airmien

sesuatu tentang kehidupan

Jaga Solat dan Keluarga Bahagia Januari 30, 2020

Filed under: Relationship — airmien @ 10:22 pm
Tags: , ,

Jaga solat awal waktu, PASTI keluarga akan bahagia. Beza orang yang sekadar solat dengan orang yang solat di awal waktu, ibarat langit dan bumi. Jauh bezanya.

Dan Allah akan hujani rezeki pada rumah orang-orang yang jaga solat di awal waktu.

 

Pesanan Untuk Pasangan Rumah Tangga Januari 10, 2020

Filed under: Relationship — airmien @ 1:17 am
Tags: , , ,

Pesanan Syeikh Abdullah untuk pasangan rumah tangga

قال الشيخ عبدالله الهرري “المطلوب من الزوجين اللين في الخطاب وبسمة الرائقة على المحي والكلمة الطيبة عند لقاء. هذه حلل منسوجة يرتديها السوداء وهي صفة المؤمن كالجنة، تأكل طيبا وتصنع طيبا وإذا وقعت على زهرة لا تكسرها لٱن الله يعطي على الرفق ما لا يعطي على العنف

Telah berkata Syeikh Abdullah Alharari; “Apa yang dikehendaki daripada setiap pasangan ialah berlemah lembut dalam percakapan dan berikan senyuman yang menawan kepada pasangan dan bercakap dengan perkataan yang baik ketika bertemu. Ini ialah pakaian yang dijahit yang diidamkan oleh orang yang sejahtera. Dan inilah sifat bagi orang Mukmin. Umpama lebah yang mengambil haruman (daripada bunga) dan menghasilkan madu. Jika berada di atas bunga ia tidak merosakkannya. Kerana sesungguhnya Allah mengurniakan ke atas orang yang lembut pahala yang tidak dikurniakan kepada orang yang kasar.

Bunga

 

Melipat Pakaian Adalah Tugas Siapa? Januari 31, 2019

Filed under: Relationship — airmien @ 9:54 pm
Tags: , , , , , , , , , , ,

Sering kali kita terdengar perbualan tentang tugas melipat pakaian yang bertimbun di dalam bakul pakaian. Adakah ianya tugas suami atau tugas isteri semata-mata?

Sebenarnya ada pro dan kontra berkenaan perkara ini. Tugas berkenaan bukannya semata-mata terletak di atas tugas salah seorang di antara suami atau isteri. Ianya sebenarnya kerjasama di antara pasangan suami isteri di dalam keluarga.

Tidak seharusnya tugas remeh itu diperbesarkan sehingga orang lain masuk campur di dalam masalah suami isteri. Kiranya ada masuk campur dalam masalah tersebut, ianya akan jadi semakin bertambah masalah.

 

 
%d bloggers like this: