti maka keceriaan itulah yang menjadi syaratnya? Ada hormonendroomorphin yang akan dirembeskan dalam tubuh orang yang ceria. Hormon yang akan memberi rasa tenang, seronok dan gembira.  Inilah yang ditegaskan oleh pakar-pakar NLP.

 

Sebaliknya, orang yang negatif – asyik marah-marah dan merungut, hormon kortisol pula yang akan akan dirembeskan. Hormon ini akan menurunkan darjah keceriaan dan individu itu akan menjadi pemurung, pemarah dan perungus. Orang yang asyik marah-marah, merungut, mengeluh dan membebel akan ‘meletihkan’ pasangannya Ingatlah tidak ada siapapun suka orang yang pemurung atau perampus.

 

Dia akan menghantar ‘gelombang’ yang negatif dan sebagai balasannya dia juga.akan menerima reaksi yang negatif. Hukum daya tarikan pun berlaku tetapi kali ini ke arah yang sebaliknya. Gelombang negatif ini akan menghakiskan rasa ceria dan gembira dan lambat laun akan turut meranapkan perasaan cinta. Ingat, cinta itu umpama pohon, jika tidak dibajai ia akan layu dan mungkin akan mati. Salah satu baja untuk cinta ialah memberi perasaan gembira kepada orang yang kita cintai.

 

Cinta tidak dapat diraih dengan ugutan dan ancaman. Ia soal hati yang memberi dan menerima dengan rela. Cinta tidak boleh dipaksa. Gelombang cinta bergerak dalam susunan rasa indah bagaikan satu simponi pada satu gubahan ‘muzik’ yang sinergi dan harmoni. Mainkan muzik cinta itu… ia akan datang dengan senyuman, sentuhan dan pandangan mata yang penuh indah dan berwarna-warni. Sungguh indah!

 

Bila suami hendak pulang ke rumah, sediakanlah set minda (mind set) yang betul sebelum masuk ke rumah lagi. Niatkan dalam hati ingin menceriakan hati isteri yang di rumah. Betapa besar sekalipun masalah kita di permusafiran atau di tempat kerja, leraikanlah dahulu. Jangan hanya memikirkan masalahnya sahaja yang besar, masalah isteri di rumah pun adakalanya lebih besar dan mencabar daripada masalah suami di luar rumah.

 

Begitu juga isteri di rumah, menjelang kepulangan suami, tenangkan hati, katakana kepada diri sendiri, “suami ku akan pulang. Aku akan menceriakan kepulangannya dengan memahami, simpati dan empati terhadap segala masalahnya.” Orang yang hanya merasakan bahawa masalahnya sahaja yang besar, peranannya sahaja yang penting dan bebannya sahaja yang berat… sebenarnya adalah orang yang ego.

 

Aneh sekali pengaturan Allah – kadangkala, cara menyelesaikan masalah kita ialah dengan menyelesaikan masalah orang lain. Kaedah meringankan beban sendiri ialah dengan berkongsi menanggung beban orang lain. Dan kerap kali doa kita akan dimakbulkan bila kita mendoakan orang lain. Jangan nafikan hakikat ini. Sebaliknya, praktikanlah. Lakukan kepada orang yang terhampir dengan kita, siapa lagi kalau bukan isteri atau suami kita?

 

Sayangnya, set minda yang betul kekadang tercalar oleh sikap curiga. Rasa hati yang simpati dan keinginan memahami dimusnahkan oleh prasangka. Bimbang kalau kebaikan kita dieksploitasi, ketulusan kita dimanupulasi, maka kita enggan menghantar gelombang yang positif. Syaitan mencelah dengan tiupan kata-kata, “ engkau ditipu. Kejujuranmu tidak akan dihargai. Apa gunanya menabur budi kalau nanti engkau akan dipersia?”

 

Ada juga yang tidak sabar untuk mendapat hasil atau balasan yang cepat. Mereka yang hanya menyiram tidak sampai semusim tetapi mengharap dapat memetik buah dengan segera. Lupakah kita bahawa membina mengambil masa, meruntuh sekelip mata? Kalau hari ini kita menanam benih, kita sirami dan bajainya… apa yang kita akan dapat pada hari esok? Ya, hanya benih yang basah. Bukan bunga, apatah lagi buah. Maka begitulah menanam pohon cinta, salah sekali kalau kita mengharap bunga atau buahnya akan terhasil dengan segera. Berilah masa, berilah peluang dan bukalah ruang untuk pasanganmu berubah.

 

Petanda minda yang positif dan betul banyak sekali. Cukup kalau di sini kalau dinyatakan hanya dua. Dua yang sangat penting. Sematkan dalam hati dan praktikkanlah dengan hati, lisan dan perbuatan. Pertama, orang yang positif akan dapat melihat sisi yang positif pada diri pasangannya. Who you are determine how you see – siapa diri kamu menentukan bagaimana kamu melihat. Ya, isteri yang positif akan dapat melihat ciri, sifat dan aksi positif pada diri suaminya dan begitulah juga sebaliknya.

Masakan tidak ada langsung sisi positif pada pasangan kita? Jika demikian, mengapa kita memilihnya sebagai pasangan hidup ketika bernikah dahulu? Jadi, cuba positifkan minda kita dahulu nescaya kita akan nampak kebaikan pada pasangan kita. Ya, keburukannya ada, tetapi kebaikannya juga ada. Jadi apa salahnya kalau kita tumpu, hargai, pupuk dan bajai kebaikan itu agar dapat bertahan dan meningkat?

 

Manusia suka dihargai, disokong dan dianggap wira. Lalu jadikanlah suami kita sebagai wira. Sokong impiannya, bantu cita-citanya dan pulihkan kekecewaannya. Jadikanlah isteri kita sabagai wirawati yang didorong cita-cita, impian dan harapannya. Ketika suami pulang dengan wajah lesu, bimbang dan gentar dengan tribulasi di tempat kerjanya, isteri di rumah tetap menjadi penyokong yang setia. Tidak mengapa jika tidak punya buah fikiran, cukup hanya dengan kata-kata belaian dan sokongan. Buktikan dengan bahawa tubuh mu, bahawa kau adalah benteng dalam hidupnya!

 

Isteri di rumah kekadang bukan mengharapkan layanan bagaikan ratu atau permaisuri tetapi cukup sekadar suaminya mendengar dengan penuh penghayatan dan memberi penghargaan yang sarat dengan kejujuran. Mata itu jendela hati, maka pandanglah wajah isteri dengan rasa sayang yang tidak berbelah bagi, insya-Allah, pandangan itu akan meresap ke dalam hati menjadi penawar yang sangat mujarab pada keletihan, kelesuan dan kejemuan memikul tugas yang sama sepanjang hari.

 

Kita hanya boleh memberi kebaikan jika kita menjadi orang yang baik. Jika kita tidak mampu lagi menghulurkan kebaikan, insaflah bahawa kualiti diri kita sebagai insan yang baik sudah boleh dipertikaikan. Walau apapun kesusahan atau beratnya penanggungan kita, itu bukan alasan untuk menggadaikan kualiti hati yang baik. Aku tertekan, aku mesti marah. Aku kecewa, aku mesti mengeluh. Aku letih, aku mesti merintih… Itulah suara-suara hati yang sudah terkena tipuan syaitan dan bujukan nafsu.

 

Yang kedua, orang yang positif akan fokus kepada penyelesaian bukan pemasalahan. Siapapun akan myudah nampak apa masalahnya, tetapi hanya orang yang positif akan nampak penyuelesaiannya. Orang yang positif akan ‘menyerang’ punca masalah bukan orang yang bermasalah. Maka begitulah isteri yang positif akan memberi penyelesaian kepada masalah-masalah rumah tangga atau masalah yang di hadapi oleh suaminya.

 

Ummu Salamah pernah memberi buah fikirannya kepada Rasulullah saw dalam menghadapi ‘rasa terkejut’ para sahabat baginda sehingga tidak melakukan apa yang diperintahkan oleh Rasulullah  apabila mereka terhalang untuk mengerjakan haji ke Makkah hingga termetrainya perjanjian Hudaibiyah.

 

Begitu juga Ummu Sulaim yang menyembunyikan berita kematian anaknya demi memberikan kerehatan kepada suaminya  yang baru pulang dari musafir sehingga dipuji serta didoakan oleh Rasulullah SAW? Mereka berdua itulah antara ribuan isteri solehah  menjadi pemberi tenaga (energy giver) kepada suami dalam menghadapi ujian dalam kehidupan di dalam dan di luar rumah tangga.

Mereka sentiasa fokus kepada penyelesaian dengan mencari apakah jenisnya masalah itu, apa puncanya, apakah alternatif penyelesaiannya? Mereka berani menukar gaya berfikir dan mengubah gelombang perasaan untuk mendapat hasil yang berbeza. Justeru mereka faham jika kita tidak mengubah gaya berfikir dan berani menukar perasaan, masalah yang sama akan menjadi keluhan dan rintihan berulang-ulang tanpa kesudahan!

 

Bagaimana caranya untuk tetap positif walaupun mungkin reaksi pasangannya anda belum seperti yang diharapkan? Jawabnya, ada dua. Pertama, berilah alasan untuknya. Tidak kira samada alasan itu benar atau tidak tetapi andaikanlah alasan-alasan mengapa mereka berbuat demikian. Jika kita menghulur senyuman, tetapi disambut dengan masam muka… katakan mungkin mereka letih, sakit, tertekan atau sebagainya.

 

Sekalipun mungkin alasan itu tidak benar, tetapi sekurang-kurangnya kita tidak tersiksa memikirkan perkara-perkara yang negatif. Memikirkan yang negatif itu sahaja sudah satu penderitaan. Jadi ciptalah alasan-alasan untuk mereka dan semaikan sikap sangka baik sentiasa. Jangan kecewa dalam membuat kebaikan. Insya-Allah, Allah akan mengikut sangkaan para hamba-Nya.

 

Jika benar pasangan kita sudah curang, menipu dan jahat, maka kejahatan serta keburukan itu tidak akan menimpa kita. Sangka baik itu adalah peluang yang kita berikan untuk orang lain berubah dan jika mereka tetap tidak berubah seperti yang kita harapkan, itu tidak akan mengubah kita. Sangka baik itu adalah benteng yang akan menyelamatkan kita daripada penzaliman dan tipudaya orang lain.

Kedua, konsistenlah dalam berdoa. Doakan diri kita sendiri  dan pasangan kita. Doa itu akan ‘menutralkan’ semula  aura negatif yang menyelubungi dan memancar daripada diri kita. Bukankah dengan berdoa kita mengucapkan dan mengharapkan perkara yang baik-baik? Doa bukan sahaja memberi kesan positif dalam perhubungan kita dengan Allah tetapi jua perhubungan diri kita dengan diri kita sendiri. Kita akan selalu memberi ransangan yang positif kepada diri sendiri apabila kita berdoa.

 

Hukama ada berkata, terhalangnya kita daripada berdoa adalah lebih merbahaya daripada tidak makbulnya doa kita itu. Mengapa? Bila kita tidak berdoa, kita umpama insan negatif yang penuh racun atau ‘toxic’. Kata-kata kita racun, pemikiran kita racun dan perbuatan kita penuh racun. Racun itu bukan sahaja boleh memusnahkan orang lain tetapi ia juga akan memusnahkan diri kita sendiri.

Oleh itu, ayuh… berilah ransangan yang positif. Kuatkan kembali daya tarikan dalam cinta kita. Dan dalam menabur bibit kebaikan, jangan mengharapkan hasil yang segera, jangan dicemari racun prasangka dan paling penting jangan lupa untuk berdoa. Kembalikanlah daya tarikan dalam hubungan cinta. Bukankah simponi cinta itu indah? Tetapi jika tidak ada lagi keindahannya… tanyakanlah kepada diri kita, suami atau isteri kita… apakah itu masih cinta?

 

Sumber : http://genta-rasa.com/2011/01/06/isteriku-apakah-itu-masih-cinta/

 

 

Maafkan Abang Januari 7, 2011

Filed under: Relationship — airmien @ 10:33 pm
Tags:

Pada suatu malam,sepasang suami isteri sedang menonton televisyen. Rancangan apa tak dapat pula dikenal pasti. Tiba-tiba si isteri mendapat idea untuk mengisi masa lapang mereka.

Si isteri : Abang, nak tak kita catatkan sikap atau kelakuan kita yang tidak kita senangi.

Si suami : Untuk apa semua itu?

Si isteri : Selain untuk mengenali abang dengan lebih rapat, kita juga boleh tahu apa sikap ayang yang abang tidak sukai dan begitulah sebaliknya.

Si suami : Emmm. Baiklah.

Si isteri : Tapi untuk lebih kepuasan dalam catatan kita nanti, kita berpisah tempat tidur malam ni. Untuk malam ni saja.

Setelah dipersetujui, malam itu mereka berpisah bilik tidur, si suami tidur di ruang tamu manakala si isteri pula di bilik tidur.Mereka masing-masing kelihatan kusyuk mencatatkan segala keburukan masing-masing.

Keesokan paginya, semasa pasangan ini bersarapan pagi, si isteri telah mengeluarkan hasil catatan semalamanya. 3 helai kertas semuanya. Penuh ketiga-tiga muka surat tersebut. Si suami terkejut melihat sebanyak itukah buruknya sikapnya selama ini terhadap isterinya. Tetapi si suami bersahaja walaupun dalam diam ada hati yang terluka.

Si isteri : Abang, sebelum ayang bacakan semua ini ayang minta maaf sekiranya ada yang menyinggung perasaan abang nanti.

Si suami : Tidak mengapa sayangku. Bacalah.

Si isteri pun membaca satu persatu tentang sikap suami yang tidak disukainya. Si isteri terus membaca dan membaca sehinggalah tamat catatan yang terakhirnya. Dengan berpuas hati si isteri tersenyum kepada suaminya.

Si isteri : Sekarang giliran abang pula.

Si isteri berdebar-debar menunggu, si suami mengeluarkan kertas-kertasnya,

Si suami : Sayang, abang minta maaf banyak-banyak sebab tidak ada apa yang perlu abang catatkan di kertas ini. Sesungguhnya sayang tidak ada kurangnya bagi abang. Ketika saat abang menerima ijab dan qabul lagi, abang sudah sedia menerima sayang dengan sepenuh hati dan jiwa. Sayang merupakan anugerah yang dikurniakan ALLAH S.W.T. kepada abang.  Abang minta maaf sekali lagi jika selama ini terlalu banyak sikap abang yang tidak sayang senangi. Abang cuba membahagiakan sayang, tapi jika abang tidak mampu, MAAFKAN ABANG..

Si isteri tidak terkata apa-apa. Yang ada cuma penyesalan yang sarat penuh di dada. Si isteri menangis di dada suaminya. Memohon keampunan.

 

Sembilan Jenis Wanita Yang Perlu Di Jauhi Lelaki Januari 6, 2011

Filed under: Relationship — airmien @ 1:50 pm
Tags:

Renungan bersama untuk kita semua

 

Lelaki sering digambarkan sebagai seorang yang ego, keras hati dan pembuli sementara wanita pula digambarkan sebagai makhluk lemah lembut dan perlukan perhatian dari lelaki sepenuhnya.

 

Tetapi awas, bukan semua kejadian begitu sebaliknya 9 sikap ini perlu anda beri perhatian tentang wanita. Cuba semak, apa sikap wanita yang perlu lelaki jauhi.

 

1. Perasan Cantik

 

Wanita ini, beranggapan amat mudah mencairkan hati lelaki dengan kecantikan yang mereka ada. Lebih malang, ada yang menjadikan wajah cantik sebagai aset dan bergelar pisau cukur dengan mengikis harta lelaki kaya yang begitu mendambakan layanan wanita cantik. Biasanya golongan cantik ini percaya, wajah mereka boleh memberikan mereka apa saja termasuklah cinta.

 

2. Punya ‘Sugar Daddy’

 

Dalam kehidupan di kota yang serba-serbi memerlukan wang ada wanita yang sanggup mendampingi lelaki kaya demi kesenangan hidup. Mereka sanggup menyerahkan tubuh badan memberikan layanan seks demi wang biar pun haram di sisi agama. Lelaki yang merasakan ia satu peluang yang sukar dilepaskan pula sanggup menabur wang untuk kepuasan nafsu mereka.

 

3. Pandai Ambil Kesempatan

 

Bagi mereka, setiap peluang perlu direbut dengan pantas tanpa mengambil kira sama ada ia hak orang lain atau tidak. Kalau tidak, masakan muncul kisah tunang dirampas, suami diambil wanita lain dan sebagainya.

 

4. Suka Mengongkong

 

‘Queen control’ inilah gelaran paling sinonim dengan wanita sedemikian. Mereka suka mengawal semua pergerakan pasangannya, dengan siapa suami keluar, balik jam berapa dan macam-macam lagi. Suami yang mendapat isteri begini dikatakan sering menjadi bahan jenaka jika sanak saudara berkumpul.

Cuba bayangkan, ketika sedang minum di kedai mamak bersama rakan lelaki, isteri menelefon menyuruh anda balik segera sedangkan teh tarik baru saja terhidang. Suami mana yang tidak stres. Wanita ini bersikap demikian kerana cemburu dan tidak mahu suami mempunyai wanita lain.

 

5. Mahu Sempurna

 

Sikap wanita yang mahukan kesempurnaan juga merimaskan. Bagi mereka, setiap perbuatan orang lain adalah salah dan hanya mereka saja yang betul. Malah bagi mereka, tiada orang lain yang sempurna kecuali mereka. Bayangkan jika anda mempunyai isteri begini, alamatnya makan hatilah selama bersama.

 

6. Selekeh

 

Jangan ingat lelaki saja yang selekeh tetapi ada juga wanita yang tidak tahu menjaga penampilan diri. Bagi mereka, cukup berkain batik saja bila di rumah atau memakai baju kaftan seharian walau pun suami ada di rumah. Sebaiknya, biar tidak cantik tetapi pandai menjaga penampilan diri.

Begitu juga halnya dengan wanita yang tidak mempedulikan apa kata-kata orang tentang penampilannya itu, ia juga bahaya. Mereka tidak dapat membuat penilaian tentang diri sendiri selain mengabaikan cakap-cakap orang tentang mereka juga.

 

7. Suka Mengharap

 

Ada sesetengah wanita yang tidak mampu membuat sebarang keputusan untuk diri mereka dan terlalu mengharapkan orang lain memberikan jawapan bagi diri mereka. Biasanya wanita begini kalau ditinggalkan suami, hidup mereka lebih merana kerana terlalu mengharap.

 

8. Terlalu Cemburu

 

Lebih teruk lagi jika cemburu buta. Wanita ini biasanya akan menyerang pasangan sebelum sempat memberi penjelasan. Cemburu ini biasanya akan menjadi perosak kepada sebuah perhubungan. Malah ada yang sanggup memutuskan perhubungan kerana tidak sanggup berdepan dengan kerenah wanita cemburu.

 

9. Tidak Berhati-hati

 

Bayangkan, apabila anda tidak berhati-hati dalam setiap perbuatan dan kata-kata, ia tentu saja akan melukakan hati orang lain.

 

 

 
%d bloggers like this: