airmien

sesuatu tentang kehidupan

Kuzi Ayam Mei 23, 2020

Filed under: Relationship — airmien @ 10:10 am

Bahan-bahan

1ekor ayam
1 kilo bawang merah
1 tin susu cair
1 1/2 liter air tapis.
1 botol sos tomato del monte
1/2 tin kecil tomato puree
( atau ikut kesesuaian kemasaman yg disukai)
4 sudu rempah kuzi
2 inci kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawan, 2 biji pelaga hindi, 3 kuntum cengkih
3 sudu kismiss
1 paket zafron
2 inci halia
2 sudu buah badam/kacang tanah pun boleh.
Sedikit gula
Sedikit garam

Caranya

Potong ayam 20 ketul
Perap dgn halia tumbuk, garam dan zafran
Biarkan sejam.

Cara-cara Membuat

Hiris bawang merah, goreng dalam minyak bnyk jangan terlalu garing, bila nampak hampir kuning angkat. Bawang akan garing dengan minyak yang masih panas yang melekat pada bawang.
Toskan kemudia blend guna mesin kering.

Minyak yang sama, goreng ayam, kalau perlu tambah 2 sudu minyak sapi untuk elak ayam dari melekat. Goreng separuh masak, jangan garing.
Toskan,

Dalam minyak yang sama goreng kismis dan badam

Panaskan sedikit minyak baru dala. kuali lain, tumis kulit kayu manis dan lain-lain

Bancuh rempah kuzi dengan sedikit air.
Bila naik bau wangi bahan tumis tadi, masukkan rempah.
Kacau hingga sebati dan wangi. Guna api perlahan.
Bila wangi, matikan api.

Dalam periuk lain agak besar.

Masukkan susu cair, bawang goreng blend, tomato puree, sos tomato, air, kacau hingga tiada ketul.
Masukkaan rempah yang ditumis tadi dan kacau sebati.

Hidupkan api, masak hingga mengeleggak, bila wangi, masukkan ayam goreng.

Masukkan badam, garam, gula, kismiss.
Bole tambah gula dan garam jika perlu.
Biarkan sekejap atas api perlahan

Kredit : Kuzi Ayam Kelantan

Edit semula : Muhamad Helmi

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s