airmien

sesuatu tentang kehidupan

Apakah Sifat-sifat Wanita Yang Dibenci Allah. Julai 30, 2018

Bismillahirrahmanirrahim

Diantara sifat wanita yang dibenci Allah adalah sebagai berikut :

 

 

 

1. ANAANAH

 

 

 

Wanita yang selalu mengeluh dan mengadu serta kepalanya berbalut setiap saat. Menikahi wanita yang membuat-buat atau pura-pura sakit ini tidaklah baik.

 

 

 

2. MANAANAH

 

 

 

Wanita yang sentiasa menyebut-nyebut pemberiannya kepada suaminya hingga dia berkata; “Aku telah melakukan untukmu begini, begitu, begini dan begini.”

 

 

 

3. HADAAQAH

 

 

 

Wanita yang selalu menginginkan apa yang dilihatnya sehingga ia membebani suaminya untuk membelinya. Setiap kali mengujungi temannya dan melihat sesuatu yang dimilikinya ia tertarik dan ingin membelinya.

 

 

 

4. HANAANAH

 

 

 

Wanita yang terlalu sayang dengan suami sebelumnya atau kepada anak-anak dari suami pertamanya atau selalu rindu kepada rumah keluarganya. Wanita begini lebih baik dijauhi.

 

 

 

5. BARAAQAH

 

 

 

Mengandung dua makna; wanita yang di waktu siang ia bersolek dan menghias wajahnya agar nampak cantik berkilau, atau wanita yang sering suka marah kerana makanan.

 

 

 

6. SYADAAQAH

 

 

 

Wanita yang banyak berbicara.

 

 

 

Dikisahkan dari Sa’ih Al-Azdi bahwasanya ada seorang yang memberinya nasihat demikian. “Janganlah menikahi wanita yang memiliki empat sifat berikut :Mukhtali’ah, Mubaariyah, ‘aahirah dan naasyiz.

 

 

 

7. MUKHTALI’AH

 

 

 

Wanita yang suka menuntut ‘khulu’ yaitu cerai dengan harta yang dibayarkan oleh pihak isteri atau mahar yang dikembalikan kepada suami tanpa sebab.

 

 

 

8. MUBARIYAH

 

 

 

Wanita yang sombong dan membanggakan faktor-faktor dunia.

 

 

 

9. ‘AAHIRAH

 

 

 

Wanita yang memiliki kekasih lain.

 

 

 

10. NAASYIZ

 

 

 

Wanita yang mendominasi suaminya, baik perkataan maupun perbuatannya.

 

 

 

Selain yang tersebut diatas, berikut ini masih ada tambahan kriteria wanita yang tidak baik untuk dinikahi.

 

 

 

11. MAL’UUNAH

 

 

 

Wanita yang dilaknat oleh Rasulullah saw dan kita disuruh melaknatnya kerana Tabarruj nya [berdandan ala jahiliyah] dan perbuatannya yang menyebarkan fitnah di antara manusia serta tidak taat kepada Allah dan suaminya.

 

 

 

12. FARIK

 

 

 

Wanita yang selalu marah pada suaminya

 

 

 

Duhai sahabatku sekalian. Perelokkanlah dirimu dan isteri-isteri kamu serta anak-anak zuriat kamu. Semoga Allah menjadi tempat kamu memohon pertolongan.

Advertisements
 

10 Soalan Untuk Bakal Calon Tunang Disember 2, 2011

Filed under: Relationship — airmien @ 3:15 pm
Tags:

Untuk mengenali calon pasangan hidup anda dengan mendalam, al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa’ mencadangkan agar anda mengajukan 10 soalan.

 
Soalan-soalan ini boleh diajukan secara langsung semasa sesi taaruf, atau melalui orang tengah. Jika calon memilih untuk bertemu, melihat dan berkenalan pastikan pertemuan itu tidak dilakukan secara berdua-duaan di tempat suci dan terpencil.

 

10 soalan itu adalah seperti berikut:

 

1. Apakah wawasan hidupnya?

Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda. Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan.

 

2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?

Kefahaman serta tasawwur atau gambaran yang jelas mengenai perkahwinan amat penting. Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah, sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.

 

3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?

Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa yang disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa. Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.

 

4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?

Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata. Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.

 

5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?
Masalah kesihatan yang kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan. Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil. Menyembunyikan penyakit yang kronik atau kecacatan yang mengaibkan boleh dianggap sebagai satu penipuan.

 

6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?
Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah yang lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi. Orang macam mana yang anda cari?

 

7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?

Perkahwian bukan sekadar aqad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan merupakan hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih. Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.

 

8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?
Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.

 

9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?
Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri. Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia yang sempit dan mati sebagai insan yang kerdil. Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan yang hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman.

 
10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka?
Setengah orang menganggap rumahtangga adalah masalah peribadi yang terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri. Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan.

 

Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya? Adakah dia termasuk dalam golongan di atas atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya walaupun telah berkeluarga?

 
Apabila anda telah mendapat jawapan yang bersesuaian dengan apa yang dicari, maka teruskanlah hasrat anda untuk melamarnya. Begitu juga halnya dengan pihak yang dilamar. Kepada jejaka pastikan diri anda bersiap sedia sebelum meminang seorang wanita dan pastikan anda lulus 10 soalan ini. Dan kepada wanita pastikan anda mengenali jejaka yang melamar itu dengan mengajukannya 10 soalan di atas.

 

 

 
%d bloggers like this: