airmien

sesuatu tentang kehidupan

Di Sebalik Rahsia Cinta September 29, 2015

Filed under: Relationship — airmien @ 1:00 am

Pertemuan ini bagaikan terbuka
Satu rahsia di dalam rahsia
Ketika kita sama di kota cinta
Kenikmatan pengabdian yang suci

Dan di waktu itu kau dan aku satu
Berlindung di dalam kebesaran
Tiada kenal erti perpisahan
Penuh restumu oh Tuhan…
Dan kini kita terbuang di awangan
Terpisahlah dari kenyataan
Lalu ada yang terlupa pada perjanjian
Kerna leka dengan kepalsuan
Tersesat kita dalam perjalanan
Kau dan aku kini bertemu kembali
Menunaikan perjanjian sejati
Dalam suka duka jauh terpisah
Terbukalah rahsia cinta

Kau dan aku kini bertemu kembali
Menunaikan perjanjian sejati
Dalam suka duka jauh terpisah
Terbukalah rahsia cinta.

Admin sangat tertarik dengan lirik daripada kumpulan Metropolitan. Tema berkenaan hubungan di antara dua pasangan lelaki dan perempuan. Seperti yang kita ketahui, ianya juga ada kaitan juga dengan Nabi Adam AS dan isterinya Hawa.

Asalnya di dalam syurga dan akhirnya mereka terpisah setelah melakukan kesalahan. Masing-masing dipisahkan antara satu sama lain setelah diturunkan ke bumi.  Setelah pencarian sekian lama, akhirnya mereka dipertemukan semula. Kisah Adam dan Hawa ada diceritakan di dalam Al-Quran sepertimana berikut;

Allah swt berfirman :

“Kami kisahkan kepada kamu, sebaik-baik kisah” (Yusuf:3)
“(Ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat: “Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia daripada tanah. Maka apabila telah Aku sempurnakan kejadiannya dan Ku tiupkan kepadanya roh(ciptaan)Ku; maka hendaklah kamu tersungkur dengan bersujud kepadanya” (Shad: 71 – 72)
“Dan ketika Kami katakan kepada Malaikat: “Sujudlah kalian kepada Adam, maka Malaikat pun segera sujud, kecuali Iblis ia abai, maka Kami katakan: “Wahai Adam sesungguhnya ini (Iblis) adalah musuh bagi kamu dan isterimu, maka janganlah sekali-kali ia mengeluarkan kalian berdua dari surga hingga kamu sengsara” (Thaha: 116-117)
“Apa yang menghalangimu hingga kamu tidak sujud ketika Aku perintahkan kepadamu”. Iblis berkata, “Saya lebih baik dari Adam, saya diciptakan dari api sedangkan Adam diciptakan dari tanah” (al – A’raf:12)
“Dan Kami berfirman,”Hai Adam, diamilah oleh kamu dan isterimu surga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik di mana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang zalim. Lalu keduanya digelincirkan oleh syaitan dari syurga itu dan dikeluarkan dari keadaan semula dan Kami berfirman: “Turunlah kamu! Sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain dan bagi kamu ada tempat kedamaian di bumi, dan kesenangan hidup sampai waktu yang ditentukan” (al Baqarah; 35 – 36)
“Maka syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya apa yang tertutup dari mereka iaitu auratnya dan syaitan berkata: “Tuhan kamu tidak melarangmu dari mendekati pohon ini, melainkan supaya kamu berdua tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi orang yang kekal dalam syurga”. “sesungguhnya saya adalah termasuk orang-orang yang memberi nasihat”. (al-A’raf: 20-21)
“Maka syaitan memujuk keduanya (untuk memakan buah itu), dengan tipu daya, tatkala keduanya telah merasai buah kayu itu, nampaklah bagi keduanya aurat-auratnya, dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun surga. Kemudian Tuhan mereka menyeru mereka: “Bukankah Aku telah melarang Kamu berdua daripada pohon kayu itu dan Aku katakan kepadamu:”Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu berdua. Adam berkata: “Ya Tuhan Kami, Kami telah berbuat aniaya terhadap diri Kami, kerananya jika Engkau tidak memberi pengampunan dan rahmat kepada kami tentulah Kami tergolong orang-orang yang zalim” (al-A’raf: 22-23)
“Dan derhakalah Adam kepada Tuhan dan sesatlah dia. Kemudian Tuhannya memilihnya (menjadi nabi) maka Dia menerima taubatnya dan memberinya petunjuk” (Thaha: 121 – 122)
“Kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, maka Allah menerima taubatnya karana Allah Maha menerima taubat dan Maha Pengasih” (al-Baqarah: 37)

Demikian adalah sedikit sebanyak yang telah diambil daripada Al-Quran buat tatapan dan peringatan kepada kita semua. Sesungguhnya, syaitan itu adalah musuh yang nyata.

Wassalam.

Gambar dari DeviantArt

Advertisements
 

Abang, kenapa Balik Lambat? September 21, 2015

Filed under: Uncategorized — airmien @ 12:27 am
Tags:

“Abang, kenapa balik lambat?”

“Maafkan abang sebab balik lambat. Abang belum selesai kerja dekat pejabat. anak-anak dah tidur?”

“Dah abang. Mereka tunggu abang balik dari kerja. Kesian tengok mereka tunggu ayah dia di meja makan. Katanya nak makan bersama.”

“Kesian abang dengan mereka. Nanti hujung minggu ini abang nak bawa mereka keluar bersiar-siar. Kita pun dah lama tak keluar bersama-sama.”

“Baiklah abang. Nanti sayang bagitahu mereka esok. Mesti mereka seronok.”

Airmien Kata: Bekerja perlu untuk sara anak isteri tetapi masa berharga bersama keluarga juga penting.

keluarga islam

Kekeluargaan itu perlu. Gambar dari muslimmatters.org

 

Kita Kawan Sampai Syurga September 18, 2015

Filed under: Relationship — airmien @ 7:16 pm
Tags:

Kita kawan sampai syurga. Itu janji.

Ungkapan ini sering diluahkan tetapi sampai bila?

InsyaAllah jika niat ikhlas dan seiring sejalan dengan kita, dia tetap akan bersama hingga ke Syurga.

Jika kandas, tidak mengapa kerana kita telah berusaha.

Sama-sama kita berazam, berusaha untuk mencapainya.

Usaha + Doa + Tawakal.

Selebihnya serahkan kepada Allah, Dialah yang mengaturkan segala-galanya.

lelaki

 

 
%d bloggers like this: