airmien

sesuatu tentang kehidupan

Bercakap Pasal Cinta Januari 28, 2012

Filed under: Relationship — airmien @ 6:33 pm
Tags:

Bercakap pasal cinta,
Apa yang saya faham tentang CINTA?

 
Cinta adalah satu amanah yang mesti dipenuhi apabila kita telah melafazkannya.
Apabila saya melafazkan, Saya mencintai kamu dan ingin bernikah dengan kamu,
ia bermakna lafaz cinta itu adalah satu amanah yang mesti dipenuhi.

 

Islam menyediakan ruang pernikahan sebagai sebuah apresiasi cinta, amanah cinta melalui pernikahan adalah kita sebagai suami bersaksi untuk setia menjadi ketua keluarga untuk membimbing isteri dan anak-anak ke arah keredhaan Allah.

 

Ingatlah, setiap lafaz cinta bukan MAIN-MAIN , ia melibatkan seluruh kehidupan anda. kerana cinta itu AMAT BERMAKNA.

 

Berani bercinta, berani bernikah.
Berani bercinta, berani mempersiap diri menjadi pasangan suami dan isteri.
Berani bercinta, berani memikul tanggungjawab sebagai pelengkap antara satu sama lain.

 

ilmi-islam.com

 

 

Aku Tinggalkan Cinta Januari 26, 2012

Filed under: Relationship — airmien @ 1:57 am
Tags:

Aku tinggalkan cinta buat seketika,
masa untuk kita siapkan diri..
Jangan pernah takut pada jodoh,
ia sudah tetap,
tak akan berubah pemilik rusukmu…

 
Tunggu aku
jika perlukan aku..
Jika Tuhan mengizinkan,
aku akan menjagamu seumur hidupku..

 

Jaga diri…

 

 

Diari Januari 14, 2012

Filed under: Relationship — airmien @ 3:19 am
Tags:

Si isteri terjumpa diari arwah suaminya..

 

Satu-satu tulisan suaminya dibaca, hingga satu kalimat ini..

“Melihat dirimu buat hatiku lapang, jiwa tenteram tika senyuman kau ukirkan, menggenggam jari jemarimu buat ku bertambah sayang, mengucup dahimu buat ku rindu terbayang-bayang, gesel hidungku dengan hidungmu buat ku tertawa tika keseorangan…Isteriku, aku cintakan dirimu seperti mula kau ku nikahi hingga akhir nyawaku.Selamat ulang tahun perkahwinan kita sayang…Ku tak pernah berhenti mencintai dirimu.”

Lantas bercucuran air matanya tanpa henti..

 

Pakar Diari Hati di Facebook

 

 

Patung Beruang Putih Januari 9, 2012

Filed under: Relationship — airmien @ 7:30 pm
Tags:

Shizuka: Awak ,  saya nak cincin hubungan kita.

Nobita: Untuk ape ? Malas la.  Awak, petang ni kita jumpa tempat biasa okay.

Shizuka: Hurm .. Yelah.

Nobita : Awk , cuba tutup mata awak . Saya nak bagi hadiah . Istimewa hanya untuk awak tau. Harap awak suka.

Shizuka: Hadiah? Okay .

Nobita: Okay. Ha, cuba tengok disini. Saya belikan patung beruang putih untuk awak .

Shizuka : Awak ! Saya tak nak patung beruang . Saya nak cincin hubungan kita ! ( sambil membaling patung beruang itu di jalan raya )

Nobita pun terus berlari dan mendapatkan patung itu balik dan berada dalam pelukannya. Tiba tiba sebuah bas meluru dengan laju ke arah Nobita dan badannya di gilis sehingga Nobita tidak berdaya untuk bergerak.  Muka Nobita berlumuran darah. Lalu Shizuka menjerit ketakutan . Dalam keadaan yang bergegas,  Shizuka mengambil patung di tangan yang dibasahi oleh darah Nobita. Tiba tiba patung itu berkata … ‘You .. see in my pocket.. ‘ dan terlihatnya satu cincin yang sangat cantik. Dan patung itu terus berkata.. ”Will you marry me ??” Di saat itu, terjatuhnya air mata Shizuka tetapi sudah terlambat untuk menyesal.  Kerana Nobita sudah pun pergi untuk selama-lamanya .

 

Wahai Adam Januari 4, 2012

Filed under: Relationship — airmien @ 1:19 am
Tags:

‎’Wahai Adam, jangan pernah segan menegurku bila aku salah di matamu. Kerana sesungguhnya Allah membentuk hatiku dari daging yang paling lembut agar ku mudah tersentuh dengan segala nasihat. Mataku begitu mudah menangis dengan sentuhan sedikit saja. Namun ingatlah adam, aku hawa dari tulang rusukmu yang paling bengkok, maka fitrahku memang untuk bengkok, maka jgn memaksa untuk meluruskanku, kerana kau akan menemukanku patah,sekali ku patah tak akan mampu kau sambung lagi. Namun, jangan pula membiarkanku terus dalam keadaan bengkok, tapi cubalah meluruskanku dengan hikmah dan bijaksana. Maka kau pun akan menemukanku lurus bahkan mampu mengukuhkanmu..’

 
“Hendaklah kamu menasihati para wanita dengan sebaik mungkin, kerana sesungguhnya wanita itu dijadikan daripada tulang rusuk, sesungguhnya bahagian yang paling bengkok pada tulang itu ialah yang di sebelah atasnya; apabila kamu mahu meluruskannya patahlah ia, dan sekiranya kamu membiarkannya kekallah ia dalam keadaan bengkok. Oleh itu tolonglah kamu nasihati para wanita dengan sebaik-baiknya.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim dan Abu Hurairah)

 

 

Ciri-ciri Seorang Lelaki Yang Baik Januari 2, 2012

Filed under: Relationship — airmien @ 1:09 am
Tags:

(1) Seorang lelaki yang baik akan cuba berusaha untuk membantu anda dalam keadaaan apa sekalipun, walaupun sebenarnya mereka tidak mampu untuk membantu anda. Mereka akan berusaha untuk menenangkan anda, membuatkan anda berasa selamat atau sebagainya tidak kira dimana anda berada pada ketika itu. Lelaki yang baik juga tidak mementingkan diri sendiri.

 

 

(2) Mereka tidak kisah untuk menasihati dan juga menyatakan pandangan mereka mengenai diri anda.Segala kebaikan atau keburukan akan dibincangkan. Selain daripada itu, lelaki yang baik juga akan mengakui kesalahan yang telah dilakukan oleh mereka, cuba menyelesaikan masalah itu dan juga berusaha tidak akan mengulanginya. Ini dapat mewujudkan situasi dimana pasangan bebas untuk menyuarakan pandangan atau pendapat masing-masing.

 

 

(3) Mereka akan tetap menghormati anda walaupun pada situasi itu anda berdua sedang mengalami percanggahan pendapat atau perselisihan faham. Lelaki yang baik juga tidak akan sesekali merendahkan martabat anda sebagai wanita dalam apa keadaan sekalipun.

 

 

(4) Seorang lelaki yang baik tahu bagaimana untuk melakarkan senyuman pada wajah anda apabila berada dalam keadaan sedih, risau dan sebagainya.

 

 

(5) Mereka tidak sombong dan juga merendah diri. Selain daripada itu, lelaki yang baik juga tidak akan sesekali memandang rendah pada kemampuan diri anda. Mereka akan memberi sokongan terhadap apa sahaja yang anda lakukan dan yakin bahawa anda juga boleh berjaya.

 

 

(6) Lelaki yang baik akan berusaha untuk memperbetulkan kesilapan anda dan tidak akan sesekali mengubah siapa diri anda yang sebenar. Mereka akan menerima anda seadanya.

 

 

(7) Mereka tahu untuk menilai betapa berharganya diri anda dan tahu untuk memberikann sejauh manakah layanan yang terbaik yang perlu anda terima. Ia adalah seorang ciri lelaki yang baik.

 

 

(8) Lelaki yang baik tahu apakah kekurangan diri mereka yang memerlukan penambahbaikan dan komited untuk melakukannya.

 

 

(9) Seorang lelaki yang baik juga amat peka terhadap maklumbalas anda, apa yang anda katakan dan juga apa yang anda rasa.

 

 

(10) Mereka tidak akan sesekali melupakan diri anda walaupun telah berjaya. Segala sokongan dan motivasi yang pernah anda berikan amat mereka hargai. Ini adalah ciri seorang lelaki yang baik.

 

 

 

 

2011 in review: Terima Kasih Buat Semua Pengunjung Januari 1, 2012

Filed under: Uncategorized — airmien @ 12:19 pm
Tags:

The WordPress.com stats helper monkeys prepared a 2011 annual report for this blog.

Here’s an excerpt:

The concert hall at the Syndey Opera House holds 2,700 people. This blog was viewed about 41,000 times in 2011. If it were a concert at Sydney Opera House, it would take about 15 sold-out performances for that many people to see it.

Click here to see the complete report.

Sharing Is Caring. Itulah yang admin terapkan di dalam blog ini. Sesuatu yang baik tidak harus disembunyikan dan boleh disebarkan kepada orang lain jika ianya mendatangkan kebaikan kepada semua. Sesuatu yang boleh mengubah dari ‘kosong’ kepada ‘berilmu’ dan memberi manfaat kepada semua.

 

Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua.

 

 
%d bloggers like this: