airmien

sesuatu tentang kehidupan

Stik Black Pepper April 30, 2020

Filed under: Relationship — airmien @ 10:10 am


Bahan-bahan:


1/2 kg daging (sebaik-baiknya batang pinang)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu teh lada hitam biji (boleh juga ganti dengan 1/2 sudu teh lada serbuk, tapi rasanya kurang oomph!)
1 batang lobak merah (dihiris menyerong setebal 1/2 inci)
1/2 cawan kicap manis
1 cawan air
1 ulas bawang besar (dihiris membulat setebal 1/4 inci)
1/2 cawan cendawan butang (kalau yang sebiji-sebiji tu, belah dua. Kalau yang dah siap hiris, tak payah buat apa-apa lagi dah)
1 biji buah tomato (dibelah 4 atau 6)
1/2 sudu teh tepung jagung dicampur dengan 2 sudu besar air (untuk memekatkan kuah)
1/2 sudu teh gula atau secukup rasa
2 sudu besar minyak masak

Cara memasak:

  1. Daging dihiris lebar dan setebal 1/2 inci. Bersihkan dan ketepikan.
  2. Kisar halus bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam.
  3. Masukkan daging, bahan dikisar, lobak merah, kicap manis dan air ke dalam periuk yang dalam.
  4. Masak atas api sederhana / kecil sehingga daging empuk (pastikan kuahnya tak kering dan tambah air, jika perlu).
  5. Sementara daging dimasak, goreng bawang besar hingga layu. Angkat dan ketepikan. Ulangi langkah ini dengan buah tomato.
  6. Apabila daging dah empuk, masukkan bawang besar dan tomato berserta minyaknya, cendawan butang, campuran tepung jagung dan gula secukup rasa.
  7. Masak atas api kecil selama 3 – 5 minit lagi.
  8. Siap untuk dihidang.
    Tips:
    Stik ini enak dimakan bersama “garlic toast” dan french fries.
Gambar Hiasan Dari Sini
 

Udang Masak Serai Wangi April 29, 2020

Filed under: Relationship — airmien @ 10:10 am


Bahan-bahan:
600 gm udang harimau – digoreng setengah masak
4 batang serai
100 gm cili kering
100 gm bawang merah
100 gm cili merah
70 gm bawang putih
70 gm halia muda
3 sudu besar pati asam jawa
30 gm belacan bakar
100 gm pati santan
Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:

  1. Kisar halus serai, cili kering, bawang merah, cili merah, bawang putih dan halia muda.
  2. Tumis hingga wangi dan masukkan air asam jawa dan sedikit santan cair.
  3. Masak atas api sederhana hingga kuah pekat
  4. Masukkan pati santan dan udang.
  5. Masak hingga naik bau.
 

Ikan Siakap Kukus April 28, 2020

Filed under: Relationship — airmien @ 10:10 am


Bahan-bahan:


1 ekor ikan siakap sederhana besar
3 sudu besar sos tiram
2 susu besar sos cili
2 susu besar sos tomato
1 sudu gula
4cm halia – dimayang
3 ulas bawang putih – dimayang
3 ulas bawang besar – dimayang
3 tangkai daun sup(saderi)
1/2 biji limau nipis
garam secukup rasa

Cara memasak:

  1. Cuci ikan dan belah dua jangan sampai putus lumur garam dan gula (kurangkan jika tak suka manis).
  2. Masukkan ikan dalam pinggan bujur, tabur bahan yang dimayang tadi.
  3. Tuang ketiga-tiga sos tadi.
  4. Kukus selama 10minit (hingga masak). tabur hirisan daun sup tadi dan perah limau diatasnya.
Gambar Sekadar Hiasan.
 

Gulai Tempoyak Ikan Kembung April 27, 2020

Filed under: Relationship — airmien @ 10:10 am

Bahan-bahan: 

1 kg ikan kembung (dipotong dua) 

1 ikat taugeh kasar 

1 cawan tempoyak 

1 batang serai

10 biji cili padi 

Serbuk kunyit 

Garam 

Cara memasak:

1. Masukkan ikan yang telah dicuci ke dalam periuk bersama cili padi yang telah dikisar dan serai yang telah dititik.

2. Tempoyak dibancuh dengan sedikit air supaya tidak terlalu pekat. 

3. Masukkan serbuk kunyit dan garam 

4. Apabila mendidih, masukkan taugeh. Sedia untuk dihidang.

Contoh Gambar
 

Ketam Masak Bertelur April 26, 2020

Filed under: Relationship — airmien @ 3:23 am

Bahan-bahan: 

2 ekor ketam yang agak besar (dibuang kulit yang keras tu dan dibelah dua.) 

3 sudu sos tiram 

3 sudu sos cili 

3 sudu cili (yang dah diblend) 

7 ulas bawang merah 

1 ulas bawang putih (yang agak besar) 

sepotong halia 

sebiji telur 

garam sedikit

gula 

sedikit minyak untuk menumis 

bawang besar 

Cara memasak:

1. Tumbuk cili, bawang putih, bawang merah dan halia tumiskan sehingga bangkit baunya 

2. Masukkan secawan air 

3. MAsukkan ketam, tutup kuali sehingga 10 minit 

4. Masukkan segala sos, gula dan garam secukup rasa 

5. Bila semua dah nampak macam sebati, masukkan telur yang dah dipukul. 

6. Kacau cepat-cepat supaya telur tak berketul. 

 

Ikan Kerapu Masak Asam Manis April 25, 2020

Filed under: Relationship — airmien @ 10:10 am

Bahan-bahan A: 

1 ekor ikan kerapu 

120gram tepung jagung 

1 biji telur ayam 

Sedikit minyak (untuk goreng) 

Garam secukup rasa 

Bahan-bahan B: 

5 ulas bawang merah – dikisar 

5 ulas bawang putih – dikisar 

3cm halia 

1 batang serai – dititik 

1 helai daun pandan 

3 sudu cili sos 

1 sudu cili giling 

Sedikit kunyit hidup 

3 sudu tomato sos 

3 cawan air 

Sedikit cuka masak 

Garam secukup rasa 

Cara memasak:

1. Gaulkan bahan-bahan A dan B dan goreng hingga rangup. 

2. Untuk sosnya,panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang merah, halia, daun Pandan dan serai sehingga bau naik. 

3. Masukkan cili giling dan kunyit. Kacau sehingga naik minyak. 

4. Masukkan air, tomato sos, cili sos dan bahan perasa. Kacau sehingga mendidih. Tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng. 

5. Gorengkan bahan-bahan taburan dengan sedikit minyak ke atas hidangan tadi.Untuk hiasan: Bawang besar, cili merah, gree pepper, nanas dan timun.

Gambar Contoh Hidangan.
 

KETAM MASAK LEMAK CILI API April 23, 2020

Filed under: Relationship — airmien @ 10:10 am
Tags: , , ,

Bahan-bahan

– 250g ketam (dibersihkan)
– 7 biji cili hijau
– 1½ cawan santan kelapa yang di parut
– 1 keping asam gelugur
– ½ sudu kecil serbuk kunyit
– ½ sudu besar garam secukup rasa
– ½ sudu kecil perasa

Cara-cara memasak
1. Masukkan ketam ke dalam periuk, masukkan serai, cili hijau, santan, asam keping, garam secukup rasa, perasa dan kunyit .
2. Masak selama 5-7 minit.
3. Siap, angkat dan hidangkan.

Ketam Masak Lemak Cili Api
 

10 Jenis Sihir April 1, 2020

Filed under: Relationship — airmien @ 10:10 am


Terdapat berbagai jenis sihir yang di lakukan oleh masyarakat dunia. Jenis-jenis sihir ini juga bergantung kepada apakah tujuan sihir itu dilakukan.
.
Jika orang yang menghantar sihir itu ingin mangsanya samada lelaki atau perempuan itu terhalang jodohnya, maka sihir yang dihantar itu dikenali sebagai sihir penghalang jodoh.
.
Saya ingin kongsikan 10 jenis sihir yang biasa dituju dengan bertujuan untuk memusnahkan kerjaya atau kehidupan mangsanya.

1) Sihir Pemisah Suami Isteri

Sihir jenis ini telah dijelaskan berdasarkan dalil Al Quran di dalam Surah Al Baqarah Ayat 102, yang bermaksud:

“…Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah…”
Sihir jenis ini juga ada disebut di dalam hadis Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Dari Jabir r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesungguhnya Iblis telah meletakkan singgahsananya di atas air, kemudian dia mengutuskan tenteranya. Maka yang paling dekat kedudukannya diantara mereka kepadanya (Iblis) ialah yang paling besar fitnahnya. Salah seorang daripada mereka datang seraya berkata: Aku telah berbuat begini dan begini. Lalu Iblis menjawab: Kamu belum berbuat apa-apa. Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian salah seorang dari mereka datang seraya berkata: Aku tidak meninggalkannya hingga aku telah menceraikannya daripada isterinya. Kemudian Iblis mendekatkannya kepadanya seraya berkata: Ya kamu (baik). al-A’masy (perawi) berkata. Aku melihat Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian dia menjadi pembantu setianya”
Hadis riwayat Muslim: 5032
.
Diantara tanda tanda jika seseorang itu terkena sihir jenis ini ialah :

a. Perubahan tiba tiba dari cinta menjadi benci.
b. Berlaku keraguan antara suami dan isteri.
c. Enggan meminta maaf.
d. Membesarkan perselisihan faham walaupun penyebabnya kecil.
e. Pandangan yang buruk seorang suami terhadap isterinya dan sebaliknya.
f. Melihat pasangannya sangat hodoh. walalupun di mata orang lain isterinya itu sangat cantik.
g. Berlaku juga isteri melihat suaminya dalam keadaan wajah yang menakutkan.
h. Orang yang kena sihir pemisah akan merasa benci setiap perbuatan yang dilakukan oleh isterinya atau suaminya.
i. Orang kena sihir pemisah ini benci kepada suaminya ada di rumah. Contohnya isteri melihat suami di luar rumah seperti biasa, tetapi ketika masuk rumah, dia merasa amat benci.
.
2) Sihir Percintaan

Tanda-tanda sihir percintaan (guna-guna):
a. Gelora cinta yang membuak-buak/keterlaluan.
b. Sukar mengawal cintanya.
c. Rindu bayang yang berlebihan.
d. Patuh secara membuta tuli.
3) Sihir Pukau
Tanda-tanda jika seseorang telah terkena sihir jenis ini ialah:
a. Mereka melihat benda yang diam seolah-olah bergerak dan sebaliknya.
b. Melihat yang kecil menjadi besar dan sebaliknya.
c. Melihat sesuatu tidak sebagaimana yang sebenarnya, seperti melihat tali dan tongkat menjadi ular yang bergerak dan merayap ke arah Nabi Musa a.s.

4) Sihir Membuat Seseorang Menjadi Gila
Tanda-tanda jika seseorang telah terkena sihir ini ialah:
a. Jadi bingung/bodoh dan pelupa.
b.Cakap merapu.
c.Mata layu.
d.Tidak tenang pada satu-satu tempat. Sentiasa resah dan bergerak ke sana-sini.Tidak boleh diam setempat.
e.Tidak mampu meneruskan pekerjaan tertentu.
f. Pakaian selekeh. Tidak pedulikan penampilan diri.
g. Berjalan tidak tentu arah. tiada tujuan matlamat. Kadang-kadang suka tidur di tempat sunyi.
.
5) Sihir Membuatkan Seseorang Tidak Bermaya

Tanda-tanda mereka yang telah terkena sihir ini ialah:
a. Suka berseorangan.
b. Menutup/memencilkan diri sepenuhnya.
c. Diam berterusan.
d. Tidak suka bertemu orang.
e. Fikiran melayang.
f. Selalu pening.
g. Lesu dan tidak bermaya
6) Sihir Panggilan
Tanda-tanda jika seseorang itu terkena sihir jenis ini pula ialah:
a. Selalu mengalami mimpi ngeri.
b. Bermimpi mendengar suara-suara yang bercakap kepadanya dalam keadaan jaga tetapi tidak melihat orangnya.
c. Selalu was-was.
d. Selalu meragukan teman dan orang-orang yang dicintainya.
e. Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat tinggi.
f. Mimpi melihat haiwan mengejarnya.

7) Sihir Penyakit
Untuk sihir ini pula, mangsa yang disihir akan menderita penyakit tertentu. Sebagai contohnya jika disihir menjadi lumpuh, maka orang yang terkena sihir benar benar lumpuh. Sehinggakan doktor binggung kerana mengikut ilmu perubatan moden, tidak ada sebarang simptom yang menyebabkannya lumpuh.
.
Tanda-tanda seseorang yang menjadi mangsa sihir ini ialah:
a. Selalu sakit pada salah satu anggota badan.
b. Saraf tersumbat.
c. Lumpuh salah satu anggota tubuh.
d. Lumpuh menyeluruh.
e. Tidak berfungsi salah satu pancaindera.
.
8) Sihir Pendarahan

Sihir ini berlaku kepada wanita. Seorang tukang sihir menghantar jin kepada wanita yang hendak disihirnya. Jin itu diberi tugas untuk mengeluarkan darah dengan cara masuk ke dalam tubuh wanita tersebut dan berjalan di urat-uratnya bersama darah.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Syaitan berjalan di dalam tubuh manusia pada peredaran darah”
Sekiranya jin ini telah sampai ke otot yang ada di rahim wanita maka dia mengoyaknya sehingga otot tersebut mengalirkan darah.
Tandanya mudah untuk dikenali. Seorang perempuan yang terkena sihir ini akan mengalami masalah kedatangan haid yang tidak berhenti henti, ataupun tempohnya lebih panjang dari kebiasaan. Dan sebelum-sebelum ini masalah haid begini tidak pernah berlaku kepada dirinya
.
9) Sihir Menahan Pernikahan
Tukang sihir mengerjakan sihir dengan menugaskan satu atau beberapa jin supaya mendekati gadis yang menjadi sasarannya hingga dapat masuk kepadanya. Jin ini berhasil memasuki tubuh gadis tersebut dalam salah satu keadaan berikut:
a. Takut yang bersangatan.
b. Marah yang tidak terkawal.
c. Lalai berlebihan.
d. Di puncak gelora nafsu syahwat.
Jin tersebut akan melakukan satu antara dua:
Masuk ke dalam wanita tersebut lalu menyebabkan dia merasa benci kepada setiap calon suami yang mengemukakan lamaran kepadanya. Jin tersebut tidak boleh masuk lalu menyihir ‘menipu penglihatan’ dari luar lalu dibayangkan oleh kaum lelaki bahawa wania tersebut berwajah buruk kemudian membisikkan perkara ini kepadanya, dan hal yang sama juga dilakukannya kepada wanita tersebut.
Kemudian setiap lelaki yang telah mengemukakan lamarannya kepada wanita tersebut tidak mahu menerimanya sekalipun pada awalnya telah bersetuju, setelah beberapa hari lelaki tersebut mengembalikan lamaran, akibat bisikan syaitan kepadanya.
.
Tanda-tanda sihir menahan pernikahan:
a. Pening kepala yang berterusan, tidak berhenti sekalipun diberi ubat doktor.
b. Sesak di dada terutama setelah asar hingga tengah malam.
c. Melihat pelamar bermuka hodoh.
d. Banyak berfikir (fikiran melayang).
e. Selalu gelisah waktu tidur.
f. Selalu rasa sakit di perut.
g. Rasa sakit di tulang punggung bahagian bawah.
.
10)Sihir Mati Pucuk

(Alat Kelamin tidak berfungsi/Mati Pucuk)

Syaitan daripada sihir ini berpusat didalam otak lelaki,pastinya pada pusat rangsangan seksual yang mengirimkan isyarat-isyarat ke organ-organ peranakan,kemudian meninggalkan alat-alat peranakan tersebut bekerja sebagimana biasa.Apabila seseorang mendekati kepada isterinya dan ingin melakukan hubungan seksual,maka syaitan akan memberhentikan pusat rangsangan seksual kedalam otaknya,maka berhentilah isyarat-isyarat yang akan dikirim keseleruh organ-organ yang akan menghantarkan darah kedalam alat kelamin yang boleh menyebabkannya menjadi tegang.Pada saat itu darah akan kembali dari alat kelamin lelaki dengan cepat,maka alat kelamin itupun akan lemah dan mengendur.
Oleh kerana itu anda mendapati seseorang lelaki seperti biasa sahaja ketika bercumbu kasih dengan isterinya,atau hendak melakukan hubungan seksual,keadaan alat kelamin yang tegang,tetapi apabila sudah dekat dengan isterinya,alat kelaminnya akan melemah dan tidak boleh lagi untuk meneruskannya,kerana kita maklumi bahawa alat kelamin yang tegang pada lelaki merupakan unsur utama dalam sempurnanya proses hubungan seksual seperti yang kita ketahui.
Kadangkala kita mendapati lelaki yang memiliki dua isteri,ia terikat dengan salah satu dari keduanya,kerana syaitan sihir hanya memberhentikan fungsi pusat rangsangan seksual pada salah seorang sahaja dari dua isterinya itu.
.
11)Sihir Lemah Tenaga Batin

Perhubungan suami isteri yang memakan masa hanya seketika kerana mengambil masa yang lama untuk persediaan untuk melakukan hubungan.
.
Firman Allah S.W.T :
“Katakanlah,aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai subuh,dari kejahatan makhlukNya dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gelita dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada simpulan-simpulan (ikatan),dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki”
Surah Al Falaq Ayat 1-5
Wallahu Aklam

 

 
%d bloggers like this: