airmien

sesuatu tentang kehidupan

Cinta Perlu Berlandaskan Syarak Disember 12, 2008

Filed under: Relationship — airmien @ 4:54 pm
Tags:

Perasaan kasih dan sayang termasuk dalam prinsip dan nilai terbaik yang diterima Islam. Kehidupan di dunia menjadi aman dan bahagia apabila makhluk yang ada saling kasih mengasihi antara satu sama lain.Allah sendiri bersifat ar-Rahman (Pemurah) dan ar-Rahim (Pengasih). Islam membahagikan perasaan kasih sayang manusia kepada beberapa peringkat termasuk kepada keluarga, ibu bapa, anak, jiran, bangsa, negara dan seterusnya.

Termasuk dalam kategori cinta juga ialah cinta kepada Allah dan Rasul. Cinta pada Allah ialah cinta hamba kepada Penciptanya dan cinta pada Rasul ialah pembimbing manusia sejagat kepada Allah dan agama-Nya.

Mengenai hukum mempunyai perasaan sayang dan melafazkan kepada pasangan, Islam membenarkannya dengan batas tertentu.

Umumnya perasaan sedemikian timbul dari hati dan anugerah Allah supaya setiap pasangan mendapat ketenangan serta kebahagiaan apabila berumah tangga nanti.

Allah berfirman, maksudnya: “Di antara tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri perasaan kasih sayang dan belas kasihan…” (ar-Rum: 21)

Nabi Muhammad s.a.w apabila ditanya siapa yang Baginda sayang, Baginda menjawab Aishah, isterinya.

Bibit kasih dan cinta dalam kehidupan seharian diterima Islam sebagai normal.

Kisah Nabi Yusuf a.s dan Zulaikha boleh dijadikan panduan. Allah menyebut, maksudnya: “Dan sebenarnya perempuan itu berkeinginan sangat kepadanya dan Yusuf pula (mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itu kalaulah ia tidak menyedari kenyataan Tuhannya (mengenai kejinya perbuatan zina itu)…(Yusof: 24).

Nabi Yusuf berjaya mengawal diri daripada terjerumus dalam cinta yang membawa jenayah zina.

Islam menggariskan beberapa panduan dalam menjaga tata susila masyarakat terutama hubungan antara lelaki dan perempuan, antaranya

(1) tidak dibenarkan pergaulan bebas

(2) tidak duduk berdua-duaan tanpa mahram

(3) menjaga adab pertuturan dan berpakaian

(4) menjaga pandangan mata dan

(5) ikhlas untuk mengambil sebagai isteri. Dalam keadaan ini cinta dibenarkan.

vector_flowers

Advertisements
 

 
%d bloggers like this: