airmien

sesuatu tentang kehidupan

Nafkah Keluarga Sebagai Sedekah Disember 17, 2017

Nafkah Keluarga Itu Sedekah


عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا أَنْفَقَ الرَّجُلُ عَلَى أَهْلِهِ يَحْتَسِبُهَا فَهُوَ لَهُ صَدَقَةٌ


Daripada Abu Mas’ud dari Nabi SAW, baginda bersabda: “Apabila seseorang memberi nafkah untuk keluarganya dengan niat (ikhlas) mengharap pahala maka baginya adalah sedekah”. (HR Bukhari No: 53) Status: Hadis Sahih


Pengajaran:


1.  Setiap usaha dan pekerjaan seseorang untuk mencari rezeki yang baik dan halal adalah suatu tuntutan.


2.  Seseorang yang bekerja untuk menyediakan nafkah dan keperluan bagi keluarganya dengan ikhlas akan mendapat pahala seumpama sedekah.


3.  Muslim yang bekerja untuk menyara keperluan ahli keluarganya adalah sedekah


4.  Orang yang penat bekerja untuk mencari nafkah orang di bawah tanggungnya akan mendapat keampunan. 


مَنْ اَمْسَى كَالًّا مِنْ عَمَلِ يَدَيْهِ اَمْسَى مَغْفُوْرًا لَهُ


“Barangsiapa yang di waktu petangnya merasa penat lantaran pekerjaan kedua tangannya (mencari nafkah) maka akan diampuni dosa baginya.” (HR. Thabrani)


Advertisements
 

Perempuan dan Lelaki November 30, 2017

Filed under: Uncategorized — airmien @ 7:15 pm

Siapa Itu Perempuan dan Siapa Itu Lelaki
Perempuan..

senang dipujuk tapi susah memujuk,

senang moody tapi susah mengamuk,

senang berleter tapi susah marah,

senang jatuh hati tapi susah nak mencintai,

senang menangis tapi susah derita,

senang dimengerti tapi susah difahami.
Lelaki ..

susah untuk difahami tapi senang memahami,

susah untuk menyayangi tapi mudah mencintai,

susah untuk memarahi tapi mudah menegur,

susah untuk setia tapi mudah bertahan,

susah untuk menangis tapi mudah tersentuh.

 

Abang, kenapa Balik Lambat? September 21, 2015

Filed under: Uncategorized — airmien @ 12:27 am
Tags:

“Abang, kenapa balik lambat?”

“Maafkan abang sebab balik lambat. Abang belum selesai kerja dekat pejabat. anak-anak dah tidur?”

“Dah abang. Mereka tunggu abang balik dari kerja. Kesian tengok mereka tunggu ayah dia di meja makan. Katanya nak makan bersama.”

“Kesian abang dengan mereka. Nanti hujung minggu ini abang nak bawa mereka keluar bersiar-siar. Kita pun dah lama tak keluar bersama-sama.”

“Baiklah abang. Nanti sayang bagitahu mereka esok. Mesti mereka seronok.”

Airmien Kata: Bekerja perlu untuk sara anak isteri tetapi masa berharga bersama keluarga juga penting.

keluarga islam

Kekeluargaan itu perlu. Gambar dari muslimmatters.org

 

Nusyuzkah Aku Sebagai Seorang Isteri? Ogos 1, 2015

Filed under: Uncategorized — airmien @ 3:32 am

1) APAKAH PENGERTIAN NUSYUZ?

Suatu tindakan yang dilakukan oleh isteri yang dianggap menentang kehendak suami dengan tidak ada alasan yang munasabah menurut hukum syarak. Tindakan itulah dikira derhaka.

2) APAKAH TANDA-TANDA ISTERI NUSYUZ?

Di bawah ini dinyatakan beberapa gambaran yang menandakan seorang isteri itu nusyuz :

1. Suami telah menyediakan rumah kediaman yang sesuai dengan keadaan suami, tiba-tiba isteri tidak mahu berpindah ke rumah itu, atau isteri meninggalkan rumah tanpa izin si suami.

2. Apabila kedua suami tinggal di rumah kepunyaan isteri dengan izin isteri kemudian suatu masa isteri mengusir atau melarang suami memasuki rumah tersebut.

3. Apabila isteri musafir tidak bersama suami ataupun bukan bersama muhramnya (orang yang haram berkahwin dengannya) walaupun perjalanan yang wajib seperti pergi menunaikan ibadat haji, kerana perempuan yang musafir tanpa diiringi suami atau muhrimnya dianggap sudah melakukan satu perkara yang salah (maksiat).

4. Apabila isteri bermuka masam atau pun ia memalingkan muka, bercakap kasar dan sebagainya sedangkan suami berkeadaan lemah lembut, bermanis muka dan sebagainya.

3) APAKAH PERKARA-PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN APABILA ISTERI NUSYUZ?

Apabila suami melihat tanda-tanda yang menunjukkan isterinya itu nusyuz, hendaklah suami itu :

1. Menasihati dengan cara yang baik dan menerangkan kepadanya bahawa nusyuz itu adalah salah dan dikutuk oleh Allah serta memberitahunya bahawa isteri yang nusyuz boleh dipotong atau tidak diberi sara hidupnya, firman Allah :

Ertinya : Isteri yang kamu takuti kederhakaan mereka, maka berilah nasihat kepada mereka.

(Surah An-Nisa: ayat 34)

2. Jika nasihat itu tidak sedikitpun memberi kesan, maka hendaklah suami meninggalkan dari keseketiduran dengan isteri tersebut, sebagaimana firman Allah :

Ertinya : Dan tinggalkan dari seketiduran dengan mereka.

(sambungan ayat 34 surah An-Nisaa’)

Dari ayat ini dapat difahamkan bahawa Allah menyuruh suami-suami meninggalkan dari seketiduran sahaja, bukan meninggalkan percakapan, kerana meninggalkan percakapan lebih dari tiga hari adalah haram, bukan sahaja terhadap isteri-isteri malah terhadap orang lain juga berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

Ertinya : Tidak halal bagi seseorang muslim tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari tiga hari. Maksudnya, ialah bila berjumpa di antara satu sama lain, tetapi kalau tidak bertemuan, tidaklah diharamkan walaupun tidak bercakap bertahun-tahun lamanya.

3. Jika tidak seketiduran pun tidak memberi apa-apa kesan, malah isteri tersebut terus nusyuz, maka diharuskan bagi pihak suami memukul isteri tersebut dengan syarat pukulan itu tidak sampai mencederakan atau melukakan sebagaimana firman Allah :

Ertinya : Dan pukullah mereka (isteri).

(Sambngan ayat 34 surah An-Nisa)

Dalam peringkat yang akhir ini, harus dilakukan oleh suami sekiranya difikirkan dengan cara ini akan memberi kesan. Sebaliknya kalau difikirkan tidak akan memberi kesan, maka tidaklah harus dilakukan. Dalam hal ini, suami mestilah berhati-hati , supaya tidak terpukul di tempat-tempat yang mendatangkan bahaya seperti muka, perut dan sebagainya.

 

Apa Khabar Sayang? Jun 30, 2015

Filed under: Uncategorized — airmien @ 11:38 pm

Apa khabar sayang?

Ucapan itu mungkin biasa tapi tahukah anda ianya cukup bermakna bagi seseorang yang dirindui.

Hanya ucapan yang ringkas mungkin ianya tidak menjadi makna tetapi ianya mampu menceriakan hati yang gundah dan tidak keruan.

 

Tersentuh Hati Mei 7, 2015

Filed under: Uncategorized — airmien @ 11:08 pm

Paling membuatkan rasa tersentuh hati apabila seseorang itu mengakui kesilapan yang telah dia lakukan.

Jarang orang mengakui kesilapan dia. Jika ada, terimalah dia kembali dalam hidup.

Tidak menghukum tetapi menerima kembali dengan baik.

Rindu. Ya, rindu dekat dia.

Ambil dari page rasmi admin di FB:

Sesuatu Tentang Kehidupan.

Gambar kumbang dan bunga.

 

Cara Menjadi Isteri Yang Disayangi Januari 23, 2015

Filed under: Uncategorized — airmien @ 4:41 pm
Tags: ,

1. Tidak Beremosional

Seorang isteri yang bijaksana ialah yang cool. Walaupun kena marah pun steady. Bagaikan isteri Firaun, Asiah, siapalah yang tak kenal Firaun kat dunia ini? Namanya sentiasa disebut sepanjang zaman kerana kesombongan dek kerana kekuasaan yang tiada taranya di atas dunia ketika itu. Sampai sekarang pun Piramid pun dikagumi orang. Jika Asiah boleh bersabar dengan manusia Firaun itu, kenapa isteri-isteri sekarang ini sanggup mengeluarkan kata-kata yang penuh beremosional, padahal suami tak sampai suku Firaun pun? Suami belum habis cakap, isteri sudah mengeluarkan peluru mesingun. Drama-drama Melayu yang steorotaip dengan cerita-cerita suami bagai kerbau dicucuk hidung lebih memarahkan lagi keadaan. Telah ada isteri-isteri menarik telinga suami, bercekak pinggang dan sebagainya kerana pengaruh-pengaruh liar itu. Masya Allah!

2. Jujur dalam Berkata-kata dan Bertindak

Jangan membohongi suami dalam apa-apa perkara apa sekalipun. Kerana wajah yang berbohong akan nampak jua akhirnya.

3. Bertanggungjawab

Bertanggungjawab terhadap suami, dan anak-anak. Isteri yang tidak bertanggungjawab ialah isteri yang lupa apakah peranannya sebagai isteri. Jika telah lupa, taip saja apa tanggungjawab isteri. Taip kat Google. Kursus perkahwinan selama dua hari yang dijalankan sekarang tidak mencukupi sebagai bekalan untuk berumah tangga. Sepatutnya kursus ini dilanjutkan sehingga tiga bulan sekurang-kurang macam PLKN. Kes perceraian sekarang mencatatkan setiap 15 minit berlaku satu kes perceraian. Bayangkan!

4. Berjimat dan Bijak dalam mengatur Kewangan

Berlaku suami bagi duit RM 100 sehari, suami pun tanya, beli apa? Nampak barang yang dibeli tak sampai RM 30, kata duit dah habis. Esok minta lagi, nak bayar itu, nak bayar ini. Lama-lama suami mula syak. Maklumlah suami sibuk, jadi pemandu lori. Pagi kat JB petang kat Penang. Balik rumah sekejap-sekejap kerana nak mencari duit. Anak ramai yang bersekolah. Apabila disiasat rupa-rupanya isteri beli barang-barang yang tidak diperlukan tanpa bertanya suami.

5. Tidak Berdendam

Elakkan berdendam dengan suami. Apatah lagi mengungkit kisah-kisah lama. Dendam yang bahaya ialah, suami ada kekasih, dia pun kerana berdendam angkut mana-mana jantan, saja tunjuk-tunjuk supaya suami mengamuk. Iblis memanglah sangat suka kalau dah peringkat begini. Nasib baik sebahagian suami masih waras, kalau tak mungkin dah kena cerai talak 30.

6.Berfikir Dahulu Sebelum Bertindak

Isteri yang bijak ialah isteri yang berfikir panjang, baik dan buruk yang akan menyusul apabila sesuatu tindakan yang akan dibuat itu. Misalnya, suami tak benarkan isteri pergi rombongan ke Langkawi ikut kawan-kawannya. Isteri kena fikir, apa akan berlaku kalau dia pergi juga? Takkan nak ikut hasutan syaitan…ah, aku pegi ajelah…suami aku bukan kasi aku duit, ni duit aku jual pinggan-mangkuk!

7. Jangan Selalu Meminta

Dah tau suami gaji tak sampai RM 1500, isteri mintak gelang emas, sofa mahal-mahal, Preve, itu, ini….

8. Merendah Diri

Jadilah isteri yang merendah diri, bukan membesarkan diri tak sudah-sudah. Bangga dengan keluarganya yang kaya-raya, bangga dengan kecantikan yang tak secantik mana….

9. Berwajah Ceria

Berwajah ceria macam Ustazah Nor Bahayah, happy aje…bukan mencuka, muncung sebatu boleh digantung hanger baju……….Nak berwajah ceria ni, redha bahawa jadi isteri ni memang kena taat kepada suami. Kerana perempuan ni nak masuk syurga senang aje…dua untuk Allah , dua untuk suami. Bagi wanita yang menjadi isteri, hanya empat syarat untuk mereka ke syurga.

Daripada Anas, Nabi bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad).

Beautiful-Scenery-8

 

 
%d bloggers like this: