airmien

sesuatu tentang kehidupan

Ayam Panggang Bermadu Mei 13, 2019

Filed under: Relationship — airmien @ 2:44 pm

Bahan-bahan:
1kg kepak ayam
1 senduk besar minyak bijan
2 senduk besar madu (kalau u suka manis, tambahkan lagi )
sedikit serbuk lada sulah (sesuka hati, siapa yang suka pedas, tambahlah lagi)
sedikit garam secukup rasa

Cara memasak:
Gaulkan ayam bersama madu, minyak bijan, serbuk lada sulah & garam hingga rata. Perapkan semalaman atau lebih dan selepas tu, boleh lah dipanggang ayam tu
atas tempat pemanggang.

Apabila siap, hidangkan.

Advertisements
 

Koktail Mei 8, 2019

Filed under: Relationship — airmien @ 1:26 pm

Bahan – bahan :

1tin susu cair
1tin susu pekat
1tin fruit koktel
1bungkus sumi
1bekas nata de coco
1tin laici
Air gula(jika nak lagi manis)

Boleh tambah buah-buahan segar yang lain jika nak kelainan.

Caranya

Campurkan semua bahan dan letakkan ais untuk sejukkannya.

 

Tom Yam Putih Ala Thai Mei 7, 2019

Filed under: Relationship — airmien @ 4:45 pm

Resepi Tom Yam Putih Ala Thai ❤️❤️

Bahan-bahan:
1/4 ekor ayam..(dipotong kecil)

3 ekor sotong..(dipotong bulat)

6 ekor udang besar…

3 batang serai..(dititik)

2 ulas bawang putih (ketuk)

½ bawang besar (potong)

6 helai daun limau purut…(dikoyakkan sedikit)

1cm lengkuas…(dihiris)

3 bawang kuning/ bawang kuning…(dibelah 4)

5 biji cili api..(dititik sedikit)

1 biji tomato (belah 4)

Carrot sedikit

Cendawan tiram sedikit

Bunga kobis sedikit

Beberapa sudu perahan jus dari 4 biji limau nipis(mengikut selera masing-masing)

Garam,gula,serbuk perasa.

Cara membuat:

Masukkan air 8 cawan, ayam, bawang putih, bawang besar, bawang holland, serai, lengkuas dan cili api ke dalam periuk. – Rebus semuanya hingga mendidih.

Setelah agak-agak ayam masak..(lebih kurang 5-7minit)

Masukkan sotong, udang dan daun limau purut…

Selepas itu masukkan semua sayuran.

Setelah mendidih…masukkan garam dan serbuk perasa…

Tutup api dab masukkan perahan limau…sedia dihidangkan…

Selamat mencuba

Kredit : Nurul Syafiqah Izzati

 

Air Ketira Mei 6, 2019

Filed under: Relationship — airmien @ 1:29 pm

Dan ini pula bahan untuk buat air Kathira

Bahan A : kisar :-
1. Kurma
2. Kismis
3. Almond (buang kulit)

Bahan B : Rendam Semalaman :-
1. Biji selasih
2. Bunga kembang semangkuk
3. Kathira / getah anggur

Bahan C : Sirap :–
(Masak dengan api sederhana)
1. Gula pasir
2. Gula batu
3. Daun pandan (simpulkan)
4. Air secukupnya
5. Esen rose
6. Pewarna hijau

Bahan D : Lain-lain :-
1. Kiub ais
2. Susu sejat
3. Ice-cream soda (air soda)
4. Air kosong secukupnya (bergantung kepada kepekatan sirap). Kalau sirap sekadar secukup rasa, tak perlu tambah air lain, dan inilah memberikan rasa yang terbaik

Chara2-nya

1. Masukkan sirap dalam jug / punch bowl
2. Tambah bahan D. Kacau.
3. Setelah cukup rasa, tambah bahan A dan B.
4. Sedia untuk dinikmati.

 

 
%d bloggers like this: