airmien

sesuatu tentang kehidupan

Suami Yang Tidak Layak. Ogos 2, 2016

Filed under: Relationship — airmien @ 11:57 am
Tags:

Suami sebagai ketua keluarga memainkan peranan yang penting di dalam mengendalikan keluarganya sendiri. Namun, apakah yang menyebabkan seseorang itu tidak layak bagi mengetuainya?

Lelaki yang memukul isteri walau apapun sebabnya tidak layak menjadi suami kepada mana-mana wanita. Wanita yang dipukul oleh suami, usahlah beralasan sayang pada si lelaki dayus yang memukul anda sehingga anda membiarkan mereka terlepas tanpa membuat laporan polis.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِيْنَ إِيْمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا وَخِيَارُكُمْ خِيَارُكُمْ لِنِسَائِهِمْ خُلُقًا
“Orang yang imannya paling sempurna diantara kaum mukminin adalah orang yang paling bagus akhlaknya di antara mereka, dan sebaik-baik kalian adalah yang terbaik akhlaknya terhadap istri-istrinya”

[HR At-Thirmidzi no 1162, Ibnu Majah no 1987 dan dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam As-Shahihah no 284]
Lelaki adalah pemimpin dan juga pelindung wanita bukannya menggunakan kekuatan fizikal untuk memukul berapa. Anda fikir anda kuat kerana berjaya memukul isteri? Sebenarnya anda lemah kerana gagal mengawal emosi diri.
Jika tidak dapat menjalankan tugas yang sepatutnya, adakah masih perlu dianggap sebagai ketua yang bertanggungjawab?
Renung-renungkan.

Gambar diambil dari sini

Advertisements
 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s