airmien

sesuatu tentang kehidupan

Terima Kasih Isteriku Mei 3, 2017

Filed under: Relationship — airmien @ 6:23 pm

Seorang lelaki ( 20 tahun umur ) yang telah gagal melanjutkan pelajarannya, telah dinikahkan oleh orang tuanya dengan seorang gadis pilihan keluarga yang ada pertalian keluarga.



Untuk memberi nafkah kepada isterinya , dia ditawarkan menjadi seorang guru sementara sekolah rendah dan mulai mengajar . Disebabkan oleh kerana tidak mempunyai sebarang latihan mengajar, beliau gagal dalam tugasan dan ditamatkan kontraknya.

Setibanya di rumah , si isteri cuba menenangkannya dengan berkata: –

“Banyak ilmu di dalam kepala abang , akan tetapi tidak ada seorang murid pun yang boleh menadahnya. Tidak perlulah abang bersedih kerana hal ini. Mungkin ada pekerjaan lain yang lebih sesuai untuk abang.”

Dia terus mencuba pekerjaan yang lain namun begitu jugalah hasilnya. Kontrak ditamatkan.

Si isteri merenung wajah suaminya dan berkata: 

“Kecekapan seseorang itu berbeza beza, mereka yang sudah bekerja bertahun tahun lamanya, manakan boleh disamakan dgn abang , bagaimana abang hendak menjadi cekap seperti mereka dalam tempoh masa yang terdekat.”

Dia terus mencuba lagi dengan pelbagai pekerjaan, namun hasilnya masih tidak berhasil. Semuanya menemui kegagalan.

Namun demikian, setiap kali dia pulang dengan patah semangat, si isteri yang setia terus memberikan kata kata perangsang dan tidak pernah sedikit pun mengeluh. 

( Saya sangat menghormati isteri ini ) 

Bila sudah berumur 30 tahun dan punya anak kecil, dia mendapat pekerjaan sebagai seorang pembimbing di Pusat Komuniti masyarakat setempat.

Di situ juga, sambil menjadi pembantu pembimbing, dia turut membuka sebuah kedai menjual alat dan peralatan pembelajaran dan lama kelamaan berhasil membesarkan perniagaan tersebut.

Akhirnya dia dilantik menjadi seorang pembekal tetap dan kini tidak susah lagi.

Pada suatu pagi, dia yang sekarang sudah berjaya, bertanya kepada isterinya;

“Sayang, kenapakah dahulu ketika masa abang sedang susah, sayang tetap begitu percaya kepada abang, walaupun abang dah berkali kali gagal?” 

(Jawapan dari isteri boleh membuatkan kita menangis terharu)

Jawab si isteri;

“Sebidang tanah yang tidak sesuai ditanam padi , boleh dicuba untuk ditanam serai. Jika serai pun tidak boleh tumbuh, boleh dicuba lagi dengan tanam cabai pula. Jika cabai pun tidak menjadi maka semaikanlah pula dengan sayur sayuran , kerana pada sebidang tanah itu pasti ada tumbuh tumbuhan yang sesuai untuknya , dan kita hanya perlu berani mencuba untuk mencari tanaman yang bersesuaian dgn nya.”

Mendengar penjelasan si isteri , menitislah air mata dari kelopak matanya kerana rasa terharunya dengan keyakinan dan sokongan yang begitu kuat , serta ketabahan dan kasih sayang si isteri yang begitu mendalam terhadapnya selama ini.

MORAL CERITA INI

Di dunia ini tidak ada seorang pun yang menjadi sekadar sampah merempat, akan tetapi seseorang itu hanyalah perlu berusaha untuk mencari tempat yang tepat dan sesuai utk diri nya.

Ini lah intisari cerita kehidupan tersebut :-

1. Orang yang tidak tahu menghargai sesuatu , biarpun diberi segunung emas tidak akan boleh merasai kenikmatanya.
2. Orang yang tidak boleh bertolak ansur langsung , lama kelamaan akhirnya akan bersendirian juga.
3. Orang yang tidak tahu bersyukur kepada Allah , tidak akan merasai apa itu kepuasan dan keberkatan di dalam hidupnya.
4. Orang yang tidak bekerjasama dengan orang lain , seberapa giat usahanya sekalipun , tidak akan mendapatkan hasil yang terbaik.

 

Wanita Pengguni Neraka Mei 1, 2017

Filed under: Relationship — airmien @ 10:10 am
Tags: , , ,

Wanita yang tidak mensyukuri kebaikan suaminya adalah wanita calon penghuni neraka. Rasululullah shallallahu’alaihiwasallam bersabda,
“أُرِيتُ النَّارَ فَإِذَا أَكْثَرُ أَهْلِهَا النِّسَاءُ، يَكْفُرْنَ. قِيلَ: “أَيَكْفُرْنَ بِاللَّهِ؟” قَالَ: “يَكْفُرْنَ الْعَشِيرَ، وَيَكْفُرْنَ الْإِحْسَانَ، لَوْ أَحْسَنْتَ إِلَى إِحْدَاهُنَّ الدَّهْرَ ثُمَّ رَأَتْ مِنْكَ شَيْئًا قَالَتْ: مَا رَأَيْتُ مِنْكَ خَيْرًا قَطُّ”.
 “Aku pernah diperlihatkan neraka, ternyata kebanyakan penghuninya adalah wanita. Mereka kufur!. “Apakah maksudnya mereka kufur kepada Allah?” tanya seseorang. “Mereka kufur terhadap suami dan kebaikannya. Andaikan engkau telah berbuat baik padanya sepanjang masa, lalu suatu saat ia merasa sesuatu yang tidak enak, maka ia akan berkata, “Aku tak pernah merasakan kebaikan sedikitpun!” jawab beliau. HR. Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas radhiyallahu’anhuma.

 

 
%d bloggers like this: