airmien

sesuatu tentang kehidupan

Cukuplah Mei 10, 2012

Filed under: Relationship — airmien @ 2:54 am
Tags:

Aku tidak mampu mencintaimu seluas lautan biru

Kerana aku takut aku akan kelemasan dan tidak sampai

Menuju ke arahmu di pulau bahagia.

 

 

 

Aku tidak mampu mencintaimu setinggi bulan dan bintang

Kerana aku takut disambar petir di antara langit dan bumi

Tatkala menghampirimu di atas sana.

 

 

 

Aku berdoa kepada Tuhan agar aku diberi kekuatan

Untuk mencintaimu seperti hujung jari kerana kuku kekal tumbuh

Walaupun dipotong ianya tetap akan tumbuh walaupun perlahan.

 

 

 

Image

 

Lihatlah Dengan Mata Hati Mei 7, 2012

Filed under: Relationship — airmien @ 10:57 pm
Tags: ,

Lihatlah dengan mata hati ke arah pasangan masing-masing. Kenangkan apakah sesuatu yang terbaik yang pernah dilakukan oleh dia walaupun dia berkali-kali menafikan apa yang pernah dilakukannya adalah yang paling baik anda dapat sebelum ini.

 

 

Lihatlah dengan mata hati ke arah pasangan masing-masing. Kenangkan jasa yang telah dilakukan oleh dia selama anda berada di bawah, semasa tiada seorang pun sudi mengangkat anda tatkala anda jatuh tersungkur seorang diri.

 

 

Lihatlah dengan mata hati ke arah pasangan masing-masing. Kenangkan apa bantuan yang diberikan tatkala anda kesempitan di kala orang lain tidur dan lena diulit mimpi, semasa anda menangis akan kegelapan malam.

 

 

Lihatlah dengan mata hati ke arah pasangan masing-masing. Kenangkan akan tangan yang menyeka air mata pipi tatkala anda menangis kesakitan semasa bencana datang dan orang lain sibuk dengan urusan masing-masing.

 

 

Lihatlah dengan mata hati ke arah pasangan masing-masing. Kenangkan akan keadaan di mana anda di dalam kemurungan, tiada teman untuk berbicara dan dia hadir tanpa dipinta dan tetap bersama walau anda berkali-kali menghalangnya untuk bersama bagi menghilangkan kemurungan anda.

 

 

Lihatlah dengan mata hati sebelum dia melangkah pergi untuk selama-lamanya mengadap Tuannya Yang Kekal Abadi.

 

 

Image

 

 
%d bloggers like this: