airmien

sesuatu tentang kehidupan

Ramadhan Sebagai Suami Isteri Julai 26, 2013

Filed under: Relationship — airmien @ 7:18 pm
Tags:

Ramadhan pertama buat pasangan suami isteri yang baru mendirikan perkahwinan amat bermakna kerana masing-masing saling kejut pasangan masing-masing untuk bersahur bersama.

Mungkin ada juga pasangan yang romantik, masak bersama-sama suami dan isteri di dapur. Kemudian akan bersahur bersama-sama hasil masakan yang telah dimasak sebelum ini.

Ianya sangat digalakkan kerana ianya dapat juga mengeratkan kasih sayang di antara suami dan isteri.

Image

Advertisements
 

Hubungan Sesama Manusia Julai 1, 2013

Filed under: Relationship — airmien @ 12:50 am
Tags:

Hubungan di antara manusia tidak boleh diadakan berdasarkan kecantikan, ketampanan dan kepandaian di dalam akademik semata-mata.

Adapun kecantikan, ketampanan dan kepandaian di dalam akademik tidak akan kekal lama kerana ianya bersifat sementara sahaja.

Kecantikan dan ketampanan akan terhakis, berkurangan berkadaran dengan masa dan perubahan zaman. Begitu juga dengan kepandaian seseorang di dalam bidang akademik, pencapaian mereka mungkin tidak sama di antara pasangan kerana bidang dipelajari dan diambil tidak sama. Tambah lagi jika sesuatu musibah yang mungkin menimpa seperti kemalangan di mana berlaku hentakan yang kuat di bahagian kepala akan menyebabkan memoriakan terhapus.

Pemilihan pasangan hendaklah berdasarkan siapa diri kita dan siapa diri dia yang sebenar. Tidak perlu berpura-pura dan berlakon di hadapan mereka dan jadilah diri kita sendiri tanpa perlu menjadi orang lain. Apabila kita berlakon untuk mengambil hati orang lain, sebenarnya ia akan menyebabkan diri kita yang bertindak sebagai pelakon ini akan terseksa dan memakan diri kita sendiri. Perasaan sakit hati, dendam dan segala yang tidak baik terutama yang melibatkan psikologi akan berlaku kepada kita. Kita hendak orang lain menghormati, mengasihi dan menyayangi kita dari apa yang ada pada kita dan bukan dari apa yang kita lakonkan.

Image

 

 
%d bloggers like this: