airmien

sesuatu tentang kehidupan

Wahai Orang Yang Lembut Hatinya September 15, 2011

Filed under: Relationship — airmien @ 6:31 pm
Tags:

Teristimewa buatmu yang pernah hadir dihatiku..

Walaupun kita tak pernah bertemu, namun hadirmu selalu menemaniku..

Sebelum ini belum pernah aku mencoretkan sesuatu untukmu..

Aku tak berani ungkapkan rasa itu..

Tetapi tak tahu kenapa hati ini teringin menulis sesuatu untukmu..

Walaupun kamu tidak tahu rasa itu,

aku akan tetap menunggu…

 

Wahai orang yang lembut hatinya..

Entah dari mana aku mulai menyusun kata – kata untuk mengungkap segala sedu – sedan dan perasaan yang ada didalam dada. Saat kau baca coretan ini, anggaplah aku ada di hadapanmu dan menangis, kerana rasa kasihku padamu.

 

Wahai orang yang lembut hatinya..

Hadirmu tiada ku duga. Pertemuan denganmu tiada pernah ku kira. Semua itu adalah sebuah rahsia. Pastinya Allah ada rencana untuk kita semua. Sedikit pun aku tak mengenalmu bahkan namapun ku tak tahu. Pertama kali pertemuan itu telah buat aku suka padamu.

 

Wahai orang yang lembut hatinya..

Walaupun kau tak sesempurna harap,  namun entahlah aku tertarik padamu. Hati ini tak mungkin dapat berbohong rasa ini walaupun aku hanya mampu menyimpan dihatiku

Namun hadirmu selalu ku tunggu.

 

Wahai orang yang lembut hatinya..

Sejak aku kehilangan rasa aman dan kasih sayang serta merasa sendirian tiada memiliki sesiapa, kecuali Allah. Kaulah orang pertama datang memberikan ku rasa simpatimu dan kasih sayangmu. Aku tahu kau telah menitiskan airmata untukku ketika orang lain tidak mempedulikan ku..

 

Wahai orang yang lembut hatinya..

Ketika orang-orang disekitar ku  tidak peduli dan bosan dengan apa yang menimpa diriku, tetapi kau tidak. Kerana orang yang ikhlas tidak pernah mahu mengingat kebajikan yang telah dilakukannya. Aku hanya ingin mengungkapkan apa yang saat ini berada dalam  jiwa…

 

Wahai orang yang lembut hatinya..

Sebenarnya aku tidak layak pun untuk menulis semua ini untukmu. Tetapi rasa hormat dan cintaku padamu yang setiap detik membesar didalam dada terus memaksa. Aku sebenarnya merasa tidak  layak mencintaimu tetapi apa yang mampu dibuat oleh makhluk yang daif  seperti ku ini.

 

Wahai Orang yang lembut hatinya..

Adakah aku salah menulis semua ini? Segalanya menderu di dalam dada dan jiwa. Sudah lama aku menanggung nestapa. Hatiku selalu kelam oleh penderitaan. Aku merasa kau datang dengan seberkas cahaya kasih sayang. Belum pernah aku merasakan rasa cinta pada seseorang sekuat rasa cintaku padamu. Aku tidak ingin menganggu dirimu dengan kenistaan kata-kata  yang tercoret dalam bingkisan ini. Jika ada yang bersalut dosa, moga Allah mengampuni.

Aku mengharapkan kau menjadi milikku suatu hari nanti. Semoga  Allah memperkenankan doaku.

Maafkan aku andai apa yang aku tulis ini membuatkan sesetengah orang tidak menyukainya, maafkan aku..

Ku harap kasih sayangmu dapat menyembuhkan luka ku. Ku harap kesetiaanmu akan kekal terpatri dalam jiwamu, walaupun aku masih ragu akan semua itu, tetapi semuanya aku serahkan pada sang pemilik hati ini..

 

Advertisements
 

Ciri-ciri Suami Manja September 11, 2011

Filed under: Relationship — airmien @ 1:38 pm
Tags:

1. Melalui bertentang mata

Jika suami anda merenung tepat ke arah mata anda, ini menunjukkan suami minat terhadap anda. Jadi si isteri janganlah mengalihkan pandangan pula tetapi teruslah membuat jelingan mata yang menawan terhadap suami anda.

2. Jika marah

Jika si isteri sedang marah dan tiba-tiba si suami memujuk dan memeluk erat mesra isterinya, ini petanda bahawa si suami sangat menyayangi isterinya. Jadi, banyakkan berbuat begini ye. Jikalau si isteri sedang marah(api), suami patut menyejukkannya dengan belaian mesra.

3. Dia tunjuk minat kepada perkara yang anda suka

Misalnya jika dia tahu anda suka tengok cerita yang romantik, dia akan berikan pendapat cerita-cerita romantik yang dapat dilihat bersama. Memang romantis suami begini.

4. Suka mengusik dan berjenaka

Suami kerap mengusik anda. Jangan risau kerana ianya ingin menarik perhatian anda untuk disayangi dan dimanjai.

5. Bercakap lembut

Kalau seorang suami ini minat akan anda, dia akan bercakap dengan lebih lembut dan mesra dengan anda. Yang pasti ini sikapnya yang sangat romantis. Jika anda si isteri, apalagi masa inilah untuk bermanja dengannya.

Berbahagialah dan beruntunglah jikalau isteri mempunyai suami yang begini. Kepada mereka yang mempunyai  ciri-ciri suami di atas, hargailah dan banyakkanlah wujudkan hubungan mesra suami isteri.

 

 

Petua Untuk Memilih Pasangan Hidup September 9, 2011

Filed under: Relationship — airmien @ 3:24 pm
Tags:

Kebanyakan daripada rumah tangga runtuh yang bermasalah sejak hari pertama tidak lain tidak bukan adalah kerana kedua-dua orang yang terlibat tersalah pilih pasangan. Pilihan pasangan hidup anda adalah lebih penting dari apa jua yang anda lakukan untuk membahagiakan rumah tangga anda. Bunyinya seperti mudah sahaja dilakukan, tetapi anda akan terkejut dengan peratusan orang yang tidak sabar  melangsungkan perkahwinan sehingga mereka tidak menumpukan masa dan usaha yang diperlukan untuk membuat keputusan yang baik. Jika anda ingin memastikan perkahwinan yang memuaskan dan berkekalan, hayatilah petua berikut:

 

TEMPUH MASA PERKENALAN

– Kajian menunjukkan bahawa pasangan yang telah berkenalan selama 2 tahun atau lebih, lebih berpuas hati dengan perkahwinan berbanding pasangan yang berkenalan dalam jangka masa yang lebih pendek. Apabila pasangan bersedia mengambil keputusan yang melibatkan perkahwinan selepas hanya berkenalan selama beberapa bulan, keputusan itu kebanyakannya lebih berdasarkan khayalan dan kurang berdasarkan hakikat .

 

MEMILIH PASANGAN SENDIRI

– Orang sering memilih pasanagn semata-mata untuk menggembirakan orang lain – ayah, ibu atau kerana orang menyuruh mereka berkahwin. Tetapi amat penting agar orang yang hendak kahwin itu sendiri gembira denagn pilihannya. Keputusan anda hendaklah dibuat berasaskan keperluan dan impian anda sendiri. Anda juga patut mendengar pendapat sahabat handai dan kaum keluarga dengan teliti, tetapi jangan sampai biarkan orang lain memilih pasangan hidup anda.

 

HARAPAN YANG TIDAK WAJAR TENTANG PERKAHWINAN

– Kebanyakan rumah tangga gagal kerana tidak mendapat apa yang mereka impikan sebelum berkahwin. Ramai lelaki dan wanita memasuki alam perkahwinan dengan sangkaan bahawa pasangan mereka akan memenuhi semua keperluan mereka dan  perasaan romantik mereka semasa bercinta akan kekal abadi. Sebenarnya rumah tangga yang bahagia memerlukan begitu banyak usaha, kesabaran dan ketabahan.

 

MASALAH KEPERIBADIAN DAN TINGKAH LAKU

– Keperibadian dan tingkah laku tidak akan hilang apabila anda berkahwin. Jika terdapat ciri-ciri keperibadian dan tingkah laku pasangan anda yang menimbulkan persoalan, seperti cemburu, panas baran, tidak bertanggungjawab, tidak jujur dan degil, tanya diri sendiri samaada anda sanggup untuk menghabiskan masa anda sehingga ke akhir hayat untuk menangani masalah ini. Nyata sekali, jika pasangan yang dalam pertimbangan itu menghadapi masalah dadah, kaki botol dan sebagainya, anda sepatutnya memastikan masalah itu telah diselesaikan jauh lebih awal sebelum perkahwinan anda.

 

BANYAK PENGALAMAN HIDUP

– Pemilihan pasangan hidup melibatkan ramalan tentang bagaimana anda berdua akan hidup bersama, sepanjang tahun-tahun akan datang. Pengalaman di sini bukan bermaksud usia .Pengalaman yang dilalui tidak bergantung dengan usia seseorang. Pengalaman lelaki dan wanita mengharungi susah dan senang bersama, amat bermakna dalam perhubungan. Jika boleh, harungilah waktu-waktu susah dan senang bersama pasangan anda. Misalnya melalui lalu lintas yang sesak, jalan-jalan kampung yang becak . Dari situ  dia akan menunjukkan siapa dirinya yang sebenarnya.

 

BAYANGKAN ORANG YANG INGIN ANDA KAHWINI

– Bayangan ini tidak anda sedari pada umumnya, namun ia amat mempengaruhi anda. Bayangkan dengan jelas sifat-sifat orang yang ingin anda kahwini. Fikirlah dengan panjang dan mendalam tentang beberapa faktor – penampilan, kepintaran, pendidikan, kerohanian dan sebagainya. Pemikiran bawah sedar (sub-concious mind) anda boleh menghantui sesuatu hubungan. Berpeganglah pada bayangan anda ini.

 

PASANGAN YANG BERSIFAT SEAKAN-AKAN DIRI ANDA

– Pasangan yang mempunyai terlalu banyak perbezaan sifatnya, akan memerlukan usaha yang lebih untuk memastikan rumahtangga yang dibina kekal bahagia. Lebih banyak memerlukan toleransi dan pemahaman. Tidak ramai pasangan mampu bertindak sebegini.

 

MEMPUNYAI CITA-CITA YANG SEIRING

– Jika orang yang anda kahwini bercita-cita jauh lebih rendah atau lebih tinggi daripada anda, mungkin anda berdua akan kecewa. Masalah akan timbul jika anda berusaha mendaki puncak kejayaan, tetapi pasangan anda telah berpuas hati dengan apa yang telah anda berdua miliki. Perbezaan sifat mungkin menarik hati ketika sedang melamar, tetapi ia akan menyebabkan banyak kekecewaan sepanjang perkahwinan.

 

KEBOLEHAN BERKOMUNIKASI

– Kebolehan berkomunikasi amat penting demi kebahagian rumah tangga. Kesejahteraan perkahwinan bergantung kepada tahap komunikasi suami isteri. Adalah penting kedua- dua pasangan menguasai kemahiran bertutur dan mendengar. Banyak rumah tangga hancur kerana masing-masing tidak pandai menyatakan hasrat masing-masing dengan cara yang boleh diterima oleh pasangannya. Hasrat dipendam tanpa komunikasi berkesan.

 

KEBOLEHAN MENYELESAIKAN PERTELINGKAHAN

– Setiap pasangan perlu tahu yang mereka berkemampuan untuk menyelesaikan pertelingkahan sebelum mereka berkahwin. Jika pasangan tidak tahu cara yang berkesan untuk menangani perselisihan pendapat antara mereka, rumah tangga mungkin akan runtuh. Banyak rumah tangga runtuh kerana suami-isteri tidak tahu menangani perbezaan diri mereka berbanding sebab-sebab lain. Amat perlu menilai kemahiran perdamaian masing masing sebelum berkahwin.

 

 
%d bloggers like this: