airmien

sesuatu tentang kehidupan

Isteri Yang Bangun Tengah Malam November 28, 2018

Filed under: Relationship — airmien @ 9:02 pm
Tags: , , , , , , ,

 

Isteri yang bangun tengah malam minta ampun pada Allah bagi pihak suami, kerana dia tahu suami dia buat jahat, dia tahu suami dia malas solat, dia tahu suami dia buat dosa. Maka di hari kematian dia, Allah muliakan jenazahnya. Dia senyum semasa kematiannya. Suami berubah kerana doa dan kasih isterinya.
 
 
 
Jadi para isteri, kesalahan suami itu didoakan pada Tuhan. Bukan diceritakan. Bukan diaibkan. Lagi teruk apabila menghina suami depan anak-anak dan kawan dia. Seburuk mana pun suami, dia sebab isteri itu di terima ke Syurga, atau dihumban dalam neraka!
 
 
Daripada Abdullah bin Abbas r.a, Rasulullah ﷺ bersabda:
 
“Maukah ku beritahukan kepada kalian tentang isteri-isteri kalian yang termasuk penghuni Syurga? Iaitu perempuan yang mencintai suaminya, mempunyai banyak anak, dan selalu meminta maaf kepada suaminya. Jika ia menyakiti atau disakiti, ia segera mendatangi suaminya dan memegang tangannya, lalu berkata: Demi Allah, aku tidak akan tidur sebelum engkau redha kepadaku.” (HR Al-Nasa’i)
 
Kredit : Ibnu Sobri
gambar daripada sini. 
Advertisements
 

Wanita Pengguni Neraka Mei 1, 2017

Filed under: Relationship — airmien @ 10:10 am
Tags: , , ,

Wanita yang tidak mensyukuri kebaikan suaminya adalah wanita calon penghuni neraka. Rasululullah shallallahu’alaihiwasallam bersabda,
“أُرِيتُ النَّارَ فَإِذَا أَكْثَرُ أَهْلِهَا النِّسَاءُ، يَكْفُرْنَ. قِيلَ: “أَيَكْفُرْنَ بِاللَّهِ؟” قَالَ: “يَكْفُرْنَ الْعَشِيرَ، وَيَكْفُرْنَ الْإِحْسَانَ، لَوْ أَحْسَنْتَ إِلَى إِحْدَاهُنَّ الدَّهْرَ ثُمَّ رَأَتْ مِنْكَ شَيْئًا قَالَتْ: مَا رَأَيْتُ مِنْكَ خَيْرًا قَطُّ”.
 “Aku pernah diperlihatkan neraka, ternyata kebanyakan penghuninya adalah wanita. Mereka kufur!. “Apakah maksudnya mereka kufur kepada Allah?” tanya seseorang. “Mereka kufur terhadap suami dan kebaikannya. Andaikan engkau telah berbuat baik padanya sepanjang masa, lalu suatu saat ia merasa sesuatu yang tidak enak, maka ia akan berkata, “Aku tak pernah merasakan kebaikan sedikitpun!” jawab beliau. HR. Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas radhiyallahu’anhuma.

 

Doa Dari Isteri November 24, 2016

Filed under: Relationship — airmien @ 10:10 am
Tags: , , , , , , , , ,

Ya Allah bukakanlah pintu kebajikan, barokah, nikmat, kekuatan, rezeki, kesihatan, keselamatan, dan syurga-Mu kepada kami.

 

Ya Allah Ya Rahman. Ya Allah Tuhan kami, hindarkanlah kami daripada bala metaka dunia dan akhirat. Jauhkanlah kami  dari kejahatan dunia dan akhirat. Semoga Engkau mengampuni kami dan mereka dengan rahmat-Mu.

 

Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

 

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Tambahkanlah rezeki kepada kami sekeluarga. Permudahkan segala urusan suamiku, berkatilah perjalanan di dalam setiap pekerjaanya Ya Karim.

 

Ya Rabbi Ya Kudus. Ya Alim Ya Kabir. Tiada daya kami menandingi kekuasaan-Mu Ya Malik. Sumber kekuatan-Mu kami dipinjamkan, sumber keampunan-Mu kami pohonkan, sumber keesaan-Mu kami bernaung. Jauhilah keluarga kami dari godaan jin, syaitan dan manusia yang menyesatkan, melalaikan, dan penuh kejahatan.

 

 

Sesungguhnya kepada-Mu kami memohon pertolongan.

 

 

 

Amin. Amin. Amin. Ya Rabbal Alamin.

 

 

882588-sakura-flower-wallpaper.jpg

Gambar daripada sini. 

 

 
%d bloggers like this: