airmien

sesuatu tentang kehidupan

Menghilangkan Sihir Pemisah November 9, 2016

Filed under: Relationship — airmien @ 12:53 am

Sihir pemisah (sebagaimana yang telah ada di dalam post ini ) adalah di antara sihir yang digunakan bertujuan untuk memisahkan di antara pasangan suami dan isteri. Walaupun mungkin digunakan atas alasan-alasan yang lain, tetapi tujuan atau peranan utama sihir ini ialah memisahkan hubungan suci yang telah dijalinkan antara suami dan isterinya sendiri.

 

Dalil yang membenarkan wujudnya sihir pemisah ini ialah:

“Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui”. (Surah al-Baqarah ayat 102)

Manakala dalil dari hadis Nabi s.a.w pula:

Dari Jabir r.a. berkata: Rasulullullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Iblis meletakkan singgahsananya di atas air, kemudian ia mengirim pasukannya. Serendah-rendah mereka adalah yang paling besar dalam melakukan godaan/gangguan. Seorang dari mereka berkata,Aku telah melakukan perkara ini dan itu”, maka berkata Iblis, “Kamu tidak melakukan apa-apa”, Kemudian seorang lagi datang dan berkata, “Aku tidak meninggalkannya (manusia) sehingga aku pisahkan antara suami dan isterinya”, Iblis berkata, “Ya, kamulah (yang betul hebat)”. – RiwayatMuslim

Berdasarkan dua dalil di atas, jelaslah bahawa sihir pemisah ini sememangnya wujud sejak dari zaman dahulu lagi.

Tanda-Tanda Terkena Sihir Pemisah

Tanda-tanda pasangan suami isteri yang telah terkena sihir pemisah ialah:

  • Keadaan berubah secara tiba-tiba; dari sayang dan cinta kepada benci.

  • Perasaan rasa benci yang tersangat tanpa ada sesuatu sebab yang jelas samada ianya berpunca dari pihak suami atau isteri, ataupun datangnya dari kedua-duanya sekali.

  • Perasaan pada diri suami melihat wajah isterinya sangat buruk padahal sebelum ini wajah isterinya dipandang cantik. Begitu juga dengan si isteri melihat wajah suaminya seakan-akan bengis seta menakutkan.

  • Rasa was-was syaitan di dalam hati isteri terhadap suaminya; timbul rasa takut dalam hati isteri kalau-kalau suaminya ingin menyakiti dan mencederakannya.

  • Kebencian kedua belah pihak yang disihir ke atas tempat yang didiami. Contohnya apabila sisuami berada di rumah isteri akan merasa tertekan dan kepanasan. Tetapi apabila suami tiada bersama di rumah, hati isteri tadi bertukar menjadi tenang.

  • Kerap berlakunya selisih faham yang membawa kepada pertengkaran di mana kadang-kadang kedua-dua pihak tak tahu apa sebabnya atau disebabkan perkara yang remeh temeh. Dan kadang-kadang anak-anak menjadi penyebab berlakunya ketegangan rumahtangga.

Cara Sihir Pemisah Dihantar & Medium Yang Digunakan

Antara medium yang digunakan untuk menjayakan sihir ini adalah menggunakan barang-barang yang berkaitan dengan mangsa seperti gambar atau pakaian, air atau minyak yang telah dijampi dan dicalitkan kepada mangsa atau diletakkan di laluan lokasi mangsa selalu kunjungi. Juga boleh dimasukkan ke dalam makanan yang mangsa terkadang-kala tidak menyedarinya.

Sebenarnya apa yang digunakan diatas hanya lah hiasan luar yang digunakan oleh pengamal sihir untuk mengaburi mata pelanggan-pelanggan mereka.  Pengamal sihir ini sebenarnya menggunakan jin-jin dalam simpanan atau belaan meraka sebagai pengantara ilmu sihir mereka. Apabila pengamal sihir tersebut mahu menghantar sihir kepada seseorang, pengamal sihir ini sebenarnya menghantar jin-jin yang telah membuat ikatan taat setia kepada pengamal sihir tersebut. Maka, jin-jin yang dihantar itu memasuki tubuh badan si mangsa dan mereka inilah yang melakukan kerosakan-kerosakan dalam badan manusia. Jin-jin tersebut akan mempengaruhi pemikiran, emosi dan nafsu manusia untuk melakukan perkara-perkara yang dihendaki oleh pengamal sihir tadi.

Rawatan Untuk Sihir Pemisah

Yang paling penting untuk kita lakukan dalam melawan sihir ini adalah usaha menjauhkan diri dari bahaya sihir itu sendiri sebelum terjadi. Cara yang paling penting dan bermanfaat ialah penjagaan dengan melakukan dzikir yang disyari’atkan, membaca do’a dan ta’awwudz sesuai dengan tuntunan Rasulullah ‘Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Nabi mengajarkan kepada  Ibnu Abbas: “Wahai anak, jagalah Allah (selalu ingat Allah dalam hatimu), tentu Allah akan menjagamu…” (Hadist Sohih riwayat Imam Turmudzi)

Selain di atas, antara ayat-ayat al-Quran yang boleh dijadikan amalan untuk melawan sihir pemisah ini ialah seperti di bawah:

  • Surah Al-Baqarah ayat 165 hingga 186, baca 3 kali selepas solat Maghrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

  • Surah Al A’raaf  ayat 146 hingga 159, baca 3 kali selapas solat Subuh atau siang hari dan mohon doa kepada Allah s.w.t

dandelion-sunset

Advertisements
 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s