airmien

sesuatu tentang kehidupan

Petua Untuk Jadi Isteri Kesayangan Suami. Disember 31, 2013

Filed under: Uncategorized — airmien @ 1:31 am
Tags:
BUAT
 
  1. Jaga makan dan minum suami dengan ikhlas. Apabila ikhlas, masakan yang dimasak si isteri dirasakan amat sedap dan enak. Maka, tak perlulah si suami makan di luar. Juga boleh mengelakkan suami ‘makan luar’!.
  2. Jaga keterampilan diri sendiri dan kebersihan diri dari sudut dalaman dan luaran. Jangan selekeh dan pastikan badan dan mulut bebas daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan. Hal ini, banyak kalangan isteri yang terlepas pandang.
  3. Jaga pakaian dan barangan suami dengan baik dan kemas. Pastikan pakaian yang hendak dipakai suami sudah tersedia diseterika dan digantungkan untuk dipakai si suami sebaik sahaja selesai mandi. Sesekali tidak menjadi kesalahan untuk si isteri membutangkan baju suami kerana kadang-kala suami suka dimanja seperti anak-anak yang kecil.
  4. Jika berkesempatan, sarungkanlah stoking dikaki suami. Jangan merasa diri seolah-olah orang gaji bila melakukan kerja ini. Sebenarnya suami amat menghargai kesanggupan isteri yang sebegini walaupun dia tidak pernah menyatakannya kepada si isteri.
  5. Jaga tempat tidurnya. Pastikan bilik tidur kemas dan teratur serta harum. Layanlah suami seperti raja ketika di bilik tidur. InsyaAllah, suami tidak akan beralih hati kepada wanita lain.
  6. Jadilah pendengar yang setia di saat si dia meluahkan sesuatu kepada kita dan pandanglah hingga ke anak matanya.
  7. Jaga kata-kata bila berbicara dengannya. Luahkan kata-kata yang berlapik dan sopan walaupun kita sendiri berada dalam situasi yang tegang.
  8. Berilah kata-kata pujian kepada si suami walaupun si dia tidak pernahpun memuji-muji diri kita.
  9. Sentiasa mengukir senyuman yang manis dan ikhlas walaupun hati kita pahit menelan ujian.

 


JANGAN BUAT
 
  1. Jangan malas untuk:- i-buat kerja rumah -ii- masak -iii- layan suami -iv- berhias diri dan kebersihan diri.
  2. Jangan sesekali mengeluarkan kata-kata kesat dan tuduhan kepada suami. Perbuatan ini boleh membuatkan suami tawar hati kepada anda.
  3. Jangan membebel dan bermasam muka kepada suami.
  4. Jangan cemburu buta. Kawal emosi anda untuk jadi tenang. Sebaiknya bincangkan dengan berhemah.
  5. Jangan asyik nak menangkan diri sendiri apabila berlaku perselisihan faham. Sebaik-baiknya apabila suami marah, si isteri diamkan diri dan begitu juga si suami, kalau isteri marah..si suami diamkan diri..kalau dua-dua marah..sebab itu banyak kes-kes yang tidak diingini berlaku akibat perbalahan yang tidak dikawal.
  6. Jangan sesekali menceritakan ketidakpuasan hati kita terhadap suami sewenang-wenangnya kepada orang lain atau memburuk-burukkan suami baik di depan mahupun di belakangnya. Perkara  ini bukan sahaja berdosa bahkan menyebabkan hilang terus rasa kasih suami terhadap si isteri.
  7. Jangan sesekali memperlekehkan suami tentang apa jua kekurangannya. Isteri yang baik sentiasa memberi sokongan  jitu kepada suami yang dicintai.
  8. Jangan bergurau secara berlebihan apabila bersama suami kerana dikhuatiri akan melampaui batas kerana kadang-kala, hati suami boleh terguris dan terasa dengan cara gurauan kita yang berlebih-lebihan.
  9. Jangan asyik meminta-minta dengan cara memaksa atau macam order makan di Mc D. Gunakanlah diplomasi yang baik apabila anda mahukan sesuatu daripada suami. 
  10. Seperkara lagi, janganlah si isteri suka mengambil barang dulu tanpa izin suami. Tiba-tiba apabila hendak bayar, panggil suami untuk selesaikan semua bayaran.  Ingat! Banyak lelaki pantang dengan cara yang sebegini.

 

Image

Advertisements
 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s