airmien

sesuatu tentang kehidupan

Kisah Suami Isteri 2 Oktober 9, 2015

Filed under: Relationship — airmien @ 7:43 pm

Al-Kisah Suami Isteri

Isteri : Abang, nanti breakfast sayang yang masakkan untuk abang ya.

Suami : Eh, mana boleh. Sayang abang ni kan penat, asyik sayang je masakkan untuk abang. Kali ini abang nak sayang rehat. Bagi abang pula yang buat untuk sayang.

Isteri : Boleh percaya ke abang ni? Hari tu sayang suruh potong kuku ayam, abang potong dengan pengetip kuku. Lain yang suruh, lain pula abang buat.

Suami : Abang kan pembersih orangnya? Okey, sayang pergi mandi, bagi segar badan tu. Kali ini, biar chef yang uruskan. Abang nak buat Roti Bakar.

Isteri : Okey. Sayang pergi mandi dulu.

Si suami pergi ke dapur dan pasang Toaster dengan gaya lagak seorang chef tanpa melihat ke kiri dan kanan sebelum memasukkan roti ke alat tersebut.

Tidak berada lama kemudian, sesuatu yang luar jangkaan berlaku. Sepantas kilat si suami berlari ke bilik dan mencapai minyak wangi.

Si isteri selesai mandi dan menuju ke dapur. Berkerut dahinya kerana kehairanan.

Isteri : Abang masak apa ni? Kenapa wangi semacam je dapur kita?

Suami : Ala, abang kan chef yang suka wangi-wangi ni. Abang masuk ke bilik dulu ya. Penat la jadi chef ni. Masakan yang abang buat ada bawah tudung saji.

Sepantas kilat si suami berlalu ke bilik sambil senyum meleret ke pipi.

Isteri tersenyum sambil membuka tudung saji. Terduduk si isteri melihat masakan suaminya.

“Abang, kenapa hangus roti ni?!!”

Si suami ketawa mengekek di dalam bilik.

roti hangus

 

Kisah Suami Isteri 1 Oktober 7, 2015

Filed under: Relationship — airmien @ 3:06 am

Al-Kisah Suami Isteri.

Isteri: Abang, tolong sayang potong ayam. Sayang nak masak Ayam Goreng Berempah.

Suami: Baik. Mana ayamnya? Bahagian apa yang nak abang potong?

Isteri: Tolong potong kuku ayam. Sayang nak pergi angkat pakaian kat ampaian.

Isteri berlalu pergi mengangkat pakaian. Suami menolong isteri di dapur. Tidak lama kemudian isteri masuk ke dapur sambil menjerit.

Isteri: Abang, buat apa tu!

Suami: Potong kuku ayam. Tadi kan suruh potong kuku ayam? Abang buat la.

Isteri pitam di dapur.FB_IMG_1444158266007

 

 
%d bloggers like this: