airmien

sesuatu tentang kehidupan

Tip Memilih Antara Dua Hati Disember 18, 2009

Filed under: Relationship — airmien @ 12:05 am
Tags:

Dua gadis kini jatuh cinta dengan anda. Tetapi apa yang menjadi masalahnya sekarang adalah untuk memilih yang mana satu. Soal memilih mana yang terbaik memang merumitkan dan meminingkan kepala.

Dalam mencari teman hidup, pastinya anda mengimpikan seseorang gadis yang boleh memberi kebahagiaan dan menyenangkan anda. Setelah lama mencari, kini masa pencarian itu hampir berakhir. Tetapi apa yang membimbangkan adalah kerana ada dua pilihan. Anda membuat keputusan untuk memilih kedua-duanya? Atau adakah anda fikir mempunyai dua calon kekasih suatu yang menyenangkan? Tunggu dulu! Kalau sekadar ingin bermesra dengan si A, tetapi mencintai dengan si B, mungkin jawapannya ya. Tetapi soalnya ia tidak berhenti di situ sahaja. Mungkin ia akan menambah kerumitan. Anda mungkin terasa was-was, bingung dan takut menentukan pilihan. Bimbang yng dipilih tidak menjanjikan seperti yang anda harapkan.

Pada saat ini, anda harus bijak memainkan peranan dan menentukan pilihan terbaik. Jangan hanya bermain dengan perasaan. Anda juga perlu berfikir secara rasional. Sekarang jangan tunggu lagi, buka mata dan hati anda untuk pilih yang mana satu gadis idaman. Selamat mencuba.

1. Apa yang anda harapkan?

Jangan terlalu mendapatkan pandangan orang lain ketika dalam proses memilih. Yang paling penting adalah datang dari diri anda sendiri. Bersikap jujur dahulu pada diri sendiri. Dalam situasi ini, jangan terlalu mengikut mengikut perjalanan cinta yang biasa. Kalau si A bukan jenis yang anda dambakan, lihat pula yang seorang lagi. Tetapi jika kedua-duanya juga anda cintai, bersyukurlah dan hadapi dengan penuh tanggungjawab. Anda boleh teruskan. Tetapi sekiranya yang datang terkemudian cintanya pada anda, jangan cuba menyembunyikan kenyataan yang anda sudah punya kekasih. Kalau tidak, huru-hara bakal berlaku sekiranya rahsia anda terbongkar. Kalau boleh katakan kepadanya “ Saya memang sudah mempunyai kekasih, tetpi ini bukan bererti saya menutup pintu hati untuk mengenali orang yang paling tepat unutk menjadi isteri.

2. Bagaimana dengan komitmennya?

Daripada kedua-dua gadis itu, adakah anda ingin melihat keinginan mereka untuk memberi komitmen yang lebih jauh? Cuba tanyakan kedua-duanya tentang perkahwinan dan masalah yang berkaitan. Dengar dengan teliti pandangan mereka. Segala maklumat ini harus diketahui sebelum anda menyesal memilih gadis yang menunjukkan kekeliruan dan tidak pasti. Faktor keserasian, komitmen dan pandangan adalah penting menentukan kebahagiaan rumah tangga dan sudah pasti anda tidak akan menanggung kekecewaan di kemudian hari. Jadi, soal keserasian komitmen ini harus dititikberatkan ketika proses memilih.

3. Sejauh mana kesabaran anda?

Ramai lelaki mengharapkan kekasihnya menjadi seorang yang baik. Namun, setiap wanita ada karekter yang sukar untuk dihilangkan. Sekarang, perhatikan sifat dan sikap kedua-dua mereka. Adakah mereka mempunyai sikap mengada-ngada, berlagak, tiada toleransi dan sebagainya? Adakah anda sabar untuk menghadapi kerenahnya itu? Sekiranya anda berharap dia berubah menjadi baik suatu hari nanti, akibatnya anda sendiri yang akan terseksa. Lainlah anda seorang yang mempunyai kesabaran yang tinggi untuk menghadapinya. Sekarang anda ada dua pilihan. Jadi, mulalah belajar untuk brdamai dengan diri sendiri. Tanya diri anda, siapakah antara mereka berdua yang lebih mengerti, menyokong dan berfikiran terbuka ketika berkomunikasi. Jangan pula terpengaruh dengan berapa lama anda menjalin cinta dengannya. Sekiranya gadis yang datang lewat sedikit dalam hidup anda lebih baik, anda berhak untuk memilihya.

4. Bagaimana dengan soal kewangan?

Bersikap tentang kewangan, jangan pula diertikan anda harus bersikap materialistik, mengharapakn wang daripadanya. Anda lelaki, jangan jatuhkan martabat anda. Dalam soal ini, sebenarnya apa yang perlu dilihat adalah keserasian kewangan anda dengan mereka. Kebiasanya, perselisihan faham yang berlaku di dalam rumah tangga bermula dengan masalah ini. Jadi anda perlu memerhatikan cara perbelanjaan dan cara bagaimana dia mengatur kewangan. Dari situ, anda akan dapat menilai mereka wanita jenis apa. Soal anda kedekut tidak timbul di sini. Mungkin anda boleh menyara hidupnya dan keluarga tanpa mengharapkan wang daripadanya, tetapi soal kewangan amat penting apabila berada dalam keadaan terdesak. Kalau dia tidak sanggup berkongsi masalah kewangan, jangan dipaksa. Anda pilihlah yang sanggup berkorban dan bersama anda susah dan senang.

 

 
%d bloggers like this: