airmien

sesuatu tentang kehidupan

Jika Isteri Menangis Di Hadapanmu Mac 5, 2011

Filed under: Relationship — airmien @ 6:27 pm
Tags:

Jika isteri menangis di hadapanmu….

“hargailah dia sebelum terlewat…”

 

Jika seorang isteri menangis di hadapanmu,

itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

 

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,

Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

 

Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu,

selamanya!

 

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,

kecuali di depan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

 

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,

hanya jika dia sangat menyayangimu.

 

Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

 

Wahai kaum ku bergelar suami,

jika seorang isteri pernah menangis keranamu,

tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.

 

Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu

sepanjang hidupmu di saat kau terperuk terlalu dalam …

 

Wahai suami-suami, jika seorang isteri menangis keranamu,

tolong jangan mensia-siakannya. Mungkin, kerana keputusanmu,

kau merosakkan kehidupannya.

 

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu.

Lihatlah jauh ke dalam matanya.

 

Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ?

 

Di sebalik KELEMBUTANnya dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN dan CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak-anaknya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU, dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pada orang-orang yang dikasihinya. ..

Dia mampu TERSENYUM di sebalik KESEDIHANnya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

 

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana satu perkara…

Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

 

 

Advertisements
 

8 Perkara Lelaki Kurang Senang Dengan Perempuan Mac 3, 2011

Filed under: Relationship — airmien @ 8:26 pm
Tags:

 

 

1. Perempuan Yang Berpura-pura Sopan-santun dan Lemah-lembut

Lelaki lebih suka akan sikap semula jadi terhadap perempuan itu sendiri dan ia lebih menambat hati.

 

2. Perempuan Yang Suka Mengkritik Kaum Sejenis Terutama Dari Segi Penampilan

Kononnya mereka lebih anggun dari perempuan lain. Lelaki sebenarnya tak kisah pun mengenai fesyen perempuan asalkan kemas dan menarik pun dah cukup.

 

3. Cemburu Dengan Pasangan Sendiri

Kerana kelebihan yang ada padanya (lelaki). Contohnya, kekasih anda sendiri cemburu dengan anda sebab anda kerja  lebih besar darinya. Habis, lelaki mesti la kerja besar kan. Nak sara keluarga nanti bila dah kahwin. Nak kereta besar, rumah besar.

 

4. Mahu Kekasih Menghabiskan Masa Dengan Mereka

Perkara ini sedikit sebanyak mengganggu privasi kaum lelaki. Lebih teruk apabila ada perempuan yang suke memasang spy daripada orang yang rapat dengan kekasihnya.. Ada sampai dalam akaun facebook dan telefon bimbit pun dia nak tau apa yang ada.

 

5. Emosi Yang Tak Terkawal.

Mana tidaknya kalau ada masalah dengan kawan sekerja, habis lelaki pun kena. Apa cerita?

 

6. Shopping Sampai Kiamat

Ini satu lagi tabiat yang lelaki kurang senang dengan perempuan,kalau bershopping sampai tiada hujungnya. Shopping tu boleh tapi jangan la sampai keterlaluan. Duit kena la pandai guna. Jangan ikutkan nafsu sangat.

 

7. Suka Membebel

Kalau nk bercakap boleh tapi jangan la tak jumpa lampu merah langsung. Ini boleh buat kekasih anda melarikan diri tau. Silap-silap kena sakit jantung jadiknya..

 

8. Merajuk Tak Tentu Pasal

Jangan la mencabar keegoan lelaki sangat. Lelaki ada banyak lagi benda nak fikir daripada asyik nak memujuk wanita. Sekali sekali takpe la. Jangan sampai dia cari yang lain.

 

 

 
%d bloggers like this: