airmien

sesuatu tentang kehidupan

Ramadan Bersama Pasangan Jun 20, 2016

Filed under: Relationship — airmien @ 4:04 pm
Tags:

Apa khabar hati pasangan masing-masing semasa bulan penuh keberkatan ini? Adakah semakin sayang atau sebaliknya? Apapun diharapkan agar pasangan dapat memainkan peranan masing-masing.

Sengaja dipilih pada pertengahan bulan puasa kerana masing-masing sudah melalui separuh bulan puasa terutama bagi pasangan suami isteri. Sebelum ini berseorangan, namun kali ini sudah berdua dan tidak lama lagi akan bertiga dan seterusnya.

Apa khabar iman kita selama ini? Adakah semakin kukuh atau sebaliknya menghadapi dugaan sebagai pasangan suami isteri? Apapun diharapkan agar kerukunan hidup berumahtangga dapat dijaga. Adalah lebih baik sekiranya tidak ada campurtangan orang luar yang tidak memahami apa yang berlaku tetapi dengan kehadiran mereka membuatkan rumahtangga berantakan.

Akhir kalam, jagalah hati pasangan masing-masing kerana mereka adalah ayah atau ibu kepada anak-anak.

 

 

 

 

image

Separuh Puasa

Gambar dari sini

Advertisements
 

 
%d bloggers like this: